Sabtu, 23 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


PANAS!!!! SPR PADAM REKOD "HANTU"

Posted: 23 Mar 2013 06:59 AM PDT


DEY MACHA!!!
INI MEMBUKTIKAN SPR PALING TELUS DI DUNIA
TERBAIK DARI CAWANGAN UMNO
KAH! KAH! KAH!

SPR padam rekod 'hantu' penulis blog pro-Umno



Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang rekod Papagomo daripada senarai pengundi pos mengesahkan penulis blog pro-Umno itu "pengundi hantu", kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan bawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.



"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos."

Rafizi juga membekalkan tawan skrin (screen capture) bagi carian itu bagi membuktikan dakwaannya.

Beliau semalam mendakwa Papagomo pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang dan Wangsa Maju, berdasarkan carian di laman web SPR menggunakan nombor kad pengenalan (IC) penulis kontroversi itu.

Menurut Rafizi, Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam.

MK


Awak ni funny lah UMNO

Posted: 22 Mar 2013 09:00 PM PDT



Saya suka menonton komedi. Ini penting supaya saya tidak terlalu tertekan memikirkan segala macam masalah ekonomi yang saban hari menggasir usia dan sumber-sumber yang saya ada. Kalau ada gunung pun boleh runtuh. Tuntutan kewangan saban hari menjadikan apa sahaja pendapatan yang saya perolehi tidak begitu bernilai.

Jadi saya suka komedi. Kerana komedi buat saya ketawa dan lupa sebentar tentang penderitaan poket dan dompet yang semakin merekah gersang tanpa aliran wang yang baik. Tidak ada ubat yang lebih baik daripada ketawa. Err.. Okay, mungkin ada. Tapi itu bukan pokok pangkal cerita hari ini.

Komedi yang baik selalunya memerlukan lawak jenaka yang nampak bersahaja. Itu yang membuatkan siri Friends begitu berjaya di seluruh dunia. Jenaka yang diperankan oleh sekawan manusia yang berdepan masalah-masalah harian itu dilakukan dengan penuh bersahaja. Tidak nampak dibuat-buat.

Namun pastilah ada komedi yang lebih baik dan lebih berjaya daripada siri Friends, yang hanya bertahan untuk sepuluh musim.

Apabila kerajaan Malaysia kelmarin mengumumkan bahawa tema Hari Merdeka tahun ini ialah 'Janji Ditepati', hancurlah reputasi Friends sebagai siri komedi yang baik. Dirampas takhtanya itu oleh Barisan Nasional, yang sudah pun berbuat lawak jenaka sejak puluhan tahun lampau. Pastinya melampaui sepuluh musim Friends.

Jenaka United Malays National Organisation dengan slogan 'Janji Ditepati' ini ialah jenaka tahap tinggi. Tanpa perlu berhujah tentang 'Hari Merdeka bukan bapak dia punya hari jadi', kita sendiri boleh menilai bahawa 31 Ogos bukan Hari UMNO, biar pun kita akui bahawa memang kita merdeka 10 tahun lewat berbanding orang lain yang bergegas merdeka sebaik tamat perang dunia.

Jadi 'Janji Ditepati'… Hurmmm. Bila yang dia janjikan duit buat ganti tayar teksi?

Tapi tak apa. Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Najib Razak kerana berjaya meningkatkan jumlah keterhutangan nasional sehingga begitu hampir ke paras yang dibenarkan undang-undang. Kita semua pastinya akan lebih besar hati kalau Najib Razak boleh keluarkan wang simpanannya sendiri untuk ditabur kepada semua orang, tetapi kita tahu itu tidak akan terjadi.

Tetapi betulkah bantuan ini benar-benar membantu? Atau sekadar dibuat supaya nampak macam sedang buat sesuatu? Maka mudah nanti mengikat leher mereka yang dibantu supaya kekal menyembah takzim kepada Barisan Nasional?

Tidak, saya tidak mempersoalkan nawaitu, saya pasti Barisan Nasional ikhlas dan punya hati yang suci murni untuk membantu meningkatkan beban hutang negara yang akan ditanggung oleh anak cucu kita nanti.

Kemudian apa? Nganga tunggu bantuan spesis lain pula? Dulu BR1M. Sekarang bagi duit tukar tayar, (walau pun masalah sebenarnya ialah hak permit teksi, tapi tak apalah, kita kan dipaksa bersyukur juga) dah jadi TR1Ma.

Lepas ini apa? BAg1 BAL1k kepada Bn1UMN0. – Roketkini.com

Utusan Bantu Dedah Wajah Sebenar Papagomo

Posted: 22 Mar 2013 04:50 PM PDT




Gampar Papagomo terpampang megah di muka depan Utusan

Media lidah biawak rasmi UMNO Utusan Malaysia, terbitan semalam dimuka depan telah memaparkan wajah siapa dia Papagomo @ Wan Muhammad Azri Wan Deris atas tajuk "ANWAR SAMAN PAPAGOMO"

Pergh!!! jadi tidak bolehlah papagomo nak menidakkan yang wajah itu bukan rupa dia yang sebenar. Kalau dah Utusan pun tolong bantu sahkan sudah pasti itu memang papagomo..

Jadi dalam perbicaraan saman sivil RM100juta nanti, tidak bolehlah lagi papagomo nak gunakan alasan penakut yang blog papagomo itu bukan milik dan dikawalan beliau.

Kiranya Utusan telah membantu peguam DSAI dealam mengenal pasti dan mengecak siapa tuan punya blog kaki fitnah paling terunggul didunia yang menjadi sanjuga dan pujaan UMNO.

Terima Kasih Utusan Malaysia kerana awal-awal dah beli insuran.Mungkin utusan dah terhidu yang UMNO bakal tersungkur lebur pada PRU 13 nanti.

Omakkau


Tiada ulasan: