Jumaat, 29 Mac 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KRISIS KEDAH MERISAUKAN?

Posted: 29 Mar 2013 07:30 AM PDT

KUALA KEDAH: Media Umno-BN sengaja menokok tambah isu kononnya PAS Kedah menghadapi krisis yang besar, sedangkan tiada apa-apa yang berlaku selain hanya sedikit sebanyak 'perbezaan pendapat' di peringkat dalaman.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata, media sengaja menambah rencah hingga menggambarkan kononnya PAS Kedah sudah bergolak dan dalam keadaan yang parah.

"Saya lihat itu hal dalaman kita sahaja, tidak libatkan akar umbi, saya tengok ahli-ahli PAS ini, mereka tidak hiraukan isuberkenaan, ini isu perbezaan pendapat sahaja, peringkat bawah sedia hadapi pilihan raya dan tidak sabar menghadapi pilihan raya," kata Phahrolrazi dalam satu wawancara eksklusif bersama Harakah di Markas PAS Kuala Kedah, dekat Kubang Rotan 26 Mac lalu.


Baca laporan khas Harakah cetak Ahad ini.

ZAMBRY KEKAL MB PERAK?

Posted: 29 Mar 2013 05:30 AM PDT

Barisan Nasional (BN) Perak telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Bagaimanapun, kata Pengerusi BN negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

"Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi (muka baharu dan lama). Akan ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang terbaik.

"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di Ipoh hari ini.

Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.

Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada pertukaran. Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan".

Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.

"Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.

"Kita perlu tahu akhirnya suka atau tidak, calon hanya ada seorang. Tak mungkin ada dua calon daripada parti yang sama," katanya.

Zambry berkata sebagai anggota parti, mereka perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti berhubung pemilihan calon.

Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen BN, beliau berkata ia dibuat berdasarkan formula untuk memenangkan BN.

"Mungkin ada perubahan untuk kami pastikan kerusi yang ditandingi capai kemenangan," katanya sambil menjelaskan agihan kerusi hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Najib.

-Bernama

IKLAN PEMBANGKANG....

Posted: 29 Mar 2013 02:30 AM PDT

Hasrat kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menyiarkan iklan program pembasmian kemiskinan di negeri itu ditolak oleh sebuah akhbar utama berbahasa Melayu.
Difahamkan bahawa akhbar Harian Metro tidak mahu menjual ruang iklan kepada parti pembangkang.
"Kerajaan negeri mahu membeli iklan bagi program pembasmian kemiskinan untuk menghapuskannya pada tahun ini dan untuk mendaftar keluarga yang berpendapatan rendah.

"Kami pergi ke Harian Metro dan mereka berkata sekiranya iklan daripada kerajaan pembangkang Pakatan Rakyat, mereka tidak menerimanya," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang medianya pagi ini.
Bercakap selepas merasmikan saluran internet DAP Ubahtv, Lim berkata Harian Metro kekal dengan pendiriannya itu sekalipun dimaklumkan iklan tersebut tidak bersifat politik dan ia adalah daripada kerajaan negeri.
"Ini satu yang perkara yang pelik di Malaysia... Kami mahu memberi duit, tapi mereka tak mahu," katanya.

UNTUK APA MEREKA PULANG?

Posted: 28 Mar 2013 11:39 PM PDT

Jumlah rakyat Filipina yang lari daripada Sabah ekoran krisis antara kerajaan Malaysia dan 'Tentera Diraja Sulu' kini mencecah angka 4,771, lapor Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina.

Menurut NDRRMC, sehingga semalam, keseluruhan 944 keluarga sudah meninggalkan Sabah menuju ke Basulta (Basilan, Sulu and Tawi-Tawi) dan dibantu oleh kerajaan republik itu, lapor InterAksyon.

Daripada jumlah itu, seramai 2,861 orang dewasa dan 1,860 lagi kanak-kanak.

Ia dijangka meningkat ekoran krisis yang bermula di Lahad Datu itu masih belum selesai.

Kerajaan Malaysia juga terus memburu, termasuk mereka yang disyaki menyokong kumpulan Jamalul Kiram II itu atau individu tanpa pengenalan diri.

Manila menyediakan enam sekolah di Bongao, Tawi-Tawi, untuk menampung kebanjiran warga mereka yang pulang dari Sabah. Setiap sekolah mampu memuatkan 60 anggota keluarga.

Tiada ulasan: