BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 11 Mar 2013 07:30 AM PDT |
Penceroboh Sulu pertimbang 'pengunduran' Posted: 11 Mar 2013 02:38 AM PDT Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, telah menghantar wakil untuk bertemu kerajaan Filipina bagi membincangkan "pengunduran" pengikutnya daripada pertempuran bersenjata di Sabah. Menurut Interaksyon yang berpangkalan di Manila, pertemuan dua jam antara saudara lelaki Jamalul Kiram -- Sultan Bantilan Esmail Kiram II - dengan Menteri Dalam Negeri Manuel Roxas II itu berlangsung di ibu pejabat polis kebangsaan di bandar Quezon hari ini. Roxas berkata, isu "pengunduran" antara yang dibincangkan dan kemungkinan besar hasilnya akan menyaksikan pengikut Jamalul Kiram meletakkan senjata. "Antara yang dibincangkan, contohnya, ekoran pemimpin Malaysia secara terbuka menyatakan meletakkan senjata satu-satunya cara untuk menamatkan pertempuran, jadi, salah satu persoalan mereka tentang cara dan mekanismenya," Roxas dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas pertemuan itu. Roxas berkata, Bantilan Esmail Kiram II juga dimaklumkan berhubung hasrat Manila bagi memastikan keselamatan rakyatnya di Sabah. [Baca berita penuh] |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan