Biaqpila |
- Gambaq Tipu Kepala Anggota Kena Penggal
- GAMBAR penceroboh bersenjata M16 yang dibunuh penduduk kampung disebar
- 2 anggota keselamatan terkorban di serang hendap di Semporna
- LAWAK AHAD: SUAMI ISTERI KANTOI
Gambaq Tipu Kepala Anggota Kena Penggal Posted: 03 Mar 2013 07:43 AM PST Assalamualaikum w.b.t Dah merapu sangat dah khabar angin di facebook nie. Sampai penggal2 kepala plak. Aku taktaw apa la motif orang yang suka buat bagi sedap cerita nie. Sekarang nie pejuang kita tengah berjuag untuk negara taw. Sabah is Malaysia. Kita kena pertahankan bumi Sabah. Warga Sabah rakyat kita jugak. Keluarga kita..rakan kita..sahabat..saudara.. So sila mana2 yang taktaw info, jangan sebar khabar2 angin macam nie. Aku tengok dah banyak sangat dah melayu kita nie share benda-benda camnie. Kononnya ni kerja geng sulu. Memang sekali tengok pon aku dah asa yang tak kena. Then bukak google, memang bukan pon. Gambar kat atas tu palsu semata-mata. Nie gambar di thailand. GAMBAR DIPADAMKAN KERANA INGIN MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN SUMBER : TEKAN Lain kali jangan main share ja. Taw la button share tue enak berkirim di sukai ramai. Hhuhu. Apa motif dia cerita benda bukan-bukan nie. Ish. P/S : Doakan tentera kita di sana. fizgraphic |
GAMBAR penceroboh bersenjata M16 yang dibunuh penduduk kampung disebar Posted: 03 Mar 2013 05:20 AM PST Perkembangan Di Lahad Datu dan Semporna Penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna semalam. Kelihatan mayat lelaki itu diletakkan berdekatan sebuah pokok di kampung tersebut. - Foto Bernama Penceroboh Sulu tumpas ! Terkini dari rakyat Sabah..! Seorang anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang Laut Semporna. Dilaporkan penduduk kampung penuh berani merampas M16 si penceroboh dan terus membedil menyebabkan penceroboh tersebut terbunuh. Penduduk kampung terpaksa berjuang sendiri ketika seorang militan yang cuba menjadikan mereka tebusan dengan memukul dan menetak militan berkenaan yang bersenjata M16 sehingga mati di Kampung Senallang Lama, Semporna.~ Foto FB Kedua-dua gambar adalah kejadian yang sama yang melibatkan hanya seorang penceroboh bersenjata M16 terbunuh... shalehudin |
2 anggota keselamatan terkorban di serang hendap di Semporna Posted: 02 Mar 2013 08:00 PM PST Anggota Tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang masih berkubu di kampung itu. - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam. Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini. Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina. Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara. Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - Bernama SH |
LAWAK AHAD: SUAMI ISTERI KANTOI Posted: 02 Mar 2013 05:00 PM PST Juliana : "Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.." Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.." Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face." Helmi : "Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak" Juliana : "Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?" Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup" Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin.. Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… Isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… "Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!" |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan