DIALOG RAKYAT |
- Mencari kambing hitam di Lahad Datu: Anwar bakal ditahan?
- Sedia ruang debat Tian Chua, pasukan keselamatan
- Selangor Mahu Bina Rumah Mampu Milik Lebih Murah, Berkualiti
- Kerajaan Selangor Beri RM20,000 Kepada Keluarga Supt Ibrahim Lebar
- Kedudukan Orang Melayu & Bumiputera di Selangor Dalam Bahaya? Undi UMNO BN Selangor Boleh Selamat!
- Tian Chua mangsa jenayah media kawalan Umno – Nik Nazmi
- 'Pantau media sosial ibarat anjing menyalak bukit'
- TPM digesa dedah dokumen rancangan 'porak-peranda'
- Datuk Najib Bayar Blogger USA USD389,724 (RM1.21 juta) Promosi Najib & Burukkan Anwar Ibrahim!
- Permohonan MP semak daftar pemilih ditolak
- Twitter 'puteri' Sulu cetus pelbagai reaksi
- Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab jaga perairan timur Sabah
- Rencana Utusan fitnah Chegubard lesap
- Pakatan Rakyat yakin sapu bersih Parlimen Balik Pulau
- Rafizi: Kenyataan Musa Hitam 'testimoni' manifesto PR realistik
- Seorang pekerja landasan maut, seorang parah dirempuh tren ERL
- Najib temu komponen BN, halusi senarai calon petang ini
- Dua helikopter Tentera Darat tiba bagi perkukuh Operasi Daulat
- PKR gesa kerajaan gugur tuduhan ke atas Tian Chua
- Sabah diceroboh: Kerajaan timbang RCI atau kertas putih
- ISA: 3,000 kad ucapan diserah kepada KDN
- Beri peluang Pakatan buktikan manifesto – Dr Muhammad Nur
- Mana janji Pusat mahu bina 947 rumah kos rendah
- Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta
- Bersih 2.0 dedah kes pengundi didaftar tanpa izin
Mencari kambing hitam di Lahad Datu: Anwar bakal ditahan? Posted: 14 Mar 2013 07:58 AM PDT Tarikh PRU13 hampir tidak teranjak lagi. Episod hitam di Lahad Datu dan Semporna juga sukar menjarakkannya. Najib Razak memang tiada pilihan, tersepit dalam dilema, petanda kurang yakin dan gelabah untuk mendapatkan semula mandat rakyat. Beliau merupakan Perdana Menteri paling lama bertakhta melalui sokongan ramai kepada pendahulunya (Abdullah Ahmad Badawi). Sebelum ini setiap perdana menteri baru berusaha seawal mungkin mengadakan pilihan raya seawal bagi mengesahkan kedudukannya. Sepatutnya Najib memanggil sidang khas Parlimen, menunjukkan setiakawan seluruh rakyat menyokong penuh pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara, mengutuk pencerobohan, sekali gus memberikan perhargaan kepada perwira yang terkorban, serta membantu keluarga yang ditinggalkan, terutama memastikan anak-anak malang itu mendapat pendidikan sehingga ke universiti. Dan bukannya terus menunjukkan kerendahan budi memainkan politik kebencian dengan mengekspolitasi kenyataan Ahli Parlimen Batu, Tian Chia secara cukup melampau. Walhal Naib Presiden KeADILan itu sudahpun membuat penjelasan di atas kenyataan awalnya yang menimbulkan kontroversi itu. Reaksi Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Husein di rumah salah seorang balu perajurit yang terkorban jelas menyerlahkan dendam dan amarah tidak terkawal. Begitu juga dengan respons melulu Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar terhadap siasaran ke atas Tian Chua, dengan menegaskan pihak polis tidak akan melepaskannya dengan mudah. "Mana boleh lepas?" katanya. Melihat gelagatnya dalam berita TV, saya terasa cukup kurang selesa dan "menjengkelkan". Dan ini bukan kali pertama Khalid bertindak sebegitu rupa, berbeda sama sekali dengan perwatakan ketuanya, Ismail Omar. (Saya kira panglima angkatan tentera, Zulkifeli Mohd Zin juga dilihat terjebak dalam polemik "sandiwara) yang sengaja diperbesarkan media). Sebenarnya, bagi saya, kritikan atau teguran kepada pasukan keselamatan, hatta membabitkan operasi kritikal seperti Ops Daulat di Lahad Datu, tidak boleh dianggap sebagai "memperlekeh, memperkecil apatah lagi menghina" Dalam hal ini, saya tertarik dengan ulasan bekas profesor UIAM, Dr Abd Aziz Bari: "Rakyat adalah pemilik sebenar angkatan tentera dan pasukan polis, bukan Umno-BN. Sebagai pembayar cukai rakyat berhak menilai prestasi kedua-dua angkatan tentera dan polis." Tambahnya, keselamatan dan kedaulatan negara juga milik rakyat dan mereka berhak menyuarakan pandangan sekiranya mereka berpendapat Kerajaan Umno-BN yang memerintah dikira gagal mengendalikan isu berkenaan dengan baik. "Prestasi angkatan tentera dan pasukan polis boleh dinilai dan kalau tidak memuaskan boleh dikritik. Kalau badan kehakiman sendiri pun boleh dikritik, apa alasan yang menjadikan kedua-dua organisasi yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam Persekutuan itu kebal daripada kritikan?" soal Dr Aziz. Justeru, ramai bimbang jika pemimpin Pakatan Rakyat bakal "dikambing-hitamkan". Serangan berterusan terhadap Anwar Ibrahim dan percubaan mengaitkannya sebagai pengkhianat atau dalang penceroboh, termasuk memanipulasi lagu "Tanya Sama Najib" tidak boleh dipandang ringan, walaupun ia nampak seperti skrip "Maharaja Lawak". "Mungkin insiden pencerobohan itu akan digunakan oleh anasir tertentu dalam Umno untuk memastikan Anwar sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan," kata Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli. Sedangkan banyak pihak melihat insiden berdarah itu ada kaitan dengan "Projek IC", inisiatif pemimpin Umno sendiri. Pendedahan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman dalam wacana anjuran Institut Kajian Etnik (KITA) di UKM, 4 Mac lalu sepatutnya mencerdaskan minda. "Ada di kalangan penceroboh bersenjata itu sudah pun mendapat kerakyatan Malaysia melalui MyKad biru atau status pemastautin tetap di Lahad Datu dan Semporna. Apabila mereka mendarat di daerah Tawau dan memasuki perkampungan di Lahad Datu, mereka sebenarnya bertemu sanak saudara atau pulang ke rumah masing-masing," katanya. Seorang rakan menelefon, sehingga Selasa lalu, jumlah kematian penceroboh dicatat 57, tetapi hanya 23 mayat ditemui. "Pelik, 'kan?" katanya. Selain itu, demonstrasi tiga NGO mesra-Umno di hadapan ibu pejabat KeADILan, 11 Mac lalu hanya membuktikan peluang kebebasan bersuara gagal dimanfaatkan dengan baik. Secara peribadi, saya percaya aksi tunjuk perasaan adalah sebahagian daripada hak asasi yang perlu dipertahankan. Tapi usahlah merusuh sehingga sanggup membaling batu, telur dan kayu pula. Ketika Pakatan dan masyarakat sivil lainnya dapat menganjurkan siri himpunan, termasuk demonstrasi, dengan aman dan tertib, penyokong Umno-BN bertindak sebaliknya. Majlis ceramah Pakatan diganggu secara tidak bertamadun sama sekali. Padanlah ketua-ketuanya takut berdebat, juak-juak pula bertindak bacul mengamalkan politik rimba. Dan profesionalisme pasukan polis terus dipersoal kerana ada bukti berlaku "pilih kasih". Sepatutnya ketika negara menginjak ke era "sistem dua parti", rakyat dapat menyaksikan setiap gabungan berlumba-lumba menawarkan khidmat, polisi dan prestasi terbaik, bukan terkepung dalam budaya politik kuno. Dr Siddiq Fadzil menjelaskan situasi yang dihasratkan itu: "Kehadiran dua kekuatan politik yang seimbang adalah penting untuk memacu persaingan memberikan khidmat yang lebih baik untuk rakyat. Tanpa saingan dan tandingan yang bererti, parti yang berkuasa akan berasa terlalu selesa dan seterusnya akan mengalami penurunan komitmen dalam memberikan khidmat yang lebih baik." Zaman BN mengambil sikap "taken for granted" disebabkan rakyat tiada alternatif memilih kerajaan baru sudah berlaku. Namun perangai hodoh parti yang berkuasa sejak merdeka itu tidak dapat diubah lagi. Justeru, pengundi perlu proaktif merehatkannya dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat pula. Dalam pada itu, SMS seorang rakan, profesor di sebuah universiti, agak mengejutkan saya: "Benarkah ada ura-ura Anwar Ibrahim akan ditahan kerana kes Lahad Datu?" Rupanya ramai juga yang risau dengan kenyataan pihak berkuasa, seperti mahu mengaitkan "pihak ketiga" dalam negara sebagai dalang pencerobohan itu. II. Menekuni majalah Dian (Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd), yang sarat dengan paparan isu menarik dan titipan ilmu bermanfaat begitu mengujakan saya, apatah lagi menyedari ia diterajui rakan baik saya, Mohd Nasir Awang, dengan sokongan kolumnis yang berkaliber dalam kepakaran masing-masing. Segera saya terkenang majalah Dian dalam tulisan jawi, koleksi kekanda Dinsman, yang menghiasi rak lama di kampung. Saya membesar dengan tradisi ilmu Dian yang cukup mantap. SUkar dibayangkan, sekitar tahun 70-an ada majalah dapat bertahan dengan tulisan semi-akademik. Dan kini warisan itu berada di pasaran; sayang sekali, promosi agak kurang dan kehadirannya tidak dirasai. Rumusan saya, anda rugi jika tidak memiliki majalah Dian! | |||||||||
Sedia ruang debat Tian Chua, pasukan keselamatan Posted: 14 Mar 2013 07:55 AM PDT
Ia adalah manifestasi mentaliti Umno yang tidak faham tentang sistem demokrasi, tegas pakar perlembagaan Dr Aziz Bari ketika diminta mengulas ratusan laporan polis dan bantahan kepada Ahli Parlimen Batu berkenaan "Rakyat adalah pemilik sebenar angkatan tentera dan pasukan polis, bukan Umno-BN. Sebagai pembayar cukai rakyat berhak menilai prestasi kedua-dua angkatan tentera dan polis," tegasnya kepada Harakah. Keselamatan dan kedaulatan negara juga milik rakyat dan mereka berhak menyuarakan pandangan sekiranya mereka berpendapat Kerajaan Umno-BN yang memerintah dikira gagal mengendalikan isu berkenaan dengan baik. Mantan profesor undang-undang UIAM itu turut tidak setuju dengan kenyataan Menteri Pertahanan yang meminta rakyat tidak memperlekeh ATM dan PDRM. Aziz berkata, Kerajaan Umno-BN sebaliknya perlu mencari jalan supaya mempertahanan negara tidak mudah dibolosi musuh dan apa yang berlaku di Lahad Datu memberi gambaran sedemikian. "Prestasi angkatan tentera dan pasukan polis boleh dinilai dan kalau tidak memuaskan boleh dikritik. Kalau badan kehakiman sendiri pun boleh dikritik, apa alasan yang menjadikan kedua-dua organisasi yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam Persekutuan itu kebal daripada kritikan?" soal beliau. Dalam krisis di Lahad Datu, kata Aziz lagi, pendekatan yang diambil oleh Umno-BN sebagai kerajaan dalam menggunakan angkatan tentera dan polis mungkin menyebabkan terkorbannya lapan anggota polis setakat ini. Tambahnya, penceroboh yang datang itu tidak sampai satu batalion pun dan senjata yang mereka gunakan tidak sehebat mana tetapi di mana silapnya sehingga begitu ramai anggota polis terkorban? Aziz berpendapat itulah sebenarnya konteks kepada kenyataan Tian Chua yang membangkitkan soal tentang Umno mempolitikkan isu Lahad Datu. "Beliau perlu diberi peluang untuk menjelaskan mengapa beliau berkata begitu," ujarnya. Beliau mencadangkan supaya Tian Chua tampil memberi penjelasan dan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk bekas tentera dan polis perlu berani berdebat dengan beliau. "Umno tidak harus menggunakan pencerobohan itu untuk mencipta hero segera sedangkan keluarga yang ditinggalkan dibelit kesedihan kerana kehilangan bapa dan suami," tambah Aziz. Pakar perlembagaan itu berkata duit pampasan, pencen dan kenaikan gaji anggota-anggota yang terkorban itu adalah milik pembayar cukai, bukannya duit Umno-BN. | |||||||||
Selangor Mahu Bina Rumah Mampu Milik Lebih Murah, Berkualiti Posted: 14 Mar 2013 07:49 AM PDT PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat. Bagi menjayakan visi tersebut, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar yang bakal menampilkan pakar-pakar industri perumahan dalam dan luar negara di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Ini merupakan initiatif untuk menambah lebih RMM untuk rakyat selepas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melancarkan projek RMM ke-6 di Sutera Damansara. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad pakar luar tersebut dipilih berdasarkan kejayaan mereka di negara masing-masing dalam membina perumahan pada harga yang rendah, berkualiti dan disiapkan dalam tempoh yang cepat. "Sehubungan usaha kita untuk menerokai teknologi-teknologi baru ini, pada 21 Mac ini akan diadakan satu seminar yang dihadiri pakar-pakar perumahan dalam dan luar negeri, terutamanya daripada United Kingdom dan Jepun," ujar Iskandar. Beliau berkata demikian di dalam Majlis Pecah Tanah projek Rumah Mampu Milik Sutera Damansara di sini yang turut dihadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Selain wakil pemaju dan kontraktor, seminar tersebut juga bakal dihadiri oleh pensyarah-pensyarah universiti bagi memastikan perbincangan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh. Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama pula berkata dasar rumah kos rendah Kerajaan Negeri era Umno-BN sebelum ini gagal menyediakan penempatan yang selesa kepada masyarakat Selangor. Antara masalah yang kerap dihadapi penduduk rumah kos rendah termasuklah kerosakan struktur bangunan dan persekitaran yang tidak sihat. "Di PJ lebih 100,000 unit (rumah kos rendah) telah dibina, selepas 10 tahun taraf hidup dan kediaman masyarakat di pangsapuri kos rendah dalam keadaan yang tidak memuaskan. "Sekarang lebih 15 tahun selain keadaan yang buruk, harga rumah tersebut lebih rendah dari mereka beli sehingga ada di sesetengah tempat kurang dari RM20,000," ujar Abdul Khalid. TV Selangor juga difahamkan Kerajaan Negeri hari ini terpaksa membelanjakan sehingga RM 70 juta bagi menampung kos membaiki kerosakan pangsapuri kos rendah. Ia adalah projek usahasama anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Semponia Sdn Bhd dan Country Wheel Sdn Bhd. Ia dibangunkan oleh OSK Property Holding Berhad yang bertindak sebagai pengurus projek. Projek tersebut bakal menyediakan 236 unit kediaman mampu milik dan dijual pada harga RM89,000 seunit. | |||||||||
Kerajaan Selangor Beri RM20,000 Kepada Keluarga Supt Ibrahim Lebar Posted: 14 Mar 2013 07:46 AM PDT SUBANG JAYA : Sumbangan besar perajurit negara, Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman, yang gugur ketika mempertahankan keselamatan negara di Lahad Datu, Sabah mendapat perhatian Kerajaan Selangor. Kerajaan Negeri menyumbangkan RM 20,000 kepada keluarga Allahyarham pada satu lawatan kepada kediaman isterinya Rusiah Dahlan di USJ9, Subang Jaya, hari ini. Sumbangan itu diserahkan oleh Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim. Turut serta bersama rombongan wakil Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Bantuan tersebut adalah peruntukan daripada Tabung Wira Rakyat Selangor yang berjumlah RM 10 juta yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang gugur semasa mempertahankan negara. Rodziah ketika ditemui berkata, lawatan hari ini bertujuan menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin membantu Rusiah yang mempunyai tiga orang anak yang masih dalam peringkat pengajian tinggi. "Saya bersyukur sesi lawatan ini dan dapati keluarga arwah begitu tenang, tabah dan juga menerimanya dengan keadaan begitu baik dan saya doakan keluarga terutamanya isteri Puan Rusiah menjalani kehidupan yang sempurna dengan baik," katanya. Rodziah turut menyeru semua pihak agar sama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga Allahyarham secara berterusan di masa akan datang. "Saya harap semua pihak yang sekarang ini sama-sama turun berikan bantuan dan saya harap jangan dilupakn jasa-jasa mereka dan jangan hanya isu ini hangat sahaja kita semua ambil perhatian kepada mereka," ujarnya. Allahyarham Ibrahim meninggalkan tiga orang anak, Amirul Shafiq, 22, Amira Shahira, 20, dan Amira Shahira, 17 dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Subang Jaya pada 4 Mac lalu. Selain Ibrahim, turut terkorban ialah, Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, (Batalion 14 PGA) Koperal Salam Togiran, 42, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau) dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, (Pasukan Gerakan Am PGA). Turut terkorban Asisten Supritendan Michael Padel, 36 (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna), Sarjan Baharin Hamid, 49, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah). | |||||||||
Kedudukan Orang Melayu & Bumiputera di Selangor Dalam Bahaya? Undi UMNO BN Selangor Boleh Selamat! Posted: 14 Mar 2013 07:44 AM PDT Pejam celik, pejam celik, sudah lima tahun rupanya Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna selama 5 tahun, rakyat diberikan peluang meneliti dan menilai kepimpinan PR dan membandingkannya dengan BN. Meneliti kenyataan mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir baru-baru ini keadaan negeri Selangor di dalam keadaan kacau-bilau dan haru-biru terutamanya melibatkan orang Melayu dan yang beragama Islam. Benarkah? Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah pun meletakkan jawatan sebelum ini, kurang kedengaran kenyataannya di media. Tetapi tidak bagi Tun Dr. Mahathir. Kami jangkakan Tun Dr Mahathir akan menjadi semakin aktif dan aktif sehinggalah hari mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak
Kepada Tun Dr Mahathir di Selangor Pakatan Rakyat adalah kerajaan, UMNO Barisan Nasional adalah pembangkang. Jadi apa kemahuan Tun Sebenarnya? Jikalau di Johor, UMNO Barisan Nasional adalah kerajaan, Pakatan Rakyat adalah kerajaan.
Apa kata rakyat Selangor di sini? Setakat ini, adakah anda terasa tergugat di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat? Atau anda sudah merasakan sudah tiba masanya mahu beralih semula kepada UMNO dan Barisan Nasional? | |||||||||
Tian Chua mangsa jenayah media kawalan Umno – Nik Nazmi Posted: 14 Mar 2013 07:42 AM PDT Ruqayya Rahman KUALA LUMPUR : Pendakwaan di mahkamah hari ini menunjukkan Tian Chua menjadi mangsa jenayah media kawalan Umno yang memanipulasi kenyataan asalnya berkaitan Tragedi Lahad Datu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu yang dimuat naik dalam Keadilan Daily, sebuah portal berita rasmi KEADILAN, diputar belit dan disebar secara terancang oleh media arus perdana. Justeru, beliau berkata, KEADILAN menggesa kerajaan menggugurkan pendakwaan terhadap Tian Chua, apatah lagi ia dibuat mengikut Akta Hasutan yang jelas berniat jahat atas kepentingan politik. "Sebelum ini, Perdana Menteri umum pemansuhan Akta Hasutan 1948 tapi kejadian hari ini ternyata bercanggah. Saya percaya ini disengajakan dengan niat jahat," katanya. Semalam, Tian Chua memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan tetapi hari ini beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan. Nik Nazmi turut mengecam perbuatan dua pegawai polis yang cuba menahan Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9.45 pagi sebelum prosiding mahkamah bermula. "Tian Chua sudah ada di mahkamah untuk ikuti perbicaraan. Tindakan menahan individu yang ikut prosedur undang-undang adalah cubaan memalukan beliau sebagai ahli parlimen," katanya. Beliau menyifatkan kerajaan yang menjadikan Tian Chua sebagai kambing hitam bagi menutup kegagalan mereka menangani isu keselamatan negara di Lahad Datu, sebagai zalim.(FZL) | |||||||||
'Pantau media sosial ibarat anjing menyalak bukit' Posted: 14 Mar 2013 07:34 AM PDT Pengamal media Gobind Rudra menganggap sebagai sia-sia tindakan polis untuk memantau kenyataan di media sosial yang dianggap memperlekeh atau menghina operasi di Lahad Datu. Katanya, ini kerana tindakan itu ibarat polis singgah di kedai kopi dan mengintip perbualan pengunjung kedai yang berbual-bual sesama mereka. Tambahnya, laman Facebook dan Twitter secara teknikalnya dikenali sebagai media sosial namun secara praktisnya ia difahami sebagai perbualan peribadi antara individu. "Ini bukan tugas polis untuk memantau perbualan orang ramai. Facebook dan Twitter bukan media massa, ia adalah perbualan di antara orang ramai," kata Gobind (kiri). "Saya rasakan tindakan ini ibarat anjing menyalak bukit dan ia hanya akan menggalakkan perasaan kurang senang orang ramai terhadap polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Selasa lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengumumkan polis akan mengesan percakapan dan kenyataan di laman media sosial yang dianggap menghina operasi pasukan keselamatan di Lahad Datu. Tun Faisal: Masa satukan 'netizen' Tindakan itu bagaimana pun hanya terhad kepada mereka yang berada di Malaysia sahaja kerana polis tiada kuasa ke atas media di luar negara, katanya. Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (bawah) mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal itu. Menurutnya, Facebook dan Twitter hanya dianggap ruang peribadi jika pemiliknya memilih tetapan privasi mereka sebagai 'private'. "Kalau individu berkenaan membuka profilnya kepada orang ramai, maka ia dianggapi benarkan untuk tatapan orang ramai," katanya. Beliau berpendapat sekarang adalah masa terbaik untuk warga internet (netizen) Malaysia menggembleng sokongan dan semangat terhadap polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu. "Masanya telah tiba untuk kita satukan netizen bagi menentang pencerobohan yang dibuat warga Filipina ini," katanya. | |||||||||
TPM digesa dedah dokumen rancangan 'porak-peranda' Posted: 14 Mar 2013 07:31 AM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan butiran dokumen yang didakwa mempunyai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda. "Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha Pakatan Rakyat untuk mencetuskan suasana porak peranda, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin Pakatan mengemukakan saman fitnah terhadap beliau," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor. Bernama semalam melaporkan Muhyiddin sebagai mendedahkan rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini. Beliau dilapor sebagai berkata, daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. Dalam kenyataannya, Riduan menyifatkan tuduhan Muhyiddin "terlalu berat, fitnah dan serta berunsur hasutan" terhadap Pakatan Rakyat dan boleh menimbulkan ketegangan dan kegelisahan serta mencetuskan suasana panik dan pelbagai penafsiran oleh masyarakat. "Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau? "Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain? "Apakah tidak mungkin terjadi kenyataan beliau menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi?" soal Riduan. Riduan mendakwa timbalan perdana menteri sengaja menambah marak api permusuhan dan ketakutan kepada rakyat dalam suasana negara sedang diancam masalah keganasan dan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Tegasnya, sepatutnya Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Umno itu mententeramkan rakyat dan memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini. "Pilihan raya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara. "Kenyataan beliau akan memberi reputasi yang buruk ke atas Pakatan dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap Pakatan serta penyokongnya," katanya sambil menganggap Muhyiddin menghina jutaan rakyat yang memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka. Sehubungan itu, Riduan mendesak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan ekoran kenyataan pemimpin nombor negara itu. | |||||||||
Datuk Najib Bayar Blogger USA USD389,724 (RM1.21 juta) Promosi Najib & Burukkan Anwar Ibrahim! Posted: 14 Mar 2013 07:22 AM PDT Sebelum ini portal Buzz Feed Portal pernah mendedahkan kegiatan Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan telah bertindak membayar kalangan blogger-blogger dari USA dengan tujuan supaya lebih banyak berita memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihebahkan di media antarabangsa & selain memuji-muji pentadbirannya selaku Perdana Menteri. Itu kata portal itulah. Pada masa itu, Berita Semasa tidak sedikit pun mengambil pusing berita yang disiarkan oleh portal tersebut disebabkan masih lagi meragui dan sangsi dengan kredibiliti mereka. Dan portal Buzz Feed Politics ini bukan suatu portal yang ternama dan berpengaruh. Tetapi….Ya, ada tetapinya : Sehinggalah pada 7 Mac 2012, The Wall Street Journal sendiri mengambil tempat menyiarkan berita mengenai pembayaran oleh Najib kepada Blogger dari US itu di bawah tajuk 'Malaysia's U.S. Propaganda'. Diberitakan kempen propaganda telah pun bermula sejak Mei 2008 lagi sehingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino. Ini antara laporan berita The Wall Street Journal :
Tidak ketinggalan juga media antarabangsa Russia Today turut memberikan liputan meluas mengenai skandal terbaru ini… P/S : Diharapkan kepada Datuk Seri Najib Razak terus diberikan kekuatan dan keberanian, supaya dapat meluangkan masa tampil ke hadapan menjawab dan mempertahankan nama Malaysia yang terus "dicampakkan" dengan berita-berita keburukan seperti ini. Buktikan kepada mereka yang dakwaan dan persoalan seperti adalah dusta belaka | |||||||||
Permohonan MP semak daftar pemilih ditolak Posted: 14 Mar 2013 04:31 AM PDT Usaha anggota Parlimen Klang Charles Santiago untuk menyemak semula daftar pemilih utama dan tambahan untuk kawasan parlimennya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Hakim Vernon Ong berkata, mahkamah terikat dengan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 yang menyebut daftar pemilih yang sudah diwartakan tidak boleh disemak kembali. Mahkamah juga tidak boleh memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memberikan respon kepada perkara yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen, kerana tiada peruntukan yang membenarkannya. Sehubungan itu, mahkamah memutuskan, permohonan Charles (atas, berbaju putih) bersifat remeh dan menyusahkan. "Oleh itu, mahkamah menolak permohonan ini, dan oleh kerana kes ini berkaitan kepentingan awam, mahkamah memutuskan tidak membuat sebarang perintah berhubung kos," kata hakim. Sebagai respon kepada keputusan itu, Charles berkata, mahkamah gagal menangani isu utama bahawa Seksyen 9A sebenarnya ultra vires dengan perlembagaan persekutuan. | |||||||||
Twitter 'puteri' Sulu cetus pelbagai reaksi Posted: 14 Mar 2013 04:29 AM PDT Anak gadis 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III, yang sering menjadi jurucakap keluarga sebelum ini sejak krisis Sabah meletus kini menjejakkan kaki ke alam Twitter dan dengan mencetuskan pelbagai reaksi segera warga maya. 'Puteri' Jacel Kiram (kanan) mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 2,792 orang sebagai pengikutnya. Tweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu". InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya. @geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata? Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa. @kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih. Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami. | |||||||||
Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab jaga perairan timur Sabah Posted: 14 Mar 2013 04:27 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelu ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan arahan terbaharu itu, perairan Sabah yang dikawal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). "Saya menerima 'command' (kuasa pemerintahan) ini Jumaat lepas, yang suratnya telah diserahkan kepada saya oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung APMM. "Command APMM di Sabah telah diserahkan kepada saya (Kementerian Pertahanan), tidak lagi di bawah JPM," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Neo Kian Hong di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Ahmad Zahid menyifatkan penyerahan rasmi tersebut adalah perlu untuk mengkoordinasikan antara operasi yang dilakukan TLDM dan APMM. "Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan timbalan perdana menteri dan insya-Allah saya akan mengambil tanggungjawab ini untuk mempertahankan dan mewujudkan tanggungjawab 'surveillance' (pengawasan) di kawasan 1,400 km persisiran pantai dan kawasan perairan di timur Sabah ini," katanya. Beliau berkata dengan penyerahan ini bermakna, Kementerian Pertahanan akan membantu APMM dari segi penambahan aset baharu dan keperluan lain yang perlu dibincangkan lanjut dengan Muhyiddin dan Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish. Menjawab soalan berhubung tangkapan di Sabah, Ahmad Zahid berkata: "Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Filipina dari segi pertahanan. Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire T Gazmin telah hubungi saya melalui telefon dan beritahu beliau telah mobilisasikan tentera laut dan pengawal pantai. Katanya tangkapan yang dilakukan mempunyai dua bentuk iaitu mereka yang bakal menjadi penceroboh, iaitu yang datang dari kepulauan Sulu, ataupun yang datang dari perairan Malaysia masuk ke tempat mereka. Mengenai lawatan tersebut, Ahmad Zahid menjelaskan ia adalah lawatan perpisahan Kian Hong kerana akan meninggalkan Angkatan Tentera Singapura sebelum bertugas dalam sektor awam. "Dalam perbincangan itu, saya ada jelaskan apa yang berlaku di Lahad Datu. Tentunya walaupun mereka tak akan campur tangan dalam soal domestik di Malaysia, tetapi saya fikir sebagai sebuah negara Asean, mereka turut prihatin dengan permasalahan yang kita hadapi sekarang," katanya. - Bernama | |||||||||
Rencana Utusan fitnah Chegubard lesap Posted: 14 Mar 2013 04:21 AM PDT KEADILAN DAILYDua hari lalu, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan telah menyerahkan notis kepada Utusan Malaysia beberapa tuntutan kepada Utusan Malaysia. Melalui peguamnya Sazali & Lim, notis telah diserahkan dan telah diakui terima oleh pihak Utusan. Berikutan itu, paparan rencana Utusan Online bertajuk "Medan Perah Duit Rakyat" tulisan Mohd Asron Mustapha yang menjadi bukti fitnah jahat terhadap Chegubard telah lesap. Ia disedari hari ini sekitar jam 12 tengahari tadi dan sehingga kenyataan ini ditulis, rencana tersebut tiada di paparan. Kali terakhir rencana itu dilihat masih terpapar ialah semalam. Walaubagaimanapun alamat url pautan asal di http://bit.ly/YtoGN4 masih wujud. Cuma apa yang tinggal hanya tulisan tertera "Broken Link". Apakah tindakkan Utusan Online memadamkan rencana di dalam isi pautan tersebut menjadi petunjuk bahawa Utusan telah akur dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak guaman chegubard? Penarikkan rencana berunsur fitnah tersebut dari portal Utusan Online adalah merupakan salah satu dari empat tuntutan gantirugi yang dikemuka oleh Chegubard. Buat masa ini, pihak SAMM dan Chegubard masih lagi menunggu permohonan maaf secara terbuka sepertimana yang dituntut. Norazizi Abd Aziz Penyelaras SAMM Kebangsaan | |||||||||
Pakatan Rakyat yakin sapu bersih Parlimen Balik Pulau Posted: 14 Mar 2013 04:19 AM PDT Mohd Taufik SulongSaya yakin Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kemenangan di Parlimen Balik Pulau dan akan menguasai ketiga-tiga Dun di Balik Pulau kerana beberapa sebab:-1. Kami berkerja untuk rakyat sejak menang Mac 2008 hingga kini. Kami tak pernah berhenti. Kami kerahkan segala instrumen yang ada seperti Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli Majlis Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Parit dan Saliran dan lain-lain secara padu untuk berbakti kepada rakyat sebagai membalas kepercayaan rakyat kepada kami. Akhirnya kami berjaya dan kami yakin untuk sapu bersih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini kerana kualiti khidmat kami. 2. Dari segi logik, dulu kami menang tipis di Parlimen Balik Pulau dan kalah tipis di tiga DUN di Balik Pulau tanpa segala instrumen-instrumen tadi seperti JKKK, Penyelaras Adun, Ahli Majlis (MPPP) serta tanpa sokongan agensi-agensi kerajaan. Pada 2008 kami hanya mula kerja bila hampir pilihan raya. Kini dengan gerak kerja sejak 2008 dengan sokongan segala instrumen yang ada, saya yakin peluang untuk kami menang besar amat tinggi. 3. Hasil gerak kerja kami yang ikhlas dan aktif, kami kini mempunyai ramai penyokong dan dari pelbagai bangsa. Mereka amat seronok dengan pembaharuan dan ketelusan kami. Kini kami ada sukarelawan Melayu, Cina dan India, sesuatu yang tidak kami miliki pada 2008. Takkan dengan sokongan padu mereka dalam PRU 13 nanti kami tak boleh menang dengan bergaya? 4. Gerak kerja kami sejak 2008 membuktikan tahap komitmen dan kualiti kerja yang tinggi yang hanya boleh dilaksanakan oleh pimpinan yang ikhlas dan bersemangat waja. Di akui dalam mesyuarat bersama pegawai-pegawai kerajaan, JKKK negeri lebih aktif berbanding JKKK pusat walaupun elaun Pengerusi JKKK negeri hanya RM450.00 berbanding elaun pengerusi JKKK pusat sebanyak RM800.00. Ini menunjukkan perjuangan kami bukan semata-mata kerana duit dan upah tetapi ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. 5. Ketelusan kami juga rahsia keyakinan untuk kami sapu bersih di Balik Pulau untuk PRU 13 ini. Sama ada JKKK, Penyelaras Adun dan Ahli Majlis MPPP, segala sumbangan dan bantuan yang diberi diagih dengan adil kepada yang berhak menerimanya tanpa melihat warna parti yang disokong oleh penerima. Ketelusan ini menyebabkan kami memiliki ramai kawan dan penyokong. Senyuman dan penyertaan mereka apabila turut serta dalam program-program kami menambah keyakinan kami untuk menang besar. 6. Keaktifan ketiga-tiga penyelaras Adun di Balik Pulau yang menganjur pelbagai program dan aktiviti hampir setiap minggu serta perlaksanaan projek-projek pembangunan di Balik Pulau bagai menutup kewujudan Adun-adun Umno di Balik Pulau. Adun-adun Umno yang menang seolah-olah tiada dan tidak berfungsi walhal mereka memiliki kerajaan pusat yang pasti lebih berkuasa dan mempunyai bajet yang lebih besar berbanding kami. Situasi ini menambah keyakinan kami untuk menang besar. 7. Begitu juga dengan keaktifan Ahli Majlis MPPP yang mewakili warga Balik Pulau yang memainkan peranan besar kepada kejayaan perubahan di Balik Pulau. Dari agihan beg kitar semula kepada rakyat melalui penganjuran program Cleener Greener dan kesukanan yang dilaksanakan hampir setiap minggu, sumbangan-sumbangan apron percuma kepada perniaga, lawatan-lawatan rasmi dan mengejut ke pasar-pasar awam serta Kompleks Sukan Balik Pulau, lawatan dan penganjuran program gotong-royong untuk meningkatkan tahap kebersihan di Pantai Pasir Panjang dan Air Terjun Titi Kerawang, penaiktarafan lebih 10 taman-taman rekreasi di Balik Pulau, hinggalah kepada penaiktarafan Kompleks Makanan Taman Desa Genting yang bernilai lebih RM700,000 dan penaiktarafan Kompleks Sukan Balik Pulau dengan kos RM 2.7 juta adalah catatan rekod-rekod kecemerlangan yang jauh meninggalkan prestasi perlahan Ahli Majlis di era BN. Ini semua menyakinan kami untuk masuk pilihan raya nanti dengan bergaya dan Insyaallah akan menang dengan majoriti yang lebih besar. 8. Faktor tempoh masa persiapan yang lama telah menyebabkan jentera pilihan raya kami benar-benar bersedia berbanding PRU 12. Kami telah memulakan gerak kerja politik sejak menang pada Mac 2008 dan bertambah aktif apabila berlaku peralihan kuasa dari Tun abdullah kepada Datuk Seri Najib Razak dengan andaian Najib akan mengadakan pilihan raya untuk mendapat mandat rakyat. Rupanya Najib tak berani tutup kami tetap bersedia bila-bila masa untuk masuk dan menyertai pilihan raya. Siap siaga kami yang lama ini menambah rasa hati kami untuk mendapat majoriti yang lebih cemerlang. 9. Satu lagi kekuatan kami untuk berhadapan dengan pilihan raya kali ini ialah rekod cemerlang kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) dari pelbagai aspek. Dari aspek kebersihan, kerajaan PR Pulau Pinang hanya mengambil masa kurang dari lima tahun untuk mengeluarkan gelaran sinis 'Pulau Pinang Darul Sampah' yang ditinggalkan oleh kerajaan Pulau Pinang di bawah BN Umno yang memerintah hampir 50 tahun. Dari aspek pelancongan, dengan tahap kebersihan yang baik dan keaktifan penganjuran program-program kebudayaan peringkat domestik serta peringkat antarabangsa, kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa melonjak tinggi. Operator bisnes yang terlibat dengan sektor pelancongan seperti perhotelan, perkhidmatan pelancongan, homestay, restoran, industri desa dan lain-lain mencatat keuntungan berganda. Imej kerajaan PR sebagai kerajaan rakyat semakin terserlah apabila kerajaan negeri memperkenalkan skim-skim kebajikan sosial seperti Skim Anak Emas, Skim Warga Emas, Skim Bantuan Persekolahan kepada Pelajar Tahun 1 dan 4, Projek Titian Saksama Rakyat dan lain-lain skim yang mencakupi pelbagai lapisan umur, kerjaya dan etnik. Malah dengan urus tadbir kewangan yang cemerlang ia dipuji Ketua Audit Negara. Kerajaan negeri PR Pulau Pinang juga mencatat rekod dalam sejarah kewujudan Pulau Pinang apabila pendapatan negeri meningkat melebihi 310%. 10. Keutuhan Perpaduan dan kerjasama komponen dalam PR iaitu antara PAS,DAP dan PKR kini amat padu berbanding tahun 2008. Masa, Keadaan, tekanan dan provokasi Umno BN mematangkan kami. Usaha-usaha provokasi politik Umno BN yang berterusan adalah strategi kotor untuk pecah-belahkan persefahaman kami. Kami kini selesa bermesyuarat dan merancang serta melaksanakan program-program kemasyarakatan dan politik secara bersama dan untuk keuntungan semua komponen PR. Kami memahami dan menghormati perbezaan antara kami tetapi kami lebih fokus kepada persamaan matlamat di antara kami iaitu kami bertekad dengan jitu untuk menewaskan Umno BN untuk diganti dengan kerajaan PR yang terbukti lebih mesra, bersih dan telus demi kebaikan masa depan negara dan anak cucu kami. Dengan antara kekuatan-kekuatan tersebut, kami yakin akan menang di tiga DUN dan akan mengekalkan kemenangan di Parlimen Balik Pulau dengan majoriti kemenangan yang lebih besar. * Mohd Taufik Sulong Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Balik Pulau / Pengarah Pilihan Raya Adun Pulau Betong, Pulau Pinang /Ahli Majls Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) | |||||||||
Rafizi: Kenyataan Musa Hitam 'testimoni' manifesto PR realistik Posted: 14 Mar 2013 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kelmarin bahawa negara tidak akan muflis jikapun Pakatan Rakyat (PR) memerintah sebenarnya satu 'testimoni' yang dasar perikatan itu adalah realistik, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Menurut Rafizi, manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PR boleh diguna pakai dan tidak menunjukkan akan berdepan masalah negara boleh bankrap atau muflis jika ia dinilai secara objektif dan jujur. Malah kata beliau, jika manifesto PR diteliti sepertimana yang dinilai oleh Musa, yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, ia tidak menunjukkan negara akan muflis. Rafizi berkata, sekiranya dalam tempoh dua tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) membelanjakan lebih daripada jumlah diluluskan iaitu RM44 bilion, sudah tentu PR mampu menanggung RM45 bilion yang diperlukan untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto itu yang dilancarkan 25 Februari lalu. "Kalau kita tengok (manifesto PR) angka-angkanya begitu jelas, saya kira sudah tentu tiada siapa pun kata ia akan mufliskan negara. "Cuma soalnya, apabila tidak ada kesediaan daripada pihak Umno dan BN untuk berdebat dan berdepan dengan kita secara ikhlas dan membincangkan berkenaan angka-angka itu (pecahan perbelanjaan)," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada Forum Manifesto Rakyat di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Musa yang mengatakan negara tidak akan bankrap meskipun diperintah oleh PR. Rafizi berkata, PR yakin sekiranya perbincangan itu dibuat secara jujur dan objektif tidak timbul soal muflis seperti yang dikatakan oleh Musa. "Sehingga sekarang, selepas manifesto PR dilancarkan kita belum menerima bidasan terperinci daripada BN. "Jadi mereka boleh buat pilihan dan boleh terus main sembunyi-sembunyi. Tetapi PR telus tunjukkan setiap perkiraan, saya yakin rakyat boleh bezakan dan bandingkan dan semua dalam risalah manifesto kita tunjukkan setiap pecahan perbelanjaan secara jelas," katanya. Ketika muncul pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian kelmarin, Musa menegaskan, tidak adil jika dikatakan negara akan bankrap jika PR berjaya memerintah negara. Katanya, sekiranya PR mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik. | |||||||||
Seorang pekerja landasan maut, seorang parah dirempuh tren ERL Posted: 14 Mar 2013 04:14 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Seorang pekerja penyelenggaraan landasan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) maut manakala seorang lagi cedera parah dirempuh tren ERL di KM9.2 arah Selatan (ke KLIA) berhampiran Stesen Bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata N.Muniandy, 36, maut dalam kejadian pukul 11.10 pagi ketika melakukan kerja penyelenggaraan landasan bersama rakannya Ahmad Khusairi Kamarul Baharin, 37. "Muniandy yang berasal dari Temerloh, Pahang mati di tempat kejadian manakala rakannya, Ahmad Khusairi yang cedera di bahu dan perut dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam. Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 11.37 pagi, namun kedua-dua mangsa telahpun dibawa oleh ambulan. Sementara itu, jurucakap ERL berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian itu. - Bernama | |||||||||
Najib temu komponen BN, halusi senarai calon petang ini Posted: 14 Mar 2013 04:12 AM PDT SHAH ALAM - Semalam, sekali lagi negara 'dihujani' dengan spekulasi. Kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini. Spekulasi itu susulan kemunculan perdana menteri di Istana Negara. Ada pihak membuat spekulasi, kemunculan Najib di Istana Negara semalam, meskipun ia dilihat sebagai rutin mingguan sebelum mesyuarat Kabinet, sebagai tanda Parlimen akan dibubar hari ini. Sebaliknya, Sinar Harian Online difahamkan Najib akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ketua parti komponen Barisan Nasional (BN) seorang demi seorang selepas waktu tengah hari hari ini. Sumber BN mengesahkan Najib selaku pengerusinya akan mengadakan pertemuan dengan semua presiden anggota komponen bagi menghalusi senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya difahamkan pertemuan esok pusingan terakhir untuk tetapkan, muktamadkan senarai calon," kata satu sumber yang dekat dengan BN. Menurut satu lagi sumber, pertemuan di Putrajaya itu akan bermula sebelah petang. "Pada sebelah pagi perdana menteri akan menghadiri satu program berkaitan kesihatan," katanya kepada Sinar Harian Online. Pertemuan tertutup itu menurut beliau, membabitkan semua presiden komponen BN. BN terdiri daripada 13 parti komponen iaitu Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS. BN akan meletakkan calon di kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan kali ini. "Mula-mula saya dengar maklumat batal tetapi baru setengah jam lepas, saya dapat maklumat ia diteruskan," ujar beliau, yang enggan namanya didedahkan, malam tadi. Pertemuan hari ini sekali lagi bakal menggegar arena politik negara - sama ada pembubaran Parlimen akan bakal berlaku dalam masa yang 'sangat' dekat memandangkan Najib sehingga kini masih mahu berahsia berhubung tarikh itu. Spekulasi semalam tersebar susulan pengumuman beberapa insentif sistem saraan perkhidmatan awam - Sistem Saraan Transformatif. Selasa depan, Najib akan mengumumkan kad prestasi kerajaan dan disusuli dengan laporan tahunan Bank Negara. Esok Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Kelantan dan disusuli satu pertemuan di kawasannya iaitu Pekan Sabtu ini. Bagaimanapun penganalisis dan pemerhati meletakkan 20 Mac iaitu Rabu depan sebagai pembubaran susulan perkembangan semasa dan juga pembubaran secara automatik Dun Negeri Sembilan (26 Mac), Pahang (7 April), Johor (21 April), Selangor (22 April), Perak (24 April), Melaka (26 April), Perlis (28 April), Kelantan (28 April), Sabah (29 april) dan Pulau Pinang (2 Mei) dam Kedah (2 Mei). Mandat kerajaan pusat pula akan berakhir 28 April. Kelmarin, ketika muncul di TV3, Najib berkata, kerajaan mahu memastikan transformasi yang dilakukan termasuk dari sudut ekonomi difahami dan dirasai kesannya oleh rakyat sebelum memanggil PRU13. Sehubungan itu, Najib menaruh sepenuh harapan agar rakyat dapat memberi mandat penuh kepada BN pada PRU13 ini bagi membolehkan kerajaan sedia ada meneruskan dasar-dasar yang telah dibawa termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berkala. Malah Najib memberitahu bahawa proses pemilihan calon BN untuk PRU13 juga belum selesai sepenuhnya. "Hampir siap, tetapi setiap kali kita tengok, saya kira sampai kita umum nanti akan ada perubahan," kata beliau. Najib turut menyatakan keyakinannya terhadap sokongan rakyat yang diterima sejak bergelar perdana menteri pada 2009 berdasarkan 'track record' yang baik termasuk ketika ekonomi global sedang merudum. | |||||||||
Dua helikopter Tentera Darat tiba bagi perkukuh Operasi Daulat Posted: 14 Mar 2013 03:53 AM PDT SINAR HARIAN LAHAD DATU - Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas. Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk. Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat. Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat. Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - Bernama | |||||||||
PKR gesa kerajaan gugur tuduhan ke atas Tian Chua Posted: 14 Mar 2013 03:50 AM PDT KUALA LUMPUR - PKR menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas Naib Presidennya, Tian Chua berhubung kenyataan mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan Lahad Datu. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, Tian Chua telah menjadi mangsa media selepas kenyataa asal ahli parlimen itu yang didakwa telah manipulasi secara sistematik oleh media arus perdana sehingga didakwa di mahkamah. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan beliau mahu memansuhkan Akta Hasutan, tetapi ini caj baru menunjukkan ada niat jahat kerajaan untuk mengenakan Tian Chua di bawah undang-undang yang menjadi anarki "Atas apa alasan pun, Tian Chua adalah seorang penjawat awam yang mencintai negara dan telah berkhidmat selama bertahun-tahun untuk rakyat Malaysia termasuk anggota keselamatan. "Ia adalah kejam untuk menuduh beliau mengambil ringan ke atas kematian tentera dan anggota polis di Sabah," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini. Pagi tadi, Ahli Parlimen Batu itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dalam pertuduhan itu, Tian Chua menghadapi pertuduhan kerana menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya. Nik Nazmi juga mendakwa, Tian Chua turut dikenakan tekanan politik selepas ada usaha oleh pihak polis untuk menangkap Tian Chua di kafeteria mahkamah pagi tadi. "Sedangkan beliau (Tian Chua) sudah menunjukkan pada pagi ini di kompleks mahkamah untuk menghadapi pertuduhan. "Ia adalah jelas satu langkah untuk memalukan Tian Chua lagi," dakwa beliau. | |||||||||
Sabah diceroboh: Kerajaan timbang RCI atau kertas putih Posted: 14 Mar 2013 03:48 AM PDT SINAR HARIAN SANDAKAN - Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara. "Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih. "Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya. Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan di sini, hari ini selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong. Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak. Mengulas keadaan keselamatan di Sabah, Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan beberapa pihak berkaitan akan berada di Sabah esok bagi meninjau keperluan tambahan bagi merealisasikan penubuhan kawasan itu yang memerlukan perancangan rapi. Katanya penguatkuasaan di kawasan perairan timur Sabah juga akan ditingkatkan bagi menghalang kemasukan warga Filipina ke negeri itu termasuk kewujudan 'lorong-lorong tikus' yang memudahkan laluan mereka. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kementerian itu kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Berhubung laporan penahanan 35 warganegara Filipina yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah oleh Unit peronda Tentera Laut Filipina semalam, Hishammuddin berkata Wisma Putra akan berhubung dengan Manila bagi menyelesaikan perkara itu. "Wisma Putra akan berhubung dengan kerajaan Filipina kerana rakyat dia dan perairan dia," katanya. Media Filipina semalam melaporkan unit peronda menahan kesemua suspek di dalam dua buah bot di perairan Tawi-Tawi sekitar jam 6.30 pagi semalam, di mana beberapa unit senjata dan bahan letupan turut dirampas dari bot yang dinaiki. Hishammuddin dalam lawatan itu turut melawat dan berkongsi cerita dengan tiga anggota pasukan keselamatan yang cedera dalam Operasi Daulat di Lahad Datu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. Dalam kejadian berbalas tembakan pada Sabtu lepas, dua anggota PGA dari Batalion Miri iaitu Lans Kpl Mohd Zariman Ibrahim dan Kpl Affendi Rusli mengalami kecederaan di betis dan paha. Selain itu, Kpl Khairul Anuar Md Isa dari Rejimen ke-7 Askar Melayu Diraja (7RAMD) Kem Kukusan Tawau yang cedera di pipi dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu dimasukkan ke hospital itu semalam. - Foto Bernama | |||||||||
ISA: 3,000 kad ucapan diserah kepada KDN Posted: 14 Mar 2013 01:41 AM PDT
Menurut Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, kerajaan juga didesak mendedahkan secara terperinci proses pemulihan yang dilalui oleh tahanan semasa di kem, di samping mendedahkan laporan keselamatan yang dijadikan penilaian untuk menentukan sama ada tahanan boleh dibebaskan atau tidak. "Kemta mestilah ditutup dan diiktiraf sebagai Warisan Negara atau Muzium seperti Pulau Robben, Afrika Selatan sebagai simbol ketidakadilan dan kezaliman ISA. Perkara ini perlu sebagai amaran kepada mana-mana dan juga pemerintah negara agar tidak menggunapakai akta zalim seperti ISA," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyerahkan 3,000 kad ucapan yang berjaya dikumpul daripada orang ramai kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, di pejabatnya di sini hari ini. Seiring dengan penyerahan kad ucapan itu, GMI turut menggesa kerajaan segera membebaskan 22 tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Tahanan Kemunting Perak. Syed juga berkata, menteri berkenaan gagal memberi jawapan apabila rakyat mempersoalkan siapakah yang menentukan tahanan memberi ancaman kepada negara sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan bersalah di mahkamah. Bukan itu sahaja, katanya menteri terbabit juga gagal menjawab apabila pihak GMI bertanyakan mengenai kayu ukur yang digunakan pihak kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menentukan sama ada seorang tahanan itu sudah pulih atau tidak. "Masih belum ada alasan yang kukuh daripada pihak Menteri Dalam Negeri untuk menjawab persoalan mengapa baki tahanan ISA masih tidak dibebaskan. Menteri masih mengulangi alasan yang sama iaitu tahanan hanya dibebaskan apabila didapati tidak lagi memberi ancaman kepada negara," katanya. Namun, sehingga hari ini 22 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kemunting, antara yang masih ditahan ialah lapan orang warga tempatan dua orang warga Indonesia, lima orang warga Sri lanka, dan masing-masing seorang dari Pakistan, India, Bangladesh, Iraq dan Filipina. Sementara itu, kad ucapan yang diserahkan kepada KDN hari ini mengandungi luahan rakyat terhadap kezaliman penahanan di bawah ISA. GMI berharap dengan penyerahan kad itu, menteri berkenaan dapat menilai sendiri tuntutan rakyat yang mahukan tahanan ISA diberikan keadilan yang sewajarnya. "Orang awam yang ditemui melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui masih terdapat tahanan ISA dikurung di kemunting sedangkan mereka diwar-warkan episod kezaliman ISA sudah berakhir sebaik Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA pada September 2011," jelas Syed. Kempen Kad Ucapan untuk tahanan ISA dilancarkan pada 19 Julai 2012 dan berakhir pada Januari 2013, kempen ini memberi ruang kepada masyarakat awam menyatakan sokongan kepada tahanan ISA dengan menyampaikan mesej terus kepada Menteri Dalam Negeri. Kempen ini dijalankan sebagai satu bentuk desakan kepada kerajaan agar segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA. | |||||||||
Beri peluang Pakatan buktikan manifesto – Dr Muhammad Nur Posted: 14 Mar 2013 01:39 AM PDT Oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR : Rakyat diseru memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan manifesto dengan memilih gabungan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Katanya, manifesto yang mengandungi pelbagai tawaran kepada rakyat itu tidak akan terlaksana sekiranya Pakatan tidak diberi mandat mentadbir negara. "Manifesto yang diisytihar ini memang dicemburui oleh BN kerana gagasannya yang bersifat komprehensif dan mensejahterakan rakyat. "Ia merangkumi usaha membanteras kemiskinan, membela golongan lemah termasuk golongan kurang upaya dan memberi pendidikan percuma kepada generasi muda," katanya. "Jika tidak diberi peluang kepada Pakatan, kemungkinan tawaran ini tidak dapat dilaksanakan," ujarnya ketika dihubungi. Justeru, Muhammad Nur menyeru orang ramai agar meneliti kandungan manifesto berkenaan yang dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat, 25 Februari lalu. Ujarnya, keupayaan Pakatan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dapat dibuktikan berdasarkan urustadbir berhemah di negeri-negeri yang dimenanginya pada PRU lalu. "Janji yang dibuat oleh Pakatan telah ditepati dan ini dibuktikan menerusi pengurusan kewangan yang cekap oleh kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah," tambahnya. Antara lain, manifesto bertemakan Harapan Rakyat itu berjanji mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru dan menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100. Pakatan juga berikrar meringankan kos sara hidup dengan menurunkan harga barang, harga petrol dan diesel, caj elektrik dan air, dan menghapuskan tol secara berperingkat. Dokumen itu turut menyatakan komitmen Pakatan menyediakan 150,000 rumah mampu milik, selain merombak dasar automotif negara dengan menghapuskan cukai eksais, dan memperkenalkan harga kereta serendah RM25,000. Bagi golongan pelajar, manifesto Pakatan menawarkan pendidikan percuma dan menghapus PTPTN dengan yuran pengajian di institusi milik awam ditanggung kerajaan. Ia merupakan sebahagian daripada pelbagai lagi faedah yang ditawarkan kepada rakyat. Dalam pada itu, Dr Manuty turut menyentuh pengumuman kerajaan menaikkan gred gaji baru anggota polis, tentera dan kakitangan awam yang disifatkan meniru manifesto Pakatan dan Buku Jingga. "Itu pun merupakan satu lagi dasar yang ditiru daripada manifesto dan Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan," ujarnya. | |||||||||
Mana janji Pusat mahu bina 947 rumah kos rendah Posted: 14 Mar 2013 01:37 AM PDT
KUALA LUMPUR: Atas dasar keperluan golongan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Kerajaan Pusat segera membina sebanyak 947 unit rumah pangsa kos rendah yang telah diluluskan semenjak tahun 2004 lagi. Presidennya, Rahmad Isahak (gambar) berkata, jumlah unit berkenaan membabitkan dua buah projek perumahan di kawasan Teluk Kumbar yang telah dan sepatutnya dimajukan oleh syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan Kerajaan Pusat. "Pihak kami berharap agar menteri yang bertanggungjawab berkenaan dapat memberikan khabar gembira sebelum parlimen dibubarkan ke atas janji yang tidak ditunaikan semenjak 9 tahun lalu kepada rakyat Pulau Pinang," ujarnya dalam satu kenyataan. Kenyataan penuh seperti di bawah. Atas dasar keperluan golongan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, maka pada hari ini KMPP mendesak Kerajaan Pusat segera membina sebanyak 947 unit rumah pangsa kos rendah yang telah diluluskan semenjak tahun 2004 lagi. Jumlah unit berkenaan membabitkan dua buah projek perumahan di kawasan Teluk Kumbar yang telah dan sepatutnya dimajukan oleh syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan Kerajaan Pusat. Kedua-dua projek yang dimaksudkan adalah seperti di bawah: 1. Teluk Kumbar Heights - Kelulusan merancang (JPB/PM/2689 (LB)) telah diberikan pada 8.3.2004. Tanah diatas lot-lot 202, 236, 403, 516, 711, 712, 713, 714, 715, 761, 765, 980, 981, 982, dan 983, mukim 11,Daerah Barat Daya , Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Jika mengikut pelan asal pembangunan bercampur berkenaan mengandungi sebanyak 2,212 unit iaitu termasuk 712 unit kos rendah. Mengikut apa yang difahamkan projek tersebut adalah di bawah skim Tabung Pusingan Perumahan Kos Rendah (TPPKR) yang diuruskan oleh TPPT Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat dibawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Projek ini dilaksanakan secara usahasama dengan syarikat Southdowns Corporation Sdn. Bhd sebagai pemaju projek dan TPPT sebagai pemilik tanah. Persoalannya kenapa sudah hampir 9 tahun janji tuan tanah untuk membina 1 blok rumah pangsa kos rendah – 19 tingkat yang mengandungi 712 unit dengan keluasan 650 kaki persegi yang berharga RM 35,000 seunit tidak dapat dibangunkan? Dari semakan, pihak kami dimaklumkan pada tahun 2010 pihak pemaju telah memaklumkan pejabat perumahan negeri bahawa pembinaan rumah kos rendah berkenaan telah ditangguhkan tanpa memberi sebab yang munasabah. Pehak kami dukacita kerana asas kepada inisiatif pehak tuan tanah keatas projek berkenaan adalah dibawah skim Tabung Pusingan Perumahan Kos Rendah. Tetapi kenapa tidak direalisasikan? Hanya indah khabar dari rupa sahaja. Bukankah yang menjadi mangsa adalah rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Tanah milik Mutiara Premier Sdn. Bhd. - Tanah ini dahulunya adalah kepunyaan I&P Development Sdn. Bhd. Dimana pelan perancangannya telah diluluskan sekitar tahun 2005 (JPB / PM / 3908 / (LB)). Tanah diatas lot 405, 2303, 638, 639, 640 dan 641, mukim 11, Daerah Barat Daya, Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Di maklumkan menerusi semakan pehak kami bahawa Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) telah mengambilalih menerusi pembelian bersama dengan kelulusan projek berkenaan daripada I&P Development Sdn. Bhd. PHBB telah melantik sebuah syarikat yang mempunyai kaitan iaitu Mutiara Premier Sdn. Bhd. sebagai tuan tanah yang berdaftar. Bagi tujuan pembangunan, PHBB telah melantik MRCB sebagai rakan kongsi (melalui turnkey agreement) untuk mengurus takbir projek berkenaan. Komposisi projek bercampur mixed development di atas tanah seluas 62.7 ekar (keluasan yang boleh diguna pakai daripada keseluruhan 105 ekar) termasuk konsep asal untuk membina dahulu sebanyak 235 unit rumah pangsa kos rendah dengan keluasan 700 kaki persegi dengan harga seunit RM35,000. Amat malang sekali hampir 8 tahun telah berlalu keadaan tapak projek samalah seperti 'padang jarak padang terkukur' sahaja. Tiada satu tiang pun yang didirikan. Perlu diingatkan bahawa tujuan asal PHBB diwujudkan adalah bagi memajukan tanah-tanah di negeri ini bagi kepentingan orang-orang melayu disini memiliki rumah mampu milik. Tetapi apa yang berlaku sangat mendukacitakan dimana keperluan orang melayu untuk memiliki rumah yang diselenggarakan oleh syarikat dibawah naungan kerajaan pusat tidak menjadi kenyataan walaupun pelan perancangan telah diluluskan hampir 9 tahun yang lalu. Gesaan KMPP Apa yang telah terjadi keatas kedua-dua projek berkenaan adalah amat jelas bahawa kehendak golongan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah telah dinafikan secara terang-terangan. Ini bermakna seramai 947 pemohonan dari pemohon yang layak di kawasan Teluk Kumbar terpaksa berputih mata disebabkan janji yang tidak ditunaikan tersebut. Pihak kami berpendirian bahawa tiada sebab yang munasabah mengapa kedua-dua projek berkenaan tertangguh hampir 9 tahun kerana pemajuan tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan pusat. Secara rasional pehak kami katakan bahawa semua peruntukan kewangan bagi melaksanakan projek berkenaan adalah melibatkan wang rakyat. Adalah amat mendukacitakan dimana akhirnya hak rakyat yang memerlukan telah dinafi secara total. Siapakah yang harus dipersalahkan? Maka hari ini KMPP mendesak dalam memohon budi bicara kerajaan pusat supaya segera membina 947 unit berkenaan. Kami juga mendesak menteri perumahan dan kerajaan tempatan bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu berkenaan. Isu rumah kos rendah adalah isu utama yang menjadi pertikaian di negeri ini oleh pemimpin politik. Pihak kami juga secara lantang dan jujur mengatakan bahawa 20,000 unit rumah mampu milik yang dijanjikan pada masa hadapan bukanlah satu perkara utama lagi, malah isu 947 unit kos rendah di Teluk Kumbar harus dilaksanakan terlebih dahulu. Pihak kami berharap agar menteri yang bertanggungjawab berkenaan dapat memberikan khabar gembira sebelum parlimen dibubarkan ke atas janji yang tidak ditunaikan semenjak 9 tahun lalu kepada rakyat Pulau Pinang. | |||||||||
Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta Posted: 14 Mar 2013 01:32 AM PDT
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara. "Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Selain menyifatkan dakwaan Muhyidin itu sebagai sangat prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah 'ada pihak' yang mahukan huru-hara berlaku. Dakwaan itu juga, kata Dr. Hatta seolah-olah cubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan krisis yng melanda negara di Lahad Datu. "Jika Naib Presiden PKR, Tian Chua boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, apa bezanya dengan Muhyiddin?" soal beliau. Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak mengeluarkan kenyataan yang memberikan gambaran bahawa ada pihak yang ingin keadaan huru-hara berlaku. Timbalan Presiden Umno itu mendakwa bahawa dari maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. | |||||||||
Bersih 2.0 dedah kes pengundi didaftar tanpa izin Posted: 14 Mar 2013 01:31 AM PDT
Lapan kes itu termasuk lima individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka di mana tiga daripada mereka didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka. Lapan kes ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu ini namun masih belum ada respons daripada SPR, kata Maria Chin. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan