Biaqpila |
- PANAS!!! 5 rakyat Pakistan akui dapat 'kerakyatan ekspres'
- 2 Komando Maut Terkena Serangan Mortar
- KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN
- Penurunan cukai import tiada kesan kepada harga kereta.
PANAS!!! 5 rakyat Pakistan akui dapat 'kerakyatan ekspres' Posted: 01 Mar 2013 06:30 AM PST DEY MACHA!!! INILAH PATRIOT PENYELAMAT UMNGOK JOM KITA UBAH SEBELUM PARAH KAH! KAH! KAH! Lima rakyat Pakistan dilaporkan mengakui mereka mendapat kerakyatan Malaysia dari ejen di Sabah semasa lawatan pertama mereka ke Malaysia, dan sebahagian daripada mereka telah lima kali mengundi dalam pilihan raya. Kes terbaru 'kerakyatan ekspres' dilaporkan di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini selepas pemberita mengunjungi salah seorang daripada rakyat Pakistan itu di rumahnya di DUN Hutan Melintang di Perak. Mereka telah dikesan oleh Cabang PKR Bagan Datoh semasa memeriksa daftar pemilih. Empat rakyat Pakistan telah disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih dan kesemua mereka tinggal di rumah yang sama. Pengarah pilihan raya PKR cabang Hutan Melintang, Ganeson A dilaporkan berkata ketika memeriksa senarai pengundi, mereka mengesyaki lima nama disenaraikan kerana mereka tinggal di rumah yang sama dan berketurunan Pakistan. Katanya, apabila pihak parti itu pergi ke rumah tempat tinggal lima lelaki tersebut di Taman Hutan Melintang, kesemua mereka didapati mempunyai MyKad baru, kecuali seorang yang memegang kad pengenalan lama (IC). Lima lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun, tambahnya, mendakwa mereka mendapat IC mereka apabila memasuki Malaysia untuk kali pertama. MK |
2 Komando Maut Terkena Serangan Mortar Posted: 28 Feb 2013 11:29 PM PST
LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. |
KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN Posted: 28 Feb 2013 08:00 PM PST Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka." Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?" Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan." Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari) Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi) ~~ Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t. Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,? menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar. Nota admin: Janganlah menganggap mempunyai anak lelaki tidak mempunyai kelebihan, anak lelaki dan perempuan sama sahaja.Mungkin kelebihan anak perempuan lebih banyak dan lebih di titikberatkan dalam Islam..Wallahualam..:) |
Penurunan cukai import tiada kesan kepada harga kereta. Posted: 28 Feb 2013 05:00 PM PST KUALA LUMPUR, 28 Feb — Pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa cukai import bagi kereta-kereta dari Jepun dan Australia akan diturunkan menjelang 2016 tidak membawa kesan kepada harga kereta, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kaya, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli. "PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya. Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya. "Dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5 peratus dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (TIV). "Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu," kata Rafizi dalam satu kenyataan yang dihantar hari ini. Menurut Rafizi (gambar) lagi, ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum. "Perkara ini diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012 (yang disertakan bersama), menunjukkan bahawa perkara ini sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi," katanya lagi. Beliau menegaskan dengan pendirian PKR bahawa struktur cukai eksais yang perlu dirombak untuk menurunkan harga kereta, memandangkan cukai eksais (dicampur dengan cukai jualan) yang bermula setinggi 85% bagi kereta bersaiz bawah 1,800 cc dan mencecah 115% bagi kereta bersaiz atas 3,000 cc dikenakan ke atas setiap kereta tanpa mengira asal pengeluaran. "Cukai inilah yang mencekik darah rakyat terutamanya golongan kelas bawahan yang membeli kereta-kereta keluaran tempatan. Mereka terpaksa membayar harga kereta sehingga dua kali ganda dari harga sebenar kerana cukai eksais yang dikenakan. "Lebih penting, cukai eksais berada di dalam kawalan kerajaan persekutuan sepenuhnya tanpa perlu dirunding dengan mana-mana negara," kata Rafizi lagi. Menurut Rafizi, PKR komited untuk menurunkan cukai eksais ini dalam tempoh lima tahun secara berperingkat dengan kadar penurunan 20 peratus setiap tahun. Menjelang tahun 2018, tidak ada lagi cukai eksais yang akan dikenakan ke atas kereta. "Sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) juga prihatin dengan nasib rakyat, wajarlah mereka juga menurunkan cukai eksais, bukannya bermain wayang seperti sekarang," kata Rafizi lagi. Semalam, Putrajaya mengumumkan pemotongan cukai untuk kereta dari Jepun dan Australia, yang bermakna kesemuanya akan menjadi duti sifar selepas tiga tahun seperti negara-negara Asean. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata pemotongan cukai ini akan bermula tiga tahun untuk kereta dari dua negara ini. The Malaysian Insider difahamkan di dalam perjanjian perdagangan bebas Malaysia- Australia (FTA) yang bermula 1 Januari, Putrajaya komited pemotongan cukai dari 15 peratus pada 2013, 10 peratus 2014, 5 peratus pada 2015 dan tanpa duti pada 2016. TMI |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan