Isnin, 11 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Blogger 'Tulang Besi' mengamuk di hadapan Ibu Pejabat PKR..

Posted: 11 Mar 2013 04:26 AM PDT


Boleh dikatakan kebanyakkan portal berita pro UMNO dan juga blog-blog pro UMNO menyiarkan laporan dan video tentang insiden blogger pro PR, Tulang Besi mengamuk di hadapan Ibu Pejabat PKR pagi tadi..

Ianya dilaporkan telah berlaku di sidang media PKR pagi tadi sewaktu bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengumumkan untuk menyertai PKR.

Aku pun tak faham apahal 'Tulang Besi' ni nak marah sangat kepada wartawan dari AgendaDaily yang bertanya samada Bapa Saiful, Azlan berani atau tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar?
Bagi aku.. lantaklah dia nak tanya soalan apa sekalipun, samaada soalan bodoh ke atau apa saja jenis soalan itu tugas dia.. tak perlu dihalang, tak perlu diganggu..

Lagipun Pakatan Rakyat kan memperjuangkan kebebasan media.. selain itu aku diberitahu dalam sidang media tu.. tak ada dinyatakan apa jenis soalan yang boleh dan tidak boleh ditanya..

Ni aku petik dari AgendaDaily..

Blogger pembangkang Tulang Besi itu telah sergah wartawan Agendadaily (Noor Hasilah) gara-gara geram bertanya kepada Azlan berani tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar.

Jawab soalan berkenaan,Azlan kata dia tidak mahu sumpah kerana anggap ia tidak bawa apa-apa makna.

Hairan apa salahnya tanya soalan berkenaan.Ini kerana itu antara jawapan yang semua orang nak tahu dari Azlan.

Ia adalah natural question yang patut ditanya oleh mana-mana wartawan mengenangkan Saiful sendiri dulu sudah sumpah laknat di dalam masjid Wilayah Persekutuan kerana dakwa benar Anwar liwat dia Ketika itu Azlan duduk disebelahnya.

Apa ke halnya si Tulang Besi Urat Dawai ini nak melatah macam orang sawan mabuk todi. Soalan lojik pun tak boleh tanya ke?

Selain anginpada wartawan Agendadaily dia juga mencerca Utusan,TV3 dan Berita Harian.

Amukannya itu hanya terhenti bila disabarkan oleh seorang yang berada dekat situ. Kebebasan media jenis apa yang kau orang belajar ..ekkks ~ AgendaDaily

Ini video kejadian..



Ini pula video dari KL Pos..



Tengok gambar ni.. Korang agak Rosmah Mansor jealous tak ni?

Posted: 11 Mar 2013 12:59 AM PDT

Mula mula berita penting.. Lawatan sulung Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra ke Malaysia mampu memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada antara kedua-dua negara yang berjiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata lawatan singkat Yingluck pada Isnin menggariskan hubungan erat antara kedua-dua negara dan rakyatnya.

"Thailand dan Malaysia sentiasa menjadi lebih daripada sekadar jiran yang baik dan pertemuan hari ini merupakan satu langkah penting dalam proses mengeratkan lagi hubungan sedia ada.

"Jika kedua-dua negara terus maju pada tahun akan datang, adalah penting bagi kita bukan sahaja mengekalkan hubungan sedia ada malah meneroka kemungkinan bekerjasama dalam bidang lain selain memperluaskan lagi skop hubungan sedia ada," katanya pada majlis makan malam sempena lawatan Yingluck di Seri Perdana pada Isnin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib berkata hubungan perdagangan dua hala dan pelaburan antara Malaysia dan Thailand semakin meningkat.

"Ini adalah menggalakkan dan satu tanda keyakinan bahawa sektor swasta Malaysia mempunyai rakan sejawatan dari Thailand, kita tidak harus menganggap tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan lagi.

"Walaupun tanpa cabaran global ketika ini, ia merupakan satu langkah positif untuk meningkatkan lagi perdagangan intra-Asean.

"Memandangkan ekonomi utama barat terus berdepan dengan masalah dan pasaran eksport seberang laut tradisi semakin mengecil, langkah sedemikian dilihat penting bagi kedua-dua negara," katanya.

Dalam ucapannya, Yingluck berkata lawatannya ke Malaysia membuahkan hasil, terutama dalam mempertingkat hubungan dua hala dan kerjasama serantau.

"Adalah menjadi harapan saya agar kerjasama dua hala kita menerusi Suruhanjaya Bersama (JC) bagi Kerjasama Bilateral akan terus berkembang demi faedah bersama ~ Bernama

Ini adalah beberapa keping gambar yang memaparkan Najib dan PM Thailand Yingluck Shinawatra sedang berjoget ketika lawatan itu.. aku jumpa dalam sebuah forum dari Thailand...

Korang agak Rosmah Mansor jealous tak?




Berdasarkan gambar yang terakhir.. pada pendapat anda adakah Rosmah Mansor jealous atau tidak?.. jika beliau jealous apa agaknya yang difikirkannya?


Nanti adalah macai UMNO yang akan kata aku dah tak ada isu nak dibawa.. Blog aku sedara.. ikut suka aku la...

Najib akan guna isu Lahad Datu untuk kekal berkuasa?

Posted: 10 Mar 2013 09:23 PM PDT


Sedikit sebanyak jika kita menyaksikan video 'The Silent Riot', kelihatan beberapa persamaan dengan apa yang berlaku di Sabah hari ini..

Ianya adalah sebuah video sejarah yang mengisahkan apa sebenarnya yang telah berlaku di Sabah pada tahun 1986, gara-gara BN kehilangan kuasa di negeri itu..

Video tersebut mendedahkan kerana gila untuk kekal berkuasa.. apa saja sanggup dilakukan oleh pemimpin BN Sabah ketika itu.. hatta membawa masuk pendatang dari Pilipina untuk mencetuskan huru-hara bagi membolehkan darurat diistihar.. sila lihat video tersebut di ( SINI )..

Hari ini pula Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh juga mengaitkan insiden di Sabah dengan kegilaan untuk kekal berkuasa pemimpin BN..

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, isu keganasan di Lahad Datu boleh dijadikan sebab bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menangguhkan pilihan raya di Sabah.

Ini bermakna, katanya, kerajaan mempunyai strategi untuk terus kekal berkuasa jika keputusan pilihan raya di peringkat parlimen tertangguh.

"Selagi tak selesai isu di Sabah, selagi itu Umno BN ada masa untuk fikirkan strategi kekal di Putrajaya kerana mereka tahu tergantungnya pilihan raya di Sabah bermakna tergantung keputusan di Parlimen," kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Beliau menyifatkan isu itu boleh dimanipulasi kerajaan yang sedang terdesak dengan pelbagai pembongkaran skandal dan isu pemimpin tertinggi parti itu.

"Saya yakin isu Lahad Datu akan digunakan sebagai modal untuk mengada-adakan perkara yang tidak ada," kata Fuziah .

Bersimpati dengan nasib anggota polis yang terkorban, Fuziah dalam pada itu mempersoal kelewatan kerajaan bertindak dengan menghantar pasukan tentera bagi menangani krisis di Lahad Datu ~ Keadilan Daily

Tiada ulasan: