Khamis, 14 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


AWEK-AWEK SILA BACA NI

Posted: 14 Mar 2013 09:05 AM PDT

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. 

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil. 

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. 

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol. 

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. 

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. 

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. 

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus. 

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai. 

Sumber: Kopitarikkaw2

KISAH PENDUDUK TANJUNG BATU DITAWAN

Posted: 14 Mar 2013 12:00 AM PDT



Kisah penduduk Tg Batu: 'Lapan jam ditawan'

LAHAD DATU - Bayangkan sekiranya kita ditawan oleh kumpulan bersenjata yang tidak diketahui asal usulnya... Begitulah yang berlaku kepada lebih 30 penduduk Tanjung Batu dekat sini pada 1 Mac lalu.

"Senjata api dipegang kejap. Kami takut. Bimbang. Jika senapang picu senapang dipetik sudah pasti nyawa kami melayang...

"Seorang penduduk kampung marah-marah. Tidak puas hati dengan kemunculan penceroboh yang mengacau kehidupan aman kami. Dia merengus.

"Sepantasnya penceroboh itu menghampirinya. Parang panjang di tangan diacu ke leher penduduk kampung itu. Kami yang melihat terasa gerun."

Detik-detik cemas itu dilalui hampir lapan jam oleh penduduk Tanjung Batu, apabila mereka diarahkan meninggalkan rumah dan berkumpul di satu kawasan lapang bagi memudahkan kawalan.

Itulah diceritakan Alimudin Abdullah, 60-an (gambar atas), selepas dia dan penduduk kampungnya ditawan sekumpulan lebih 30 penceroboh bersenjata yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Mengimbas kembali, Alimudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kebanyakan penduduk kampung menuruti arahan penceroboh kerana dikhuatiri mereka bertindak ganas.

"Kebanyakan mereka memiliki senjata api. Ada juga bawa parang. Tetapi ketika itu suasana masih gelap. Subuh. Cahaya sekadar berbalam-balam. Saya tidak dapat mengenalpasti wajah mereka. Jumlah mereka agak ramai," katanya ketika ditemui di
pusat pemindahan sementara Dewan Embara, Felda Sahabat 17.

Warga emas separuh abad itu juga menceritakan bagaimana sebahagian penduduk kampung sanggup mengambil risiko melarikan diri.

"Mereka suruh kami memasak bersama mereka pada hari berkenaan. Kami bagi alasan untuk pulang ke rumah mengambil bahan mentah. Mereka izinkan.

"Nasib kami baik sebab mereka tidak mengekori. Jadi peluang itu kami gunakan untuk larikan diri," katanya.

Alimudin antara yang sempat menyelamatkan diri sebelum menerima bantuan pihak berkuasa.

"Lapan jam ditawan terasa nyawa berada di hujung senjata," kata Alimudin.


SH



div style="text-align: justify;">
Rahsia Teknik Genius Matematik

BONGKAR RM403 JUTA DI KEDAH

Posted: 13 Mar 2013 09:00 PM PDT



SAMM Kedah Bersama Jelajah BONGKAR 403J

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah akan bersama sekretariat BONGKAR 403J dalam program penerangan berbentuk jelajah besar-besaran seluruh negeri Kedah.

Turut didedah beberapa projek 'sakit' kerajaan negeri Kedah pimpinan BN zaman sebelum 2008 yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.

BONGKAR 403J dilancarkan secara rasmi pada 7 Februari bertempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah. Beberapa aktiviti Bongkar 403 Juta telah dirangka antaranya siri jelajah ceramah, jelajah ke pasar tani, pasar malam serta tempat-tempat awam, forum, dan juga konvoi anak muda.

403 Juta

Terdapat kira-kira 11 projek utama yang melibatkan kehilangan serta kerugian wang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PR sekarang. Namun masih terdapat beberapa lagi projek 'gagal' dan 'sakit' yang tidak termasuk dalam anggaran ini yang diketahui kalah dalam tindakan mahkamah sejurus selepas NGO ini dilancarkan.

Sesi taklimat tertutup pertama telah dijalankan pada Februari di tempat yang dirahsiakan bersama penceramah-penceramah khas yang dilantik oleh sekretariat Bongkar 403 Juta. Tujuan taklimat ini diadakan adalah supaya para penceramah dapat memahami serta menghadam setiap daripada 11 projek serta beberapa projek-projek 'sakit' dan 'gagal' yang lain semasa zaman pemerintahan BN Kedah sebelum 2008.

Pada tarikh 16 Mac ini jam 2 hingga 5 petang, satu program perdana 'Himpunan Kebangkitan Rakyat B403J' akan berlangsung di Star Walk Alor Setar yang membabitkan semua Adun Pakatan Rakyat negeri Kedah dan turut hadir antaranya ialah YB Saifudin Nasution, YB Firdaus Jaafar, YB Saiful Izham dan juga Ketua Penyelaras SAMM Chegubard.

SAMM Kedah akan turut serta memberi bantuan logistik dan mobilisasi untuk menjayakan jelajah BONGKAR 403J turut mendesak Barisan Nasional membayar balik penyelewengan yang dilakukan.

Sekian,

Miqhdad Bin Shukri (MQ)
Penyelaras Bersama SAMM Kedah




Tiada ulasan: