Anak Sungai Derhaka |
- Isu Lahad Datu sudah makan tuan kata Prof Aziz Bari
- Warga Nigeria pula isytihar `perang’ terhadap pihak berkuasa.. (Video Inside)
- Video Zulkifli Noordin menghina agama Hindu tersebar!! Saksikan betapa biadapnya dia...
Isu Lahad Datu sudah makan tuan kata Prof Aziz Bari Posted: 29 Mar 2013 06:45 AM PDT Dengar betul-betul apa yang dijelaskan oleh Pakar Perlembagaan,Proffesor Aziz Bari ini mengenai isu Lahad Datu ini. Menurutnya insiden tersebut memerlukan penjelasan sepenuhnya dari pihak Kerajaan UMNO/BN. Kerana kita sebagai rakyat perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku dan bukan ditakut-takutkan dengan pelbagai ugutan berhubung pendapat kita mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu. |
Warga Nigeria pula isytihar `perang’ terhadap pihak berkuasa.. (Video Inside) Posted: 29 Mar 2013 02:22 AM PDT Kebanjiran warga asing di Malaysia ini kalau tak silap aku telah bermula di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri lagi.. Diwaktu itu ianya adalah perlu kerana sektor-sektor pengeluaran berkembang dengan pesat dan negara menghadapi masaalah untuk menyediakan tenaga buruh buat sektor pengeluaran tersebut.. Tetapi ianya masih diteruskan hingga kini oleh pentadbiran Najib tanpa mempedulikan samada ianya telah melebihi permintaan atau tidak kerana pendapatan dari hasil levi dan yuran yang diperoleh dari warga asing itu adalah penting.. Selain itu.. kroni-kroni yang diberikan hak sebagai ejen dan juga kroni-kroni yang menguasai IPTS perlu diutamakan.. Meskipun ramai bijak pandai yang tellah membangkitkan permasaalahan yang ditimbulkan mereka, bagi pemimpin UMNO itu tidak mengapa yang penting tembolok mereka perlu dijaga.. Jika semalam anda telah melihat video klip tentang Ketua Cawangan UMNO dibelasah oleh pendatang dari Nepal lihat di ( SINI )... ini pula adalah laporan tentang warga Nigeria mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang' terhadap mereka gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka. Warga Nigeria protes di balai polis Ini videonya.. juga dari Harian Metro.. |
Video Zulkifli Noordin menghina agama Hindu tersebar!! Saksikan betapa biadapnya dia... Posted: 28 Mar 2013 09:30 PM PDT Dalam video ini anda akan menyaksikan betapa celuparnya mulut Ahli Parlimen yang mesra UMNO/BN ini memperkecil-kecilkan atau boleh juga dianggap menghina kepercayaan ugama Hindu.. Dalam rakaman ini Zulkifli Noordin yang juga merupakan Naib Presiden PERKASA, sebuah NGO mesra UMNO/BN telah mempersoalkan konsep ketuhanan dan kesucian agama dalam satu ceramah. Beliau mengimbas kembali perbualannya dengan seorang penjaga dewa Hindu di kawasan Masjid India di Kuala Lumpur yang perniagaan telah dilanda banjir. Menceritakan bagaimana seorang peniaga India yang menjual kalungan dan dewa-dewa Hindu di kawasan Masjid India ketawa apabila dia bertanya kepada peniaga kenapa dewa Hindu tidak melindungi kedai. "Saya bertanya, Tuhan dilanda banjir dan dia berkata 'ya'." Katanya. Zulkifli kemudian berkata tuhan sepatutnya tidak dilanda banjir. Lagi apa dia kata.. korang tengoklah dalam video di bawah ni... Ni dari surah Al-An'am ayat 108.. terima kasih buat yang sudi mengingatkan... "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. " Keseluruhan tafsir sila baca di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan