DIALOG RAKYAT |
- Azzmudie berjaya lolos
- Seorang pengganas ditahan di Felda Sahabat hari ini, kata polis
- Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, kata pemimpin DAP
- P. Pinang laksana tiga projek lebuhraya, satu terowong jika 1.6 juta rakyat bersetuju: Gua Eng
- Cecil Abraham draf pengakuan bersumpah kedua ‘PI Bala’, kata Americk
- Kerosakkan Akan Lebih Teruk Sekiranya Umno-BN Menang
- Dewan DiJangka Bubar Antara 18 hingga 21 Mac - Dato' Mustafa Ali
- ‘Operasi gelap’ serangan laman web oposisi dijangka berterusan
- Pilihan raya sewaktu darurat?
- Nasihat’ kepada pengundi Cina...
- Kenyataan Muhyiddin Satu Hasutan Melampau, PAS Bakal Kemukakan Saman Fitnah
- Majlis Najib di Tanah Merah DiBaham Ribut?
- ISU LYNAS - SIAPA KATA ANWAR DAN FUZIAH SALLEH BERCANGGAH?
- [GAMBAR & VIDEO] Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut
- Pengerusi Persatuan Siam: Kekeliruan status Bumiputera masih wujud
- Pas Putrajaya mahu Husam Musa
- SPR tetap tarikh PRU dalam 7 hari selepas bubar
- Buka semula kes qazaf terhadap Saiful Bukhari – peguam
- 'Pemuda India lebih suka wayang dari teater Tamil'
- Kereta dinaiki Tian Chua diserang di Pulau Pinang
- Mkini perkenal KiniTV
- Kit Siang tukar kawasan ke Johor
- Agbimuddin Kiram sudah lari ke Filipina
- Lebih RM2 Juta Baiki Jalan dan Longkang Di Klang
- Kematian PI Bala Tidak Henti Usaha Dedah Dalang Pembunuh Altantuya (KEMASKINI)
Posted: 16 Mar 2013 04:22 AM PDT Ketua kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu berjaya melarikan diri dari pihak berkuasa Malaysia KOTA KINABALU: Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina. Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina. Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam tadi. Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah. Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 11 hari lepas. Zulkifeli berkata walaupun Azzumudie telah melarikan diri, Operasi Daulat akan diteruskan bagi memburu dan menangkap saki-baki kumpulan itu yang masih berada di Tanjung Batu, Lahad Datu. Beliau berkata pasukan keselamatan telahpun memasuki Kampung Tanjung Batu untuk membuat pembersihan dengan lebih terperinci dan yakin dalam beberapa hari lagi kawasan itu dapat dibersihkan. Dalam operasi pagi tadi pasukan keselamatan mengesan beberapa aktiviti yang dipercayai dilakukan oleh musuh dalam kumpulan yang kecil, katanya. Ismail pula berkata pihaknya yakin dengan jumlah besar anggota pasukan keselamatan pada masa ini, usaha membersihkan kawasan-kawasan yang terbabit dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan. Sebelum itu, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Ismail berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa kawasan dan berharap ianya dapat direalisasikan. Sementara itu Zulkifeli pula berkata pihaknya telahpun menyediakan kerangka penubuhan ESSCOM dan yakin ianya dapat diwujudkan dengan secepat mungkin.– Bernama | |||
Seorang pengganas ditahan di Felda Sahabat hari ini, kata polis Posted: 16 Mar 2013 04:10 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER LAHAD DATU— Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini. Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini. Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang. Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok. Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang. "Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya. Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo. Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini. "Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. — Bernama | |||
Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, kata pemimpin DAP Posted: 16 Mar 2013 04:07 AM PDT KUALA LUMPUR ― Pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor pada Pilihan Raya 2013, kata para pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut hari ini. DAP juga akan bertanding di kawasan Segamat, Kluang, Kulai, Tanjung Piai, Labis dan Bakri yang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) untuk membantu PR memenangi kerusi pusat dalam pilihan raya paling sengit yang bakal diadakan dalam masa terdekat. "Kami mahu memenangi kelompok kerusi baru di Johor dan membantu mengambil alih kerajaan pusat kerana situasi 50-50 ketika ini," kata pemimpin parti kepada The Malaysian Insider yang mahu namanya dirahsiakan. "Walaupun kerusi Gelang Patah dimenangi MCA pada pilihan raya lalu dengan 8,000 ribu, ia berbaloi untuk mengambil risiko tersebut," tambah beliau. PKR bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya lepas tetapi tewas kedua-duanya kepada Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng. Tan mengekalkan kerusinya pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 8,851 undi, majoriti yang agak kecil berbanding yang 31,666 undi majoriti yang diperolehi pada 2004. Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut, manakala kaum Melayu dan India pula sebanyak 34 peratus dan 12 peratus secara keseluruhannya. Cubaan Lim (gambar) untuk bertanding di Gelang Patah yang jaraknya kira-kira 25km dari Johor Baru dijangka memadamkan ketegangan antara DAP negeri dan PKR yang meletus pada bulan lepas. Pengerusi DAP negeri Johor Dr Boo Cheng Hau telah menuduh pemimpin PKR Johor Datuk Chua Jui Meng sebagai cuba mensabotaj DAP dibahagian selatan tersebut. Chua, yang juga merupakan bekas pemimpin veteran MCA dan menteri kesihatan dipercayai juga mengintai untuk bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya 2013 nanti. "Kerusi yang boleh dimenangi selatan Johor oleh DAP dan PR adalah Gelang Patah, Johor Baru, Tebrau, Kulai, Pasir Gudang dan Pulai," kata seorang lagi pemimpin parti yang enggan namanya didedahkan kepada The Malaysian Insider hari ini. Lim merupakan MP Ipoh Timur telah merampas kerusi parlimen Tanjung pada 1986 daripada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan menang kerusi negeri Kampung Kolam tersebut. Pemimpin ulung DAP juga membantu partinya menyapu bersih kerusi negeri lain yang mana terkenal dengan jolokan Pertarungan Tanjung. Pada Pilihan Raya 2008, pengundi Cina membentuk separuh daripada jumlah pengundi di Segamat dengan kaum Melayu 41 peratus dan India 11 peratus. PR sangat yakin mereka dapat merampas Segamat atas faktor sentimen penolakkan terhadap kerajaan dikalangan pengundi kaum Cina. Juga dipercayai pemimpin BN Johor menjangkakan sokongan masyarakat Cina pada tahap 30 peratus, 10 peratus lebih daripada anggaran "yang diharapkan" dan menumpukan peningkatan kepada 40 peratus sebaik sahaja BN negeri memasuki pusingan akhir semasa kempen pilihan raya. Pemimpin PR berkata mereka yakin untuk memusnahkan kubu BN di Johor dengan bantuan sokongan pengundi masyarakat Cina tetapi mengakui harapan untuk menakluk negeri tersebut agak sukar memandangkan halangan pengundi masyarakat Melayu. Walaupun berjaya menawak Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada Pilihan Raya 2008, gabungan pembangkang PAS, PKR dan DAP hanya memenangi satu kerusi parlimen dan enam kerusir negeri daripada 26 dan 56 kerusi yang terdapat di Johor. | |||
P. Pinang laksana tiga projek lebuhraya, satu terowong jika 1.6 juta rakyat bersetuju: Gua Eng Posted: 16 Mar 2013 04:01 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN,: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan melaksanakan tiga projek lebuhraya dan satu terowong bawah laut penghubung ketiga antara pulau dan Seberang Perai bernilai RM6.3 bilion jika dipersetujui 1.6 juta rakyat Pulau Mutiara itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam surat terbukanya kepada rakyat negeri itu hari ini berkata, pelaksanaan projek itu adalah demi kemajuan ekonomi negeri dan mengatasi kesesakan lalu lintas pada masa depan. "Kerajaan negeri juga terpaksa menjelaskan dakwaan mengelirukan oleh sesetengah NGO dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menentang cadangan projek berkenaan yang dianugerahkan melalui tender terbuka yang kompetitif pada harga RM6.3 bilion. "Saya harap usaha "terdesak" kerajaan negeri selama lima tahun sebelum ini dapat mengatasi kesesakan lalu lintas dalam kawasan pulau serta aliran lalu lintas di kawasan Seberang Perai, termasuk membina sistem trem yang paling sesuai untuk Pulau Pinang kerana George Town adalah Bandar Warisan Dunia UNESCO. "Sekiranya PR memenangi kuasa di Putrajaya, PR akan cadangkan sistem trem di seluruh negeri bagi menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. kerana monorel yang dicadang BN tidak sesuai untuk bandar warisan dunia seperti Pulau Pinang, dan strukturnya yang ditinggikan akan merosakkan keindahan Pulau Pinang. "Kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak tegas mengambil keputusan untuk memperluaskan rangkaian jalan raya dengan membina jalan alternatif di kawasan paling sesak menghubungkan Seberang Perai dan Pulau bagi merapatkan jurang antara kedua-dua kawasan itu serta memastikan Seberang Perai Utara tidak ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi," katanya. Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, projek berkenaan diumumkan pada 2011 dan tender dikeluarkan untuk membina terowong bawah laut sepanjang 6.5km yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam, jalan raya berkembar 12km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas 4.2km yang menghubungkan Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintas 4.6km yang menghubungkan lebuhraya itu ke Bandar Baru Air Itam. "Kerajaan negeri menganugerahkan projek itu kepada Consortium Zenith BUCG, sebuah syarikat kegunaan khas ditubuhkan dengan usahasama di antara syarikat tempatan Construction Zenith, China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd serta Juteras Sdn Bhd. Beijing Urban Construction Group adalah sebuah syarikat pembinaan utama dari negara China yang berpengalaman membina Stadium Olimpik "Sarang Burung" Beijing, dan CRCC membina kebanyakan landasan kereta api di China termasuk landasan kereta api yang tertinggi ke Tibet. Semua syarikat itu bukan syarikat RM2 seperti yang didakwa sesetengah pihak. Manakala projek monorel BN tidak akan menjadi kenyataan walaupun BN menang di Pulau Pinang kerana monorel tidak akan diizinkan oleh UNESCO dan pembinaannya akan mengakibatkan kehilangan taraf Bandar Warisan Dunia UNESCO tambahan BN tidak pernah menepati janji termasuk yang dibuat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006 dan diikuti Najib. "PR juga menolak cadangan mengenakan caj kepada semua kenderaan yang memasuki George Town, Pulau Pinang kerana komited kepada pergerakan bebas orang dari dalam dan luar negeri Pulau Pinang. Amalan "model Singapura" untuk mengurangkan kesesakan trafik adalah elitis kerana menghadkan George Town kepada penghuni sedia ada adalah diskriminasi kerana hanya orang berada dapat memasuki George Town, Pulau Pinang," tambahnya. Menurutnya, kontrak rasmi projek itu masih dibincangkan dan dijangka akan ditandatangani dalam beberapa bulan akan datang selepas pilihan raya dan projek itu tidak akan diteruskan jika ditolak rakyat.-Roketkini.com | |||
Cecil Abraham draf pengakuan bersumpah kedua ‘PI Bala’, kata Americk Posted: 16 Mar 2013 03:59 AM PDT Americk yang merupakan peguam Balasubramaniam, juga menambah usul SD kedua Balasubramaniam pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-67 hari ini telah digugurkan, memandangkan pencadang berpuas hati dengan langkah diambil Majlis Peguam untuk menangani isu tersebut. "Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya bahawa telah mendrafkan pengakuan bersumpah kedua," kata Americk kepada wartawan yang ditemui selepas AGM Majlis Peguam hari ini. "Saya tidak berminat untuk buat aduan dengan lembaga disiplin peguambela dan peguamcara. Itu bukan agenda saya. Agenda saya ialah mencari siapa yang mengarahkan beliau melakukannya," tambah Americk. Balasubramaniam ataupun dikenali "PI Bala" menuduh beberapa personaliti pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dalam pembunuhan Altantunya dalam SD pertamanya pada tahun 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam. | |||
Kerosakkan Akan Lebih Teruk Sekiranya Umno-BN Menang Posted: 16 Mar 2013 03:57 AM PDT Skuad BOPesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut meminta semua pihak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam negeri dan negara ini, dan menyampaikan maklumat yang betul kepada orang ramai. "kita sekarang ini menggerakkan seluruh jentera membuat persiapan terakhir bagi mengahadapi pilihanraya, apa yang saya nak peringatkan di semua peringkat supaya peka dengan apa yang berlaku, "supaya kita ikut pekembangan....jangankita tak ambil peduli, kita membantu parti kita untuk beri penjelasan yang betul agar orang-orang yang masih belum membuat keputusan, memberi sokongan kepada kita,"ujarnya. Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berkata demikian pada Majlis Penerangan dan Amanat Khas PRU-13 sempena lawatan Presiden PAS ke Kuala Terengganu di Cadang Tiga dekat sini, Rabu 13 Mac. Beliau menegaskan, pilihanraya umum pada kali ini adalah amat penting bagi menentukan hala tuju negeri dan negara pada masa akan datang. Oleh itu, beliau memberi amaran, sekiranya rakyat tidak bersama dan memilih PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13, kerosakkan akan lebih teruk dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno-BN akan lebih berleluasa. "pilihanraya kali ini 'crucial' amat penting bagi menentukan hala tuju masa depan negeri dan negara kita, inilah ruang yang ada....inilah satu-satunya peluang, kalau kita tidak tidak boleh mempastikan rakyat bersama kita, "kita bimbang.....kerosakkan demi kerosakkan..........perkara mungkar yang berlaku akan lebih berleluasa pada masa-masa akan datang,"tegasnya. | |||
Dewan DiJangka Bubar Antara 18 hingga 21 Mac - Dato' Mustafa Ali Posted: 16 Mar 2013 03:54 AM PDT Wartawan BuletinMenurut analisis politik, katanya, penangguhan pilihanraya akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada Umno-BN, walaupun peristiwa Lahad Datu yang 'mengorbankan nyawa' manusia adalah lebih besar daripada 'peristiwa membakar tayar' di negeri Kelantan. Oleh itu, spekulasi beliau, parlimen akan dibubarkan antara 18 hingga 21 Mac dan pilihanraya umum kali ke-13 akan diadakan pada penghujung April depan. "cukup istilah lima tahun bukan bermula hari pilihanraya, tapi tarikh bermula sidang dewan parlimen (pada) 28 April, tetapi negeri Johor pada 21 Mac ini, kalau tak dibubarkan, (ia) akan bubar sendirinya, (tapi) malu sangatlah kalau bubar sendiri (kerana) ia tak pernah berlaku, "oleh kerana dia kata nak buat pilihanraya sekaligus sebab itu pada hemat saya sebelum 21 Mac dia kena bubar dewan, jadi spekulasi saya dewan akan dibubarkan antara 18 Mac hingga 21 Mac,"ujarnya. [Lihat Video] Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus yang diadakan di Kuala Ibai dekat sini, semalam pada Jumaat 15 Mac. Turut sama dalam Majlis makan malam tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Dato' Ustaz harun taib, Setiausahanya Dr Khairuddin Aman Razali dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin. | |||
‘Operasi gelap’ serangan laman web oposisi dijangka berterusan Posted: 16 Mar 2013 03:52 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengecam serangan mematikan laman web Distributed Denial-of-Service attack (DDoS) parti yang berlaku beberapa kali sejak minggu lalu menyebabkan ia tidak boleh dilayari pada 8, 10 dan 13 Mac lalu. Selain laman web rasmi parti, dapmalaysia.org, turut menjadi sasaran ialah portal maklumat dan berita DAP berbahasa Malaysia, Roketkini.com. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, serangan itu dilakukan dengan lambakan pengunjung (trafik) sehingga laman web berkenaan tidak boleh dilayari contohnya satu juta pengunjung dalam satu saat. Beliau menyifatkan ia sebagai perbuatan terdesak pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak menolak kemungkinan serangan DDoS itu bermotif politik memandangkan bahang pilihan raya umum kini semakin hampir. "Kita jangka ini mungkin percubaan mereka dan tidak menolak akan lebih teruk pada pilihan raya umum nanti," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Selain itu, beliau turut mempertikaikan serangan terhadap laman web parti oposisi yang sering menjadi sasaran dan tidak terkecuali portal berita alternatif seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider. "Pilihan raya kali ini akan menjadi pilihan raya yang penuh dengan kempen cara kotor," ujar beliau. Tanpa menuduh mana-mana pihak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menyeru semua parti politik samada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menjalankan 'operasi gelap' sebegini untuk memenangi pilihan raya umum nanti. "Sebagai langkah awal berhadapan dengan serangan ini, kita akan menggunakan alternatif kedua melalui Facebook," katanya. Pengunjung boleh melayari www.facebook.com/DAPMalaysia bagi versi Bahasa Malaysia dan Inggeris, manakala https://www.facebook.com/DAPMalaysia.zh bagi versi Bahasa Cina. Sidang media itu turut melancarkan video kempen pilihan raya DAP bertemakan penurunan harga kereta seperti yang diumumkan dalam Manifesto Rakyat. Klip video dua minit itu memaparkan seorang pemuda yang mahu membeli kereta dan akhirnya terpaksa menangguhkan hasrat beliau kerana cukai yang terlalu tinggi daripada kerajaan dan ia boleh ditonton melalui http://www.youtube.com/user/videoDAP Selain itu, Pua juga melancarkan satu permainan board game "Monopoli Negara Berkebajikan vs Negara Muflis" yang berkonsepkan main sambil menambah pengetahuan mengenai dasar dan Manifesto Rakyat. Board game "Monopoli Negara Berkebajikan vs Negara Muflis" ini boleh didapati melalui http://store.dapmalaysia.org/ yang dijual dengan harga hanya RM5.00.- Roketkini.com | |||
Posted: 16 Mar 2013 03:45 AM PDT
Rakyat di seluruh negara sedang menumpukan perhatian kepada Op Daulat untuk menyelesaikan konflik di beberapa tempat di timur negeri Sabah. Insiden pencerobohan bersenjata beberapa warganegara Filipina, pengikut "Sultan Sulu", Jamalul Kiram III, juga menimbulkan begitu banyak persoalan undang-undang, terutama berkenaan pengisytiharan darurat dan pilihan raya umum. Soalan yang sering diutarakan — bolehkah pilihan raya umum dilangsungkan jika darurat diisytiharkan? Jangan salah sangka; penulis berharap konflik ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan darurat tidak perlu diisytiharkan. Penulis terpanggil untuk menulis tentang isu ini kerana sering melihat persoalan diajukan di media massa dan media sosial. Tujuan rencana ini adalah untuk merungkai kekusutan sekiranya ada. Sebelum kita menjawab persoalan berkenaan dengan darurat dan pilihan raya, kita harus mengetahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan 'pengisytiharan darurat'. Sekiranya suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam negara adalah terancam oleh kerananya, maka kerajaan boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Darurat boleh diisytiharkan di seluruh negara, atau hanya sebahagian, contohnya darurat pada tahun 1966 hanya di Sarawak dan 1977 di Kelantan. Wajarkah darurat diisytiharkan di seluruh Sabah? Pada ketika ini, penulis merasakan ia tidak wajar kerana menurut laporan hanya beberapa kawasan di Sabah terjejas akibat pencerobohan pengikut Kiram III. Namun juka situasi berubah jadi lebih teruk dan darurat diisytihar, bolehkah pilihan raya diadakan? Sebenarnya, pilihan raya umum masih boleh berlangsung walaupun dalam keadaan darurat. Jangan lupa bahawa sehingga akhir tahun 2011, negara kita sebenarnya masih berada dalam keadaan darurat akibat 3 pengisytiharan darurat sebelum ini. Tetapi dari tahun 1964 sehingga 2011, pilihan raya umum masih tetap berlangsung seperti biasa dan Parlimen masih bersidang seperti biasa, kecuali selepas rusuhan kaum tahun 1969 dan terbentuknya Majlis Gerakan Negara (Mageran). Jadi, darurat tidak bermakna pilihan raya tidak boleh berlangsung. Darurat juga tidak bermaksud Parlimen tidak boleh bersidang dan Mageran akan dibentuk, kerana dalam sejarah Parlimen digantung dan Mageran dibentuk hanya sekali, walaupun darurat berterusan sejak tahun 1964. Namun, jika kerajaan berpendapat keadaan keselamatan tidak membenarkan pilihan raya dilangsungkan, sudah tentu ia boleh ditunda sehingga keadaan membenarkannya. Parlimen sedia ada mula bersidang pada 28 April 2008 dan mengikut Perlembagaan, sekiranya ia tidak dibubarkan lebih awal, ia akan terbubar secara semula jadi pada 28 April 2013. Juga menurut Perlembagaan, selepas Parlimen dibubarkan, pilihan raya umum harus dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Mengikut kira-kira penganalisis politik dan pakar undang-undang, tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya umum ialah pada 28 Jun 2013. Bagaimana pula jika keadaan darurat di kawasan berkenaan berterusan sehingga selepas 28 Jun 2013 dan kerajaan masih berpendapat tidak selamat untuk menjalankan pilihan raya? Pada pendapat penulis, pilihan raya boleh ditunda bagi kawasan-kawasan yang tidak selamat sahaja. Di tempat-tempat lain, pilihan raya umum wajar diadakan sebelum atau pada 28 Jun 2013 dan tidak boleh ditunda melangkaui tarikh tersebut. Darurat memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan dalam menggubal undang-undang dan mengambil tindakan yang mungkin tidak konsisten dengan Perlembagaan. Darurat juga, seperti kita lihat, membolehkan kerajaan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Suatu pengisytiharan darurat tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya, kerana membawa kesan amat besar kepada negara. Oleh itu, pada pendapat penulis, kerajaan sewajarnya berunding dengan Parlimen terlebih dahulu sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, walaupun tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan. — sinarharian.com.my * Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. | |||
Nasihat’ kepada pengundi Cina... Posted: 16 Mar 2013 03:42 AM PDT PADA awal Mac ini, dalam satu majlis makan yang dianjurkan oleh MCA di Batu Pahat, Johor, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menyeru masyarakat Cina supaya jangan pertaruhkan masa depan mereka dengan memberi undi kepada pihak pembangkang. Beliau menasihati pengundi Cina dengan menggunakan kenyataan bahawa BN telah membawa banyak kemajuan kepada negara kita dan ekonomi negara juga semakin kukuh dan bertambah baik disebabkan oleh pentadbiran kerajaan BN. Justeru, adalah lebih baik untuk masyarakat Cina yang mementingkan ekonomi supaya keadaan ini dikekalkan dan tidak perlulah membuat perubahan secara mendadak dengan menukar kerajaan. Memang masyarakat Cina pentingkan isu ekonomi dan kepada pengundi Cina, pemimpin BN akan menekankan isu ekonomi. Kepada pengundi Melayu, pengundi India, warga Felda, Orang Asal dan pengundi di Sabah dan Sarawak, penekanan akan diberi kepada isu yang lain pula. Inilah cara BN memancing undi: memberi penekanan atas isu yang lain kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, pendekatan BN amat berlainan sekali dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat yang memberi kenyataan yang sama kepada semua bangsa dan golongan masyarakat di negara kita di mana setiap orang akan mendengar kenyataan yang sama daripada semua pemimpin Pakatan. Tidak pula wujud kenyataan yang berlainan kepada masyarakat yang berlainan. Diharap para pengundi akan bijak membuat penilaian berkenaan dengan hal ini dan membuat keputusan yang sewajarnya apabila tiba tarikh mengundi nanti. Undi tidak harus diberi kepada pihak yang membahagi-bahagikan masyarakat. | |||
Kenyataan Muhyiddin Satu Hasutan Melampau, PAS Bakal Kemukakan Saman Fitnah Posted: 16 Mar 2013 03:36 AM PDT KELAB GREENBOC Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda. Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat. Sebelum ini, Muhyiddin di Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru Perodua di Hulu Selangor berkata, pakatan pembangkang akan menimbulkan huru-hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih. Katanya, pembangkang bertindak demikian kerana mereka semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN). Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak-peranda. "Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai daripada kalangan masyarakat. "Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat, khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau," kata Riduan dalam kenyataan media. Kata Riduan, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan serta sindrom ketakutan kepada rakyat. "Beliau juga menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian. "Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang boleh dipercayai seperti dakwaannya, pemuda PAS mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut," katanya. Ujarnya, sekiranya Muhyiddin gagal mengemukakan bukti tersebut, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau. Sementara itu, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kenyataan tersebut adalah 'songsang' dan menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin. "Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya. "Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat. "Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal, bakal ke penjara jika Umno tewas di Putrajaya, yang mana ia seharusnya menimbulkan panik," katanya. Baru-baru ini di Bukit Katil, Melaka, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa penceramah Pakatan Rakyat dibaling dengan batu sehingga pecah cermin. Ia merupakan insiden kedua di Melaka bas itu diserang and ke-enam semenjak jelajah itu dimulakan pada September tahun lepas.
| |||
Majlis Najib di Tanah Merah DiBaham Ribut? Posted: 16 Mar 2013 03:34 AM PDT MSO Majlis Bewah Anak Kelantan Dengan Najib Tun Razak di Tanah Merah semalam ditimpa musibah apabila ribut kencang telah melanda majlis tersebut. Lima buah khemah yang menempatkan orang ramai telah tumbang dan diterbanngkan angin.
50,000 yang hadir seperti mana dilapor dalam protol berita bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sehingga ini tidak ada laporan penuh kejadian berkenaan melainkan foto dan juga klik video pendek mengenai kejadian berkenaan yang dimasukkan dalam Face book. "Bewah Anak Kelantan" bersama Najib itu sempena kunjungan Najib ke empat kawasan parlimen di Kelantan dalam rangka kempen disaat-saat akhir menjelang pilihan raya. Lawatan bermula di kawasan Kuala Krai, diikuti dengan Jeli kemudian ke Kota Bharu. Liputan majlis berkenaan juga tidak ada di dalam akhbar dan televisyen. Tidak ada juga siaran langsung (telecast) seperti biasa. Sedutan ucapan Najib di Kelantan semalam hanya di Kuala Krai sahaja. Di laporkan majlis di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai dikatakan paling berjaya apabila seramai 40,000 yang hadir. Majlis Bewah Anak Kelantan dengan Najib di Tanah Merah mulanya paling grand apabila ia disediakan cabutan bertuah untuk para pengunjung yang menghadiahkan sebuah kereta Viva. Beberapa hari sebelum majlis itu 50,000 borang penyertaan cabutan bertuah diedarkan dan habis teredar. Berdasarkan borang berkenaan yang habis diedarkan anggaran yang hadir di majlis itu 50,000. Namun disebabkan angin ribut itu menyebabkan cabutan bertuah tidak dapat diadakan semalam ia ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan lagi. Ada juga sumber menyebut hadiah cabutan bertuah itu juga diturunkan dari Viva ke sebuah kereta terpakai? Kenapa pulak? Mengenai kejadian di Tanah Merah itu ia agak anih. Menurut saksi kejadian ribut itu hanya melanda majlis itu sahaja tetapi tidak kawasan sekitarnya. Di samping ribut ia disusuli dengan hujan. Bagaimana di kawasan luar Tanah Merah keadaan cuaca tidak mengalami apa-apa gangguan. "Mungkin ia fenomena biasa, tetapi apa yang berlaku semalam agak pelik sedikit," begitulah kata seorang saksi mata yang berada di majlis berkenaan. Menurutnya ribut mulai melanda semasa Najib sedang berucap menyenaraikan tujuh dosa PAS di Kelantan. "Langit tiba-tiba menjadi gelap di kawasan majlis itu, sebaliknya di kawasan luar terang benderang. Tidak beberapa lama hujan turun diikuti angin ribut," tambahnya lagi yang masih merasai anih dengan kejadian itu. Kejadian itu itu berlaku kira-kira jam 4:30 minit petang. Gara-gara itu juga majlis tidak berjalan mengikut jadual sepatutnya. Kesan itu satu lagi majlis pecah tanah untuk membina perumahan rakyat di Kota Bharu juga turut ternggedala bila mana Najib lewat tiba disebabkan kejadian itu. Difaham juga Najib yang patut berlepas ke Kuala Lumpur jam 6:00 lewat lebih satu jam. Terdahulu dari itu, sesuatu yang tidak sepatutnya telah berlaku di lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu semasa ketibaan Najib jam 10:10 pagi. Para pemimpin Umno, ketua bahagian termasuk Annuar Musa dan lain-lain katanya awal-awal lagi tiba di airport untuk menanti ketibaan Najib. Permaidani merah sudah dibentang dari pintu keluar balai ketibaan untuk laluan Najib. Malangnya Najib tidak keluar dari bilik ketibaan dan terus menaiki halekopter untuk ke Kuala Krai. Tindakan Najib itu mengecewakan pemimpin Umno yang datang menanti ketibaannya. "Kita tidak marah kalau diberi tahu awal-awal dia tidak keluar dan terus naik halekopter ke Kuala Krai, tetapi kenapa tidak bagi tahu... royatlah sakit mulut ke." kata dan marah seorang pemimpin yang enggan disebut namanya. Katanya walaupun pemimpin perlu menanti PM sebagai tanda hormat, tetapi bukan caranya dengan perlakukan begitu. Beliau yang benar-benar marah mengingatkan supaya perkara seperti itu jangan berulang sampai dua kali kerana ia memberi kesan buruk kepada Najib. | |||
ISU LYNAS - SIAPA KATA ANWAR DAN FUZIAH SALLEH BERCANGGAH? Posted: 16 Mar 2013 03:26 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSSEBUAH portal menyebut terdapat percanggahan pendirian di antara DS Anwar Ibrahim dengan YB Fuziah Salleh berkaitan isu Lynas di Gebeng. Apa percanggahannya? Disebut DS Anwar Ibrahim akan menerima Operasi Lynas sekiranya terdapat bukti beberapa peraturan telah dipatuhi terutamanya tentang isu keselamatan dan alam sekitar. YB Fuziah Salleh pula sejak dahulu lagi menyebut PR menentang Kilang Lynas ini bukan bermaksud PR menentang projek pembangunan, tetapi terbukti Lynas gagal membuktikan ianya selamat dan mematuhi beberapa peraturan keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan. Apa bezanya kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut? Ertikata lain, sehingga kini Lynas tetap dianggap merbahaya dan dengan itu PR menolak kewujudan Kilang Lynas tersebut. Komitmen ini diperkuatkan lagi dengan memasukkan pembatalan Operasi Kilang Lynas di Gebeng di dalam Manifesto PR. Apa yang disebut oleh DS Anwar Ibrahim yang terbaru itu hanyalah mengulangi apa yang beliau sebut dahulu lagi tentang isu Lynas bahkan dijelaskan banyak kali di dalam Parlimen mengapa PR menolak operasi Kilang Lynas tersebut. Manakala kenyataan YB Fuziah Salleh, MP Kuantan itu pula memperkuatkan hujah bahawa Operasi Kilang Lynas memang patut dihentikan atas kegagalan pihak kerajaan membuktikan beberapa perkara yang pernah diminta oleh PR tentang jaminan keselamatan Kilang tanpa cukai selama 12 tahun ini. Tiada percanggahan pun sebenarnya, cuma diolah agar menunjukkan PR tidak menolak mentah-mentah Kilang Lynas di Gebeng tanpa alasan yang kukuh. Buktinya, DS Anwar Ibrahim sendiri bersetuju untuk memasukkan pembatalan Kilang Lynas di Gebeng itu sebagai salah satu Manifesto PR yang baru diumumkan di dalam Konvensyen PR di Shah Alam baru-baru ini. Maka, janji YB Fuziah Salleh kepada rakyat Kuantan khususnya sejajar dengar Manifesto PR tersebut. Adakah kenyataan terbaru DS Anwar Ibrahim itu menyokong Kilang Lynas tanpa syarat? Dan adakah kenyataan beliau juga telah mengubah Manifesto PR? Jawapannya tidak. Ertinya, Kilang Lynas sahih akan dihentikan sekiranya PR memerintah Putrajaya. Portal Pahang Daily itu juga memberikan persoalan apakah rakyat nanti akan menjadi tidak yakin dengan janji PR untuk membatalkan operasi Kilang Lynas dan mungkin akan kembali menyokong Bn? Jika akal berfikiran betul, mana yang mahu kita pilih samada parti yang sahih dan 'terbukti' kini telah wujudkan Kilang Lynas dengan parti yang belum memerintah tetapi ada prinsip dan dasarnya yang menolak Kilang Lynas? Sokong Bn, sudah tentu Lynas diteruskan seperti sekarang. Sokong PR, 'belum tentu' walaupun di dalam Manifestonya terdapat perkara yang menyebut Lynas akan dihentikan. "Belum tentu' ini subjektif dan boleh difikirkan tetapi yang pasti Bn telah pun mewujudkan kilang Lynas tersebut. Tentulah akal yang sihat akan memilih parti yang 'belum tentu' tetapi terdapat komitmen di dalam Manifestonya. Aku tidak pasti pula jika rakyat mahu memilih satu lagi kumpulan yang bergelar "Third Force" yang pastinya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kumpulan ini bukannya bertanding untuk menjadi Kerajaan tetapi sekadar ingin mengambil kesempatan semata-mata. Jika sekadar mahu menjadi Wakil Rakyat untuk membantah Lynas tetapi tidak berkuasa untuk merealisasikannya, lebih baik pilih PR yang kini bersedia untuk mengambil alih kerajaan, lagi pun selama ini PR yang belum menjadi kerajaan pun sudah komited menentang kewujudan Lynas ini. | |||
[GAMBAR & VIDEO] Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut Posted: 15 Mar 2013 10:01 PM PDT Hebatnya Kuasa ALLAH... Mereka Serang Program PR Dengan Baling Batu, Baling Telur, Pukul Orang Dan Buat Huru Hara. Berkat Doa Penyokong Pakatan Rakyat, Di Program Mereka Dihantarkan Ribut & Taufan... Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!! Ini kali ke3 rasanya program Najib di hadiri ribut sama dengan Najib. -erapasca p/s Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. Kisah ribut yang menghentam program Najib itu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai. klik untuk baca | |||
Pengerusi Persatuan Siam: Kekeliruan status Bumiputera masih wujud Posted: 15 Mar 2013 09:58 PM PDT Eh Chot berkata, kekeliruan itu sering berlaku dalam laporan media dan juga dalam dokumen rasmi di sekolah-sekolah dan agensi kerajaan. "Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jun 2009 melalui arahan JPN bilangan 4/2009, istilah keturunan Siam diguna pakai bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa warganegara Malaysia keturunan Siam dan dilahirkan di negara ini. "Sementara istilah keturunan Thai pula diguna pakai bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa bukan warganegara (warganegara Thailand)," katanya. Menurutnya, dia memohon kerjasama dan sokongan ketua jabatan dan agensi kerajaan, terutamanya di negeri ini supaya memberi layanan dan keistimewaan sebagai Bumiputera kepada masyarakat Siam Kelantan. "Kepada masyarakat Siam warganegara Malaysia, yang belum lagi menukarkan status istilah keturunan Thai kepada Siam dalam dokumen sijil kelahiran, diharap dapat berurusan terus dengan pejabat JPN di tempat tinggal masing-masing. "Jika ada kemusykilan, boleh hubungi Urusetia Persatuan Masyarakat Siam Kelantan di talian 019-9218882," katanya. Eh Chot berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengisytiharkan dan mengiktiraf keturunan Siam sebagai golongan Bumiputera. Katanya, kekeliruan penggunaan istilah keturunan Siam dan Thai itu menyebabkan maklumat pengenalan diri golongan Bumiputera Siam, kurang tepat dan menjejaskan peluang untuk mendapatkan layanan yang adik ketika memohon pekerjaan serta melanjutkan pelajaran. | |||
Posted: 15 Mar 2013 09:55 PM PDT SHAH ALAM - Pas Kawasan Putrajaya berharap pucuk pimpinan Pusat merestui hasrat mereka mahu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Menurut Yang Dipertuanya, Mohamad Nazir Zakaria, peluang untuk Pas menang di Putrajaya agak besar sekiranya Husam diletakkan sebagai calon kerana pada PRU12 lalu calon Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya menang dengan majoriti tipis sahaja. "Tidak mustahil beliau boleh menang di Putrajaya kerana pada PRU12 lalu Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor tewas tipis kepada Tengku Adnan. "Namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. "Sebenarnya sudah tiga kali kita menghantar surat berkaitan calon di Putrajaya kepada pihak Pas Pusat untuk dipertimbangkan, malah kita telah bertemu dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dengan hasrat ini. "Pas kawasan telah bersetuju untuk menerima kehadiran Naib Presiden itu dan cadangan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Pas Putrajaya," katanya. Mohamad Nazir berkata, sebelum ini kedengaran bahawa Parlimen Putrajaya akan ditandingi oleh seorang pimpinan tertinggi Pas, "Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU13, termasuk calon import, tetapi kita bertegas mahukan Naib Presiden Pas itu," katanya. | |||
SPR tetap tarikh PRU dalam 7 hari selepas bubar Posted: 15 Mar 2013 09:53 PM PDT SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa seminggu selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "SPR akan adakan mesyuarat dalam masa seminggu selepas pembubaran (Parlimen dan Dun)," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada Majlis Taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 di sini pagi ini. Mesyuarat itu juga akan menetapkan tarikh writ dan notis pilihan raya dikeluarkan. Spekulasi menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat. Ada yang meramalkan Parlimen dan Dun akan dibubarkan minggu depan. Mandat Dun dan Parlimen akan berakhir secara automatik secara berperingkat-peringkat mulai akhir bulan ini dan awal Mei jika tidak dibubarkan lebih awal. Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), SPR hendaklah menyiarkan suatu notis mengenainya dalam warta dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh atau tarikh-tarikh yang calon untuk pilihan raya hendaklah dinamakan, yang dalam peraturan-peraturan ini disebut "hari penamaan", yang tidak kurang daripada empat hari selepas tarikh disiarkan notis itu, dan tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian akan dijalankan sekiranya pilihan raua itu dipertandingkan. Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR diperuntukkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya. Tempoh minimum berkempen kali ini 11 hari berbanding sebelum ini tidak kurang tujuh hari. "Berapa lama tempoh kempen, SPR akan tetapkan kemudian... tunggu, nanti SPR akan tetapkan. "Berapa lama tempoh, SPR akan ambil kira pelbagai faktor, termasuk yang utama kertas undi luar negara, berapa lama diperlukan untuk dihantar balik," kata Wan Ahmad. | |||
Buka semula kes qazaf terhadap Saiful Bukhari – peguam Posted: 15 Mar 2013 09:39 PM PDT Ruqayya Rahman KUALA LUMPUR : Mahkamah Syariah perlu membuka semula kes qazaf berikutan pendedahan Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, kata peguam, Shamsul Iskandar Mat Akin. Beliau menyifatkan kegagalan Saiful membawa empat saksi, ditambah pendedahan Azlan mengenai konspirasi kes Fitnah II, cukup untuk memanggil mahkamah bersidang semula. "Kes itu makin terang. Saya harap peguam pendakwa syariah tidak lagi main 'silap mata' dan segera buka semula kes tanpa alasan," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu kepada Keadilan Daily. Sebelum ini, mahkamah menangguh kes berkenaan dengan pelbagai alasan termasuk mengelak pertindihan dengan mahkamah rayuan sivil yang membicara kes itu semula pada 22 Julai ini. Minggu lalu, Azlan membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konpirasi politik untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diatur pegawai khas Datuk Seri Najib Razak. Kata Shamsul, pindaan Seksyen 121 Perlembagaan 1988 memberi kuasa setara kepada mahkamah syariah dan mahkamah sivil, bermakna mahkamah syariah berhak meneruskan kes tanpa menunggu keputusan mahkamah sivil. "Pendedahan Azlan menunjukkan Saiful melakukan kesalahan jenayah syariah. Mahkamah syariah boleh segera membuka semula kes qazaf tanpa menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah sivil," katanya. Mengulas lanjut, Shamsul berkata, tindakan mahkamah syariah yang sering menangguh kes memberi gambaran buruk kepada sistem kehakiman Islam. "Kalau mahkamah syariah terus lengah-lengahkan kes ini, saya bimbang ia cemarkan reputasi mahkamah yang melaksanakan hukuman berlandas syarak," katanya. Beliau berkata, ulama terkenal dunia, Sheikh Yusuf Qardawi menyatakan sumpah laknat yang dilakukan Saiful adalah kesalahan jenayah qazaf. "Yusuf Qardawi bukan calang-calang ulama, hanya Ulama' Suq (ulama jahat) yang pertikaikan fatwa itu," Katanya. Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat saksi lelaki. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, pesalah boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.(FZL) | |||
'Pemuda India lebih suka wayang dari teater Tamil' Posted: 15 Mar 2013 09:04 PM PDT MALAYSIA KINI Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedia membantu memartabatkan teater Tamil tempatan melalui bantuan kewangan, tenaga pengajar, kemudahan kelengkapan dan latihan yang mencukupi. Timbalannya, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata langkah itu bukan sahaja dapat membantu industri tempatan menghasil lebih banyak karya kreatif malah mencungkil bakat di kalangan golongan muda berbangsa India. "Teater Tamil sudah jarang kelihatan pada masa sekarang. Golongan muda berbangsa India lebih suka menghabiskan masa mereka menonton wayang dan drama Tamil melalui laman web dan video cakera padat. "Oleh itu, bagi mengembangkan penayangan teater Tamil, khususnya di Malaysia, kami sedia membantu mereka sama ada dari segi kewangan, tenaga pengajar serta kemudahan kelengkapan malah boleh membantu memasarkannya hingga ke pasaran antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Teater Tamil 'The Countdown Begins" di sini Jumaat malam. Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi pelbagai inisiatif dalam mengembangkan industri kreatif tempatan, antaranya, menubuhkan Yayasan Artis 1Malaysia, pelepasan cukai filem dan kemudahan Insuran Kelompok Artis kepada artis tempatan. The Countdown Begins, arahan pengarah Tamil tempatan Allabas Abdul Karim, mengisahkan tentang kehidupan 10 penyewa sebuah rumah yang memiliki latar pekerjaan berlainan namun dapat hidup dalam suasana harmoni. -- Bernama | |||
Kereta dinaiki Tian Chua diserang di Pulau Pinang Posted: 15 Mar 2013 09:02 PM PDT Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam tadi. Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat berkenaan. "Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu." Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: "Saya tak boleh tunggu. Kena elak konfrontasi." | |||
Posted: 15 Mar 2013 05:01 PM PDT MALAYSIA KINI Ketika TV tradisional kini kurang mendapat sambutan, menonton daripada platform baru seperti tablet dan telefon pintar semakin menempatkan dirinya.Orang ramai kini mahu menonton berita di pelbagai tempat, pada masa yang mereka suka. Untuk menangani keperluan ini, Malaysiakini melancarkan inisiatif baru dinamakan KiniTV yang akan memaparkan berita semasa sebagai pelengkap kepada portal berita Malaysiakini. Ia boleh dilayari di www.kinitv.com atau di Youtube www.youtube.com/kinitv. Manakala laman sosialnya pula http://www.facebook.com/kinitv dan Twiter pula http://twitter.com/kinitv. KiniTV dijangka ditonton sehingga dua juta orang pada bulan ini. Jumlah ini dijangka berkembang cepat, terutamanya menjelang kehangatan menjelang pilihan raya umum akan datang. | |||
Kit Siang tukar kawasan ke Johor Posted: 15 Mar 2013 04:59 PM PDT Dalam agenda mendapat kuasa di peringkat persekutuan, ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang yang sering mengunjungi Johor akhir-akhir ini dijangka bertanding kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang. Difahamkan, anggota Parlimen Ipoh Timor itu akan membuat pengumuman rasmi berhubung pertukarannya ke kawasan Selatan yang menjadi kubu kuat BN itu pada sambutan ke-47 dan ceramah DAP di Skudai, dekat Johor Bharu pada Isnin. Beberapa sumber dalaman parti memberitahu Malaysiakini bahawa kemungkinan Lim bertanding di kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum ke-13 nanti "sangat benar". Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada Lim akan menamakan kerusi yang diintainya. Spekulasi menyebut ia mungkin Gelang Patah. Lim ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu. | |||
Agbimuddin Kiram sudah lari ke Filipina Posted: 15 Mar 2013 04:53 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina. Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo. Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna. Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat. Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat. "Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu, kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai. Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina. Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal. Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis pencerobohan militan Sulu itu. Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan anggota pasukan keselamatan cedera. - Bernama | |||
Lebih RM2 Juta Baiki Jalan dan Longkang Di Klang Posted: 15 Mar 2013 04:45 PM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM2 juta sejak tahun 2011 bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf serta menyelenggara jalan raya dan longkang di kawasan Klang. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, kerja-kerja penyelenggaran itu menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (Marris) dan peruntukan Adun sepenuhnya. Tambahnya, sebahagian besar jalan raya di Pandamaran juga sudah diturap, malah segala aduan yang diterima daripada penduduk setempat juga di atasi secara berperingkat. "Kita tidak hanya menyelenggara jalan raya, malah longkang juga diselenggara dengan baik oleh Pihak Berkuasa Tempatab (PBT). Kerajaan Negeri sudah peruntukkan banyak dana untuk kerja-kerja pembaikan ini. "Malah, untuk tahun ini sahaja RM1 juta diperuntukkan, dan ia tidak termasuk peruntukan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kita ada rekod tender, sebut harga dan sebagainya," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Dalam pada itu, Ronnie turut menyifatkan dakwaan bahawa PBT Selangor gagal menunaikan janji untuk menyelanggara jalan raya disifatkan sebagai satu sandiwara politik yang sengaja dimainkan Umno-BN lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir. Tegasnya, ia adalah taktik biasa Umno-BN yang sengaja menimbulkan pelbagai spekulasi untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Menyentuh mengenai dakwaan jalan raya tidak diturap di Taman Tengku Bendahara Azman di Pandamaran, Ronnie menegaskan ia masih dalam perancangan dan akan dibaiki dalam tempoh terdekat. "Itu adalah taktik biasa Umno-BN, sedangkan mereka tidak pernah buat sebarang tindakan di kawasan itu. malah mereka juga tidak akan mengaku sekiranya Kerajaan PR Selangor membuat sebarang penambah baikan tidak kira di Klang mahupun di tempat lain. "Hakikatnya jalan raya di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) yang masih belum diselenggara. Berapa kali kita buat aduan pun mereka tidak ambil sebarang tindakan, tetapi mereka mengemukakan alasan kononnya JKR tidak mempunyai dana," katanya lagi. | |||
Kematian PI Bala Tidak Henti Usaha Dedah Dalang Pembunuh Altantuya (KEMASKINI) Posted: 15 Mar 2013 04:41 PM PDT SHAH ALAM : Meskipun dikejutkan dengan pemergian penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini, namun ia tidak menghalang usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk terus mendedahkan dalang di sebalik kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu. Naib Presiden PKR, N Surendran ketika dihubungi berkata, walaupun Bala atau lebih dikenali sebagai PI Bala telah meninggal dunia, namun pendedahan beliau masih belum dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Umno-BN. "Ia satu berita yang sedih kerana PI Bala banyak menyumbang kepada negara dengan mendedahkan cerita-cerita sebenar di sebalik kematian Altantuya dan Perakuan Berkanun. "Walaupun kita telah kehilangan beliau, tetapi pendedahannya masih ada dan menjadi isu yang amat besar dalam negara kita lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang," katanya kepada TVSelangor. Beliau yang baru pulang dari persembunyian di India terlibat dalam kempen bersama Pakatan Rakyat bagi mendedahkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang lalu. Bagaimanapun selepas terlibat dalam beberapa siri kempen bersama Pakatan Rakyat, Bala dimasukkan ke hospital apabila jantungnya berhenti berdenyut. Malaysiakini melaporkan, Bala mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm. Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba. "Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa. Beliau memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan Altantuyaa , yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan