Anak Sungai Derhaka |
- Dalang bawa masuk Tentera Sultan Sulu ke Sabah ditangkap..
- Panas!! Bapa Saiful Bukhari akui kes liwat kedua sebuah konspirasi
- Video Samseng UMNO Melaka mengganas tersebar!!.. Saksikan!!
Dalang bawa masuk Tentera Sultan Sulu ke Sabah ditangkap.. Posted: 08 Mar 2013 01:00 AM PST Dalang yang membawa masuk pengganas Sulu ke Kampung Tandua dilaporkan telah ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin. Malang buat pencacai-pencacai UMNO kerana individu tersebut bukanlah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang didakwa oleh pencacai UMNO di ( SINI ) Tetapi beliau adalah Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom.. sila baca di ( SINI ) Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA. Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo. "Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini. "Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu," katanya. Sumber berkata pihaknya juga percaya lelaki itu menjadi dalang membawa kumpulan pengganas ke Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu. "Dia bersama pengikutnya diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. ~ Harian Metro |
Panas!! Bapa Saiful Bukhari akui kes liwat kedua sebuah konspirasi Posted: 07 Mar 2013 10:30 PM PST Akhirnya kebenaran terserlah jua.. dan terbukti apa yang disebarkan dan dipersembahkan oleh media-media tunggangan UMNO termasuk Blogger upahan mereka, tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim adalah fitnah semata-mata... Dalam satu sidang media tertutup, Bapa kepada Saiful Bukhari mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri.. KUALA LUMPUR, 8 Mac - Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut. |
Video Samseng UMNO Melaka mengganas tersebar!!.. Saksikan!! Posted: 07 Mar 2013 08:34 PM PST Dalam satu lagi kejadian keganasan politik, sekurang-kurangnya seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka malam tadi, selepas ia diganggu samseng yang dikatakan dari Umno. Gambar yang disiarkan oleh penyokong Pakatan di Facebook menunjukkan seorang lelaki berdarah di kepalanya selepas dikatakan terkena batu. Kenyataan yang dikeluarkan PAS Kawasan Bukit Katil mengenalpasti mangsa sebagai Abdul Ghani Buang, 44, seorang penduduk Kampung Bukit Lintang. Kenyataan itu memetik Ghani sebagai berkata beliau nampak botol dibaling dan tidak sempat mengelaknya dan botol itu mengenainya. Beliau juga menyuara rasa kesalnya kerana mendakwa pihak polis tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan keganasan tersebut. Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang berucap semasa ceramah tersebut berkata, pihak Umno turut mengadakan satu ceramah di tempat yang sama. Loke menulis dalam twitter bahawa beliau baru tiba di Melaka untuk mendengar ceramah PKR Bukit Katil dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ribuan orang berada di sana. Menurutnya, Umno mengadakan ceramah berhampiran di situ yang dihadiri oleh hanya ratusan orang. Beliau menyifatkannya sebagai perbuatan mereka yang takut kalah (pilihan raya umum). Namun, tegasnya, kebangkitan rakyat untuk menumbangkan rejim BN akan berterusan dan mereka tidak akan tunduk kepada ugutan Umno. Cermin bas kempen PKR juga didakwa telah dipecahkan semasa kejadian. Ia bukan kali pertama bas kempen tersebut telah dilempar batu. Ia mengalami kejadian yang sama di beberapa lokasi lain sebelum ini, termasuk di Perak, Johor dan Kelantan. Polis anti-rusuhan datang untuk memulihkan keadaan, tetapi mereka mengalami kesukaran untuk mengawal penceroboh tersebut. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dijangka mengadakan satu sidang akhbar pagi ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya berhubung kejadian tersebut. Ahad lalu, satu lagi ceramah diganggu oleh penyokong BN di Teluk Intan, Perak. Ahli Parlimen, M Manogaran terpaksa dibawa polis beredar dari ceramah DAP itu selepas sekumpulan kira-kira 40 penceroboh yang membawa bendera BN datang mengganggu dan memaki hamun pemimpin Pakatan ~ Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan