DIALOG RAKYAT |
- Insiden mengaibkan!
- Isu Lahad Datu: Apabila Umno biasa berbohong
- Utusan Menipu & Memfitnah Lagi, UMNO BN Baling Telur, Dituduhnya PAS
- Siapa Yang Memperlekehkan Pasukan Keselamatan?
- Mahathir kata bankrap, Tun Musa kata tidak
- Faekah : Umno Khianati Melayu, Mahathir Membisu
- Musa Hitam: Tidak boleh ambil mudah isu Lahad Datu
- Ahli Politik Harus Keluar Dari Kawasan Operasi
- Azmin : Fokus Kawal Keselamatan Negara, Bukan Serang Pemimpin PR
- Pemberian Bantuan Komputer LZS Suntik Semangat Mahasiswa
- Tukang Fitnah Bekas ADUN Paka 'Makan Duit' Bakal Hadapi Saman Maksima
- Keterbukaan Tun Musa Hitam Wajar Dicontohi
- Nasihat Pada Pakatan Rakyat..Tumpukan Usaha Untuk Merampas Putrajaya.
- Keganasan samseng Umno: AMK Selangor lapor polis esok
- Tian Chua tidak teragak-agak saman blogger jika ulangi fitnah
- Rafizi dedah cek & resit bayaran berkaitan rasuah balak Terengganu
- Sabah diceroboh: Polis buka kertas siasatan
- Najib: Pemilihan calon BN hampir siap
- Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah
- Zahid: Tiada anggota keselamatan belot
Posted: 13 Mar 2013 04:52 PM PDT
Peristiwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu dan Semporna, suka duka, sudah dipolitikkan! Peristiwa itu akan menjadi isu sensitif dalam kempen PRU13. Selain dari tuduh-menuduh pengundi akan tertanya-tanya dan kita harus memahaminya: Pertama kenapa kejadian ini berlaku, sebab kegagalan agensi perisik kita? Tak lain tak bukan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mahu kerajaan membuat kajian terperinci tentang insiden yang memalukan atau lebih tepat, bagaimana boleh berlaku termasuk kelemahan institusi dan agensi negara sehingga berlaku insiden yang mengaibkan ini? Kedua kenapa keterlaluan panjang masa diambil untuk membuat keputusan menyerang apa yang sekarang disifatkan sebagai pengganas dari Sulu Filipina? Sebelum itu adakah mereka "askar" pihak yang mendakwa dirinya "Sultan Sulu" maka kita mesti berhemat sedikit dan berkompromi kehormatan nusa? Ketiga kenapa pengeboman hanya dilakukan setelah pengganas itu melarikan diri seperti kata Speaking, "after they have extended their safe area and dispersed themselves or slipped away?" Kegagalan mencapai matlamat pengeboman membawa impak, implikasi yang tidak diniatkan. Keempat lebih utama lagi adakah kita mempunyai cukup anggota tentera dan polis untuk menjaga keselamatan dan memelihara kedaulatan, kehormatan ibu pertiwi dan bangsa di Sabah? Apa pun syabas kepada Perdana Menteri Najib; Dr Mahathir Mohamad kerana menggesanya "serang" dan membuat kenyataan "serah diri tanpa syarat atau mati". Mengikut Wikipedia, Malaysia hanya ada 35 batalion infantri terdiri daripada 25 batalion Askar Melayu Diraja, 10 batalion Ranjers. Benarkah ini? Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Tun Razak, telah merencanakan pembesaran dan pemodenan kedua-dua rejimen itu dan lain-lain bahagian Angkatan Tentera Malaysia berdasarkan pengalaman pahit semasa darurat 13 Mei itu. Kalau ingatan saya tidak silap (dan saya rasa saya tidak alpa) antara pembesaran itu adalah 27 – 30 batalion Askar Melayu Diraja dan Ranjers antara 10 – 15 batalion dari jumlah askar serta bilangan batalion yang agak kecil waktu itu. Besok Tun Razak andainya dia hidup akan menyambut seperti tradisi keluarga hari kelahirannya yang ke-91 tahun (11 Mac 1922 – 11 Mac 2013). Apa sudah jadi kepada pelan Tun Razak 37 tahun selepas pemergiannya secara mengejut? Sedih dan memalukan kerajaan terpaksa tergesa-gesa menghantar segera 5 batalion tentera dan PDRM tambahan dari Kelantan – Pengkalan Chepa/Kok Lanas – selain bantuan tambahan anggota pasukan keselamatan dari Sarawak dan tempat lain. Ini baru satu pencerobohan oleh "Rag Army" atau "Dad's Army" di satu lokasi sahaja! Adakah kita mempunyai kemampuan andainya pencerobohan berlaku serentak di beberapa lokasi di seluruh negara? Madah seorang bakal calon BN, seorang pemuda Umno: "Kita banyak stadium. Tak salah. Satu bumbungnya runtuh dua kali! Tetapi jumlah askar kita tidak banyak bertambah walaupun negara terus makmur. Saya dengar orang Melayu pun kurang minat lagi menjadi askar. Kenapa?. "Apa tidaknya, gaji dan elaun rendah, kemudahan tidak menarik! Ada yang duduk di kawasan setinggan pun". Dia menambah madahnya tanpa dihasut pun. Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan negara, bangsa, agama dan bahasa asyik mencari peluang "photo opportunities" memakai uniform! Saya tidak lagi geli hati melihat Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan tanpa uniform di Lahad Datu. Itu satu kewajaran, satu tradisi civilian berkuasa di atas Angkatan Tentera maka pakaian preman sudahlah! Ada politikus menuduh si Kitol di belakang insiden ini, satu andaian yang wajib disiasat dengan rapi. Tanpa si Kitol saya percaya Operasi Susulan Daulat lebih berjaya daripada 53 orang terbunuh setakat ini! Maknanya budak pun tahu kumpulan pengganas itu mendapat pertolongan dan perlindungan daripada si Kitol atau dalam loghat moden sympathisers di Sabah, terutamanya di Lahad Datu dan Semporna. Sudah pun 79 orang ditahan. Majoriti rakyat Sabah keturunan Sulu dan Filipina, saya yakin, taat setia kepada negara angkat mereka tidak berbelah bagi. Sebagai ingatan masa depan janganlah terlalu murah, mudah sangat memberi pas kerja, pas duduk dan kerakyatan kepada sesiapa pun. Kekurangan dan kelemahan pertahanan dan agensi perisik kita jelas. Dari segi itu bagus juga insiden ini berlaku dengan harapan mereka yang bertanggungjawab tentang keselamatan dan maruah negara akan lebih peka, insaf lagi prihatin kepada keperluan negara dan institusi Angkatan Bersenjata Malaysia. Masakan kita – tak usah malulah – tidak bolehkah belajar dari Singapura, Israel hatta Korea Selatan atau Korea Utara pun? PRU13 di Sabah tidak akan ditunda kerana peristiwa ini. Dalam keghairahan mahu memenangi hati dan minda pengundi bermacam cerita, ikrar sudah dan terus dibuat tidak kira sama ada bisa dilaksanakan atau tidak. Asal sahaja sedap didengar, menarik dan memikat cukuplah. Pengundi terus dibom dengan janji dan pengakuan 24/7: kepada pengundi Melayu/Islam "ketuanan Islam", Cina "keadilan, ketelusan, hak asasi manusia dan Malaysian Malaysia"; India "lebih bantuan, lebih naungan". Kepada peribumi bukan Islam "ketuanan peribumi dan kehidupan serta stail kontemporari" di wilayah mereka majoriti, di pedalaman Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Lazimnya seorang pemimpin politik memulai pentadbirannya dengan jujur, amanah, telus dan adil. Selepas diempukkan kuasa, syair, pujian-pujian dan "selawat" serta mantera dia menjadi "crafty" tegas Speaking – iaitu licik, panjang akal dengan tipu muslihat kerana dia dapati tidak bisa terus ikhlas dan cekap saja! Takut apabila dia keluar masa hujan, banjir dia berbuat demikian tiada payung; tanpa baju hujan, boots, topi dan sweaters (baju panas!) Berkatalah pujangga bangsa: parti politik, pada akhirnya, mati kerana berbohong seperti seorang telanjang dan pemimpin yang crook dan hipokrit mati tanpa dikenang dan dikutuk oleh sejarah dan ada masanya dibenci semasa hidup lagi. Walaupun demokrasi mempunyai banyak sempadan kononnya demokrasi adalah sistem kerajaan yang terbaik. Betulkah? Kesimpulan saya kalau demokrasi dan pilihan raya begitu baik kenapa hanya dilaksanakan di peringkat negeri dan Parlimen sahaja dan tidak di peringkat perbandaran dan majlis daerah? Umno/BN mesti cuba - apa harga pun - menebus kekalahannya di Kelantan (terlalu biasa kalah hilang bisa, perasaan malu pun kurang sedikit), di Selangor (amat aib kalah tetapi rakyat mengerti sebabnya), keguguran di Kedah seperti di Selangor amat bera; di Pulau Mutiara memutihkan mata, kecundang dan tumpas di Perak satu kejanggalan dan kesiluan. Namun pada pendapat ramai, sebelum peristiwa Lahad Datu, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan terus kekal dalam tangan DAP, PKR dan Pas. Peristiwa berdarah di Lahad Datu menguntungkan kerajaan juga merugikannya – mempamerkan kelemahannya dan juga ketidak decisivenessnya yakni lambat sangat membuat keputusan dan kekurangan batalion infantri, dan tidak ada batalion yang mobile! Tidak memanfaatkan Pakatan Rakyat kerana mereka dituduh ada kaitan dengan peristiwa ini. Benar atau palsu amat sukar membersihkan diri. Putrajaya dan Kota Kinabalu wajib lebih berwaspada lagi. PRU13 akan tersenarai dalam sejarah sebagai pilihan raya terkompetitif, termahal, terbebas, tercanggih dan perang siber yang meluas. Juga tertekan dan terbohong. Pokoknya berkempen tanpa sempadan. Semua halal asalkan cerita, maksud dapat disampaikan keseluruhan alam. Kebenaran, tipu belit, bohong dusta tidak diambil kira dalam mencari kemenangan. Semua cara dan kelakuan diizinkan kerana tegas Speaking, "the stakes are high" – hidup matinya kerjaya politik Anwar Ibrahim, sama ada Najib Tun Razak Perdana Menteri Umno/BN terakhir atau terus bersemayam di Seri Perdana. Kedua protagonis kabir dengan aset peperangan. Orang lama dalam Umno tidak miskin dengan pengetahuan, strategi, stail, taktik kedua protagonis yang bertungkus-lumus berebut gua mas di Putrajaya. — Sinar Harian | |||
Isu Lahad Datu: Apabila Umno biasa berbohong Posted: 13 Mar 2013 04:46 PM PDT SEHINGGA kini Umno dan Najib Razak menghadapi masalah bagi meyakinkan rakyat bahawa tragedi Lahad Datu bukan hasil teori konspirasi. Mengapa berlaku sebegitu? Jawapannya rekod Najib dan Umno sendiri. Umno dan Najib sudah terlalu biasa menipu rakyat hinggakan kini mereka menghadapi krisis keyakinan bagi meyakinkan rakyat dalam apa sahaja isu. Najib dan Umno hanya layak menyalahkan diri sendiri jika rakyat yakin isu Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi. Dilema Umno meyakinkan rakyat ini mengingatkan saya kepada cerita di zaman kanak-kanak dulu. Kisah bagaimana budak gembala kambing yang sering menipu orang kampung kononnya kambingnya dimakan serigala. Orang kampung yang terpedaya dengan pembohongan budak tersebut dengan jujur cuba memberi bantuan kepada budak tersebut. Apa yang orang kampung dapat? Budak penipu itu mentertawakan orang kampung kerana mudah ditipu. Akhirnya apabila serigala benar-benar datang memakan kambing, jeritan budak penipu itu tidak lagi berguna. Orang kampung sudah tidak percaya lagi pada si penipu. Sudah 12 pilihan raya Umno tipu rakyat, maka rekod buruk mereka kini nampaknya memakan tuan. Teori konspirasi bukan fenomena baru dalam dunia politik. Tragedi 11 September yang menyaksikan serangan ke atas Menara Berkembar, World Trade Centre (WTC) dan Pentagon sehingga kini tidak diterima sepenuhnya sebagai tragedi sebenar. Tidak sedikit rakyat Amerika dan penduduk dunia ini yang percaya tragedi 9/11 adalah hasil teori konspirasi jahat George W Bush, Dick Cheney dan Donald Rumsfeld. Tidak sedikit tulisan, buku, rencana, dokumentari dan filem dihasilkan bagi menyokong teori konspirasi tersebut. Malahan wujud satu organisasi yang dinamakan 9/11 Truth Movement yang berjuang untuk membawa mesej bahawa 9/11 adalah hasil teori konspirasi. Ada juga yang menyatakan kemusnahan menara kembar dan WTC adalah daripada apa yang dipanggil "Controlled Demolition" (keruntuhan secara terkawal). Dr Mahathir Mohamad sendiri antara tokoh politik yang percaya 9/11 adalah satu drama yang dihasilkan bagi menyerang Islam. Wujud juga satu kumpulan pakar tentera yang dikenali sebagai "army specialist April gallop" yang menyaman pentadbiran Bush dalam isu 9/11 atas alasan kejadian tersebut hasil daripada teori konspirasi yang dirancang rejim Bush. Isunya di sini, teori konspirasi bukan benda baru. Ia boleh dan telah berlaku dalam politik. Politik sekular yang bergurukan Machevelli dengan prinsip "matlamat menghalalkan cara" yang tidak menjadikan dosa dan pahala sebagai asas berpolitik memberi laluan mudah untuk teori konspirasi berkembang. Apa sahaja teori konspirasi sudah tentu beralaskan motif. Apa motif tragedi 9/11? Penyokong teori konspirasi menyatakan motifnya adalah penaklukan Iraq dan Afghanistan serta perkiraaan kepentingan geostrategik di Timur Tengah seperti rancangan "pipeline" yang dilancarkan Unocal dan syarikat minyak yang lain. Adakah tragedi Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi masih belum diketahui. Dengan ketiadaan Kertas Putih dan sidang Parlimen khas membincang isu ini dengan telus, Najib perlu faham ia menyuburkan anggapan bahawa ada suatu yang tidak kena dalam isu ini. Adakah ia teori konspirasi? Wallahu 'alam. Bagaimanapun saya berpendapat Najib menghadapi masalah besar meyakinkan rakyat ia bukan teori konspirasi. Masa kejadian yang sangat hampir dengan tarikh pilihan raya umum -pilihan raya yang paling mencabar buat beliau - tidak membantu Najib dan Umno bagi menolak teori konspirasi. Ini ditambah dengan Najib sendiri menghadapai pelbagai isu yang dilihat mengikat beliau seperti isu pendedahan Deepak dan Bala tentang Altantuya, isu pendedahan Umno terlibat memberi kad pengenalan secara mudah dan tidak sah kepada bukan warganegara dan yang terbaru pula pendedahan berani bapa Saiful bahawa Anwar menjadi mangsa teori konspirasi. Semua isu ini meyakinkan rakyat Najib amat perlu satu 'grand design' yang besar dan paling licik untuk menarik balik keyakinan rakyat. Apa yang lebih malang semakin isu ini berlarutan semakin banyak rakyat melihat kenyataan yang berubah-ubah dan bercelaru daripada mulut pemimpin Umno. Kerajaan Najib dilihat secara konsisten tidak konsisten. Kita tidak tahu adakah mereka yang datang ke negara kita adalah penceroboh atau pengganas atau apa? Jika pengganas mengapa di awal isu ini kerajaan bersedia berunding dengan pengganas dan dikhabarkan diberi makan dan minum ketika berunding? Sejak bila sebuah kerajaan berunding dengan pengganas yang datang menceroboh negara dengan membawa senjata? Jika seorang senator Australia yang datang secara sah tiada rundingan dibuat dan terus dihalau balik, mesti ada sesuatu yang istimewa kepada pengganas yang datang dari Sulu dengan membawa senjata dan berkubu di Felda Sahabat 17, Lahad Datu hingga mereka dibawa berunding! | |||
Utusan Menipu & Memfitnah Lagi, UMNO BN Baling Telur, Dituduhnya PAS Posted: 13 Mar 2013 04:34 PM PDT KELAB GREENBOC PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu. Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur. Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang didakwa dibaling penyokong BN. "Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah. "Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang. "Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Utusan: Kena ADUN Sg Lui Pihaknya juga berkada ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam tentang kejadian itu. "Pada hari kejadian, pihak polis dah ada awal dah masa ceramah bermula. Balingan memang pada kita. "Pihak polis tak buat apa-apa. Jadi semalam, selaku penganjur, kami buat laporan polis," katanya lagi. Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan. Laporan itu juga menyebut, Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ turut terkena balingan telur di bahagian badan. Sementara itu, di pihak Pakatan, ceramah mereka sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa setelah mendapat maklumat awal berhubung rancangan "kekacauan" itu. "Saya dah beritahu Tian Chua awal-awal supaya jangan datang. Sebab kita dapat maklumat mereka akan turun, jadi sebab bimbang keselamatan Tian Chua kita batalkan dia dan ganti dengan Fariz Musa. -mk Ulasan GB Utusan ni memang tak takut Tuhan. Sentiasa saja melakukan tuduhan tanpa takut berdosa lantaran memfitnah. Ya Allah, Kau timpakanlah pukulanMu yang amat dasyat ke atas pemfitnah yang bernama UTUSAN itu sepertimana janjiMu: Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 | |||
Siapa Yang Memperlekehkan Pasukan Keselamatan? Posted: 13 Mar 2013 08:16 AM PDT MSO Di hari pertama ketika Zahid Hamidi tampil bersama Hishamuddin Hussein memberi sidang akhbar melaporkan perkembangan tragedi pencerobohan di Lahad Datu lagi saya memerhati kredibiliti dan relevansi beliau dalam sidang akhbar itu. Zahid khasnya cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa dan digeruni serta prihatin. Setidak-tidaknya secanggih kapal salam Scorpene. Cara dia bercakap dan mimik muka yang dipamerkan di skrin tv seakan dia serius, bukan main-main. Zahid menanggalkan iras muka selamba dan hemah. Sememangnya didalam situasi sebegitu seorang menteri pertahanan seperti dia harus serius dan mencermin semangat juang yang tinggi. Perang bukan boleh main-main. Perang bukan pemilihan jawatan dalam Umno. Sidang sidang kemudian selepas itu saya terus memerhati aksi dan body language Zahid dan memerhati juga kepada mulut dan pipi Hishamuddin Hussein. Mereka saling bercakap dan bertukar microphone seperti tok jora dikir barat dengan tukang karut pula lagaknya. Saya tidak pasti apakah berlaku keadaan demikian di dalam perang di negara-negara maju, sidang akhbar bersama menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan diadakan.
Sidang akhbar itu disiarkan secara live oleh stesen tv, kononnya kerana ingin memberi maklumat terus dan segera kepada rakyat. Setiap tiga atau empat jam sekali, penonton tv berkenaan akan membawa mata orang ramai ke skrin tv mereka mengikut perkembangan di Sabah. Sekali ingat, sidang media itu seperti siaran langsung (telecast) stesen tv pengampu yang menyiarkan lintas langsung semasa perhimpunan agung Umno. Selepas presiden menyampaikan ucapan dasar ia akan diulas oleh seorang pengulas politik dan disiarkan secara langsung. Menerusi ulasan pengulas bertaraf Prof yang memiliki sijil berjela-jela itu akan memuji ucapan presiden. Mengangkat presiden ke langit hijau. Seolah dari ayat pertama ucapan itu hingga ke ayat akhir, semuanya betul dan bernas. Pengulas dari golongan akademik ini melihat presiden Umnolah betul semuanya. Timbul pertanyaan di minda saya perlukah pihak keselamatan mengadakan sidang media untuk memberi maklumat mengenai pencerobohan itu? Mungkin sidang media perlu, kerana media dan rakyat mahu maklumat yang sahih atau rasmi. Tetapi mengadakan lintas langsung mempamirkan bagaimana wartawan menyoal menteri dan pegawai tinggi keselamatan, sesuatu yang tidak wajar. Apa lagi ada menteri atau pegawai tinggi keselamatan tergaru-garu hidung dan perut kelihatan semput, turun naik macam ombak di Lautan Sulu untuk menjawab soalan wartawan. Satu perkara yang jelas saya nampak mereka tidak biasa berdepan dengan wartawan yang jauh lebih advance segala maklumat berbanding dengan mereka. Wartawan yang dihantar ke Felda Sahabat itu khususnya dari media asing bukan calang-calang. Mereka bukan wartawan Malaysia yang suka menerima sampul berduit atau seronok terlompat-lompat macam lotong bila ada menteri atau PM ajak makan malam. Bahkan saya percaya wartawan yang berhimpun di Pusat Media Perang di Felda Sahabat 16 itu ada juga di kalangan tentera atau mereka yang pernah berkhidmat dengan tentera dan sekaligus menjadi intelligent. Paling buruk ada pegawai tinggi polis meninggi suara apabila gagal atau tidak boleh menjawab soalan wartawan kononnya atas dalih keselamatan dan strategi. Tidakkah gambaran atau aksi itu menyebabkan penonton akan hilang rasa hormat kepada polis? Jadi eloklah kalau sidang media yang dibawa secara langsung itu tidak diadakan lagi. Berbalik kepada tindakan Zahid yang menasihat dan memberi amaran agar jangan ada orang memperlekeh dan memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan dan meminta rakyat bersatu padu berkali-kali itu ia menjadi tanda tanya. Siapakah yang memperkecil-kecil dan memperlekehkan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan kita? Zahid tidak patut mengulangi perkara yang boleh ditafsirkan sebagai negatif itu. Bila beliau memfokuskan kepada itu seolah ada orang atau pihak yang memperkecilkan pasukan keselamatan. Beliau tidak memberi gambaran spesifik mengenai hal itu dan hanya secara umum. Rasanya semua orang bencikan kepada perang, pembunuhan dan juga pembohongan. Elok Zahid mendedahkan mereka yang memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan itu. Kalau perlu tangkap dan dakwa mereka yang jelas tidak mempunyai tanggungjawab ke atas negara. Dalam permerhatian saya yang bukan anggota keselamatan ini, cara menangani dan melawan pencerobohan di Lahad Datu ada sedikit kelam kabut. Pasukan keselamatan seakan buntu untuk bertindak. Mulanya ia diserah kepada polis kemudian dipanggil askar, untuk bergabung melawan penceroboh. Di sini jelas awal-awal lagi kelemahan pasukan keselamatan, risik tentera dan juga SB Polis kerana tidak dapat mengagak dan membaca kekuatan musuh. Kelam kabut dikatakan kerana tragedi itu tidak dirisik secara terperinci. Sebagai risik mereka seharusnya mendapat maklumat terperinci sebelum bertindak memasuki kawasan musuh atau bersedia untuk menerima tentangan musuh. Laporan dari risikan kedua pasukan itu hendaklah dinilai dan dikaji sebaik mungkin. Tetapi kerana tanggungjawab ini diabaikan maka berlakulah apa yang sudah berlaku itu. Barang kali benar kata bekas Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid kegagalan agensi perisikan negara mengesan pencerobohan itu menyebabkan berlaku banyak kehilangan nyawa. Katanya jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan. Beliau juga menyebut perisikan tentera tidak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk tidak diketahui. Ini semua katanya disebabkan unit risikan telah disalah gunakan, bukan untuk merisik untuk keselamatan negara tetapi digunakan untuk kepentingan orang-orang politik tertentu. Bila menyebut perkara ini saya teringat kepada apa dimaklumkan kepada saya oleh seorang pegawai askar yang berkhidmat di Mindef, di mana seorang pegawai menghabiskan masanya sepanjang minggu bukan di Mindef tetapi di Bagan Dato'. Menghadiri majlis-majlis politik dianjurkan oleh Zahid. Maklumat ini tidak boleh ditolak begitu saja dan dianggap fitnah. Kalau ketua mereka Zulkefli Mohd Zain boleh berada dalam 'khemah Umno', menghadiri program politik Najib di Kelantan, tentu mereka (pegawai Mindef) itu berfikir kenapa tidak dengan dia. Dia juga boleh hadir di Bagan Dato'? Sebenarnya peranan perisikan atau dikenali dengan MIO ini sudah lama disalah gunakan. Ia bukan saja untuk memastikan orang politik menang tetapi MIO juga membuat risikan dan kerja untuk memenangkan mana-mana orang Umno dalam perhimpunan agung Umno. Keadaan inilah apa yang dimaksudkan Ghafir tadi bahawa perisikan askar telah tidak berfungsi sebagai betul. Hal atau perkara ini sepatutnya ditegur dan dipantau oleh Zahid. Kalau dia boleh menegur pegawai tentera yang asyik dengan kayu golf, kenapa beliau tidak menegur pegawai-pegawai tertentu yang asyik keluar masuk pejabat orang politik? Boleh jadi juga tindakan beberapa orang pegawai tinggi tentera mengambil sikap terbuka menentang kerajaan dan menyokong Pakatan Rakyat kerana cuak dan tidak tahan dengan keadaan sebegini. Dalam wawancara dengan televisyen seperti dilaporkan, Zahid menekan supaya rakyat tidak memperlekehkan pasukan keselamatan, khasnya ATM dan hendaklah bersatu memberi sokongan. Menyeru memang mudah melaksanakan sangatlah payah. Saya mengira kata-kata itu hanya retorik saja bukan lahir dari dhamir yang ikhlas. Kalau benar Zahid mahukan rakyat bersatu padu dan semua pihak terlibat memberi semangat dan sokongan, beliau harus membuka bilik gerakan perang di Lahad Datu untuk sama dikunjungi pemimpin pembangkang bagi mendapat taklimat. Untuk negara rasanya ia bukan dosa besar. Atau beliau atas sifatnya sebagai menteri pertahanan dan naib presiden Umno boleh mengadakan majlis khas untuk memberi taklimat kepada pimpinan pembangkang mengenai tragedi di Lahad Datu itu. Kalau Najib takut untuk memanggil sidang khas parlimen, cara lain boleh dilakukan. Soalnya kini Zahid hanya tahu berkata-kata tetapi tidak tahu berbuat. Dia hanya pandai menanam tebu dibibir mulut saja untuk mempesonakan rakyat? Tidak timbul rakyat tidak memberi sokongan. Apa yang perlu diperbetulkan persepsi orang ramai terhadap tragedi itu. Dengan tidak telusnya penjelasan berhubung kejadian itu serta ada unsur-unsur untuk melindungi fakta menyebabkan orang ramai kebingungan dan jadi keliru. Kekeliruan inilah mungkin ada yang berfikir siapakah yang benar dalam soal ini? Saya yakin dan percaya kalau rakyat diberi tahu apa yang sebenar, dan dedahkan maklumat secara profesional, bukan saja rakyat akan bersatu memberi sokongan moral, tetapi kalau dikerah untuk menjadi pagar kepada pasukan keselamatan di Lahad Datu pun mereka ingin. Sebab tanggungjawab menjaga tanah air adalah satu cabang peting bukti seseorang itu berimam. Mereka yang tidak beriman saja yang akan mengkhianati negara, bangsa dan menghina agamanya siang malam, malam siang. Di sini saya nak cabar Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, pergilah tidur di Felda Sahabat 16 atau 17 atau Sahabat 1 atau 2, hatta sekerat hari saja. Dulu katanya tidur di rumah peneroka sebagai satu kegiatannya. Nah teruskan tradisi anda | |||
Mahathir kata bankrap, Tun Musa kata tidak Posted: 13 Mar 2013 05:40 AM PDT
Kenyataan Tun Musa Hitam semalam memberikan pencerahan yang sangat baik untuk politik rakyat dan negara. Beliau tidak bersetuju apa yang didakyahkan oleh pimpinan UMNO khususnya Dr Mahathir yang negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya yang akan datang ini. Musa berkata Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk mempastikan yang negara akan terus mencapai kemajuan dan tidak akan melalaikan tanggungjawab yang buat pertama kali diberikan oleh rakyat terhadap pihak pembangkang. Musa juga tidak bersetuju dengan politik rasis yang menebal sekarang dan pihak yang memainkan sentimen perkauman itu merupakan permainan poltik bankrap yang sudah tidak relevan lagi buat masa dan zaman ini. Kenyataan Tun Musa ini tentunya bertentangan dengan pandangan Dr Mahathir, seorang pemimpin yang boleh berjalan di atas air itu. Dr Mahathir yang akhir-akhir ini seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat itu telah membuat kenyataan-kenyataan yang menghangatkan dengan bermatlamat untuk membina dan meningkatkan sentimen perkauman di negara ini. Beliau (Mahathir) telah meminta Felda untuk memainkan filem Tanda Putera bagi menaikkan perasaan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina dan ianya tentulah untuk menghalang DAP yang menjadi sasaran cemuhan Mahathir akhir-akhir ini. Seperti yang saya sebutkan selalu UMNO hanya akan kekal berkuasa jika ada perbalahan dan perpecahan. UMNO tidak kekal jika rakyat dan negara dalam keadaan aman dan damai. Maka itulah sebabnya UMNO sentiasa berusaha untuk meningkatkan perasaan benci membenci di antara kaum agar parti itu terus menjadi parti pemerintah yang berkemampuan untuk melakukan rasuah secara sistematik. UMNO memerlukan sangat untuk terus memerintah kerana sudah tertanam budaya dan pemikiran pimpinan UMNO di setiap peringkat yang parti itu ada modal untuk mereka berniaga dan mengumpulkan kekayaan keluarga dan kroni itu. Kejatuhan UMNO merupakan kehilangan punca mereka mengumpulkan harta seperti yang dikumpulkan oleh Karun dahulu. UMNO sudah tertanam kepercayaan yang hanya UMNO sahaja yang layak untuk memerintah tetapi rakyat sudah berubah dan tidak lagi termakan dengan dakyah buruk dan hina parti itu. Rakyat sudah memahami bahawa mereka adalah tuan kepada negara dan bukannya Mahathir yang sentiasa berfikir yang hanya beliau sahaja yang berfikir. Mahathir berfikir hanya pemikiran beliau sahaja yang mesti diikuti. Justeru kenyataan Tun Musa semalam merupakan pencerahan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan kenyataan beliau itu telah menjadi buah mulut rakyat terutamanya di Negeri Johor. Saya tidak dapat untuk menuliskan secara 'detail' tentang apa yang ada dalam pemikiran saya kerana saya sedang berada di Kedah dalam siri ceramah yang telah diuruskan oleh PAS untuk saya. Saya akan menulis tentang isu yang disentuh oleh Tun Musa ini apabila saya kembali ke Kuala Lumpur sehari dua lagi, insyaallah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com | |||
Faekah : Umno Khianati Melayu, Mahathir Membisu Posted: 13 Mar 2013 05:21 AM PDT Surat Terbuka Faekah Kepada Tun Dr MahathirKenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Klang baru-baru ini saya kira telah melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor. Kenyataan beliau menunjukkan bahawa beliau telah tertinggal jauh dari perkembangan politik tanahair. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Dr Mahathir sepatutnya sedar ketika beliau mengungkapkan kata-kata penghinaan mengenai agama Islam tersebut, beliau berada di Bandar Di Raja Klang, Bandar kebanggaan Sultan-Sultan di Selangor. Pentadbiran Pakatan Rakyat menyerahkan hal ehwal agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) tanpa campur tangan politik. Sesungguhnya, Ketua Agama Islam di negeri ini adalah DYMM Sultan Selangor sendiri dan baginda begitu menjaga kesucian agama Islam serta sentiasa mempertahankan kepentingan umat Islam. Pentadbiran kerajaan negeri pula akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan DYMM Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam. Mana mungkin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kesucian agama Islam boleh terancam. Tohmahan Dr Mahathir ini merupakan keceluparan melampau hatta menghina Institusi Agama dan Raja di negeri ini. Di Selangor, JAIS memperolehi peruntukan yang paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri; melebihi RM130 juta setahun. Dari segi pembangunan, kita membelanjakan lebih RM405 juta untuk membina masjid dan sekolah agama dan lebih RM46 juta untuk baik pulih masjid dan sekolah agama sepanjang tempoh 2008-2012. Kita juga telah menaikkan elaun guru-guru Sekolah KAFA dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1300 hari ini. Pengiktirafan yang kita berikan ini antara salah satu cara kita meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan. Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz seringkali diugut dengan pembubaran. Pelbagai alasan dangkal yang diberikan Dr Mahathir. Banyak juga kenyataan menghina yang dikeluarkannya ketika itu antaranya; anak-anak Melayu yang bersekolah kebangsaan waktu pagi dan ke sekolah agama sebelah petangnya akan keletihan dan lemah dalam pelajaran. Sedangkan tidak banyak faedah bersekolah agama di sebelah petang, sekadar menghafal doa makan dan masuk tandas sahaja. Pada Dr Mahathir, amalan berjaga malam untuk berqiamulail hanya menjadikan anak-anak Melayu ini kurang tidur lantas melemahkan sel-sel otak mereka, lembab dan tercicir di dalam pelajaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut dan jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam, kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelek begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama. Memang benar kata-kata seorang ulama terkenal di negara ini yang menyatakan jika seseorang itu telah bergelar 'Mantan' ini bermakna kata-kata serta pandangannya sudah tidak relevan lagi. Jangan diambil pusing, elok sahaja dibiarkan melalak tanpa perhatian. Ini sangat bertepatan sekali dengan situasi Dr Mahathir ketika ini. Nampaknya beliau masih berilusi dan mengalami sindrom penafian bahawa beliau sudah menjadi mantan hampir 10 tahun lamanya. Dr Mahathir juga membuat tuduhan jahat kononnya nasib orang Melayu akan tergadai jika pembangkang memerintah Selangor. Mahathir perlu tahu Umno adalah pembangkang di Selangor; melatah dan tersasul sememangnya sifat seorang mantan 10 tahun yang gagal menerima hakikat bahawa kuasa sudah bukan miliknya lagi. Kita tidak menafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu. Malangnya dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan yang tidak adil dan tidak telus. Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan 'dihalalkan' atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan. Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama. Pada Dr Mahathir, Melayu bererti Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar dan beberapa kerat nama lagi termasuk Mokhzani dan Mukhriz Mahathir. Adakah yang dimaksudkan Dr Mahathir menjaga kepentingan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan segelintir nama di atas? Bukan dasar kita membongkar apa yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahan mereka di Selangor. Kita maklum kerana kerakusan mereka merompak hasil negeri ini maka mereka terhukum pada 2008. Namun, tuduhan melampau Dr Mahathir menjadikan saya teruja untuk mendedahkan sedikit apa yang dikatakan 'menjaga kepentingan Melayu' itu. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila perkara ini didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah rakyat ini kerana kononnya merekalah yang telah membangunkan negeri ini !! Ratusan ekar tanah mereka perolehi hanya dengan membayar premium paling minima RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini telah dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera. Saya tidak bermaksud mempersoal pemilikan tanah oleh bukan bumiputera tetapi sikap hipokrasi UMNO begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek 'Hidup Melayu"!! Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno ini dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan? Kita juga mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti pula dengan tanah di hujung kampong seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor. Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut. Umno mahu Melayu kekal berniaga di warung-warung dengan bermentaliti pemilik gerai. Dr Mahathir juga antara manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang telah menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Contoh terdekat bagi negeri Selangor ialah penswastaan konsesi air. Meskipun tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan namun oleh kerana beliau adalah Bendahari Umno Selangor, seorang Melayu maka konsesi industri air yang bernilai berbilion ringgit diserahkan kepadanya. Akhirnya beliau menikmati kekayaan melampau di atas kesengsaraan rakyat menanggung bil air yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza. Mana pergi suara Dr Mahathir ketika kita membongkar pengkhianatan Umno yang memberikan ribuan ekar tanah serta ratusan juta ringgit kontrak kepada Tan Sri Chan Ah Chai melalui Syarikat Kumpulan Talam? Mengapa Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392 juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut oleh UMNO? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir kerajaan Pakatan Rakyat telah pulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh Pakatan Rakyat akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia telah melemahkan daya pemikiran beliau. Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang telah dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting Negara selama 22 tahun pemerintahannya. Polis, Kehakiman, Perkhidmatan Awam menjadi kucar kacir dan hilang intergriti. Tetapi memandangkan beliau ghairah untuk beraksi selaku 'de facto' Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang 'mudah lupa' perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang telah memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998. Ini belum lagi menyentuh bagaimana Malaysia kehilangan berbilion ringgit dalam permainan mata wang oleh orang kepercayaan beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Pendedahan Barry Wain (mendiang) dalam bukunya bahawa ketika pemerintah Dr Mahathir, Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM100 billion kerana rasuah dan salah guna kuasa masih gagal dijawab oleh beliau sehingga ke hari ini. Malah perkara terbaru yang begitu serius ialah apabila Siasatan Suruhanjaya DiRaja Kewarganegaraan Sabah mendedahkan penglibatan langsung Dr Mahathir menjual kewarganegaraan kepada bangsa asing (yang pastinya bukan Melayu) semata-mata mahu kekal berkuasa. Tanpa rasa malu mahupun berdosa terhadap rakyat dan bangsa Malaysia Dr Mahathir mengakuinya dan sanggup pula mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman ke dalam isu tersebut. Rasanya tiada perkataan yang sesuai dan layak diungkapkan terhadap insan bernama Mahathir ini apabila kita mengimbau segala kerosakan yang telah dilakukannya. Jauh di sudut hati saya terfikir, pastinya Dr Mahathir bersyukur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan di negara ini. Kekadang terdetik juga, alangkah baiknya jika sebaliknya .. !!! FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR | |||
Musa Hitam: Tidak boleh ambil mudah isu Lahad Datu Posted: 13 Mar 2013 05:14 AM PDT SHAH ALAM - Isu pencerobohan di Lahad Datu tidak wajar diambil mudah! Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, kerajaan perlu kaji dengan lebih mendalam dan melihat isu ini dengan lebih jauh. Katanya, isu ini tidak harus ditangani seperti dahulu menerusi kaedah ketenteraan tanpa mengira kesan sampingan. "Jangan ambil mudah seperti isu lain, jangan ucapkan syabas terlalu awal. Kita perlu sedar, ini adalah isu yang belum pernah berlaku sebelum ini. "Kita perlu pertimbang untuk buat kajian terperinci dan melihat isu ini lebih jauh. Isu ini bukan hanya perang menembak, (tetapi) peperangan psikologi," katanya, semalam. Musa turut menegaskan kerajaan perlu berhati-hati bagi mengelakkan kesan negatif terhadap negara. "Apa yang kita boleh buat dengan mereka (pengganas), kerana mereka ada di sana. "Jika isu ini jadi negatif dan anggap semua orang Sulu adalah musuh, anda akan menghadapi masalah, kerana mereka sudah ada di sana," kata beliau. Beliau turut melahirkan rasa khuatir isu ini jadi serius. "Apa yang perlu kita buat, saya tidak tahu bukan kerja saya, tetapi saya amat khuatir terhadap isu ini," katanya. | |||
Ahli Politik Harus Keluar Dari Kawasan Operasi Posted: 13 Mar 2013 05:13 AM PDT PETALING JAYA: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid menggesa pimpinan politik meninggalkan kawasan operasi di Sabah bagi memberikan kebebasan kepada ketua komander operasi melaksanakan tugas. Ini kerana, penglibatan mereka hanya akan membuatkan keadaan menjadi kelam kabut disamping mengakibatkan fokus objektif keselamatan terganggu. Menurutnya lagi, perkara ini perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan peningkatan jumlah korban anggota keselamatan dan orang awam semakin meningkat. "Bukan masanya untuk ahli politik untuk masuk campur dengan operasi ini. Kita tidak sepatutnya melihat ahli politik berada di lokasi operasi dan memberikan arahan. "Mereka sepatutnya 'clear' dan memberikan kebebasan kepada ketua komander untuk memimpin operasi ini," katanya pada satu sidang media di Ibupejabat PKR hari ini. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Feb, manakala 56 pengganas ditembak mati. Selain itu beliau mendakwa, keupayaan Bahagian Staff Perisikan Pertahanan (BSPP) yang digunakan untuk tujuan politik mengakibatkan mereka gagal mendapatkan maklumat awal sebagai persediaan menghalang kejadian ini berlaku. "Apabila kita mengambil tindakan lambat, mereka telah bersedia. Satu kumpulan kecil menjadi besar dan mereka menyediakan pertahanan kukuh. Kerja kita menjadi sukar," tambahnya lagi. Tegasnya, penekanan terhadap laporan yang lebih cenderung ke arah politik berbanding isu keselamatan dikhuatiri akan mengeruhkan lagi keadaan. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengulangi desakan pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini agar satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu ini. Tegasnya, Parlimen merupakan medan terbaik buat ahli politik mencari jalan penyelesaian jangka panjang agar kejadian ini tidak berulang kembali. | |||
Azmin : Fokus Kawal Keselamatan Negara, Bukan Serang Pemimpin PR Posted: 13 Mar 2013 05:06 AM PDT PETALING JAYA, : Isu keselamatan negara merupakan fokus utama yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan dan bukannya serangan berterusan mengaitkan pimpinan politik terutama dari Pakatan Rakyat(PR), ujar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Perkara ini ditegaskan Azmin yang mendakwa situasi ini merupakan percubaan terdesak pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan berhubung soal keselamatan negara. Katanya, cubaan mengaitkan pimpinan Pakatan Rakyat terutama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan perkara yang berlarutan sejak 15 tahun dahulu dan beliau tidak terkejut mengenai perkara ini. "Perhatian ini kita berikan secara serius kerana kita menghidu ada usaha pimpinan politik cuba mengalihkan pandangan rakyat dari isu keselamatan kepada isu lain. Cuba menutup kelemahan mereka(kerajaan) mengatasi masalah di Lahad Datu. "Ini bukan perkara baru, sudah hampir 15 tahun perkara melibatkan negara dibebankan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maka kita minta rakyat bangkit menyatakan pendirian mereka dan meminta kerajaan persekutuan tidak bermain politik tetapi menumpukan segala usaha kepada mengatasi masalah keelamatan rakyat di Sabah khususnya dalam konteks hari ini," katanya pada satu sidang media di Ibu pejabat PKR. Berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Gabenor Mindanao, Nor Misuari dengan Anwar Ibrahim, Azmin menjelaskan Anwar sebelum ini telah menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan. Katanya, semua pimpinan kerajaan dan pembangkang pernah bertemu dengan Misuari tanpa perlu menafikan perkara berkenaan. | |||
Pemberian Bantuan Komputer LZS Suntik Semangat Mahasiswa Posted: 13 Mar 2013 05:02 AM PDT SHAH ALAM : Jika dahulu Hidayatul Husna Nazarudin,22, terpaksa berkongsi komputer dengan tiga orang adik-beradiknya yang lain untuk menyiapkan tugasan pembelajaran. Tetapi kini pelajar Universiti Selangor (Unisel) Bidang Pengurusan Perniagaan itu bagaikan mendapat 'sinar baru' yang menyuntik semangat untuk lebih cemerlang dalam pembelajarannya dengan bantuan komputer riba daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). "Jadi bila tiada komputer dahulu itu agak menyukarkan sedikit pembelajaran saya, tetapi apabila sudah mendapat bantuan ini maka akan memudahkan melaksanakan tugasan yang diberikan kelak," kata beliau. Hidayatul Husna yang merupakan anak yatim apabila kehilangan ayahnya tujuh tahun lepas merupakan antara pelajar Unisel yang cemerlang apabila memperolehi PNGK 3.89 pada semester lepas. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Komputer Riba daripada LZS yang disampaikan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid di Dewan Pro-Canselor Unisel di sini. Semangat itu dikongsi bersama dengan Nurul Farhana Abdul Aziz,23, berkata, pemberian bantuan itu akan memberikan kelebihan kepadanya untuk memudahkan pembelajaran kerana tidak perlu meminjam daripada rakan-rakannya dan pergi ke pusat siber. "Dengan adanya ia akan memberi manfaat kepada saya, dahulu saya kena pergi ke perpustakaan dan pusat siber hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan," katanya. Beliau mengambil jurusan Ijazah Komunikasi Media memperolehi PNGK 3.74 adalah merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik daripada keluarga yang susah apabila hanya ibunya menanggung pembelajaran. "Bantuan ini sangat membantu dan LZS banyak membantu saya untuk wang saku dan lain-lain," kata Nurul. Sementara itu, Mohammad Shahisam Mokhtar,21, berkata, komputer itu nanti memberikannya semangat untuk lebih cemerlang dalam pembelajarannya di masa hadapan serta akan digunakan sebaik mungkin. "Alhamdulillah syukur dapat kemudahan ini dan akan memudahkan untuk saya menyiapkan tugasan," katanya. Para pelajar yang ditemui itu merupakan antara 200 penerima bantuan komputer riba berharga RM2,000 yang disumbangkan daripada LZS kepada Asnaf Zakat di mana jumlah keseluruhan bantuan RM400,000. | |||
Tukang Fitnah Bekas ADUN Paka 'Makan Duit' Bakal Hadapi Saman Maksima Posted: 13 Mar 2013 04:28 AM PDT Wartawan BuletinMana-mana pihak adalah dialu-alukan untuk menjalankan siasatan pada bila-bila masa, dan PAS sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Norul Azhar Ali berkata, kebesaran Allah SWT telah memberi petunjukNya kerana walau pun banyak dokumen lain yang disimpan di pejabat bekas ADUN Paka telah musnah dimakan anai-anai, tetapi dokumen RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya terpelihara dengan baik. "malam ini kita hadir dengan pelbagai bukti bersama kita dan kita tak takut untuk menghadapi semua ini, perkara ini ini sudah berlaku sudah 10 tahun banyak timbunan fail yang dah dimakan anai-anai...........kebesaran Allah nak menunjukkan sebenarnya fail-fail tanah RTB ini tidak terjejas, "kita mempunyai rekod yang kemasa mengenai apa sahaja (berhubungan RTB) nama penerima rekod bayaran dan perbelanjaan yang terlibat dalam (menguruskan) tanah ini memang tersimpan kemas sehingga hari ini, "dan kita tidak takut untuk siapa pun siasat apa yang berlaku dalam proses pembahagian tanah di RTB Generai Kedua ini,"jelasnya. [Gambar - poster dan banner fitnah terhadap Ustaz Satiful Bahri didalang Umno-BN di pamerkan dimerta tempat dalam DUN Paka] Beliau berkata demikian ketika berucap di atas pentas debat Tanah Generasi Ke-2 Ketengah Jaya; Siapa Tipu Anak Peneroka, yang telah bertukar menjadi majlis penerangan apabila ADUN Paka Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah tidak hadir. Debat tersebut dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Paka di Dataran Ketengah Jaya pada Isnin malam, 11 Mac adalah bertujuan untuk menjelaskan siapakah sebenanya yang menyekat pembahagian tanah-tanah RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya. Sehubungan itu, Norul Azhar yang juga bekas Pengarah Hal Ehwal Tanah bagi DUN paka semasa PAS memerintah menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka-mereka yang terlibat memfitnah, bekas ADUN Paka Ustaz satiful Bahri Mamat dan bekas Meneteri Besr Terengganu Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Katanya, beliau telah berulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam bagi memastikan tuntutan mahkamah semaksima mungkin, akan dibuat kepada mereka yang terlibat, termasuk yang menyebarkan fitnah tersebut. "sebelum ini pada waktu hampir pilihanraya yanglalu kita ada dengar isu bekas ADUN Paka makan duit ini dimainkan oleh Umno-BN, tapi kita gembira pada kali ini ada report (laporan) polis dibuat dan ada laman blog yang menyiarkan berita fitnah tersebut, "saya telah beulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam........kita akan pastikan tuntutan mahkama (saman) semaksima mungkin kepada mereka yang terlibat dengan fitnah ini,"tegasnya. | |||
Keterbukaan Tun Musa Hitam Wajar Dicontohi Posted: 13 Mar 2013 04:24 AM PDT Editor Buletinsupaya berkembang dengan baik dan jika PR memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari negara luar lari. Tun Musa Hitam adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan dikenali sebagai seorang yang sangat cerdik dan pintar. Beliau amat rasional dengan sesuatu dan bukan hanya menggunakan emosi semata-mata. Beliau tidak prejudis dan skeptikal terhadap sesuatu yang belum berlaku. Baginya, perubahan yang diimpikan oleh Pakatan Rakyat dan rakyat umumnya mesti dipandang pada sudut positif dan ia menjurus kepada perubahan yang lebih baik dan menguntungkan, bukan merugikan negara. Sikap keterbukaan yang ada pada Tun Musa Hitam wajar menjadi contoh kepada negarawan yang lain. Beliau tidak cepat melenting dengan menentang apa sahaja yang dibentangkan oleh PR hanya kerana PR itu pembangkang. Sebaliknya beliau mencermati segala dokumen tawaran PR dan merasa optimis bahawa PR akan menjadi lebih baik dari BN melalui pengamatannya. Sebagaimana BN, Pakatan Rakyat juga mempunyai akal dan naluri. Mustahil misi PR untuk menjahanamkan atau memufliskan negara apabila mereka memerintah negara dalam keadaan PR bersusah payah berjuang mendapatkan tampuk pemerintahan negara. Jika tidak sudah pasti rakyat akan menghukum PR dan inilah yang paling ditakuti sebagaimana sindrom ketakutan yang dialami oleh pemimpin negara sekarang. Secara realiti, prinsip PR adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Dalam erti kata lain, segala dasar yang dilaksanakan PR adalah untuk menguntungkan rakyat, termasuk aspek pembangunan ekonomi negara. Ia juga adalah impian semua kerajaan di dunia ini. Pemimpin yang bijak apabila mampu menjadikan kepemimpinannya lebih baik dari pemimpin terdahulu. Sebaliknya pemimpin yang merosakkan negara atau menjadikan kepemimpinannya lebih teruk dari pemimpin dahulu adalah pemimpin yang dungu dan bebal. Sebenarnya yang mejahanamkan negara bukan kerana sikap cakna pemimpin terhadap rakyat melalui kebajikan yang ditawarkan, sebaliknya negara musnah apabila dipimpin oleh pemimpin yang korup. Masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan, penyelewengan, kronisme, pembaziran dan pemborosan adalah penyakit utama yang membankrapkan negara. Tidak perlu tunggu PR memerintah untuk negara menjadi bangkrap, cukup membiarkan pemimpin yang bermasalah terus memimpin negara. AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI Penyelaras Parlimen Titiwangsa | |||
Nasihat Pada Pakatan Rakyat..Tumpukan Usaha Untuk Merampas Putrajaya. Posted: 12 Mar 2013 05:10 PM PDT Oleh: Tok Janggut PRU13 makin hampir, Pakatan Rakyat nampaknya masih bergelut dengan permasalahan daftar pengundi yang kebanyakan meragukan. SPR pula buat pekak badak sebab semuanya itu ada hasilkerjanya atas arahan UMNO bagi memastikan kemenangan berpihak kepada UMNO nanti dan pegawai SPR akan terus bertugas dalam SPR tetapi jika UMNO/BN tumpas, maka nasib dan kedudukan pegawai tinggi SPR akan tergugat kerana ada kemungkinan mereka akan disiasat kerana bersekongkol dengan UMNO membuat kerja-kerja menipu dalam pilihanraya dan khianat kepada amanah rakyat serta akan diseret ke mahkamah, ini tidak mustahil akan berlaku. Kepada Pakatan Rakyat, tumpukan usaha kepada semua kawasan Parlimen kerana dengan kemenangan kawasan Parlimen sahaja kita akan berjaya ke Putrajaya. Jangan bimbang tentang Dun dan negeri kerana jika kita berjaya berkuasa di Putrajaya, usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN amat mudah sekali. Ini adalah kerana kita sedia maklum boleh dikatakan semua wakil rakyat UMNO hidup mewah, maka inilah yang akan kita korek untuk mengetahui dari mana mereka dapat wang yang sebegitu banyak. SPRM akan kita tugaskan dan jika perlu tambah kakitangan untuk menyiasat semua ADUN UMNO/BN kelak dan mana-mana yang terbukti terlibat dengan rasuah, jangan lepaskan...heret ke mahkamah, jika sabit kesalahan maka jawatan mereka sebagai ADUN akan gugur dengan sendirinya, maka dengan ini jika diadakan sekali pilihanraya kecil pun calun-calun lain dari UMNO/BN akan fikir dua kali untuk dicalunkan kerana jika menang pun akan disiasat juga harta mereka sehingga ke akar umbi. Akhirnya negeri-negeri yang dikuasai UMNO/BN akan tumbang dengan sendirinya dan Pakatan Rakyat akan menguasai negeri-negeri tersebut dengan mudah. Bukan itu sahaja, wakil Parlimen dari UMNO/BN pun akan kita siasat hingga ke akar umbi akan kekayaan yang mereka perolehi selama ini datang dari mana, jika dari hasil rasuah, salahguna kuasa maka wajib dirampas semua harta mereka dan dijadikan hasil negara atau negeri. Seret mereke ke mahkamah dan akan gugurlah status mereka sebagai ahli Parlimen. Oleh itu jika sekarang ini UMNO/BN buat kerja menipu dengan kerjasama SPR untuk menang, silakan, tapi ingat! Jika Putrajaya tumbang, kita tidak akan lepaskan SPR dan JPN yang membuat kerja kotor selama ini. Begitu juga akhabr Utusan dan TV3 wajar dibatalkan lesen percetakan dan penyiaran mereka nanti, jika dibiarkan mereka terus beroperasi, negara dan rakyat akan menjadi hancur. Peristiwa di Lahad Datu mungkin digunakan oleh kerajaan untuk melengahkan PRU13 di Sabah atau untuk istiharkan dharurat. Jika benar, maka nampak sangatlah seolah-olah peristiwa ini dirancang kerana kedudukan dan kekuatan UMNO/BN di Sabah sudah goyang. Jika ditanya tak mungkin peristiwa ini dirancang kerana mengorbankan nyawa anggota keselamatan. Jawapanya, lupakah kita peristiwa di Memali? Akibat angkara Mahathir ramai orang kampung yang ditembak mati. Apakah penduduk kampung di Memali mempunyai mortar, M16, kereta kebal atau bon C4? Mereka rata-rata hanya mempunya pisau untuk menoreh getah, sabit untuk memotong rumput dan lalang di kebun, jadi mengapa dibunuh juga? Sehinggakan ada anggota keselamatan yang turut terkorban, dengan apa mereka dibunuh? Dengan pisau getah? Dengan sabit rumput? Yang pastinya peluru senjata automatik sesama mereka tersasar mengenai rakan mereka sendiri. Mengapa ini terjadi? Tidak lain dan tidak bukan hanya niat jahat Mahathir untuk memburukan PAS kononya PAS parti sesat, pengganas dan penderhaka. Dimanakaha Mahathir dan pemimpin UMNO ketika itu di mana pihak keselamatan di arah supaya bertempur dengan orang kampung yang lemah itu? Orang kampung dan pihak keselamatan bertempur sesama sendiri sehingga berlaku kematian sedangkan Mahathir dan pemimpin UMNO lain duduk bersenang-lenang dan bebas ke sana ke mari. Kemudian isu Al Maunah juga di zaman Mahathir. Apakah terfikir oleh kita bagaimana begitu mudah kumpulan Al Maunah ini boleh masuk ke kem tentera mengambil senjata dengan begitu mudah? Bukankah depoh senjata di kawal dengan ketat. Ini seolah-olah pergi mengambil barang di rumah sendiri dan seolah-olah kawasan itu di arah dan di kosongkan dari kawalan tentera. Akhirnya ramai yang mati dan direkacipta berbagai propaganda dan fitnah bagi memburukan kumpulan itu di mata masyarakat. Tujuanya juga seperti di Memali iaitu untuk mengaitkan PAS juga dengan kumpulan Al Maunah. Najib mengutuk sesiapa yang mengatakan peristiwa Lahad Datu sebagai sandiwara sebagai keji dan tidak berhati perut. Apakah kerja membunuh orang Kampung di Memali dan membunuh Al Tantuya yang dikatakan sedang hamil (anak siapa?) dengan menggunakan letupan C4 itu tidak keji dan tidak berhati perut? Lahad Datu menimbulkan banyak persoalan dan wasangka rakyat. Ini adalah kerana bagaimana begitu mudah kumpulan bersenjata itu masuk seolah laluan mereka itu diarah supaya dikosongkan bagi memudahkan mereka masuk atau mereka semua mempunyai "IC" biru yang diberikan ketika zaman Mahathir dulu? Peristiwa ini adalah berpunca program "IC" zaman Mahathir dulu. Mahathir wajib disiasat dan dihumban ke penjara angkara kerja keji dan khianatnya terhadap negara dan kini rakyat Sabah menanggung azabnya. Selain dari itu, UMNO nampaknya menggunakan isu Lahad Datu ini untuk menyerang Dato Sri Anwar Ibrahim dan Tian Chua. Ini juga salah satu sebab rakyat melihat akan kebenaran bahawa peristiwa ini hanya bertujuan untuk memburukan Pakatan Rakyat. Persoalanya, jika kita sama-sama berfikir secara tenang dan melihat situasi politik negara sekarang ini, apa benarkah memang berlaku kemasukan kumpulan bersenjata ini melalui perairan kita? Jika selama ini bot nelayan asing yang kecil pun dapat disekat dan dihalang oleh pasukan keselamatan kita yang mengawal perairan negara, masakan kumpulan bersenjata yang dikatakan melebihi 150 orang ini dengan mudah sahaja masuk dengan menaiki feri atau kapal besar dari bot nelayan tanpa dapat dikesan? Apakah kumpulan ini sebenarnya adalah PATI yang jumlah sudah beratus ribu orang yang sudah duduk bertahun-tahun di Sabah dan sudah mendapat "IC" biru hasil kerja Projek IC Mahathir dulu dan sudah berkali-kali mengundi dalam pilihanraya sebelum ini? Apakah jumlah kumpulan bersenjata ini hanya sekitar 150 orang atau lebih dari seribu orang? Jika tidak masakan perlu dihantar 7 batalion tentera, PGA dan jet pejuang untuk menyerang mereka? Tak masuk akal. Yang paling munasabah dari peristiwa Lahad Datu ini ialah, kumpulan bersenjata ini adalah penduduk asing yang telah diberikan kad pengenalan biru oleh Mahathir dulu. Mereka kini adalah rakyat Malaysia dan warganegara Malaysia. Mereka bukan penceroboh tetapi rakyat tempatan hasil Projek IC Mahathir yang bangun memberontak. Itu sebabnya kerajaan menggunakan polis, tidak menggunakan tentera. Pihak tentera hanya digunakan kemudian itupun pengarah operasi tetap di bawah Ketua Polis Negara. Mengapa kerajaan tak menghantar FRU yang selama ini begitu ganas membelasah rakyat pada perhimpuna BERSIH? Kita nak tengok setakat mana hebatnya FRU bila berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini, selama ini FRU hanya berani pada rakyat yang lemah , tidak berdaya dan tidak bersenjata sahaja. Kecut perut kot. Kumpulan bersenjata ini yang juga penduduk tetap Sabah mungkin sudah dijanjikan akan diberikan tanah sekiranya mengundi UMNO/BN sejak zaman Mahathir lagi tetapi hanya janji kosong. Kini mungkin Najib menabur janji lagi agar mereka mengundi UMNO/BN dalam PRU13 nanti tetapi oleh kerana sudah kerapkali ditipu dan dikhianati maka kali ini mereka mendesak diberikan tanah yang dijanjikan oleh Najib sebelum PRU13 kerana jika tidak, selepas menang nanti, janji akan tinggal janji juga. Pemimpin kumpulan ini telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa kumpulan mereka telah menjalani latihan ketenteraan di Sabah dan mereka masih mempunyai banyak senjata canggih yang disembunyikan di Sabah yang diberikan oleh bekas pemimpin Libya Muamar Ghadafi dulu yang digunakan untuk menyerang tentera kerajaan Filipina dulu. Kenyataan kerajaan bahawa kumpulan ini datang melalui laut hanyalah untuk mengaburi mata rakyat bagi menutup kerja khianat Mahathir dan UMNO dalam "projek IC" Mahathir dulu dan cubaan untuk mengelak dari diketahui oleh rakyat akan perkara sebenarnya. Jika tidak, tidak mustahil rakyat yang masih menyokong UMNO akan turut marah dan menolak UMNO dalm PRU13 nanti. Yang pasti, kejadian ini berlaku adalah berpunca dari "projek IC" Mahathir dan UMNO, kini pihak keselamatan dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa korban angkara Mahathir dan UMNO. UMNO ingat kaum Sulu dan pendatang lain yang terlibat dengan kumpulan bersenjata ini sama seperti Melayu UMNO agaknya yang boleh dipermainkan, ditipu dan digula-gulakan semata-mata untuk mendapatkan undi dengan berbagai janji palsu, sekarang terimalah padahnya, senjata sudah makan tuan. Janganlah cuba hendak merekacipta dengan kedatangan kumpulan ini melalui laut, kerana mereka semua ini sudah berada lama di Sabah dan mengundi bagi pihak UMNO kerana terpedaya dengan janji, kini mereka sudah hilang sabar dan bangkit memberontak. Tak mustahil kesemua mereka itu mepunyai IC biru yang diberikan oleh Mahathir si bapa pengkhianat dan petualang negara itu. Angkara projek IC Mahathir dan angkara janji palsu UMNO, kini anggota keselamatan dan rakyat Sabah menanggung bebanya dan menjadi korbanya sedangkan pemimpin UMNO sibuk berebut projek, berebut jawatan, nak jadi calun PRU13 dan sibuk mencari idea bagaimana nak rompak harta rakyat dan nak bagaimana cara nak tipu rakyat lagi. Mahathir kini duduk selesa kehulu kehilir menjual temberangnya, dia sudah tidak peduli apa nak jadi pada rakyat Sabah, pada polis dan tentera. Manusia seperti Mahathir ini sepatutnya sudah lama dihumban ke penjara Sungai Buluh. Angkara beliau juga bangsa Melayu menjadi hancur dan aqidah umat Islam menjadi lebur. Pemimpin UMNO bertempik ke hulu ke hilir menyindir dan mencabar pemimpin Pakatan Rakyat kononya mereka adalah penyelamat dan kes Lahad Datu ini sedangkan mereka seronok duduk di bilik hawa dingin, tidur malam di hotel mewah, makan disediakan sedangkan anggota keselamatan (polis dan tentera) bersengkang mata, bergadai nyawa, makan dan minum ala kadar, solat entah ke mana, tidur sekadar melepaskan rasa mengantuk, letih tidak terkata semata-mata untuk berdepan dengan kumpulan bersenjata ini. Itulah sebenarnya wajah pemimpin UMNO. Mereka cetuskan ketegangan semata-mata untuk politik mereka dan memperalatkan polis dan tentera demi untuk kekalkan kuasa. Yang jadi mangsa ialah polis, tentera dan rakyat. Inikah kerajaan dan pemimpin yang harus kita bela dan pertahankan lagi? Oleh itu, wahai anggota tentera, anggota polis dan semua rakyat jelata, ayuh kita sama-sama tumbang dan kuburkan UMNO/BN atau kini dikenali sebagai "Firaun Kecil" dalam PRU13 nanti demi kesejahteraan dan keamanan negara serta keselamatan harta rakyat dan negara. Kita lihat sahaja sekarang kerajaan menolak gencatan senjata dan tidak peduli samada pihak keselamatan terus memburu dan membunuh kumpulan bersenjata tersebut atau dibiarkan mereka lari pulang ke negara asal mereka, ini adalah kerana mereka semua itu sudah tidak berguna lagi buat UMNO/kerajaan, jika dibiarkan mereka terus tinggal di Sabah, yang pasti mereka semua itu tidak akan mengundi dan menyokong UMNO/BN lagi dalam PRU13 ini. Oleh itu UMNO/kerajaan hanya cuci tangan. Wallahualam. | |||
Keganasan samseng Umno: AMK Selangor lapor polis esok Posted: 12 Mar 2013 05:01 PM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor akan membuat laporan polis berhubung serangan samseng Umno di ibu pejabat KEADILAN semalam. Setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Ketua AMK Negeri, Azmizam Zaman Huri akan mengetuai laporan yang akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 9 (berhadapan pintu masuk Bangunan SUK Selangor) jam 2 petang. "AMK menolak tindakan biadap dan tidak bertamadun samseng yang menggelar diri mereka 'NGO' yang membuat kecoh, menyerang dan merosakkan aset milik KEADILAN di ibu pejabat parti," kata Saifuddin pada kenyataan. Kira-kira jam 5 petang semalam, hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan pejabat itu di Petaling Jaya, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak. "AMK Selangor percaya, kumpulan ini mempunyai kaitan rapat dengan Umno. Kami akan memberikan beberapa bukti untuk disiasat polis," kata Saifuddin. Menurutnya, keganasan itu sama sekali tidak mencerminkan budaya demokrasi subur dan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Seluruh kepimpinan AMK Selangor akan hadir sebagai tanda bantahan terhadap budaya samseng yang mencetuskan bahaya menjelang pilihan raya," jelas Saifuddin. "AMK Selangor percaya polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil, tidak berat sebelah serta memberi keadilan kepada semua," sinisnya. – NS | |||
Tian Chua tidak teragak-agak saman blogger jika ulangi fitnah Posted: 12 Mar 2013 04:58 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah diulangi di mana-mana portal.Naib Presiden KEADILAN itu menyatakan demikian dalam kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah. Hari ini saya telah menghantar satu lagi surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portal MyMassa. Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata "KOMANDO MATI KATAK". Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari. Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari. Di samping surat tuntutan, peguam saya telah mengirim surat amaran kepada semua pengendali portal yang menyiarkan berita fitnah yang sama. Mereka ini termasuk: Gelombang Wangsa Maju, Apple Biru, Malaysia Delima, Kelateloni, Pistol Nakal, Aloqlaloq, Talk with Hand, Flying Kick, dan lain-lain lagi. Mulai sekarang, saya tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal. | |||
Rafizi dedah cek & resit bayaran berkaitan rasuah balak Terengganu Posted: 12 Mar 2013 04:47 PM PDT Oleh Aliff Fikri PETALING JAYA : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan bukti berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan balak Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Pada sidang media hari ini, Rafizi menunjukkan bukti cek dan resit bayaran daripada syarikat yang terpaksa membayar deposit kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu. Mengikut dokumen yang dibekal Rafizi, cek melalui Maybank bertarikh 28 Disember 2011 itu tertera bayaran deposit sebanyak RM1 juta kepada penama – Arshad Azhari & Associates, syarikat dipercayai berhubung kait dengan Umno BN. 27 Februari lalu, Rafizi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendedahkan skandal melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri. "Dua minggu lalu, saya dan Dr Syed Azman mendedahkan modus operandi bagaimana syarikat-syarikat yang ingin turut serta dalam tender mengeluarkan hasil balak dipaksa untuk membeli syarikat proksi yang hanya mempunyai saham RM2 pada harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan permohonan. "Hari ini saya tampilkan bukti bagaimana sebuah syarikat yang menjadi mangsa terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada Arshad Azhari & Associates, syarikat yang terlibat dalam urusniaga pembelian saham," kata Rafizi sambil menunjukkan kedua-dua salinan dokumen tersebut di ibu pejabat parti. Menurut Rafizi, penyelewengan pengurusan hasil balak di Terengganu ini telah melalui proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau turut menunjukkan dokumen rasmi SPRM yang mengesahkan kes tersebut telah disiasat badan itu. "SPRM mengesahkan kes ini disiasat, tapi sehingga sekarang tiada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran jelas dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan hasil balak. "Saya juga tidak mendapat sebarang maklum balas dari Ahmad Said mengenai skandal ini," kata Rafizi. Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 405 hektar di Hutan Simpan Hulu Setiu. Namun, pada 28 Disember 2011 – enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian dimeterai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2. Wang jualan itu disyaki disalurkan kembali kepada individu tertentu yang berpengaruh menentukan hak membalak kepada syarikat terbabit. – NS | |||
Sabah diceroboh: Polis buka kertas siasatan Posted: 12 Mar 2013 04:44 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu. "Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Cek Wira Operasi Daulat. Turut hadir Pengerusi Felda Global Venture (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan dan Hartanah DRB-Hicom Berhad Datuk Mohamed Razeek Md Hussain. Khalid berkata polis sentiasa mengawasi keadaan di Lahad Datu dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin. Dalam pada itu, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap individu yang memperlekeh dan mempersoal tindakan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam Operasi Daulat. Tindakan juga akan dikenakan terhadap pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara, katanya. "Saya ingin memberi amaran kepada mereka-mereka ini, arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. Ini satu perbuatan yang amat keji. "Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya. Beliau berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat. Pada majlis itu, FGV memberi sumbangan RM120,000 dan DRB-Hicom RM98,000 kepada waris lapan anggota polis yang terkoban dan lima yang cedera dalam Operasi Daulat. Dalam pada itu, polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memuat naik di laman sosial gambar-gambar anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu yang tidak sepatutnya disiarkan. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata perbuatan tidak beretika itu boleh menyinggung perasaan anggota keluarga pasukan keselamatan dan warga polis sendiri. "Tolonglah hormati perasaan mereka. Jangan tambah kesedihan mereka lagi dengan menyebarkan gambar-gambar sebegitu," katanya ketika dihubungi Bernama. Gesaan sama turut dibuat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye yang meminta pihak berkenaan perlu menghentikan segera perbuatan tidak wajar itu.- Bernama | |||
Najib: Pemilihan calon BN hampir siap Posted: 12 Mar 2013 04:43 PM PDT SHAH ALAM - Masih berteka-teki bila sebenarnya tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mahu memastikan transformasi yang dilakukan termasuk dari sudut ekonomi difahami dan dirasai kesannya oleh rakyat. Sehubungan itu, Najib menaruh sepenuh harapan agar rakyat dapat memberi mandat penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU13 ini bagi membolehkan kerajaan sedia ada meneruskan dasar-dasar yang telah dibawa termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) secara berkala. "Apabila kami merancang sesuatu, ia memang mengambil masa (untuk menunjukkan hasil), namun saya gembira kerana hasilnya positif. "Ini adalah masa untuk kita menaruh keyakinan terhadap kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian kukuh," ujar Najib pada program 'Conversation With The PM' yang disiarkan menerusi TV3 malam tadi. Menurut Najib, hanya menerusi kerajaan yang mendapat mandat penuh daripada rakyat, segalanya akan menjadi lebih mudah dan teratur. Oleh itu, Najib sekali lagi memberi nasihat kepada rakyat Malaysia agar tidak bereksperimen untuk menggantikan kerajaan yang mentadbir negara sejak merdeka kepada pembangkang. "Mereka mempunyai perbezaan ideologi... dan secara asasnya, mereka bahkan tidak berdaftar sebagai sebuah parti politik. "Malah persoalan siapa yang akan mengetuai parti itu jika mereka memerintah kerajaan, ia masih terbuka kepada pelbagai jawapan kerana mereka masih belum putuskan siapa yang akan mengetuai mereka," ujar Najib. Beliau pada masa sama membidas manifesto pembangkang yang disifatkannya tidak realistik, apatah lagi untuk memastikan pendapatan isi rumah meningkat kepada RM4,000 sebulan setelah satu penggal memerintah. "Ada pemimpin mereka kata manifesto bukan janji," kata Najib sambil berkata, amat penting untuk mengetahui bagaimana Pakatan Rakyat (PR) mahu melaksanakan janji-janjinya itu. "Pokoknya pembiayaan, tidak ada benda yang percuma di dunia ini, mesti ada pihak yang terpaksa tanggung pembiayaan (bagi) perkara yang hendak diberi secara percuma atau hendak dikurangkan," kata Najib merujuk kepada hasrat pembangkang yang salah satunya untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Najib juga berkata, betapa penting untuk kerajaan BN merampas kembali Selangor yang disifatkan sebagai negeri yang "terlalu penting". "Bukan kita hendak kuasa semata-mata... kalau kerajaan pusat dan negeri bukan dari parti sama, akan banyak masalah berbangkit seperti masalah air," ujar beliau. Ketika ditanya berhubung bila pula manifesto BN akan dibentang, Najib berkata ia akan dilakukan selepas Parlimen dibubarkan. "Waktu yang sesuai, maknanya ia tidak terlalu awal dan jangan terlalu lewat supaya kita bentangkan dan rakyat akan beri perhatian," katanya. Malah menurut Najib pada masa kini, proses pemilihan calon BN untuk PRU13 juga belum selesai sepenuhnya. "Hampir siap, tetapi setiap kali kita tengok, saya kira sampai kita umum nanti akan ada perubahan," kata beliau. Najib turut menyatakan keyakinannya terhadap sokongan rakyat yang diterima sejak bergelar perdana menteri pada 2009 berdasarkan 'track record' yang baik termasuk ketika ekonomi global sedang merudum. "Kita telah berupaya mengharungi arus trend ekonomi global luaran. Pada suku tahun yang lepas, kita telah mencapai pertumbuhan 6.4 peratus, yang mencerminkan daya tahan ekonomi negara," ujar Najib. Sementara itu, Najib yang turut ditanya mengenai insiden Lahad Datu berkata, pihak kerajaan Malaysia dan Filipina akan meneruskan siasatan bagi mengetahui siapa di sebalik pencerobohan di Sabah sehingga meragut banyak nyawa perajurit negara. | |||
Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah Posted: 12 Mar 2013 04:37 PM PDT Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara. Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik. Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur. "Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya. "Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam. Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang. "Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. "Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya. | |||
Zahid: Tiada anggota keselamatan belot Posted: 12 Mar 2013 04:36 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada anggota keselamatan yang 'belot' apabila memperlekehkan keupayaan anggota keselamatan negara dalam menentang penceroboh di Sabah. "Kalau betul ada, tentu mereka sudah kena tindakan. Jika pun memang ada pembelot itu, saya yakin pihak berwajib akan bawa orang itu ke muka pengadilan. "Saya tanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengenai perkara itu. Harap khabar angin jangan dibesarkan," katanya dalam Program 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini malam tadi. Beliau juga meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak benar dan mendapatkan pengesahan terdahulu sebelum mempercayai sesuatu perkara. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan