Jumaat, 22 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pendedahan Americk: AMK lapor polis desak siasat Najib

Posted: 22 Mar 2013 05:15 AM PDT

Oleh: Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis terhadap perdana menteri berhubung arahan agar akuan bersumpah (SD) kedua disediakan bagi pihak penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

AMK Najib

Ia ekoran pendedahan dibuat peguam Americk Singh Sidhu ketika mesyuarat tahunan (AGM) Majlis Peguam, baru-baru ini mengatakan SD berkenaan disediakan peguam, Cecil Abraham.

Laporan polis dibuat Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, di Balai Polis Dang Wangi petang tadi dengan ditemani beberapa pimpinan AMK.

Shamsul yang ditemui selepas itu mendesak polis menyiasat pembabitan Datuk Seri Najib Razak dalam kes tersebut.

"Americk menyatakan bahawa Cecil memaklumkan bahawa beliau diarahkan oleh Najib supaya
menyediakan SD kedua untuk diikrarkan oleh Bala bagi menafikan kandungan SD pertama," kata Shamsul.

Pada Julai 2008, Bala mendedahkan akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibunuh pada Oktober 2006. Ia termasuk dakwaan mengatakan Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Bala menarik semula dakwaan terkandung dalam SD pertamanya dengan menggantikan dengan SD kedua, sebelum menghilangkan diri.

Setelah lima tahun bersembunyi di Chennai, India, Bala kemudian mengejutkan negara apabila pulang ke tanah air, 24 Februari lalu dan tampil mendedahkan skandal berkenaan pada program Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, negara dikejutkan pula dengan berita kematiannya 15 Mac lalu akibat serangan jantung.
Kata Shamsul, beliau percaya arahan Najib agar Bala membuat SD kedua berniat jahat dan cuba menafikan fakta yang dibuat Bala dalam SD pertamanya.

"Melalui keterangan Americk, berdasarkan pengakuan cecil terhadapnya jelas Najib cuba membohongi rakyat mengenai keterlibatan beliau dalam pembunuhan Altantuya.

"Saya percaya Najib mahu menyembunyikan fakta melibatkan kematian warga Monggolia itu," ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka. – RM

Raja Muda Azzimuddie Kiram @ Datu Agbimudin Kiram : Ketua Pengganas Sulu & Bekas Penjawat Awam!

Posted: 22 Mar 2013 05:12 AM PDT

Staff Berita Semasa 

Gambar Azzimuddie Kiram Sabah

Betulkan kami jika kami tersilap. Sepengetahuan Berita Semasa, syarat utama nak menjawat jawatan kerajaan di Malaysia mesti warganegara Malaysia. Andaikata ada yang mengatakan warga asing "layak" menjawat jawatan sebagai kakitangan awam di Malaysia. Samalah umpamanya seperti "anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan".

Tragedi Lahad Datu Sabah (DI SINI) telah membuka banyak baik daripada aspek keselamatan perairan timur negeri Sabah, menimbulkan banyak spekulasi & maklumat yang samar-samar serta juga yang terbaru ini….

Jikalau sebelum ini ramai yang merasakan rata-rata pengganas di Lahad Datu, Sabah yang membuat kacau ini adalah terdiri kalangan warga asing yang terdiri daripada pengganas yang mewakili Kesultanan Sulu.

Tetapi….telah timbul satu persoalan yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia apabila pencerobohan di Lahad Datu Sabah melibatkan penjawat awam tertinggi yang pernah bertanggungjawab kepada rakyat sabah sebelum ini :
  • Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram merupakan ketua kumpulan pengganas yang mewakili Kesultanan Sulu
  • Bertambah menarik lagi, semakan di Jabatan Arkib Negara Sabah melalui maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah mendapati tertera nama Datu Agbimudin Kiram. Datu Agbimudin Kiram? Macam biasa kedengaran nama ini sejak tragedi Lahad Datu Sabah? Erm…..
Agbimudin Kiram
Datu Agbimudin Kiram
  • Datu Agbimudin Kiram merupakan Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.
  • Berapa agaknya gaji terkahir sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan? Berapa pencennya sekarang ini? Ini bermakna beliau boleh menikmati dan mengeluarkan duit pencen dalam bulan ini bersama-sama kalangan pesara kerajaan yang lain seperti anda di sini.
  • Dalam pada masa yang sama terlibat dengan pemberontakkan di Lahad Datu Sabah & Semporna
  • Hebat….
Berdasarkan laporan berita Yahoo Malaysia, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengakui adik Sultan Sulu merupakan bekas penjawat awam di Sabah:
  • Agbimuddin Kiram adalah adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah
  • Tetapi menafikan, Agbimuddin Kiram pernah menerima kewarganegaraan Malaysia
  • Keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, telah tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.
Sumber : Yahoo Malaysia 

Akhirnya, pihak abang kepada Agbimuddin Kiram telah pun memberikan jawapan balas mereka.
Hanya di Malaysia, wang cukai Malaysia membayar kepada kalangan pekerja asing yang menjawat jawatan kerajaan di Sabah.
Rafizi Raja Agbimuddin Kiram Cuma Berita Semasa kurang bersetuju apabila Rafizi Ramli ada mengatakan ini pendedahan mengenai Raja Muda Azzimuddie Kiram @ Datu Agbimudin Kiram ini mungkin ada kaitannya dengan Projek IC Sabah yang ada kena mengena dengan Tun Dr. Mahathir. Mengapa?

Ada masa kita boleh terima fakta yang dikemukakan, ada masa berdasarkan pertimbangan yang ada membuat kami tertanya-tanya  untuk pendedahan identiti Raja Muda Azzimuddie Kiram @ Datu Agbimudin Kiram yang merupakan ketua pengganas di Lahad Datu merangkap pernah menjadi anggota penting dalam kerajaan negeri Sabah, mengapa ada kaitan dengan Tun Dr. Mahathir pula?
  1. Tun Mahathir pada tahun 1974 adalah Menteri Pelajaran Malaysia
  2. Tahun 1981 barulah Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia
Projek IC Sabah (DI SINI) memang ada banyak dakwaan mengaitkan dengan Tun Mahathir, Allahyarham Megat Junid dan juga Datuk Aziz Samsuddin tetapi untuk mengaitkan untuk kes Agbimuddin Kiram pula, kami rasa tidak patut melibatkannya melihatkan tempoh masa kejadian itu berlaku.

Gambar Esmail Kiram II (Abang Agbimudin Kiram)

Bukan calang-calang juga kabel-kabel yang mengelilingi mereka ini yang kononnya mendakwa mereka adalah kerabat Sultan Sulu
Sumber : facebook Esmail Kiram II

Peniaga jeruk Melayu di negeri pimpinan DAP pun boleh kaya?

Posted: 22 Mar 2013 05:08 AM PDT

 Oleh Hafiz Zainuddin



SEBAIK selesai urusan di Mahkamah Kehakiman Putrajaya, saya sempat bersembang sepatah dua dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kebetulan pula saya membuat liputan kes permohonan beliau di Mahkamah Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Dalam kerancakkan kami berbual berkaitan isu semasa, beliau sempat membuka kisah mengenai kejayaan peniaga jeruk di Pulau Pinang yang membuatkan dahi saya tidak semena-mena berkerut. Bukan cerita pengusaha kaum Cina yang sudah biasa berniaga jeruk tetapi mengenai kejayaan peniaga jeruk Melayu.

"Kalau macam itu, saya fikir saya pun nak jual jeruklah," kata Guan Eng berseloroh sebelum menuruni anak tangga menuju ke keretanya.

"Jual jeruk di Pulau Pinang boleh dapat lima angka sebulan? Hebat!" fikir saya.

Demikian antara kisah nyata yang dikongsi Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada saya mengenai kejayaan pengusaha jeruk Melayu.

Memang ada benarnya kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu. Ketika bercuti di Pulau Pinang tahun lalu, saya berada ke Pasar Chowrasta. Sempatlah membeli sebungkus dua jeruk buah pala untuk dibawa pulang. Yang berniaga tu orang Melayu berumur lingkungan 30-an. Disebabkan saya ini seorang yang ringan mulut, tidak tertangguh pula saya berbual-bual dengan beliau.

"Bisnes sini okay bang?," tanya saya.

"Alhamdulillah, bagus, sekarang pelancong pun ramai, orang sini pun banyak beli," jawabnya sambil membungkus jeruk buah pala kering saya.

"Bukan senang nak berniaga, saingan pun banyak…," tambah saya.

"Biasalah bang, namanya berniaga, memanglah kena berlawan (bersaing). Kalau tak berlawan, mana nak maju," jawabnya selamba yang sudah beberapa tahun berniaga di situ.

Kisah yang dicerita Ketua Menteri Pulau Pinang itu memang mengingatkan saya ketika melancong ke sana. "Kalau tak untung, takkan lama orang berniaga," fikir saya.

 

Ramai Melayu berjaya di Pulau Pinang, jadi siapa yang ditindas?

Apabila saya membuat sedikit homework mengenai industri jeruk di Pulau Pinang, rupa-rupanya ramai lagi pengusaha jeruk Melayu yang berjaya.

Fikir saya, kalau orang Melayu ditindas di Pulau Pinang, mereka tidak akan mampu untuk berjaya, apatah lagi bersaing di tengah kota George Town yang majoritinya peniaga dan taukeh jeruk Tionghua yang bukan calang-calang besarnya.

Ini baru kisah pengusaha jeruk, saya percaya, orang Pulau Pinang sendiri mesti tahu, ramai lagi pengusaha dan peniaga Melayu lain termasuk kontraktor Melayu berjaya hidup senang menjana pendapatan tinggi di negeri itu apalagi sekarang ini Kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan miskin sifar pada 2013.

Mungkin bagi pembaca tegar Utusan Malaysia, mereka boleh anggap ini sebagai satu misteri,, atau menganggap anak Melayu itu punya ilmu sakti yang mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit di Pulau Pinang menjual jeruk!

Sehubungan itu boleh disimpulkan, kerajaan memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar. Baiknya kerajaan, maka baiklah dasar. Dengan dasar yang baik, adil dan prihatin. Rakyat mampu mandiri dan bersaing dengan tidak lagi menoleh ke belakang. Syabas buat Melayu Pulau Pinang yang berjaya.

UMNO mahu Melayu lemah?

Bagi kita, kisah kejayaan anak Melayu berniaga di Pulau Pinang adalah perkara yang membanggakan. Setidak-tidaknya ia boleh menjadi motivasi buat semua orang yang percaya kepada usaha tulang empat kerat dan persaingan positif mengembangkan perniagaan.

Inilah hakikat sebahagian kecil kisah kejayaan peniaga Melayu di Pulau Pinang, negeri makmur yang dicanang UMNO-Barisan Nasional sebagai negeri 'Cina kafir' yang menindas orang Melayu.

Adakah UMNO-BN tidak sedar, tohmahan jahat mereka seolah-olah menghina Melayu yang digambarkan senang ditindas dan mudah ditipu. Melayu adalah bangsa yang hebat, sejak zaman Kesultanan Melaka, orang Melayu membuktikan bahawa mereka adalah bangsa yang fleksibel, tegas, berani dan mandiri. – Roketkini.com

Manifesto Rakyat: DAP pertikai hasil petroleum negara

Posted: 22 Mar 2013 04:58 AM PDT

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: "Kerajaan menjual petroleum bermutu tinggi ke luar negara dan Petronas memperoleh hasil ratusan bilion ringgit setahun. Mana pergi duit itu?"

Demikian soalan yang dilontar Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang menempelak tuduhan Barisan Nasional (BN) yang menganggap Manifesto Rakyat tidak boleh dilaksanakan kerana kononnya kerajaan tidak berkemampuan.

"Kita tahu, Petronas bagi RM30 bilion setiap tahun kepada kerajaan. Tapi kalau kita nak bagi pendidikan percuma, ia hanya memerlukan RM6 bilion setahun," katanya dalam Ceramah Manifesto Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, Pakatan Rakyat (PR) bukan 'orang gila' yang sesuka hati merangka sesuatu dasar.

"Kalau kita eksport petroleum dan beratus-ratus bilion untung, takkan dengan hanya RM6 bilion kita tak mampu? Ini belum lagi dicampur dengan pendapatan negara yang lain seperti hasil minyak sawit dan sebagainya," katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin.

Tambahnya, adalah menjadi hak rakyat negara ini untuk menikmati penggunaan petroleum bermutu tinggi tanpa perlu mengimport petroleum bermutu rendah dari luar negara.

"Kerajaan jual petroleum bermutu tinggi ke luar negara, sebaliknya mengimport petroleum bermutu rendah untuk rakyat. Sekarang kita guna petroleum bermutu rendahlah," katanya.

Justeru itu, beliau meminta rakyat Malaysia menilai tawaran PR dalam Manifesto Rakyat tanpa membuat tuduhan melulu kerana hakikatnya Malaysia berkemampuan memberi nikmat yang lebih menyeluruh kepada rakyat dan bukan sekadar pendidikan percuma yang berkualiti.

Antara pimpinan utama PR yang turut menyampaikan ucapan ialah Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. – Roketkini.com

Surat terbuka Guan Eng kepada penentang projek: Terowong, lebuhraya atasi lalulintas sesak teruk di Pulau Pinang.

Posted: 22 Mar 2013 04:54 AM PDT

roket kini

21 Mac 2013
Encik S.M. Mohamad Idris,
Pengerusi CAP

Tuan,

Merujuk kepada kenyataan tuan baru-baru ini yang menentang projek kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina tiga lebuhraya dan satu terowong bawah laut bagi mengurangkan kesesakan trafik yang membabitkan terowong bawah laut sepanjang 7km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam di Butterworth, jalan pintas 4.2km dari Pesiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas 4.6km dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam, serta jalan berkembar 12km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang.

Kerajaan negeri telah berunding secara terbuka dengan rakyat serta masyarakat sivil sejak projek itu dicadangkan pada 2011 dan juga selama tempoh proses tender terbuka sehingga ia dianugerahkan tahun ini. Walaupun kami mengalu-alukan pendapat umum, input atau kritikan hendaklah berdasarkan analisa objektif dan fakta, dan bukan sekadar bersifat berang atau sentimen semata-mata. Bak kata pepatah lama, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan berunding dengan NGO serta pihak awam melalui sesi dialog serta sesi "town hall" di hadapan media massa. Proses ini sangat bersejarah kerana ia tidak pernah dibuat di Malaysia.

Malangnya, tuan tidak pernah menghadiri walau satu pun dialog atau sesi tersebut. Dengan itu, bagaimana mungkin tuan boleh menentang projek yang dicadangkan itu secara objektif dan berdasarkan fakta tanpa pernah mendengar penjelasan dari pihak kami? Oleh itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk memanjangkan jemputan peribadi kepada tuan untuk menghadiri mesyuarat supaya kami dapat menjelaskan apa-apa keraguan dan kebimbangan yang telah pihak tuan luahkan. Pintu kami senantiasa terbuka kepada pihak tuan.

Bagaimanapun, sekiranya tuan tidak menerima jemputan kami, biarlah kami menyatakan di sini kenapa kritikan tuan mengenai projek untuk mengurangkan kesesakan trafik itu adalah subjektif dan berdasarkan sentimen semata-mata.

Pertama, kami setuju bahawa pengangkutan awam adalah mekanisme yang paling berkesan untuk mencapai objektif "menggerakkan orang dan bukan kenderaan". Jadi, kenapakah CAP gagal untuk mengiktiraf usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pengangkutan terpilih bagi semua 1.6 juta rakyat Pulau Pinang.

Walaupun kerajaan negeri ingin memulihkan sistem trem yang sesuai dengan taraf George Town sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO, kami bersetuju untuk menyokong cadangan monorel yang dijanjikan kerajaan Persekutuan pada 2007. Malangnya, kerajaan Persekutuan memilih untuk bermain politik dan enggan menunaikan janji untuk membina monorel. Akhirnya, rakyat Pulau Pinang yang rugi.

Kemudian, kami telah memikir di luar kotak dengan menyediakan bas percuma di perkarangan bandar warisan George Town, diikuti pula dengan sistem "Park and Ride" yang berulang-alik dari Seberang Jaya ke Bayan Lepas dan Balik Pulau. Penyediaan bas percuma ini menelan belanja RM3 juta setahun. Apabila pendekatan ini disambut dengan baik oleh pihak umum, kami telah mencuba untuk melanjutkan perkhidmatan bas percuma kepada seluruh negeri pada waktu puncak dengan membayar Rapid Penang RM10 juta setahun.

Tawaran RM10 juta ini telah ditolak oleh kerajaan Persekutuan tanpa memberi apa-apa sebab. Kami juga mencadangkan supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau MPPP mengoperasikan syarikat bas sendiri untuk menyediakan pengangkutan awam tetapi ini juga telah ditolak oleh kerajaan Persekutuan. CAP tidak pernah sesekalipun menyokong usaha-usaha kerajaan negeri atau mempersoalkan tindakan kerajaan Persekutuan untuk menolak bayaran yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi menyediakan perkhidmatan bas percuma.

Jelas, kerajaan Persekutuan ingin mencekik Pulau Pinang dengan kesesakan trafik. Akibat kejayaan Pulau Pinang sebagai bandar paling sesuai didiami di Malaysia, jumlah pelancong sudah pun meningkat dengan mendadak. Penggunaan Jambatan Pulau Pinang secara purata adalah 80,000 kenderaan setiap hari, dan meningkat kepada 108,000 kenderaan setiap hari pada musim perayaan.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat, kami enggan duduk berdiam, menyalahkan kerajaan Persekutuan dan tidak rela dicekik dengan kesesakan trafik. Oleh itu, kami tidak mempunyai pilihan lain selain untuk membina lebuhraya baru untuk mengurangkan kesesakan trafik di kawasan-kawasan kritikal seperti Paya Terubong, Tanjung Bungah dan kawasan dalaman George Town. Untuk menyelerakkan trafik serta untuk mengelakkan cerutan trafik akibat daripada kereta-kereta yang ingin memasuki atau meninggalkan Pulau melalui kedua-dua jambatan, terdapat keperluan untuk laluan penghubung ketiga dari Seberang Perai Utara (SPU).

Kerajaan negeri tidak boleh membina jambatan ke Seberang Perai kerana kelulusan Persekutuan diperlukan. Walaubagaimanapun, tiada kelulusan diperlukan untuk terowong bawah dasar laut.
Tambahan pula, persoalan kesaksamaan juga harus diberi perhatian dan ia adalah adil supaya penduduk SPU tidak dinafikan laluan pengbung ketiga, apabila Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sudah diberi dua jambatan. Laluan penghubung ketiga juga akan memastikan pembangunan yang seimbang supaya SPU tidak ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi.

Kerajaan negeri juga bimbang tentang impak kepada alam sekitar dan juga terhadap punca pencarian nelayan kerana kami komited untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau. Kebimbangan ini sudah pun ditangani dengan mewajibkan pematuhan Penilaian Impak Alam Sekitar Penuh (DEIA). Sekiranya syarat-syarat DEIA tidak dapat dipatuhi, maka projek-projek tersebut tidak akan diteruskan. Berbeza dengan projek-projek kerajaan Persekutuan, perunding yang akan menyediakan laporan DEIA akan dilantik kerajaan negeri dan bukan oleh kontraktor.

Operasi Pelabuhan Pulau Pinang juga tidak akan terjejas kerana terowong akan dibina secara selamat di bawah dasar laut. Ramai pakar telah memberi pendapat bahawa terowong bawah dasar laut mempunyai impak yang lebih kurang berbanding jambatan.

CAP harus sedar bahawa tender telah dianugerahkan melalui proses tender terbuka kompetitif yang telah dimulakan pada 2011. Daripada kos anggaran awal RM8 bilion, keajaiban tender terbuka telah mengurangkannya kepada RM6.3 bilion. Tidak sepertimana yang didakwa BN, modal berbayar keempat-empat syarikat yang telah memenangi tender tersebut sebagai konsortium adalah RM4.5 bilion dan bukan RM2. Tambahan pula, keempat-empat syarikat tersebut akan menandatangani perjanjian secara asing dengan kerajaan negeri.

Kenyataan CAP yang menyaran agar kami tidak menggunakan tanah tebusguna 110 ekar di Tanjung Pinang untuk membiayai projek RM6.3 bilion ini menimbulkan persoalan kenapa CAP tidak mengkritik BN kerana menjual tanah tebusguna tersebut pada harga RM1 sekaki persegi pada tahun 1999? Kami ingin menyatakan sekali lagi bahawa penilaian dan cadangan pemenang tender telah dibuat oleh dua jawatankuasa yang diterajui Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Farizan bin Darus serta Pegawai Kewangan
Negeri Dato' Haji Mokhtar bin Mohd Jait tanpa penglibatan Ketua Menteri. Seluruh proses tender telah dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab.

Tempoh konsesi tol 30 tahun telah diberi hanya untuk terowong dan tidak untuk tiga projek lebuhraya lain yang akan bebas tol. Konsesi tol ini adalah unik kerana untuk kali pertama di Malaysia tiada jaminan jumlah trafik yang diberi kepada syarikat-syarikat tersebut.

Kerajaan negeri telah bersetuju untuk tempoh tol 30 tahun kerana kami tidak ingin berperang dengan kerajaan Persekutuan dengan tidak mengenakan caj tol. Ini kerana kerajaan Persekutuan akan mempunyai dasar undang-undang untuk menghentikan projek terowong dengan dakwaan bahawa kami sengaja mensabotaj kutipan tol Jambatan Kedua. Inilah sebabnya mengapa kerajaan negeri telah menetapkan kadar tol terowong pada kadar yang sama dengan Jambatan Kedua.

Sekali lagi, jika CAP menentang tempoh kosesi tol 30 tahun oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, mengapakah CAP tidak menentang apabila konsesi tol Jambatan Kedua telah ditetapkan pada tempoh yang lebih lama iaitu 45 tahun?

Tindakan CAP untuk mempersoalkan kepakaran dan keupayaan teknikal syarikat-syarikat yang terbabit adalah ekspresi sentimen yang subjektif dan tidak menghiraukan hakikat bahawa Beijing Urban Construction Group dan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) merupakan syarikat-syarikat pembinaan utama yang telah membina Stadium Olimpik Beijing "Sarang Burung" dan kebanyakan daripada landasan keretapi di China, termasuk landasan tertinggi ke Tibet. Sementara tiada sesiapa yang menjaminkan bahawa kemalangan tidak akan berlaku, namun jika itulah kriteria yang diikuti maka adakah kita akan menghentikan pembinaan jalanraya dan kapal terbang kerana kemalangan?

Malahan, Pelan Induk Pengangkutan Awam (PTM) telah mencadangkan pembinaan terowong bawah dasar laut. Bezanya cuma ia mencadangkan persiapan terowong menjelang 2025-2030 sementara kerajaan negeri ingin membawanya lebih awal kepada 2023-25. Tempoh 10-12 tahun untuk pembinaan laluan penghubung ketiga diperlukan untuk memastikan pematuhan semua keperluan keselamatan dan kebolehlaksanaan termasuk keselamatan alam sekitar.

Oleh kerana tempoh persiapan projek adalah 10-12 tahun, kerja perancangan harus bermula sekarang. Gambaran yang diberi oleh sesetengah pihak bahawa kerja akan bermula serta-merta dan terowong akan disiapkan dalam masa beberapa tahun adalah tidak benar sama sekali. Sepertimana Jambatan Kedua Pulau Pinang sepatutnya dibina 10 tahun lalu akibat peningkatan trafik, kami harus merancang bukan sahaja untuk generasi ini tetapi untuk generasi akan datang.

Kita tidak patut mewariskan kesesakan trafik kepada generasi akan datang supaya mereka tidak mengalami penderitaan akibat kegagalan untuk membuat perancangan masa depan. Mungkin kita tidak akan bermanfaat daripada projek-projek ini tetapi anak-anak dan cucu-cicit kita akan dapat menikmati manfaatnya. Inilah tanggungjawab kita – untuk menyediakan masa depan untuk generasi muda.
Terima kasih.

Yang benar,
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri

Kaum India tanpa IC berdemo di JPN Klang

Posted: 22 Mar 2013 04:32 AM PDT

 


 
Seramai 40 orang kaum India di sekitar Selangor yang tidak memiliki kad pengenalan hari ini mengadakan perhimpunan "duduk bantah" selama kira-kira dua jam di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Klang bagi menuntut kerakyatan.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang mengetuai kumpulan itu berkata, tindakan itu diambil kerana permohonan mereka ditolak secara tidak jelas, dan keadaan itu menimbulkan perbagai masalah, termasuk urusan persekolahan anak-anak.

NONE"Kita duduk bantah di JPN kerana mereka dinafikan hak untuk dapatkan surat beranak dan kad pengenalan termasuk pelajar yang berusia 12 tahun yang tidak pernah ke sekolah kerana menghadapi masalah tidak ada MyKid.

"Ada juga orang tua yang berusia 60 dan 70-an yang lahir di Malaysia, berketurunan India dinafikan haknya untuk dapat kad pengenalan.

"Mereka semua sebelum ini pernah membuat permohonan tetapi JPN beri alasan menolak permohonan itu dengan kata dokumen tidak jelas. Alasan ini tidak boleh diterima," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PKR sebelum ini juga turut mengadakan perhimpunan sama di JPN Putrajaya. Parti itu mendakwa, seramai 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau secara teknikalnya bukan warganegara Malaysia.

Diberikan borang permohonan

Bagaimanapun perkara itu ditolak oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan mengatakan dakwaan itu sebagai "pembohongan besar", tiada asas dan bermotifkan politik.

Sementara itu, Surendran berkata, kumpulan dari Banting, Pulau Carey dan Klang itu berarak dari tokong berdekatan ke JPN Klang bersama ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, peguam PKR Latheefa Koya.

NONESetelah pertemuan sejam bersama pegawai JPN, mereka diberikan borang permohonan kad pengenalan.

Kita juga sudah serah kesemua borang kepada timbalan pengarah JPN Shah Alam yang datang ke Klang.

"Kami minta supaya proses permohonan ini diproses dengan segera," katanya sambil menambah perhimpunan itu bersurai selepas borang permohonan diserahkan.

Kakitangan CIMB piket tuntut 'keadilan'

Posted: 22 Mar 2013 04:29 AM PDT

 


 
dikemaskini Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.

NONEMereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan.

Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya hari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB.

NUBE mempunyai kira-kira 5,000 ahli yang bekerja di rangkaian CIMB.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Penolong setiausaha NUBE, A Karuna berkata aduan berhubung perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bank sejak setahun yang lalu tetapi mendakwa tiada tindakan.

Karuna berkata, piket yang diadakan di hadapan CIMB di Petaling Jaya itu merupakan yang kali ke-30 sejak Disember tahun lalu

NONESejak Februari lalu, mereka mengadakan piket antaranya di Kangar, Alor Setar, Temerloh dan Pekan.

CIMB diterajui Ketua pegawai eksekutif kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak - adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Karuna berkata pihaknya bercadang mengadakan piket besar-besaran di CIMB dan Bank Negara di Kuala Lumpur pada 6 April depan, supaya tuntutan mereka didengari.

Beliau mensasarkan 20,000 ahli NUBE termasuk kakitangan CIMB hadir dalam piket tersebut.
Malaysiakini telah menghantar emel kepada pengurusan CIMB untuk meminta penjelasan berhubung isu tersebut dan dimaklumkan melalui emel bahawa eksekutif berkenaan akan memberi respons dalam masa dua hari bekerja.

MCA lancar video lawan 'Superman'

Posted: 22 Mar 2013 04:28 AM PDT

 


 
Dua sayap MCA - Pemuda dan Beliawanis - hari ini melancarkan video pendek untuk menolak bahasa kesat semasa ceramah yang dikaitkan dengan pemidato popular DAP Hew Kuan Yew.

Ketua Biro Pendidikan MCA Chong Sin Woon berkata, mereka mahu menjadi pelopor menempelak 'Superman' - julukan popular terhadap Hew - untuk membendung penularan budaya bahasa kesat.

"NONEKami tahu Superman penyelamat seluruh alam dan sentiasa menolong mangsa kejadian.

"Tetapi Superman di Malaysia (lambang) kekesatan dan budaya fitnah, jadi Pemuda dan Beliawanis MCA mahu berada di barisan depan untuk melawan Superman (DAP)," kata Chong.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini, Chong berkata, ceramah Hew dipenuhi kenyataan menghina yang mengaitkan orang lain dengan "binatang, bahagian (seksual) tubuh dan wanita".

Perkara ini, tambanya, akan meracuni minda kanak-kanak.

Chong berkata, penggunaan bahasa kesat semasa ceramah bermula dengan ceramah Hew semasa menjelang pilihan raya Sarawak pada 2011, kempen besar pertama yang disertainya untuk DAP.

Tubuh RCI siasat skandal Ketua Menteri Sarawak

Posted: 22 Mar 2013 04:22 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri menubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan rasuah di Sarawak oleh Ketua Menteri dan ahli keluarga beliau.

 Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ini ekoran pendedahan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' yang dihasilkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Global Witness mengenai skandal balak di negeri Sarawak baru-baru ini,".

"Pendedahan ini pastinya menggemparkan negara kerana ia menggambarkan magaimana modus operandi yang dilakukan secara terancang oleh keluarga pemimpin kerajaan di negeri tersebut menggunakan mekanisme tertentu bagi menghalalkan kegiatan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM merasa terkejut bagaimana kumpulan aktivis tersebut boleh menghasilkan dokumentari berdasarkan hasil penyamaran dan pengintipan mereka terhadap kegiatan keluarga Ketua Menteri Sarawak.

Ini, kata beliau menandakan masyarakat antarabangsa juga sudah lama memerhati terhadap penyelewengan dan salah laku pemimpin negara, khususnya KM Sarawak.

"Bayangkan sekiranya video ini tidak didedahkan untuk tatapan umum, dimanakah rakyat akan mengetahui kebenaran di sebalik penyelewengan ini?" ujarnya lagi.

Beliau menambah, rakyat yang menonton video ini pastinya merasa malu, marah dan terkejut melihat bagaimana pemimpin sebuah kerajaan menyelahgunakan kuasa dan kekayaan yang mereka miliki untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.

Justeru, beliau bertanya di mana hendak diletakkan air muka tatkala masyarakat dunia menonton skandal yang tidak bermaruah ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpn negara.

Justeru, rakyat tidak lagi boleh menutup mata melihat segala penyelewengan yang berlaku.

Katanya, dalam keadaan rakyat di Sarawak hidup dalam serba kedhaifan, miskin dan melarat, pemimpinnya pula bermewah dengan kekayaan yang melampau.

Bahkan, ujarnya harta kekayaan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat hanya diagih-agihkan antara sanak saudara dan keluarga mereka sahaja.

"Beginilah sikap yang dipamerkan oleh pemimpin parti pemerintah yang telah memerintah negara ini berpuluh tahun lamanya.

"Pendedahan ini membuktikan bahawa kerajaan BN sekarang terlalu parah. Amalan rasuah, korupsi, kronisme serta penyelewengan kuasa untuk kepentingan peribadi telah menjadi budaya dan membarah dalam pemimpin-pemimpin negara," ujarnya lagi.

Tambahnya, rakyat perlu meletakkan noktah terakhir kepada BN pada PRU13 tanpa ragu lagi.

"Menafikan kekuasaan BN untuk terus memerintah bererti menyelamatkan negara dari dipimpin oleh pemimpin yang korup dan tidak amanah," katanya.

PAS tolak alasan SPR kempen 21 hari membazir

Posted: 22 Mar 2013 04:17 AM PDT

Anis Nazri ,


KUALA LUMPUR: PAS menolak pandangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan tempoh kempen 21 hari atas alasan membazir.

Sebaliknya, SPR perlu sedaya-upaya mengendalikan pilihan raya yang adil untuk memberi peluang kepada semua parti yang bertanding untuk berkempen.

Lebih-lebih lagi, dalam suasana media perdana yang tidak bersedia memberikan akses kepada Pakatan Rakyat untuk menerangkan perjuangan parti tersebut.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli, berkata jika calon-calon daripada Pakatan Rakyat diberikan akses sama seperti calon Barisan Nasional, pihaknya bersedia untuk bersetuju dengan tempoh kempen yang diamalkan sekarang.

"Masalahnya, akses media hanya meliputi calon BN.  Sama ada tv, surat khabar mahupun radio.  Perdebatan terbuka secara langsung tidak pernah ada. Jadi, kami tiada pilihan melainkan terpaksa menjelajah seluruh negara, yang sudah pasti memerlukan tempoh yang panjang," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, jika calon BN menjelajah negara dan kemudiannya disiarkan di televisyen, seluruh rakyat Malaysia dapat melihatnya berbanding calon Pakatan yang tidak diketengahkan kepada umum.

Mengulas lanjut tentang alasan SPR bahawa kecanggihan teknologi sudah mencukupi untuk berkempen, Dr. Hatta  berkata ia masih belum memadai memandangkan capaiannya yang tidak menyeluruh, khususnya di kawasan luar bandar.

Justeru, beliau mengharapkan SPR untuk mempertimbangkan semula tuntutan Pakatan Rakyat untuk tempoh kempen 21 hari.

"Bagaimanapun, Pakatan Rakyat sentiasa dalam siap-siaga bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, jika tempoh kempen 11 hari dikekalkan SPR," kata Dr. Hatta.

Umno arah guru pantau pengundi luar

Posted: 22 Mar 2013 04:07 AM PDT

Harakahdaily,


KOTA BHARU: Bukan lagi sekadar mengerah tenaga guru-guru Kelas Fardhu Ain, al Quran dan Bahasa Arab (Kafa), sebaliknya guru-guru lain juga dipaksa berkempen bagi pihak Umno.

Sebelum ini guru-guru Kafa dikerah hadir pada setiap program anjuran Umno dan mereka juga yang tinggal di Kota Bharu dipaksa memindah tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Dan baru-baru ini Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu dikatakan memanggil 40 guru mewakili beberapa sekolah bagi membantu kempen Umno.

Bagaimanapun hanya seramai 27 orang sahaja difahamkan hadir pada perjumpaan yang diadakan di pejabat PPD Kota Bharu di Jalan Telipot. Taklimat tersebut dikendalikan Umno Kota Bharu.

Satu sumber memberitahu guru-guru terbabit diminta menelefon dan merayu pengundi-pengundi luar supaya balik mengundi.

"Guru-guru terbabit juga perlu memberitahu Umno akan membayar segala tambang untuk membolehkan mereka pulang mengundi nanti," katanya di sini.

Menurut sumber berkenaan, guru-guru yang hadir akan diberikan nama pengundi luar sekurang-kurangnya seramai 30 pengundi bagi setiap guru.

(Pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Memahami 'Amanat Tun Mahathir'

Posted: 22 Mar 2013 04:06 AM PDT

Abdul Hadi Awang,

Amanat Tun Dr Mahathir Mohammad berbunyi, "Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali" adalah satu sindiran tajam supaya rakyat jangan lagi menyokong Umno dan BN bersamanya.

Walaupun ada kalangan yang berhujah bahawa perkataan "devil" dan "angel" dalam ungkapan asal Tun Mahathir adalah suatu metafora atau kiasan, tetapi ianya tidak menafikan hakikat bahawa Tun Mahathir sendiri telah membuat dua cabang kelas bahawa Umno BN berada di pihak yang "buruk dan rosak" manakala Pakatan Rakyat berada di pihak yang "baik".

Tun Mahathir adalah Tokoh Besar UMNO, Mantan Presidennya dan Mantan Perdana Menteri, yang paling lama memegang jawatan dalam UMNO. Tun Mahathir mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa UMNO adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus. Penyakit rasuah dan gila mendapat kuasa. Sebagai seorang ahli perubatan yang tahu bagaimana parahnya sesuatu penyakit itu, sehingga beliau memberi gambaran penyakit kronik yang melarat ke dalam usus, atau dalam kata lain ianya tidak mampu diberi rawatan.

Penyakit politik wang (rasuah) menjalar dalam pemilihan UMNO daripada akar umbi sehingga ke hujung pucuk, tidak lagi menjadi rahsia kepada umum. Penyakit ini dimasukkan ke dalam gelanggang rakyat dalam setiap kali Pilihanraya Umum dan kecil dan membahayakan seluruh jentera kerajaan.

Betapa parahnya penyakit itu sehingga terpaksa diselamatkan dengan Amanat Tun Mahathir yang begitu jelas ucapan dan ungkapannya. Kalau mahu hidup mati bersama UMNO juga, maka begitulah konsepnya.

Sila fahami pula Firman Allah dalam surah An-Nas, ayat 1-6 :

Maksudnya : "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (syaitan), Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Maksud peringatan Allah ini ialah supaya semua umat manusia berwaspada menghadapi tipu daya syaitan, sama ada yang dikenali atau tidak, samada terdiri dari kalangan makhluk manusia yang dapat dilihat, atau juga bisikan makhluk jin yang tidak dapat dilihat kerana termasuk kalangan alam ghaib yang wajib beriman wujudnya.

Adalah menjadi hikmat paling besar, surah ini diletakkan di akhir penyusunan al-Quran, dengan perhatian lebih khusus pula kepada ayatnya yang terakhir, mendedahkan adanya syaitan di kalangan manusia yang lebih mudah dikenali.

Permulaan al-Quran pula Surah al-Faatihah, yang menjadi rukun solat pada tiap-tiap rakaat, termasuk rukun solat jenazah yang tidak ada rakaat. Ianya adalah merupakan doa yang diulang, supaya Allah memberi petunjuk ke jalan yang benar. Selepasnya pula Surah al-Baqarah, yang menegaskan al-Quran adalah petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Seterusnya membahagikan manusia kepada tiga kumpulan : Beriman dan beramal soleh , kafir dan munafiq.

Berikutnya pula, dibawa kesah kejadian Adam a.s. dan tujuan kejadiannya di bumi, diikuti dengan pertarungan di antara Adam dan Iblis sehingga dihalau dari syurga dan bertarung di bumi sehingga hari kiamat.

Adam dilantik menjadi Rasul memimpin keluarganya berpegang teguh dengan ajaran Allah dan petunjuknya, dan seterusnya dilahirkan para Rasul untuk meneruskan perjuangan Adam dengan petunjuk Allah sehingga hari kiamat pula.

Iblis pula mengumpulkan pengikutnya yang dinamakan syaitan, terdiri daripada kalangan manusia dan jin, yang meneruskan perjuangan menentang Adam dan para rasul dan pengikutnya yang berpegang dengan petunjuk Allah.

Al-Quran bukan sahaja menyatakan petunjuk akidah, syariat dan akhlak serta sistemnya secara menyeluruh bahkan al-Quran juga membawa kisah syaitan manusia seperti al-Malaa, Namrud, Firaun, Abu Lahab, Abu Jahal dan lain-lain yang menentang para rasul di sepanjang zaman.

Semua syaitan itu kalah berhujah dengan para rasul yang membawa ajaran yang benar. Demi meneruskan cita-cita jahatnya, maka syaitan ini meneruskan juga kerjanya dengan cara menggoda seperti iblis pernah menggoda Adam a.s. di zaman dahulu, tetapi caranya berubah dari semasa ke semasa, zaman ke zaman yang berterusan, menggoda dengan fitnah, menipu, menggunakan harta dan kemewahan hidup.

Allah mengesahkan Iblis (bapa syaitan) menggoda Adam dan Hawa, seperti yang disebut dalam Surah Thoha ayat 120 – 121 :

Maksudnya : Setelah itu maka Syaitan (iblis) membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: "Wahai Adam! Mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya (tidak mati), dan kekuasaan (kerajaan) yang tidak akan hilang lenyap?".

"Kemudian mereka berdua (Adam dan Hawa) memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya)."

Allah juga menceritakan para pemimpin yang tersebut nama-namanya di atas, menentang para rasul di zaman masing-masing, secara fitnah dan menuduh para rasul membawa ajaran sesat, serta menggoda dengan menawarkan kesenangan pangkat harta kepada sesiapa yang menyokongnya berkuasa dan menghalang para rasul membawa ajaran Allah yang sebenar.

Firaun menyampaikan ucapan bahawa dialah yang memberi segala kemudahan, seperti mengalirkan tali air yang menyuburkan bumi Mesir, mendirikan bangunan-bangunan dan lain-lain. Firaun juga menjelaskan bahawa Nabi Musa pula hanya membawa ajaran secara berucap tidak jelas dan tidak membawa apa-apa kesenangan bahkan tidak mengenang budi dan tidak bersyukur, kerana menjadi anak angkat yang pernah dibesarkan di bawah naungan istananya yang indah dan mewah.

Pendekatan yang sama dilakukan oleh mereka yang menentang Nabi Akhir Zaman Muhammad S.A.W. Firman Allah :

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); Dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga Engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami. Atau (sehingga) Engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian Engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) Engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang Engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) Engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah Rumah terhias dari emas; atau (sehingga) Engkau naik ke langit; dan Kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum Engkau turunkan kepada kami sebuah Kitab yang dapat kami membacanya".  Katakanlah (Wahai Muhammad):" Maha suci Tuhanku ! Bukankah Aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?. [al-Isra' : 89 – 93]

Syaitan juga menggunakan para ulama yang mencari kesempatan hidup senang sehingga lupa hari akhirat. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami (seorang yang alim ilmu kitab Allah). Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya : ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. [Surah Al A'araf : 175 – 176].

Semua kisah al-Quran itu adalah wahyu yang dibawa oleh malaikat yang wajib dikenali sifatnya paling baik, walau pun tidak mengenali wajahnya kerana mereka makhluk ghaib. Al Quran pula wajib dipercayai petunjuknya di sepanjang zaman. Sila bandingkan secara insaf dengan apa yang dilakukan oleh UMNO- BN sekarang.

Amanat Tun Mahathir adalah sindiran tajam supaya ahli UMNO dan penyokongnya, serta parti komponen yang bersekongkol dengannya secara nyata dan bersembunyi. Beliau sendiri sudah dua kali keluar masuk UMNO, secara sifat kemanusiaan yang wajib merawat pesakit walau pun tidak ada harapan sembuhnya.

Seruan saya kepada rakan taulan dalam UMNO-BN. Tinggalkanlah UMNO dan BN bersama syaitan yang dikenali atau tidak dikenali. Jadikan PAS Ganti UMNO, Pakatan Rakyat ganti BN. Disebabkan juga pendekatan berbeza, maka PAS bertahaluf dengan bukan Islam dan masyarakat majmuk bersama prinsip dan konsep Islam yang teguh. UMNO pula berwala' dengan bukan Islam dan bukan melayu dengan prinsip dan konsep nasionalisma yang rapuh sehingga menghilangkan jati diri bersama syaitan yang dikenali dan tidak dikenali. Fahamilah secara ilmu dan ikhlas jangan menolak secara jahil murakkab.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Pimpinan DAP Perak bersatu, sedia bantu PR tawan semula negeri

Posted: 22 Mar 2013 04:01 AM PDT

 Roketkini.com



IPOH,: Mereka berbeza pendapat, kadang-kadang mereka berbalah. Namun demi rakyat dalam menghadapi PRU ke-13, mereka kembali bersatu hati dan tenaga untuk menawan kembali Perak yang dirampas secara haram oleh Barisan Nasional.

Walaupun sering digembar-gembur oleh media arus perdana yang dikawal BN, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran sebenarnya adalah sahabat dalam perjuangan politik.

Perbezaan mereka hanya berkisar soal pentadbiran dalaman dan kadang-kalanya salah faham, jelas Kulasegaran dalam satu ceramah besar di sini malam kelmarin.

"Walaupun ada perbezaan pandangan, saya memberi jaminan kepada semua pengundi bahawa DAP Perak akan bertandang di gelanggang pilihanraya sebagai satu pasukan yang bersatu hati," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Beliau menambah bahawa DAP Perak sedar siapa musuh kepada rakyat, yakni UMNO-BN, dan sebarang perselisihan faham telah pun diketepikan demi menjamin keperluan rakyat diutamakan.

Beribu-ribu orang hadir di ceramah yang diadakan di Dewan Chon Woo, termasuk mereka yang terpaksa berdiri di laur dewan kerana sudah penuh, yang turut diserikan dengan kehadiran Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selaku Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming serta Ngeh.

Menurut Kulasegaran, Perak adalah penting untuk DAP dan Pakatan Rakyat kerana ia perlu dikembalikan maruah selepas dirampas kuasa secara haram oleh BN empat tahun lalu.

"Perak juga penting kerana bukan sahaja rakyat perlu kembalikan mandat kepada PR tetapi juga membantu menambah kerusi Parlimen untuk membolehkan PR membentukan kerajaan persekutuan yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat," katanya.

Justeru, tambah beliau, UMNO-BN di Perak bukan sahaja perlu ditewaskan tetapi ditumbangkan terus melalui usaha rakyat sendiri keluar mengundi beramai-ramai untuk memastikan kemenangan besar.

Perak turut menjadi tumpuan apabila media massa melaporkan kemungkinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi selamat Permatang Pauh untuk bertanding di Perak dalam PRU ini. – Roketkini.com

Rakyat Perlis nantikan perubahan, sudi terima DAP dan Pakatan

Posted: 22 Mar 2013 03:59 AM PDT

Roketkini.com



PADANG BESAR: Kerjasama pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang semakin akrab telah menawan hati rakyat yang selama ini dibuai propaganda bohong UMNO-Barisan Nasional yang menguasai akhbar, tv dan radio.

Suasana kemesraan, termasuk di antara pimpinan dan anggota PAS serta DAP, yang terjalin semakin terserlah di mana-mana pelusuk kampung dan pekan, termasuk di Perlis.

Selain kerjasama pucuk pimpinan PR negeri Indera Kayangan, pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi turut menjalankan program dan aktiviti bersama yang juga dapat merapatkan hubungan antara kaum.

Baru-baru ini,  Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan dan Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Perlis, Ooi Ching Wen bersama Ketua Urusan Ulamak PAS Padang Besar Ustaz Azamhari Mohamood telah turun padang untuk bertemu, mendengar dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat tempatan.

Mereka telah bertandang ke banyak kawasan termasuk Kampung Kolam, Padang Besar, Pekan Padang Besar, Jalan Besar, Felda Rimba Mas, Titi Tinggi dan Felda Lubuk Sireh.

Menurut Teh, penduduk tempatan menerima DAP dan PAS dengan baik apabila mengalu-alukan kedatangan mereka.

"Rakyat sedar bahawa PR akan membawa perubahan yang mereka harapkan. Mereka juga tahu  PR berazam untuk  menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Padang Besar apabila mendapat mandat sebagai kerajaan.

"Rakyat perlu memilih PR kerana kerajaan Barisan Nasional telah gagal menyelesaikan masalah mereka," katanya. – Roketkini.com

Pakatan: 'Pemimpin korup tak boleh lari'

Posted: 21 Mar 2013 05:13 PM PDT

NUR FARHANA ABDUL MANAN
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

PUCHONG – "Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, 'Perdana Menteri' baru,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,"demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat 'curi' harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, 'pemimpin' dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

"Kita tidak mahu 'mereka-mereka' ini bawa  lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.

"Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali  dapat kebenaran 'kerajaan baru' Malaysia,"katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.

Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

"Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,"katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke  Putrajaya.

AG: Pengganas Filipina tidak boleh didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan

Posted: 21 Mar 2013 05:10 PM PDT

SINAR HARIAN

Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
TAWAU - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa tiada peruntukan yang membolehkan seseorang itu didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Abdul Gani berkata akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu tidak sama seperti Kanun Keseksaan dan sesetengah pengamal media serta orang awam keliru mengenainya terutama dalam kes melibatkan pencerobohan Lahad Datu.

"Adalah kurang tepat apabila dikatakan tertuduh didakwa di bawah Sosma, saya harap tuan-tuan (media) dapat maklumat ini supaya orang ramai dapat diberikan berita yang tepat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari ini.

Sosma merupakan akta yang boleh digunakan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan oleh polis dan ia tidak menetapkan sebarang hukuman seperti Kanun Keseksaan.

Ia memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

Mereka boleh ditahan untuk tempoh 24 jam dan sekiranya memerlukan siasatan lanjut, pihak polis boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 28 hari.

Menerusi akta ini juga, mereka yang ditahan tidak boleh dijamin apabila didakwa di mahkamah. - Bernama

Adun menang saman RTM

Posted: 21 Mar 2013 05:08 PM PDT

SINAR HARIAN

Adun menang saman RTM
Nasir (kanan) memeluk penyokongnya.
 
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana menfitnahnya dalam siaran rancangan Titik Sentuhan.

Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat (RM30,000) .

Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd Nasir, Aminuddin Zulkipli dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan, Ruzaimah Mohd Ridzuan mewakili defendan ketiga dan keempat.

Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40, individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah Penyiaran,  Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat.

Nasir menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk, kos serta relif-relif lain yang sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon perintah mengarahkan semua defendan meminta maaf secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah serta perlu dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian dari tarikh perintah writ saman.

Dalam tuntutannya, Nasir mendakwa rancangan itu disiarkan dengan niat jahat menfitnah beliau sebagai pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab dan tidak membantu menyelesaikan masalah penurapan jalan di Kampung Hilir, Kubang Rotan" pada 18 Disember 2011.

Disebabkan itu, beliau terpaksa menanggung malu dan aib hingga menjejaskan maruah diri serta keluarga.

Menurutnya, RTM mendakwa jalan itu diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) sedangkan ia dilakukan kerajaan negeri pada 27 Julai 2011.

Sementara itu, ketika ditemui , Nasir bersyukur dengan keputusan itu serta berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang kes berjalan lebih setahun.

"Matlamat sebenar tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan ini selalu digunakan kelompok media tertentu dengan menabur fitnah.

"Hak kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,"  katanya.

Punca bekas Exco Pemuda Umno Larut keluar parti

Posted: 21 Mar 2013 04:56 PM PDT



DETIK DAILY

SELAMA – Bekas Exco Pemuda Umno Larut, Zulkifli Minhat mendedahkan, banyak masalah berlaku dalam Umno terutama di peringkat kampung, yang menjadi punca beliau meninggalkan parti itu setelah sekian lama dan pernah menjadi exco pergerakan itu pada 2008.

Zulkifli yang kini menyertai Pas mendakwa, terlalu banyak penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa berlaku dalam Umno terutama melibatkan pemberian bantuan dan sebagainya.

Katanya, beliau melihat kebanyakan bantuan diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya dan selepas melihat sendiri keadaan seumpama itu kerap berlaku, timbul rasa tidak suka dengan cara kerja dijalankan.

"Kita sebagai orang muda tak dapat terima keadaan itu kerana di peringkat kampung, masih ramai individu atau keluarga yang susah dan memerlukan tetapi tidak mendapat hak mereka.

"Jika keadaan itu berterusan, Umno tidak akan ke mana kerana rakyat tahu menilai. Kerana itu saya ambil keputusan menyertai Pas dengan harapan boleh berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zulkifli turut mendakwa keputusan menyertai Pas juga disebabkan peranan golongan muda seolah-olah tidak dihargai dalam Umno apabila mereka seumpama tidak boleh bersuara atau memberi sebarang pandangan.

Beliau juga mendakwa, keadaan berkenaan sebagai punca beliau tidak pernah hadir ke mesyuarat atau sebarang aktiviti selama memegang jawatan exco pemuda dan merasa kecewa apabila tindakannya menyertai Pas seolah-olah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

"Beberapa orang ahli keluarga saya pernah terima ugutan. Saya harap perkara begini tidak berulang dan sekiranya tidak puas hati, sila datang jumpa saya sendiri untuk dapatkan penjelasan. Jangan jadikan ahli keluarga saya tempat meluahkan perkara tidak sepatutnya. Pada saya ia tindakan tidak matang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohammad Annuar Ariffin mengesahkan Zulkifli keluar Umno, namun menganggap ia bukan satu kehilangan besar kerana mendakwa Zulkifli tidak pernah memberi sebarang sumbangan selama memegang jawatan itu.

Menurut Mohammad Annuar, selepas menang dan menjadi exco Pemuda, Zulkifli langsung tidak pernah hadir mesyuarat atau sebarang aktiviti dan mendakwa, kemungkinan Umno sudah tiada dalam hati Zulkifli.

"Pemuda Umno Bahagian Larut sudah buat surat untuk dipanjangkan ke peringkat atasan agar Zulkifli dipecat. Selepas ini kita tidak akan terima lagi individu seumpamanya dalam Umno.

"Kita tiada masalah atau halangan untuk beliau menyertai Pas. Lebih-lebih lagi tiada satu pun komitmen yang beliau berikan kepada Umno selama memegang jawatan Exco Pemuda Umno Bahagian Larut," katanya.

Zulkifli bersama 39 ahli Umno lain, membuat pengumuman dan menyerahkan borang keahlian Pas kepada Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pada program Ceramah Perdana anjuran Pas Larut yang turut dihadiri Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Salman Saleh, baru-baru ini.

Pendapatan kasar negara tak cerminkan orang biasa

Posted: 21 Mar 2013 04:53 PM PDT

 


 
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat 49 peratus antara 2009 hingga 2012 tidak mencerminkan keadaan rakyat Malaysia kebanyakan, kata penganalisis.

NONENajib, ketika membentangkan laporan prestasi Program Transformasi Ekonomi (RTP) pada Selasa berkata, PNK per kapita menunjukkan pertambahan siknifikan antara AS6,670 kepada AS$9,970 dalam tempoh tiga tahun - berdasarkan data Bank Dunia.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, mod pengiraan PNK itu tidak mengambil kira keadaan inflasi, peningkatan harga untuk barang keperluan asas, penginapan dan pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan pengiraan hanya mengambil kira pendapatan seluruh rakyat Malaysia dengan jumlah jumlah tenaga kerja tempatan yang dimiliki.

Pangkalan data SPRM buktikan Papagomo ada rekod rasuah?

Posted: 21 Mar 2013 04:49 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, didedah beberapa blog lain sebagai seorang pesalah kes rasuah.

Mereka memetik maklumat dari laman seb rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) dengan carian atas nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Ketua Umum KEADILAN itu.

Laman web itu menyebut Azri berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal di balai polis Ampang ketika kejadian rasuah itu dibuat pada 2004.

Bagi pertuduhan pertama, beliau dituduh meminta suapan RM1,000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah RM400 daripada lelaki sama pada keesokannya kira-kira jam 11.40 pagi sekitar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang.

Berikutan itu, Azri dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 selepas beberapa proses rayuan di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 secara berasingan bagi setiap pertuduhan.

Untuk baca laporan SPRM, KLIK INI.

1,000 ikuti forum libatkan bekas Pengarah SB Sabah

Posted: 21 Mar 2013 04:47 PM PDT

Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Keghairahan mendapatkan maklumat sebenar berkaitan Tragedi Lahad Datu mendorong orang ramai berpusu-pusu mengikuti forum yang membincangkan isu keselamatan negara.

Forum bertajuk 'Bicara Keselamatan dan Kedaulatan Negara: Lahad Datu' di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk tempatan

Ia hasil inisiatif Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli  dengan kerjasama KEADILAN Ampang.
Acara dimulakan dengan kata aluan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebelum Rafizi Ramli selaku moderator mengambil alih pentas.

Ahli panel ialah bekas Pengarah Cawangan Khas Sabah, Yusuf Barji dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Hamid.

polis rogol

Pada forum itu, Yusuf menyelar pimpinan Umno BN yang campur tangan dalam institusi kepolisan hingga menjejaskan prestasi pasukan itu.

Beliau menyifatkan perbuatan itu menyebabkan pasukan berkenaan berpecah belah dan memalit imej negatif terhadap polis.

Ghafir pula mengupas serba sedikit struktur ketenteraan yang tidak mengikut dasar ketenteraan, selain kelemahan risikan sebagai punca Tragedi Lahad Datu berlarutan hingga kini.

Cuepacs Jangan Jadi Agen Umno-BN

Posted: 21 Mar 2013 04:46 PM PDT

 Editor BULETIN

http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita42/ydp-kual-kerau1.jpgKongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.

Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat tanpa mengira apa jawatan mesti diberi kebebasan untuk mereka memilih mana-mana parti yang mereka inginkan.

Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal.

Adalah lebih baik untuk Datuk Omar Osman mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang. Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik.

Hormatilah hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.

Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.

Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah.

Beliau tentunya masih ingat bagaimana seorang pegawai daerah di Selangor yang diberi penyapu oleh Menteri Besar Selangor.

Tindakan yang menjatuhkan maruah kakitangan awam serta menimbulkan pelbagai tekanan kerja.

Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.

Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ayuh....Fathul Bari, Kita Bersatu Di bawah Islam, Bersama PAS!

Posted: 21 Mar 2013 04:44 PM PDT

 Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/mohd%20nor%20hamzah.jpgTiba-tiba ada suara yang mengajak kepada apa yang dipanggil sebagai "Perpaduan". Belum hilang ingatan rakyat kepada tuduhan "PAS Parti Ajaran Sesat" yang mereka adakan wacana suatu ketika dulu (sehinggakan huruf jawipun berterabur tak tahu nak eja – sesat jadi "Syesyat" mereka mengajak PAS bersatu pula. Sekejap sesat, sekajap bersatu....macam biskut.
Bagi saya, saya boleh menerima perpaduan itu dengan kita pakat-pakat menyokong PAS dalam PRU nanti. Bermakna Umno mesti menyuruh penyokongnya mengundi PAS kerana itulah langkah pertama kearah perpaduan PAS – Umno. Kenapa perlu Umno menyokong PAS dalam PRU nanti untuk bersatu? Ini sebabnya :

1. 56 tahun Umno khianati rakyat dengan tangannya berlumuran dengan darah dan najis hasil daripada sikap jahatnya terhadap PAS, Islam dan rakyat diwaktu yang sama Umno mula cemburu dengan perpaduan  yang berjaya dibina oleh PAS melalui kerjasamanya dengan parti PKR dan DAP yang mula mendapat sokongan dan keyakinan rakyat untuk mengadakan perubahan dalam PRU.

2. Umno mula menggunakan bahasa perpaduan untuk menarik pengundi sebagaimana golongan-golongan yang pernah menggunakan isu perpaduan untuk mengekalkan kuasanya. Semenjak zaman nabi s.a.w pembesar-pembesar Mekah cuba untuk menggunakan kalimah perpaduan bagi menyerang nabi Muhammad dengan menganggap nabilah punca pemecah perpaduan masyarakat. Rakyat perlu bersatu dibawah kepimpinan Mekah untuk menghalang segala perpecahan yang dilakukan oleh nabi Muhammad S.A.W.

3. Demikianlah juga komunis yang masuk dalam tanahair umat Islam menggunakan istilah perpaduan untuk menarik sokongan rakyat bagi menyokong ideologi komunis. Sesungguhnya isu kalimah perpaduan yang dibawa oleh Fathul Bari merupakan isu yang lapuk kerana Umno sebenarnya tidak pernah memiliki cita-cita untuk kepentingan Islam melainkan terus mengkhianati rakyat Kelantan, rakyat Terengganu dan Malaysia seluruhnya. Umno cuba untuk menggunakan kalimah perpaduan bagi menjayakan kaedah yang dibawa oleh penjajah untuk memerintah.

4. Kita mengulangi apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menegaskan bahawa Umno mesti menyatakan kesediannya untuk menolak fahaman kebangsaan, tapi sayang Umno mula menggunakan pendekatan  perkauman dengan menjaja filem Tanda Putera dan terus menyerang kaum-kaum yang lain yang sebenarnya kaum-kaum lain itu ada kepentingan bersama dalam negara yang berdaulat ini.

5. Dalam waktu Fathul Bari menyeru untuk diadakan perpaduan antara PAS, Umno dalam masa yang sama juga sebenarnya sedang menunjukkan pengkhianatan mereka terhadap rakyat Malaysia ini apabila diakui sendiri bagaimana pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebagaimana ianya mula menunjukkan persoalan-persoalan yang banyak berkenaan isu di Sabah. Bahkan hari ini terpapar bagaimana Umno mula menggunakan kuasa dengan memberikan kad pengenalan kepada warga asing untuk berkuasa di Selangor dan dimana-mana negeri. Pengkhianatan ini tidak boleh dimaafkan kerana pengkhiantan ini bukan sahaja berlaku terhadap PAS bahkan keatas seluruh rakyat.

Banyak lagi senarai kegagalan Umno dalam menjaga Islam, melayu dan negara. Umno sebenarnya boleh diselamatkan dengan seluruh penyokong-penyokong Umno meninggalkan Umno dengan mematikan Umno dan memastikan PR menang dalam PRU yang akan datang dan membentuk perpaduan yang sangat hebat dan yang sangat dibanggakankan oleh rakyat Malaysia seluruhnya.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu
ADUN Bukit Payong

http://dunbpayong.blogspot.com/

Relawan diperlukan untuk pasukan PRU Mkini

Posted: 21 Mar 2013 04:41 PM PDT

MALAYSIA KINI


Penantian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) hampir berakhir dan Malaysiakini sedang bersiap sedia memberi liputan menyeluruh bagi membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang betul.

Selain menyediakan analisis dan ulasan yang kritikal, kami juga akan melaporkan dakwaan penipuan pilihan raya, jika ada, dalam usaha untuk melindungi demokrasi negara.

NONEIa tugas yang berat memandangkan Malaysiakini mempunyai pasukan redaksi yang kecil. Kami tidak mampu melakukannya sendirian dan memerlukan ANDA untuk menyertai program sukarelawan dengan kami.

Ini peluang ANDA untuk menghasilkan laporan berita dan memastikan ahli politik sentiasa telus.

Jika berminat, kami mengharapkan anda boleh bekerja lebih masa, berdepan dengan tekanan serta inginkan pengalaman berharga dengan memberi laporan tentang landskap politik Malaysia.

Tempoh Dari tempoh pembubaran Parlimen sehingga hari pengundian. Penyertaan sepenuh masa digalakkan terutama bagi pelajar, tetapi tidak semestinya.

Tugasan
1) Melaporkan isu-isu pilihan raya setempat dan negeri
2) Mendokumenkan pendapat orang ramai dan mewawancara calon atau parti
3) Memantau proses pilihan raya sekiranya terdapat penipuan
4) Memberi kemas kini langsung tentang keputusan pilihan raya

Siapa patut memohon

1) Pelajar
2) Pesara
3) wartawan masyarakat
4) Sesiapa yang boleh membantu mendokumenkan proses pilihan raya

Syarat-syarat

1) Memberi komitmen ke arah demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan akhbar
2) Memberi komitmen ke arah laporan yang adil dan beretika
3) Memberi komitmen ke arah kerja berpasukan
4) Mempunyai kemahiran menulis, fotografi atau videografi satu kelebihan

NONEBengkel latihan empat jam akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2013. Bengkel di bandar-bandar lain mungkin diadakan jika terdapat permintaan yang mencukupi.

Tempat duduk terhad. Siapa cepat, dia dapat.

Pemohon perlu menghantar permohonan dengan memberitahu di mana tempat tinggal anda, pekerjaan dan kemahiran yang relevan kepada volunteer@malaysiakini.com sebelum 27 Mac 2013.

Butiran bengkel akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.

Peserta tertakluk kepada pemeriksaan semasa bengkel. Tidak semua pemohon akan diterima.

Untuk maklumat lanjut, e-mel kami atau Andrew Ong/ Wong Teck Chi di talian 03-22835567.

Cabaran jenayah kini libatkan ancaman luar

Posted: 21 Mar 2013 04:38 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang meningkatkan usaha bagi memperkasakan penyiasatan jabatan itu memandangkan cabaran jenayah kini melibatkan ancaman pencerobohan pengganas.

Dalam usaha itu, pegawai penyiasat dihantar mengikuti kursus di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada untuk menimba pengalaman bagi memastikan jabatan itu setaraf polis antarabangsa dalam aspek penyiasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang optimis dalam memastikan aspek penyiasatan diperkukuh, berkata pihaknya kini bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap jenayah harian bahkan ancaman jenayah dari luar.

"Kalau kita lihat keadaan sekarang, siasatan kita lebih menjurus kepada penyiasatan kes lebih besar melibatkan keselamatan negara seperti insiden pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 10 anggota keselamatan.

"Kita mainkan peranan penting dalam buat penyiasatan dari sudut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan memegang tanggungjawab yang besar kerana mengetuai aspek siasatan bagi insiden tersebut," katanya kepada pemberita pada wawancara khas sempena Hari Polis ke-206 di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohd Bakri berkata siasatan perlu dijalankan secara teliti terutamanya dalam pengumpulan bahan bukti sebelum dikemukakan kepada pihak pengadilan dan memastikan ia diterima Jabatan Peguam Negara untuk dibawa ke mahkamah.

Siasatan yang menyeluruh itu termasuk bagaimana kumpulan pengganas mendapat senjata dan bantuan, selain kawasan tumpuan lebih meluas dari Lahad Datu dan Semporna, katanya.

"Sebagai jabatan yang mengetuai aspek siasatan insiden tersebut, tidak dinafikan kita berhadapan dengan pelbagai halangan dalam mengumpul bahan bukti memandangkan kawasan kejadian masih 'panas' dan berisiko tinggi kerana dikhuatiri masih terdapat saki-baki pengganas," katanya.

Beliau berkata polis juga akan berhadapan dengan cabaran untuk mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian memandangkan mayat pengganas masih belum dibawa keluar dari lokasi pertempuran.

Selain itu, mayat-mayat itu sudah mula mereput dan ini menyukarkan untuk mendapatkan cap jari dan mengesan identiti, katanya.

Mohd Bakri bagaimanapun berkata siasatan mengenai penceroboh bersenjata di Lahad Datu itu akan dijalankan sebaik mungkin bagi memastikan tiada sebarang pertikaian timbul dalam bukti yang dikumpul.

Mengenai kes jenayah harian, beliau berkata pihaknya turut memandang serius aspek siasatan bagi kes tersebut, walaupun menghadapi pelbagai cabaran iaitu tempoh reman yang tidak mencukupi, pengumpulan bahan bukti, serta memastikan penyiasatan tidak melangkaui hak asasi manusia.

"Kadang-kadang kita tidak mendapat tempoh reman yang cukup untuk menjalankan siasatan terhadap orang kena tuduh kerana dalam tempoh reman banyak perkara yang perlu dijalankan.

"Dari segi pengumpulan bahan bukti, kita perlu kemukakan bahan bukti yang cukup berdasarkan piawaian ditetapkan untuk memastikan kes dapat didakwa di mahkamah yang adakalanya menjadi rintangan yang hebat di bahagian siasatan," katanya.

Beliau berkata dalam menyiasat, hak asasi manusia juga menjadi elemen penting bagi memastikan siasatan yang dijalankan tidak melanggar hak asasi manusia dari awal proses siasatan seperti mengambil keterangan, tangkapan sehingga peringkat seterusnya.

Mohd Bakri berkata selain itu jabatan itu juga berharap dapat memenuhi sasaran 30 peratus kadar pendakwaan kes dibawa ke mahkamah tahun ini bagi meningkatkan kualiti sekali gus meletakkan unitnya setaraf dengan penyiasatan di peringkat global.

Untuk itu, pelbagai aspek perlu diperkemaskan termasuk aspek siasatan, kemampuan pegawai penyiasat dan aset penyiasatan, katanya.

"Ketika ini, jabatan ini sedang dalam usaha mengurangkan bebanan tugasan yang ditanggung pegawai penyiasat bagi memastikan kualiti siasatan sesuatu kes dapat diberi fokus sepenuhnya hingga berjaya dibawa ke peringkat pendakwaan," katanya.

"Untuk itu, pegawai penyiasat perlu fokus hanya purata 1.5 kes sebulan berbanding 10 hingga 15 kes sebulan pada masa ini," dan menambah kerajaan bersetuju untuk menambah bilangan pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata pada masa ini jabatan itu mempunyai seramai 12,000 anggota dan pegawai.

Katanya JSJ juga sedang melihat keperluan kepada pertambahan aset yang menjurus kepada siasatan forensik, dan kini setiap kontinjen telah memiliki alat mengesan suspek melalui cap jari termasuk ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan 'lie detector'.

Mohd Bakri yang memegang pucuk pimpinan JSJ Bukit Aman sejak 2008 meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat kualiti penyiasatan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PDRM bahawa Malaysia merupakan negara selamat daripada jenayah luar dan dalam.
- Bernama

Tiada ulasan: