DIALOG RAKYAT |
- Gambar Papagomo cedera di pukul cedera parah hampir mati dalam longkang!
- PKR dakwa Najib ciplak dasar untuk permit teksi
- Rakyat Sabah diingat jangan terpengaruh ‘jurucakap’ BN
- Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi?
- Kesetiaan PAS dan DAP terbukti: yang penting matlamat murni tercapai
- Selemah-lemah 'Mr Clean' Berani Bubar Dewan, Sehebat-hebat 'Mr BRIM' Tak Berani!
- 26 Mei Tarikh Terakhir Pilihan Raya Serentak
- Umno Akan Menang Percuma di 10 Kawasan Keselamatan Khas?
- RCI Lahad Datu tak ditangguh, kata menteri
- Stesen radio lancar siaran dengan wawancara Anwar
- Komponen BN: Tarik balik semua IC di Sabah
- Bekas isteri Papagomo jadi saksi Husam
- DAP tolak tawaran 10 minit bentang manifesto di RTM
- Kuala Nerus: Peluang PAS sangat cerah
- Hasan Ali Suka Publisiti, Jangan Samakan Dirinya Dengan PAS
- Najib Sahkan Manifesto PR Tentang Teksi Boleh Dilaksanakan
- Pas : SPRM Jangan Lengah-Lengahkan Tindakan Terhadap Taib Mahmud
- DAP hanya mahu ‘bunuh’ MCA di Johor
- Pembongkaran Video Skandal Taib Mahmud + Kerabat Berpunca Anwar Ibrahim?
- Lahad Datu: Ibu & anak antara terkorban
- Lahad Datu: PR tawar bantu kerajaan
- Zon Keselamatan Timur Sabah Berkuatkuasa
- BN tak mahu beri permit teksi individu takut kroni hilang untung
- Anwar: Siasat pertemuan Najib & Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram
Gambar Papagomo cedera di pukul cedera parah hampir mati dalam longkang! Posted: 25 Mar 2013 03:34 AM PDT Kononnya pada minggu lalu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan video lucah dan fitnah telah mendakwa dirinya dibelasah oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi di Segambut. Ekoran dari kecederaan itu beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. -Kesian.. Berita ini di sampaikan oleh UTUSAN. lagi kesian.. kahkahkah Dan ini gambar Papagomo di pukul teruk di kepala.
Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan melalui akaun Twitternya memaklumkan beliau kini bersama Husam Musa di Mahkamah Kota Bharu. Dato Husam Musa dan saksi-saksi telah bersedia bagi meneruskan saman RM10Juta Husam terhadap Papa Gomo, malangnya kelibat Papa Gomo langsung tidak kelihatan.. Hanya para peguamnya yang hadir, selaku yang tertuduh Papa Gomo sepatutnya hadir ke Mahkamah biarpun Peguamnya berhujah memohon penangguhan.. tulis Saifuddin. Tambah Saifuddin lagi... "Rupanya PENAKUT bila disaman!" Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; Kesimpulan game Papagomo. - Kerana takut kan Husam dengan samannya PAPAGOMO minta tangguh, dulu Papagomo tak mengaku Wan Azri adalah Papagomo tapi lepas bogel dia minta tangguh.. kahkahkah - Cedera dah nak mampus ke sampai tak boleh ke Makamah? Dok lam longkang lah Wan Azri oi!! -Kes Saman DSAI pula Papagomo kini cuba membuatkan konon-konon blog dia di godam dan Lebai Google mahu menutup blog dia.. ha ha ha - Ini lawak -dan Kes saman 100Juta ini juga Papagomo dakwa ada orang mahu siar video die buat sex dengan katak ke macam katak ntah.. ha ha ha SEE U IN COURT PAPAGOMO TEAM EP AKAN HANTAR WAKIL SEBAGAI SAKSI NANTI. | ||||
Posted: 25 Mar 2013 03:27 AM PDT Selangor Kenalpasti Kempen Tipu Elaun Warga EmasPosted in: Berita, Dasar Kerajaan Selangor, Exco, Fokus Rakyat, Inisiatif Kerajaan Selangor, Integriti, Kebajikan Rakyat, Kecekapan, Kerajaan Selangor, Ketelusan, Maklumbalas Rakyat, Menyelesaikan Masalah Rakyat, Pelaburan, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Pengagihan Adil, Pengurusan Dana Rakyat, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perpaduan, Tayangan, Terkini 140 views – March 25, 2013SHAH ALAM C : Kerajaan Negeri menasihati penduduk Selangor supaya berwaspada dengan pengedaran borang tuntutan elaun warga emas yang mula diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mendakwa perkara itu mula dikenal pasti diedarkan dari rumah ke rumah baru-baru ini kepada 100 penduduk di Sungai Chua, Kajang. Katanya, melalui borang itu warga emas akan diminta untuk memberikan nama, no kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan tandatangan. Beliau berkata warga emas yang menandatangani borang itu kononnya akan dijanjikan untuk diberikan elaun khas berjumlah RM1,000 oleh Kerajaan Negeri. "Borang ini kemudiannya akan digunakan untuk kegunaan kes mahkamah melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners untuk menyaman Kerajaan Negeri atas kegagalan menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat. "Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan borang seperti ini bagi memberikan sebarang elaun kepada mana-mana pihak. "Jadi mana-mana pihak yang kurang jelas berhubung sebarang bantuan daripada Kerajaan Negeri, mereka boleh mendapatkan maklumat melalui Pusat Khidmat Dun," katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di SUK, di sini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan memfailkan aduan terbabit kepada Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam Negara. Sebelum ini sekumpulan warga emas memfailkan saman terhadap Kerajaan PR Selangor kerana mendakwa pentadbiran negeri tidak menunaikan janji pilihanraya ke-12 untuk memberi caruman takaful kepada warga emas. Bagaimanapun Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan tersebut dengan berkata ia telah memperkenalkan skim khairat kematian RM 2,500 kepada waris warga emas sejak 2008. Sebanyak RM 80 juta telah dibelanjakan untuk skim tersebut yang telah memberi manfaat kepada kira-kira 37,000 penerima. | ||||
PKR dakwa Najib ciplak dasar untuk permit teksi Posted: 25 Mar 2013 03:21 AM PDT MALAYSIA KINI PKR mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meniru dasar Pakatan Rakyat dan menggunakannya untuk menarik sokongan pemandu teksi supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang.Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa perkara ini terbukti apabila Najib membuat pengumuman mengenai pemberian 1,000 permit teksi individu semalam. Rafizi berkata, tindakan Najib itu menunjukkan perdana menteri mengaku bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat. "Kedua, ia mengesahkan bahawa program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno atau BN. "Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat," kata Rafizi dalam satu kenyataan Tambahnya, Pakatan bagaimanapun menawarkan penyelesaian jangka panjang dan bukan hanya "gimik politik" untuk menangani masalah pemandu teksi itu. | ||||
Rakyat Sabah diingat jangan terpengaruh ‘jurucakap’ BN Posted: 25 Mar 2013 03:18 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KOTA KINABALU: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperingatkan rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan 'jurucakap' Barisan Nasional yang bertopengkan parti berasaskan negeri Sabah. "Mereka seperti jurucakap Barisan Nasional. Sedangkan fokus kita untuk menumbangkan Umno BN," kata Anwar pada sidang media yang turut dihadiri Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Hoytel Hyatt, hari ini. Kata Anwar, agenda perubahan diterajui Pakatan Rakyat bersama Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tidak menghasilkan kemajuan sekiranya pandangan parti yang berasaskan negeri bercanggah dengan aspirasi rakyat Sabah. "Kita sepakat untuk teruskan agenda di Sabah. Tetapi, nampak tidak ada kemajuan dengan parti lain. Kenyataan mereka nampak bercangah dengan pendirian kita," tegasnya. Kata Anwar, kenyataan beberapa pemimpin PBS (Parti Bersatu Sabah) sebelum ini yang menuding jari kepadanya adalah kerana ketandusan idea dan menjadi perkakas Umno kerana yang dapat menyembunyikan salah laku dalam pemberian kad pengenalan. "Saya tidak ada masalah untuk hadir dalam mesyuarat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kalau ada apa juga dokumen yang membuktikan saya terlibat. "Kerana ini 'task force' khas yang tidak dirujuk kepada Kementerian Kewangan. Tidak dirujuk ke kabinet. Hanya task force di bawah Dr Mahathi," kata Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan. "Ia disebut di dalam kenyataan RCI tentang penglibatan Megat Junid dan Aziz Shamsuddin. Ini arahan peribadi (Dr Mahathir). Saya tak pernah diberi taklimat dan tak pernah hadir dalam mesyuarat. Kalau hadir mesyuarat, ada minit – turut hadir Timbalan Perdana Menteri. (Tapi) tidak ada! "Hanya direka PBS, kerana PBS menjadi corong Umno di Sabah," tegasnya. Justeru, beliau menegaskan, kempen KEADILAN di Sabah akan diteruskan dengan lebih giat kerana sokongan rakyat negeri ini kepada agenda perubahan semakin meningkat. Dalam pada itu, Anwar hari ini turut melancarkan tiga buah bas mini berkapasiti 13 tempat duduk digunakan jentera KEADILAN untuk berkempen ke seluruh negeri ini sempena jelajah 'Harapan Pakatan Rakyat'. Manakala semalam di Pusat Konvensyen Star City, Anwar turut melancarkan bas jelajah 'Harapan Pakatan Rakyat' berkapasiti 44 tempat duduk yang disumbangkan dermawan dan penyokong KEADILAN. Duta baru KEADILAN di Sabah ini akan menyertai siri-siri program KEADILAN Sabah mulai minggu ini. – SDQ | ||||
Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi? Posted: 25 Mar 2013 03:12 AM PDT KELAB GREENBOC Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah. "Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera). "Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti," katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13. Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi. Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi. "SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu," ujarnya ketika dihubungi. Menurutnya, Pakatan Rakyat juga sedia memberi kerjasama penuh dengan SPR bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari pengundian. Sebelum ini, media kawalan Umno cuba menggambarkan Pakatan Rakyat akan melakukan huru hara sekiranya kalah dalam PRU. Namun hal sebaliknya berlaku apabila program-program Pakatan menjadi sasaran serangan ganas dan samseng dari Umno BN. Terbaru, sekumpulan samseng dipercayai penyokong Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu ketika menuju ke Kampung Melayu Majidee di Johor, malam tadi. Dalam tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kejadian serangan samseng dilapor berlaku dalam program Pakatan, antaranya di Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. -KD | ||||
Kesetiaan PAS dan DAP terbukti: yang penting matlamat murni tercapai Posted: 25 Mar 2013 03:07 AM PDT ASPAN ALIAS Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang di terima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan 'ulamak songsang' yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram di sokong. Berbagai kumpulan upahan telah di bawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama di sesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka. Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15hb Disember yang lalu. Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan ROS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh di anggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (UMNO). Saya secara peribadi tidak mahu menolak kemungkin BN akan melakukan tindakan pembatalan pendaftaran DAP itu. Tetapi saya telah menangkap sedikit imbasan dari kenyataan Nik Aziz semasa melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam yang lalu. TGNA telah menyatakan yang PAS berkemungkinan menurunkan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ini. Dengan kenyataan LKS semalam, maka buat sementara DAP tidak akan mempunyai apa-apa masalah di dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jika ROS bertindak seperti ia bertindak terhadap UMNO asal dahulu, maka DAP mempunyai teman seperjuangan yang setia untuk membelanya dalam kesusahan. Tetapi apa yang menariknya DAP dan kaum Cina telah menganggap PAS sebagai rakan seperjuangan yang rapat dan keadaan ini telah menyatukan semua kaum. PAS dan DAP merupakan dua sahabat yang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain untuk mencapai matlamat murni iaitu untuk sebuah negara yang bersih pentadbirannya dan telus di dalam semua tindakan dan keputusan yang melibatkan rakyat.. Dalam masa DAP menghadapi tekanan dari pihak ROS dan BN itu, PAS boleh di harapkan untuk membela parti sahabat sebagai tanda dan lambang kerjasama erat bagi mencapai matlamat untuk mencapai matlamat penyatuan kaum itu.. Permuafakatan di antara PAS dan DAP ini lah yang memeritkan UMNO dan BN. UMNO telah cuba untuk memisahkan DAP dan PAS untuk 'survival' parti itu tetapi tidak berhasil malahan DAP dan PAS bertambah intim kian hari kian masa. Saya selalu berkata yang UMNO merupakan pihak yang terhandal dalam mencipta slogan-slogan seperti slogan 1Malaysia dan hidup dalam harmoni di antara semua kaum dan agama. Semuanya itu hanya tinggal slogan tetapi apa-apa slogan yang di war-warkan oleh UMNO, yang menterjemahkan kepada realiti hanyalah Pakatan Rakyat. 'Bersih, Cekap dan Amanah' merupakan slogan UMNO semasa pemerintahan kuku besi Mahathir dahulu tetapi tidak pernah terlihat hasilnya. Di bawah pimpinan Dr Mahathir tidak ada bersihnya, tidak wujud cekapnya dan jauh sekali dari melihat sifat amanah seperti yang di slogankan itu. Hasilnya Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pula yang melaksanakan slogan 'Bersih. Cekap dan Amanah' itu. Sekarang IMalaysia adalah slogan Najib yang sedang di amalkan oleh Pakatan Rakyat dalam mana pihak Pakatan telah menunjukkan kesatuan di antara kaum dan agama dengan jayanya. Semuanya ini terbentuk kerana semua pihak dalam Pakatan Rakyat bersatu untuk menuju kebaikan yang cuba di perlekehkan oleh UMNO yang tidak mempunyai kudrat dan kemampuan untuk menyatukan rakyat berbagai kaum dan cara hidup ini. UMNO yang mengaku sebagai pejuang Islam terpaksa melunakkan lagi nyanyian lagu rasis dalam kempen pilihanraya ini. Tetapi bagi semua yang beragama khususnya yang beragama Islam tetap merialisasikan kenyataan yang Islam itu adalah agama yang mampu untuk bersatu dan bermuafakat dengan agama lain untuk hidup dalam negara yang aman, muhibbah dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain. Tuhan telah menurunkan di dunia ini manusia dari berkumpul-kumpulan dan berbeza-beza semata-mata untuk memperkayakan sifat memahami serta menghormati di antara satu dengan lain. Tuntutan ini lah yang tidak digemari UMNO kerana tuntutan Allah swt ini tidak sesuai dengan kehendak mereka. Maka mereka pun mengumpulkan mereka yang berserban dan berjubah di depan kaca TV3 untuk mengharamkan menyokong PAS dan melabelkan PAS parti yang menjual akidah dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang liar dan menjilikan. Apa yang di agakkan akan dilakukan oleh ROS terhadap DAP boleh di selesaikan dengan cara berpadu dan memahami masalah di antara satu dengan lain. Jika pembatalan pendaftaran DAP dilakukan juga oleh pendaftar pertubuhan, maka calon-calon DAP dialu-alukan oleh PAS untuk menggunakan lambangnya sebagai tanda hormat menghormati di antara kedua-dua parti itu. Yang penting sekali ialah matlamat mendapatkan kerajaan yang telus, bersih dan tidak rasuah itu dapat dicapai sebagai satu-satunya jalan kearah mencapai 'national unity' yang merupakan 'ultimate' bagi negara ini. Sekarang apa yang saya selalu sebutkan akan menjadi kenyataan. Semua rakyat mahu bersatu tetapi kali ini mereka mahu bersatu di luar BN dan bukan lagi bersatu di bawah naungan UMNO dan BN yang terlalu angkuh dan tidak dapat di fahami lagi apa sebenarnya matlamat perjuangan mereka sekarang ini, jika tidak kerana kerakusan kuasa semata-mata.. Sesungguhnya UMNO sudah hilang segala 'identity' nya sebagai sebuah parti pemerintah. 'Attribute' sebagai parti pemerintah nampaknya sudah terbina di dalam Pakatan Rakyat. UMNO sudah menjadi sebuah parti saling tidak tumpah sebagai parti yang melata seperti pengemis meminta sokongan rakyat yang sudah cilik belaka sekarang ini. | ||||
Selemah-lemah 'Mr Clean' Berani Bubar Dewan, Sehebat-hebat 'Mr BRIM' Tak Berani! Posted: 25 Mar 2013 03:02 AM PDT Skuad BONamun sebaliknya, menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Zakaria Dagang, beliau sebenarnya adalah seorang yang penakut dan tidak beranai menghadapi kenyataan kerana sehingga kini, tidak berani mengistiharkan pilihanraya umum kali ke-13. "Perdana Menteri yang hari ini, kalau dengar (dia) bercakap hebat, barangkali bab bercakapnya beliau hebat berbanding (perdana Menteri) sebelum ini, Pak Lah (Tun Abdullah) yang (dilihat) lembik dan tidak 'rok' (dipanggil) sebagai 'Mr. Clean', selemah-lemah Pak Lah berani bubar dewan (parlimen) "tapi seberani-berani Mr BRIM (Najib Razak) takut nak bubar parlimen,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Taman Perminta Perdana, Seberang Takir, dekat sini Sabtu malam, 23 Mac. Sepatutnya, kata Zakaria yang juga Pengarah MTD PAS Seberang Takir, selepas Najib membentang dan menawarkan pelbagai perkara termasuk pencapaian NKRA dan pencapaian 'Transformasi' beliau membubarkan parlimen dan memanggil pilihanraya. [Lihat Video] Namun katanya, Najib masih lagi tidak berbuat demikian kerana beliau tidak yakin sokongan rakyat memihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) "hari ini bentang (program) 'transformasi' lah.........bentang pencapaian NKRA lah.........bentang macam-macam benda (kepada rakyat) kehebatan pengurusan dan pentadbiranya, "dah kalau kalau dah comel belaka (Umno-BN) buat.....(buat) isytihar pilihanraya lah........tapi (masih) tak yakin, rakyat akan menyokongnya!,"tegas beliau. Menurutnya, barangkali Najib belum mendapat 'restu' dai bomoh politiknya, kerana menang telah diketahui ramai, pemimpin Umno sering menggunakan khidmat bomoh, samada mahu menaikkan nama atau menang dalam sebarang pemilihan parti, termasuk dalam pilihanraya. | ||||
26 Mei Tarikh Terakhir Pilihan Raya Serentak Posted: 25 Mar 2013 03:00 AM PDT Editor BULTIN Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tempoh lima tahun parlimen Malaysia berakhir pada 27 April ini, tempoh perkhidmatan beberapa DUN negeri akan berakhir lebih awal, dengan tempoh DUN Negeri Sembilan yang pertama tamat pada 26 Mac ini. Lantas, pilihan raya bagi DUN Negeri Sembilan harus diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh tersebut, kata Tan Sri Abdul Aziz. "Kami sedang mencuba seberapa daya mengadakan pilihan raya secara serentak dalam semua negeri bersama pilihan raya parlimen, yang bermakna bahawa saya mempunyai masa sehingga 26 Mei ini bagi mengadakan pilihan raya serentak kerana (tempoh) Negri Sembilan akan berakhir ketika itu. "Tidak ada dewan undangan negeri yang boleh dilanjutkan melepasi lima tahun," jelas Tan Sri Abdul Aziz selepas memberi taklimat kepada para pegawai pilihan raya Wilayah Persekutuan di sebuah resort, di sini. Tan Sri Abdul Aziz menyuarakan keyakinan beliau bahawa kerajaan-kerajaan di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah mahu membubarkan DUN masing-masing pada tarikh yang sama dengan Dewan Rakyat. "Satu-satunya negeri yang kami tidak pasti adalah Selangor tetapi ia tidak menjadi hal kerana, walaupun mereka memutuskan membubarkan parlimen, kami masih mempunyai ruang untuk mengadakan pilihan raya secara serentak'', kata Tan Sri Abdul Aziz lagi. Beliau menambah bahawa, jika DUN Negri Sembilan dibenarkan menjalankan tugas sehingga tmpoh sepenuhnya, esok, negeri berkenaan akan ditadbir sebuah kerajaan sementara. Speaker, Menteri Besar dan ahli exco Negeri Sembilan boleh meneruskan pentadbiran negeri itu dan menjalankan dasar-dasarnya seperti ditetapkan oleh kerajaan negeri, tetapi tidak boleh menghasilkan dasar-dasar dan belanjawan baru. - Sumber The Star Online | ||||
Umno Akan Menang Percuma di 10 Kawasan Keselamatan Khas? Posted: 25 Mar 2013 02:54 AM PDT MSO Hari ini Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah berkuat kuasa hari ini. Sepuluh daerah itu ialah; Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri. Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti. Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin. Sememang tidak siapa dapat menyangkal hasrat kerajaan untuk mewujudkan keadaan selamat dan damai di Timur Sabah itu waktu ini. Sewajarnya kalau kerajaan mengambil langkah-langkah perlu seperti mengistyharkan atau meletakkan 10 kawasan itu dalam zon yang diberi kawalan keselamatan khas. Tindakan itu diambil semuanya gara-gara meletusnya tragedi pencerobohan yang menelan lebih 50 korban termasuk sembilan orang anggota keselamatan kita manakala ratusan yang ditangkap. Namun betapa suci usaha kerajaann itu ia tetap akan disuluh dengan berbagai maksud kerana ianya dibuat dalam edah pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja. Mungkin ramai yang tidak sedar didalam 10 daerah itu ia merangkumi tujuh kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN Sabah. Kerusi-kerusi parlimen yang termasuk dalam zon keselamatan khas ini ialah, P167 Kudat, P168 Kota Merudu, P183 Baluran, P187 Kinabatangan, P 189 Semporna dan P190 Tawau. Manakala di dalam kawasan parlimen itu pula merangkumi sebanyak 15 kerusi state iaitu, N1 Baggi, N3 Pitas, N4, Manttagong, N5 Tandek, N39 Sugut, N40 Labuk, N42 Sungai Sebuga, N45, Elopora, N46 Tanjung Rapat, N47 Kuamut, N52 Sulabayan, N54 Bogaya, N53 Senaling, N55 Balung, N 56 Apas. Jumlah kerusi parlimen yang terlibat itu kira-kira 40% daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan kira-kira 25% daripada kerusi negeri yang berjumlah 60 kerusi. Kalau diandaikan kesemua kerusi parlimen yang berada didalam kawasan keselamatan khas itu akan ditawan semula oleh UBN ini bermakna UBN memerlukan kira-kira lima kerusi saja lagi untuk mendapat lebih separuh daripada 25 kerusi parlimen. Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula, kalau kesemua 15 kerusi di dalam tujuh kawasan parlimen itu dimenangi UBN ini bererti UBN memerlukan 15 atau 20 kerusi sahaja lagi untuk menguasai semula kerajaan Sabah. Dengan kedudukan dan perangkaan itu menyebabkan ada tanggapan mengatakan pengistyharan 10 kawasan keselamatan khas itu dibuat bermotifkan politik untuk menjamin kekuasaan UBN di Sabah. Hari ini UBN terdesak dan menggeletar apabila pihak Pakatan Rakyat dengan kerjasama APS mendakwa mereka bakal menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen Sabah seperti diuar-uarkan besar kemungkinan kerajaan Sabah pimpinan UBN juga akan tumbang. Persoalnya kini apakah motif disebalik pengistyharkan 10 kawasan yang diletakan dalam kawasan keselamatan khas itu bermotif politik atau sebaliknya? Sukar untuk kita menjawab di sini kerana tragedi yang berlaku di Lahad Datu itu telah memakan banyak korban yang menyebabkan tidak tergamak untuk dikatakan ianya sebagai sandiwara. Asasnya kejadian itu benar, mati itu benar, bom itu benar walaupun tak mengena sasaran, bagai mana pun mana rententan perkembangan-perkembangan seterusnya dan dapatan dari lapangan boleh dipertikaikan dan inilah menyebabkan ada mengatakan apa yang berlaku di Sabah itu tidak begitu tulen atau pun lebih tepat tragedi yang tidak tersangka itu telah digunapakai untuk kepentingan politik. UBN terutamanya Najib bernasib baik dengan kejadian itu kerana ia membantu baginya menyelamatkan Sabah. Apapun sama ada pengistyharan 10 zon keselamatan khas itu memberi laba politik besar atau tidak ianya akan terjawab selepas pilihan raya kelak. Ukuran mudah yang boleh dibuat kalau kedudukan UBN di Sabah tidak berubah, maka jelas ianya adalah plan politik yang sungguh drmatik dan penuh tektikal tetapi kalau Pakatan Rakyat menang pula menunjukkan kehendak rakyat Sabah mengatasi plan politik Umno? | ||||
RCI Lahad Datu tak ditangguh, kata menteri Posted: 25 Mar 2013 02:52 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan tanggapan bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pencerobohan Lahad Datu ditangguhkan ke tarikh lain. "Tidak... Kita menimbang kedua-dua cara, RCI dan kertas putih atau mencari mekanisme lain untuk memastikan kebenaran terserlah. "Tapi pada masa sama, perkara utama adalah memastikan Sabah selamat... bukan sahaja rakyat di Lahad Datu dan Semporna tetapi keseluruhan Eastern Sabah Security Command (Esscom)," katanya dalam satu sidang media hari ini. Hishammuddin pada hari Sabtu lalu berkata Najib akan mengumumkan penubuhan RCI tersebut semalam sambutan Hari Polis ke-206 hari ini. Najib bagaimanapun hari ini hanya mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) di kawasan timur Sabah yang merangkumi 10 daerah. Menurutnya, EZZZONE itu antara lainnya untuk memberi asas perundangan kepada ESSCOM, memelihara hak demokratik serta proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan di kawasan terbabit. Najib juga hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan memindahkan penduduk dari kawasan yang dianggap terdedah kepada pencerobohan pihak asing. | ||||
Stesen radio lancar siaran dengan wawancara Anwar Posted: 25 Mar 2013 02:49 AM PDT MALAYSIA KINI Satu stesen radio baru, Radio Free Malaysia (FRM) akan memulakan siaran sulung mereka pada malam ini dengan menyiarkan wawancara dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.RFM, yang diusahakan pihak sama di belakang stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak (RFS), mula bersiaran pada jam 9 malam ini di frekuensi MW 1,359kHz. PKR dalam satu kenyataan hari ini berkata stesen radio itu merancang untuk bersiaran bermula jam 9 malam sehingga 11 malam dalam bahasa Melayu. "Siaran wawancara yang menggemparkan ini, adalah untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada tahun 1998," kenyataan PKR dipetik. Stesen radio berkenaan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1-800-815-309, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Anwar itu. Stesen radio BFM, yang meliputi kawasan siaran Lembah Klang, sebelum ini mewawancara Anwar tetapi menyiarkan wawancara tersebut, awal bulan ini, kerana bimbang tidak dibenarkan kerajaan. Wawancara itu hanya disiarkan melalui laman webnya. | ||||
Komponen BN: Tarik balik semua IC di Sabah Posted: 25 Mar 2013 02:46 AM PDT MALAYSIA KINI Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah. Anggota exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah. "Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu. Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup. Kedua-dua mereka hadir dalam sidang media sama, lapor Borneo Post. Dompok dilaporkan berkata demikian ketika melancarkan gerakan untuk membantu gereja di negeri itu, yang dinamakan Operasi Tataba. | ||||
Bekas isteri Papagomo jadi saksi Husam Posted: 25 Mar 2013 12:55 AM PDT
KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan blog Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya. Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang. Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur. Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa. Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China. "Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina. "Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh. "Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja," katanya. Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut. Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll'. Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah. Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay. Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti. Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos. Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan. Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog "parpukari.blogspot.com". Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012. | ||||
DAP tolak tawaran 10 minit bentang manifesto di RTM Posted: 25 Mar 2013 12:46 AM PDT "Mereka melayan kita macam peminta sedekah, 10 minit waktu siaran tidak bermakna kebebasan media," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini. Ketua menteri Pulau Pinang itu memberi respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim Jumaat lalu setiap parti politik diberikan masa 10 minit yang dirakamkan sebelumnya untuk membentangkan manifesto menjelang pilihan raya umum. | ||||
Kuala Nerus: Peluang PAS sangat cerah Posted: 25 Mar 2013 12:45 AM PDT
Kuala Nerus disambungkan dengan Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang merentas Sungai Terengganu. Setiap kali rakyat Terengganu mahu melalui jambatan ini, mereka dikenakan tol 50 sen. Namun itu kisah lama. Pada malam keputusan pilihan raya umum diumumkan pada tahun 1999, tol 50 sen itu telah dimansuhkan. Ia berlaku sebagaimana janji PAS dalam pilihan raya itu, mahu menghapuskan tol di atas jambatan itu. Sebaik saja PAS menang dalam pilihan raya 1999, belum lagi kerajaan dibentuk, tol di situ sudah dimansuhkan melalui arahan pentadbiran. Kini yang tinggal hanya rumah tol sahaja. 50 sen bagi orang berada mungkin tidak besar tetapi bagi peraih ikan, petani atau nelayan, RM1 pergi dan balik melalui jambatan itu satu nilai yang besar. 30 hari atau sebulan bermakna RM30 mereka belanjakan untuk tol sahaja. Sebab itu selepas ia dimansuhkan, ia menjadi satu perkara yang melegakan banyak pihak. Apabila naik ke jambatan ini dari Kuala Terengganu, kita boleh melihat arca-arca menarik yang dibina oleh bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dengan menggunakan wang ehsan. Namun ianya semua arca sahaja yang tidak boleh digunakan. Masjid kristal nama sahaja masjid tetapi tidak dibuat solat Jumaat di situ. Kini pembangunan di Terengganu tertumpu kepada kawasan Parlimen Kuala Nerus. Banyak bangunan menarik dibina di sini termasuklah Stadium Sultan Mizan yang roboh itu. Kini stadium itu tinggal bahagian konkrit sahaja kerana bumbungnya yang runtuh sudah mula dibuang (gambar). Pelik juga, bahagian konkrit hingga ke bawah gagah berdiri tetapi bumbungnya sudah hilang. Rupa-rupanya, konkrit direkabentuk oleh arkitek terkenal Terengganu Datuk Raja Bahrin manakala bumbungnya direkabentuk dan dipasang oleh pihak lain iaitu syarikat Sohwon dari Korea. Selain stadium, di Kuala Nerus juga ada dua universiti, Institut Pendidikan Guru (IPG) pusat latihan Petronas dan lain-lain. Pendekata Kuala Nerus bergerak laju bersama arus pembangunan negara. Pilihan raya Dalam pilihan raya 1999 juga, PAS buat pertama kali menang di Parlimen Kuala Nerus. Ia dimenangi oleh Mohd. Shukrimun Shamsuddin mengalah calon Umno. Namun pada pilihan raya 2004 dan 2008, Shukrimun yang kini Yang Dipertua PAS Kuala Nerus gagal mempertahankan kerusi itu. Pada amalan biasa PAS, mereka yang kalah dua kali berturut-turut jarang diletakkan sekali lagi sebagai calon. Jadi besar kemungkinan PAS akan meletakkan calon baru di kerusi itu dalam pilihan raya ini. Nama yang paling popular adalah Dr Khairudin Aman Razali (gambar kiri) atau lebih dikenali dengan nama Khairudin At-Takiri. Beliau adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat. At-Takiri adalah sempena dengan nama kampung kelahirannya Seberang Takir, sebuah kampung yang terletak di kawasan Kuala Nerus. Seberang Takir terkenal dengan nelayannya dan keropok lekornya yang sedap. Dewan Undangan Negeri Di bawah Parlimen Kuala Nerus ada empat kawasan DUN iaitu Bukit Tunggal, Tepoh, Teluk Pasu dan Seberang Takir. Kini PAS hanya menang di Bukit Tunggal melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak. Dalam pilihan raya umum 2008, Dr Alias menang dengan majoriti 336 undi mengalahkan calon BN, Tuan Arif Sharibu Fadilah Tuan Ahmad. Menurut desas desus di Pekan Batu Enam, Dr Alias akan kekal bertanding di Bukit Tunggal. Begitu juga calon PAS di Teluk Pasu pada tahun 2008, Ridzuan Hashim. Dalam pilihan raya akan datang ini, seorang jurutera JKR, Mohamad Yasin dikatakan menjadi calon yang paling popular dari Umno untuk merampas kerusi Bukit Tunggal dari Dr Alias. Calon PAS di Tepoh dikatakan akan bertukar kepada calon baru. Seorang tokoh baru yang merupakan Exco Pemuda PAS Terengganu, Hishamudin Abdul Karim (gambar bawah kanan) dilihat banyak memimpin program-program PAS di Tepoh. Jika benar, beliau bakal bertembung dengan Ustaz Ramli Nuh, Timbalan Exco Agama Terengganu yang lebih dikenali Adun 10 peratus ini. Sudah beberapa kali Ramli Nuh mencabar tokoh muda ini berdebat melalui ceramah-ceramahnya. Namun apabila dihantar surat rasmi untuk berdebat, Ramli tidak pula menerimanya. Beliau hanya diam dalam rumah besarnya sahaja. Yang pasti sejak itu, tidak ada lagi cabaran berdebat dari Ramli. Jika benar ada dua muka baru PAS di Kuala Nerus ini, bermakna sasaran untuk mencalonkan 40 peratus muka baru PAS di Terengganu, ia bakal menghampiri kenyataan. Di Kuala Nerus saja, dua muka baru akan bertanding iaitu Tepoh dan Kuala Nerus. Berdasarkan persetujuan 2008, DUN Seberang Takir akan ditandingi oleh calon PKR. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang kelibat siapakah akan bertanding di Seberang Takir dari PKR. "Jika PKR tidak bersedia, PAS sedia untuk mengambil alih tempat ini," kata Penyelaras DUN Seberang Takir dari PAS, Zakaria Dagang. Sejak dari dulu, Seberang Takir adalah kubu Umno. Ini kerana, di situ ada sebuah kem tentera yang selama ini menjadi 'deposit tetap' untuk BN. Namun senario kebelakangan ini agak berubah. Tentera tidak lagi akan mengundi secara tertutup di dalam kem masing-masing. Wakil calon (polling agent) parti-parti yang bertanding kini dibenarkan memerhatikan proses pengundian. Menurut Zakaria, undi tentera di kem itu kini hanya kira-kira 1,600 sahaja kini berbanding dengan hampir 2,000 sebelum ini. Dalam pilihan raya 2008, calon PKR Muzafeq Affyuzaifuzan Mamat kalah kepada calon BN Ahmad Razif Abdul Rahman dengan majoriti 2,430 undi. Prospek Kuala Nerus Menurut Dr Briget Welsh, pengkaji sains politik Asia Tenggara, PAS hampir pasti menang di Parlimen Marang manakala BN hampir pasti menang di Kemaman, Besut dan Setiu di Terengganu. Ini bermakna, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Hulu Terengganu masih kelabu. Ia boleh pergi ke PAS atau kepada Umno dalam pilihan raya umum kali ini. Bagi satu kajian lain pula, PAS hampir pasti akan menang di Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Namun semuanya boleh berlaku dalam pilihan raya kali ini. "Saya yakin kita (PAS) boleh menang dengan majoriti lebih 1,000 undi di Parlimen Kuala Nerus," kata Zakaria Dagang (gambar kiri), petugas veteran di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu. Di samping itu, Zakaria juga menjangkakan PAS akan menang di DUN Tepoh, Telok Pasu dan sudah pasti di Bukit Tunggal dalam pilihan raya ini. LAPORAN BERKAITAN P36 K Terengganu: Kawasan politik bergelora | ||||
Hasan Ali Suka Publisiti, Jangan Samakan Dirinya Dengan PAS Posted: 25 Mar 2013 12:42 AM PDT SHAH ALAM : Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali tidak boleh menyamakan pemimpin PAS Selangor dengan dirinya yang lebih suka mengadakan perbincangan terbuka di luar mesyuarat untuk meraih publisiti. Sebaliknya menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar A Samad, pemimpin PAS Selangor kerap membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam di Selangor secara dalaman di mesyuarat-mesyuarat yang diadakan. "Kebanyakan isu-isu tersebut dibincang secara dalaman samada di dalam mesyuarat Exco atau di dalam mesyuarat di antara PAS Selangor dan Menteri Besar. "Ia juga dibincang di dalam mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat Negeri Selangor," kata Iskandar dalam satu kenyataan medianya. Iskandar yang juga merupakan Ahli Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor berkata sebarang isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat Exco sudah tentu tidak boleh dibawa oleh mana-mana Exco untuk dibincangkan secara terbuka di luar mesyuarat. Ini kerana menurutnya lagi, amalan ini adalah selari dengan lafaz sumpah kerahsian yang dilakukan oleh setiap Exco yang sepatutnya difahami oleh Hasan yang pernah menduduki kerusi Exco selama hampir empat tahun. "Oleh itu, saya menafikan bahawa pimpinan PAS Selangor atau Exco-Exco PAS Selangor gagal membangkitkan atau memperjuangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam. "Malah mereka membangkitkan isu-isu ini dengan penuh ketegasan (kerana) tidak mungkin pimpinan dan Exco PAS Selangor hanya berdiam diri apabila akar umbi kami sentiasa prihatin dan lantang dalam isu-isu melibatkan umat Islam," kata beliau lagi. Semalam, Sinar Harian dalam satu laporan bertajuk 'Pemimpin PAS Kena Tutup Mulut', Hasan mendakwa PAS Selangor dan Exco PAS gagal membawa mesej perjuangan parti itu untuk mempertahankan kedudukan Melayu Islam di negeri itu. | ||||
Najib Sahkan Manifesto PR Tentang Teksi Boleh Dilaksanakan Posted: 25 Mar 2013 12:40 AM PDT SHAH ALAM : Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan 1,000 permit kepada pemandu teksi dilihat 'menciplak' idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR). Pengumuman tersebut juga mengesahkan bahawa dasar-dasar manifesto PR yang sebelum ini dikecam oleh pemimpin Umno-BN sebenarnya mampu dilaksanakan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata setakat ini Umno-BN terus gagal untuk mengumumkan manifesto sendiri sebaliknya menciplak idea dasar PR. Najib cuba mengumpan rakyat dengan janji akan melaksanakan program PR itu sekiranya Umno-BN menang dalam PilihanRaya Umum ke-13, katanya. "Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Dato' Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini. "Penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini," kata Rafizi di dalam satu kenyataan media. Manifesto PR yang diumumkan bulan lalu antaranya berkata PR akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi. Permit teksi juga akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi. Agensi kerajaan juga akan dipertanggungjawabkan untuk melatih usahawan-usahawan teksi dengan kemahiran khidmat pelanggan dan perniagaan. "Ucapan beliau (Najib) berbaur ugutan politik apabila menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah 'bai'ah' (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan," kata Rafizi. "Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa beliau (Najib) tidak berani berdebat secara terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi." | ||||
Pas : SPRM Jangan Lengah-Lengahkan Tindakan Terhadap Taib Mahmud Posted: 25 Mar 2013 12:38 AM PDT KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terus didesak supaya menyegerakan tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berikutan sebuah video yang mengaitkannya dengan rasuah pembalakan di Sarawak. Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas, Zulkefly Mohammad Omar berkata, video yang dibuat NGO antarabangsa Global Witness mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan manipulasi dalam kelulusan lesen penerokaan hutan dan pembalakan di Sarawak. Menurut Zulkefly, jika proses kelulusan balak boleh dimanipulasi, aspek penguatkuasaan juga boleh dimanipulasi sehingga mendorong kepada kemusnahan hutan. "Saya ingin menyeru tindakan segera SPRM dan pihak berkuasa yang lain terhadap pendedahan video Global Witness itu demi kepentingan seluruh rakyat di negara ini. "Seterusnya memastikan penguatkuasaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dijalankan dengan telus dan tegas di Sarawak khususnya," katanya yang merupakan AJK Pas Pusat. Katanya, projek Empangan Bakun adalah contoh terbaik kemusnahan alam sekitar di Sarawak apabila 70 ribu hektar hutan ditebang untuk membina empangan mega tersebut. Video sepanjang 16 minit itu yang bertajuk ' Inside Malaysia's Shadow State' mendedahkan rasuah lesen pembalakkan yang didakwa dipelopori oleh Taib dan keluarganya. | ||||
DAP hanya mahu ‘bunuh’ MCA di Johor Posted: 25 Mar 2013 12:32 AM PDT Shahrir Samad berkata DAP berharap apabila ia berjaya 'membunuh' MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal masyarakat Cina di Johor. Oleh Mohd Haikal Mohd Isa JOHOR BAHARU: Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu 'membunuh' MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata, DAP berharap apabila ia berjaya 'membunuh' MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor. "Ini tujuan DAP sebenarnya, untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman. Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?," katanya ketika merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini. Menurutya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas – 'membunuh' parti Gerakan di negeri pulau itu. Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA, kata Shahrir baru-baru ini ketika mengulas tindakan DAP memindahkan pemimpinnya bertanding di Johor. DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah. Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata terdapat juga spekulasi pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. Shahrir juga tidak menolak kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding di Johor memandangkan beliau dilahirkan di Johor Baharu. Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng. Masyarakat Cina di Johor, kata Shahrir, perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini. Berlainan dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama. "DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempolitikkan semua perkara. Masyarakat Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk masa depan di Johor dan Malaysia," kata Shahrir. Mengenai kemungkinan PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Baharu, Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan calon.- Bernama | ||||
Pembongkaran Video Skandal Taib Mahmud + Kerabat Berpunca Anwar Ibrahim? Posted: 25 Mar 2013 12:25 AM PDT Nampaknya video pembongkaran Taib Mahmud dan kerabatnya (DI SINI) yang telah didedahkan kepada Global Witness baru baru ini mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga kes korupsi melibatkan Taib Mahmud oleh SPRM yang telah senyap sekian lama, tiba-tiba SPRM dengan sepantas kilatnya membuka siasatan sekali lagi untuk pemimpin aka Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Yang menariknya…. Kalau sebelum ini Anwar ibrahim dilabel sebagai agen Amerika, CIA, agen Yahudi, agen Israel, pelbagai agen lagi termausklah yang terbaru ini agen SULU (SEPERTI DI SINI) apabila Anwar Ibrahim dituduh sebagai penyebab punca kepada permulaan kekacauan di Lahad Datu, Sabah oleh pengganas SULU, kali ini Anwar Ibrahim sekali lagi didakwa Taib mahmud adalah punca pembongkaran & tersebarnya video kegiatan korupsi oleh Global Witness… Antara Butir Ucapan Taib Mahmud VS Anwar Ibrahim?Ucapan ini disampaikan ketika Taib Mahmud merasmikan dewan serbaguna Kampung Lintang, Petra Jaya yang bernilai RM1 juta yang Taib mahmud menggunakan sepenuhnya 25 minit untuk mempertahankan dirinya daripada dakwaan terbaru terhadapnya baru-baru ini :
Sumber : Bernama Malaysia Maknanya jikalau disemak kenyataan Taib Mahmud ini, Sarawak tiada sebarang masalah. Sebarang pendedahan yang dilakukan ketika ini adalah tidak benar sama sekali. Tiada rampasan tanah adat, balak-balak diteroka sewenang-wenang atas nama projek perladangan. Tiada masalah langsung. Malahan, Anwar Ibrahim yang bersalah dalam soal pembongkaran video terbaru kali ini oleh Global Witness (GW). Video Terbaru Global Witness VS Taib MahmudLIHAT VIDEO DI SINIWalaubagaimanapun, Global Witness sekali lagi mengeluarkan satu lagi video yang menyaksikan seorang peguam mengatakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.
Beginilah harapan kami SPRM dapat menjalankan siasatan mengenai dakwaan ini setelus mungkin. Buktikan kepada rakyat Malaysia yang SPRM menjalankan siasatan tanpa mengira status, baik iklan kecil ataupun ikan jerung. Buktikan…..Dakwaan demi dakwaan terus timbul melibatkan "raja Sarawak" ini tetapi masih lagi kelihatan kekal sehingga ke hari ini… Sampai bila? | ||||
Lahad Datu: Ibu & anak antara terkorban Posted: 25 Mar 2013 12:11 AM PDT KL TODAY Empat orang, termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak, telah ditemui di sebuah rumah selepas penentuan dengan Sulu pengganas di Tanjung Batu di sini. "Seorang askar dan budak cedera dalam operasi," ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata semasa taklimat Ops Daulat media di Felda Sahabat 16 di sini, semalam. Beliau berkata budak yang cedera telah dilihat bersama dengan empat orang di dalam rumah selepas penentuan pagi semalam. "Askar telah ditembak pada sebelah kiri tubuhnya semasa Gunfight dan sedang menjalani rawatan. "Budak yang cedera telah dihantar melalui udara ke Hospital Sandakan," katanya. Jen Zulkifeli berkata pasukan keselamatan juga mendapati makanan dipercayai telah disimpan di dalam rumah. Beliau berkata empat mayat telah dihantar ke hospital di sini untuk bedah siasat. Sementara itu, Jen Zulkifeli berkata lelaki bersenjata yang tinggal kebanyakannya bergerak dalam kumpulan dua atau tiga. Modus operandi mereka adalah untuk menarik pasukan keselamatan ke kawasan dan memprovokasi mereka ke dalam satu Gunfight sebelum berundur ke dalam sebuah rumah dan berterusan kepada api. "Selepas itu, salah seorang daripada mereka akan melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan dan menetapkan ia pada api untuk mengalihkan perhatian kita jadi satu di rumah awal boleh menyerang dari belakang. " Selepas menetapkan rumah di atas api, mereka kemudiannya akan melarikan diri ke dalam belukar berdekatan atau paya," katanya. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada dokumen ditemui pada mati. | ||||
Lahad Datu: PR tawar bantu kerajaan Posted: 25 Mar 2013 12:04 AM PDT KL TODAY Kerajaan sepatutnya melibatkan semua pihak termasuk pembangkang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu.Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal berikutan Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang khas Parlimen berhubung tragedi itu. "Ini soal keamanan dan kedaulatan negara. Tugas seorang Perdana Menteri menyeru semua pemimpin untuk sama-sama mempertahan negara," katanya. Beliau berucap demikian depan sekitar 5,000 ahli KEADILAN pada Himpunan Harapan Rakyat Peringkat Negeri Sabah di Star City Convention Hall, malam tadi. Ketua Umum KEADILAN itu turut mengkritik perbuatan pemimpin Umno BN yang kemudian memutar belit fakta pencerobohan menjadi isu politik untuk menyalahkan pembangkang. "Bukan masanya cari kesalahan pihak lawan dalam masa begini tetapi harus tolak tepi perbezaan politik dan mencapai satu kata putus dalam sidang khas. "Mana-mana pemimpin sesebuah negara yang diserang akan sama-sama cari kata putus terbaik. Malangnya, BN tolak pelawaan kita, kemudian tukar jadi permainan politik," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan penolakan cadangan sidang khas Parlimen itu sebagai petunjuk hilangnya keyakinan Umno BN untuk menang PRU 13. Selain itu, Anwar mengulangi penafian terhadap tohmahan yang cuba mengaitkannya kepada pencerobohan di Lahad Datu berikutan nyanyian lagu 'Tanya Sama Najib'. Beliau kesal kerana pemimpin Umno BN turut memanipulasi pertemuannya dengan pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari melalui satu gambar, semata-mata untuk menyebar fitnah. Secara tegas, Anwar menyifatkan pemimpin Umno BN yang berbuat demikian sebagai pengamal politik fitnah dan kotor. | ||||
Zon Keselamatan Timur Sabah Berkuatkuasa Posted: 24 Mar 2013 11:57 PM PDT KL TODAY KUALA LUMPUR: Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE) untuk mencegah pencerobohan dan memastikan keselamatan negeri berkuat kuasa pada Isnin. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan perkara itu berkata, zon keselamatan akan meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna dan Tawau. "Zon keselamatan akan ditadbir oleh jawatankuasa. "Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa ESSZONE. "Beliau akan dibantu oleh pegawai eksekutif dan ahli-ahli lain, yang akan diumumkan kemudian," kata Najib dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Polis ke-206 di Akademi Latihan Polis (Pulapol). Pasukan keselamatan Malaysia telah menjalankan operasi di pantai timur Sabah sejak beberapa minggu lalu untuk mengusir sekumpulan lelaki bersenjata Sulu dari kawasan itu. Kumpulan dari selatan Filipina itu bersembunyi di Kampung Tanduo sejak 9 Februari lalu. | ||||
BN tak mahu beri permit teksi individu takut kroni hilang untung Posted: 24 Mar 2013 11:53 PM PDT Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak mahu beri permit teksi kepada individu kerana takut keuntungan yang dikaut daripada syarikat teksi kebanyakannya dimiliki kroni Umno dihapus, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh melaksanakan pemberian permit teksi secara terus. "Kenyataan ini buktikan Umno BN memang tak mahu laksanakan pemberian permit teksi kepada pemandu. "Mereka takut akan merugikan syarikat-syarikat kroni. Selama ini mereka (syarikat kroni) untung berkali ganda. Tapi yang makin susah adalah pemandu teksi," katanya ketika dihubungi. Perkara ini kata Azan berbeza dengan Pakatan Rakyat yang komited untuk menghapuskan sistem permit kepada syarikat sebaliknya memberi terus kepada pemandu. "Kita (Pakatan) mahu jadikan pemandu teksi sebagai profesion seperti m enguruskan satu perniagaan. "Dengan permit ini, pemandu tersebut adalah pemilik teksi, bukannya dimiliki syarikat yang mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain. "Saya yakin pasti banyak perubahan berlaku dua tiga tahun kita tadbir negara," ujar Pengerusi KEADILAN Terengganu itu. Tambahnya, penubuhan SPAD tidak membantu pemandu teksi, malah cuba merumitkan mereka dengan pelbagai masalah. "Bukti jelas wujudnya SPAD untuk merumitkan pemandu teksi. Langsung tiada hasrat untuk membantu profesion itu supaya lebih baik," kata Azan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari lalu mengulangi jaminan untuk menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi. Selain itu, Pakatan turut menawarkan skim bantuan kepada usahawan teksi seperti skim perlindungan takaful, skim latihan keusahawanan, galakan penubuhan koperasi dan skimpembiayaan teksi baru. – NS | ||||
Anwar: Siasat pertemuan Najib & Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram Posted: 24 Mar 2013 11:51 PM PDT Oleh Sidiqin Omar KOTA KINABALU: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pihak berkuasa menyiasat bukti bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram, pimpinan Kesultanan Sulu. "Ada bukti bergambar foto pertemuan dengan Aziz Shamsuddin, Menteri dan bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang terlibat dalam projek IC dan juga dengan Datuk Seri Najib. "Patut ada siasatan rapi tentang hubungan mereka dengan pimpinan Umno. Tidak hanya menuding dan tohmah pemimpin pembangkang," kata Anwar pada sidang media bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Hoytel Hyatt, hari ini. Media semalam melaporkan pasukan keselamatan mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna pada 23 Mac lalu ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram. Amir Bahar anak kedua Esmail Kiram kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012. Polis semalam melaporkan, lelaki berusia lewat 40-an itu adalah Menteri Pertahanan Sulu yang bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas. Kata Anwar, siasatan perlu dibuat kerana ia berkait dengan insiden keganasan di Lahad Datu dan projek IC yang memberi kesan terhadap keamanan di Sabah. "Kenyataan Pakatan Rakyat jelas. Menyokong pasukan keselamatan. Tetapi kita mengingatkan, isu ini adalah isu nasional dan keselamatan negara dan tidak harus dipolitikkan," katanya. Gambar yang tersebar di internet dan media sosial sejak sebulan lalu menunjukkan pertemuan pemimpin Umno dengan waris Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak pertengahan Februari 2013. Antara pemimpin Umno yang dirakam bersama Esmail Kiram adalah Aziz Shamsuddin, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Adbullah Ahmad Badawi. – SDQ |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan