Rabu, 6 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tentera SULU Pakai Baju BN Di Tahan (Video Inside)

Posted: 06 Mar 2013 07:38 AM PST


Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan penceroboh dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna.

Empat lelaki berkenaan, berusia antara 20-an hingga 50-an, ditahan dalam operasi selama kira-kira sejam pada tengahari, lapor Bernama.

Salah seorang dari mereka memakai baju T dengan logo Barisan Nasional (BN) manakala seorang lagi berpakaian sama dengan gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal yang juga ahli parlimen Semporna tertera di belakang, menurut laporan The Star.

Lihat dalam video di bawah pada minit ke 0:25


"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai jabatan cawangan jenayah berat ibu pejabat polis kontinjen Sabah yang dipetik dalam laporan itu.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari tadi.

Tinjauan di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata.

Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.

Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus pengganas gerila Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) dikatakan sedang dalam perjalanan ke Sabah menggunakan bot menurut seorang jurucakap kumpulan itu di Zamboanga City.

Veteran Moro itu kebanyakannya adalah puak penentang yang bersembunyi di pulau-pulau sekitar Mindanao yang menentang perjanjian perdamaian antara kerajaan Filipina dengan MNLF pada 1996.

Muhajab Hashim memberitahu Associated Press (AP) bahawa pengganas tersebut sudah mengetahui selok belok perairan di Laut Sulu dan dipercayai maklumat ini sudah sampai ke tangan pasukan keselamatan Malaysia yang sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.

Mereka kononnya kecewa dengan kejadian yang menimpa pengganas yang bertapak di negeri itu yang terbunuh dan cedera.

Muhajab yang merupakan pengerusi pemerintah Islam MNLF berkata lagi walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan serangan pengganas terbabit namun MNLF menyokong tuntutan kesultanan Sulu menuntut Sabah dari Malaysia.

Perkembangan terbaru ini sama sekali membuktikan kenyataan Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bahawa puak MNLF tidak akan menyerang Sabah adalah kurang tepat.

Pasukan keselamatan kini meluaskan perimeter 'mopping up' dari empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, Lahad Datu kepada 25 kilometer persegi dan sudah bersedia dengan kelengkapan ketenteraan termasuk helikopter Nuri dan pesawat pejuang MIG-29N bagi menghadapi serangan pada bila-bila masa.

Setakat jam 4 petang tadi, 12 puak pengganas telah berjaya dibunuh termasuk seorang yang ditembak dalam pertempuran jam 6.45 pagi tadi menurut satu laporan terbaru dari wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail.

Sementara itu di PETALING JAYA , Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata dalam sidang medianya hari ini juga mengulangi gesaan agar Putrajaya menyebarkan lebih banyak maklumat berkenaan insiden itu seperti yang dilakukan Manila.

"Dalam beberapa hari yang pertama, kita dapat lebih banyak maklumat daripada Manila berbanding Malaysia," katanya.

Tambahnya, kerajaan sekurang-kurangnya perlu mengadakan satu sidang meja bulat secara tertutup dengan Pakatan Rakyat.

Bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pula menambah pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini saya tak fikir ia berlaku. "Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera) dengan segera," katanya pada sidang media yang sama di ibu pejabat KEADILAN pagi tadi. ~keadilandaily

Tengok gambar nih!! Zahid Hamidi tunjuk 13 Mati bukannya 30 seperti yang dilapor Utusan tu.. (Video Inside)

Posted: 06 Mar 2013 03:21 AM PST


DATU, 6 Mac —13 mayat penceroboh Filipina telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh Sulu di kampung tersebut semalam, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Pertahanan tersebut menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.


"Ini adalah gambar kubur dimana mayat telah dikebumikan oleh pengganas," kata Ahmad Zahid, sambil menunjukkan beberapa kepingan kayu yang diletak atas tanah.

Beliau berkata polis forensik telah ditembak tengahari tadi semasa sedang meneliti mayat tersebut, tetapi menyatakan tiadak sebarang kecederaan berlaku.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga berada dalam sidang media sama berkata gambar tersebut menunjukkan "keadaan sebenar di lokasi".

Ahmad Zahid walaubagaimanapun berkata ia masih jelas bagaimana pengikut Sultan Sulu tersebut mati, memandangkan pasukan forensik masih lagi belum memeriksa mayat tersebut tetapi mendedahkan seorang lelaki bersenjata ditembak mati pagi ini.

"Operasi mengesan dan mencari yang sedang dijalankan adalah dipermukaan kawasan yang sukar dan tidak boleh dipandang ringan," kata beliau.

Felda Sahabat, lokasi penceroboh bersembunyi hanya dua kali ganda saiz negara Singapura dengan 57 ladang kelapa sawit yang terbahagi merentasi permukaan ~ sepenuhnya sila baca di (  The Malaysian Insider )

Tengok video nih..



Semalam Utusan Malaysia yang juga dikenali sebagai Lidah Rasmi UMNO telah melaporkan..


Dalam kes ini.. aku percaya dengan apa yang Zahid Hamidi nyatakan, sebab beliau sertakan bukti.. bukannya macam Utusan tu.. sumber entah dari mana siapa pun tak tahu.. mungkin dari Blog Pro UMNO..

Lagipun Utusan tu dah memang terkenal dengan berita-berita palsu dan juga fitnah... hanya macai-macai bodoh saja yang percaya dengannya...

Utusan kata 5,000 hadir Gelombang Biru yang dilancar TPM.. korang tolong kira sat ada berapa orang dalam gambar ni..

Posted: 06 Mar 2013 01:07 AM PST


Lidah rasmi UMNO telah melaporkan sepertimana dalam imej di atas.. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini melancarkan Gelombang Biru peringkat negeri Johor.

Kononnya.. Majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang, dekat sini dihadiri lebih 5,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

5,000 orang hadir kononnya.. korang boleh lihat gambar pada masa pelancaran program tersebut dan sila kira adakah benar apa yang dilaporkan Utusan itu...

Walaupun disediakan bas, makan dan juga minum, malah diberikan 'T' Shirt percuma.. hanya banyak ni saja yang hadir...






Patutlah Muhyiddin nampak marah benar kepada Pakatan Rakyat dalam ucapannya yang disiarkan dalam TV3 tu.. dia lepas geram sebab majlis dia sendiri tak dapat sambutan rupanya..

Oooo.. patutlah ahli UMNO yang pandu 4WD tu lari...

Posted: 05 Mar 2013 09:17 PM PST


Jika semalam aku telah menyiarkan kisah tentang seorang Wanita tua yang maut setelah motorsikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh 4WD milik UMNO, ini adalah penjelasan dari pemamdu 4WD tersebut..

Sebelum itu dalam kejadian yang menimpa wanita tua tersebut, apa yang dikesalkan ialah sikap pemandu dan penumpang 4WD itu yang dipercayai Ahli UMNO yang langsung tidak menghulurkan bantuan buat wanita malang itu..

Malah dalam sedikit masa yang mereka ada sebelum melarikan diri, mereka dikatakan lebih mengutamakan imej 1Malaysia dimana mereka telah bertindak untuk menanggalkan bendera itu sebelum lari.. sila baca di ( SINI )

Ini adalah penjelasan pihak mereka..

Pemuda Umno: Pemandu beredar takut orang bertatu

Pemuda Umno Lumut, Perak mengaku ada anggotanya terbabit dalam kemalangan di sebuah jalan raya di Lekir menuju ke Kamunting yang mengakibatkan seorang wanita warga emas maut, tetapi menafikan dakwaan bahawa pemandu kenderaan itu melarikan diri.

Sebaliknya, Ketua Pemudanya, Mohd Shahril Yahaya berkata, pemandu yang enggan namanya disebut itu hanya beredar kira-kira 100 meter dari tempat kejadian kerana takut dengan beberapa orang bertatu yang berada di lokasi kemalangan itu.

"Trak Hilux itu diserahkan kepada pemuda untuk pilihan raya. Pemandu itu bukan sengaja melanggar tetapi dia cuba nak hentikan kenderaan tapi dia terempuh.

"Bukan seperti yang didakwa (larikan diri). Pemuda tu ada turun. Tapi lepas dia tengok dah tak bergerak, dia bawa Hilux itu kira-kira 100 meter sebab masa itu sudah ramai orang kerumun dan pemandu dalam keadaan takut.

"Dia takut sebab dia risau keselamatan dia dan takut diapa-apakan sebab masa itu ramai orang yang bertatu dah ada kat situ. Pemandu ada je dekat kawasan situ tapi terpaksa tak mengaku sebab tak nak sebarang kejadian yang tak diingini terjadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahad lalu, akhbar China Press melaporkan bahawa mangsa yang menunggang motosikal berasingan bersama suaminya yang berusia 78 tahun dalam perjalanan pulang rumah selepas menoreh di sebuah estet, dilanggar di sebuah jalan raya di Lekir.

Menurut Facebook cucu mangsa, Joanne Lim, datuknya menunggang motosikal kira-kira enam meter di belakang neneknya sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta Hilux dengan logo BN dan Umno meluncur laju dan merempuh belakang motosikal neneknya.

Selepas itu, menurut Joanne, neneknya telah terpelanting serta terjatuh dengan kepalanya mengenai jalan raya.

Beliau juga mendakwa, pemandu kenderaan itu bersama dua penumpang lain mencabut logo BN dan bendera 1Malaysia daripada kenderaan itu sebelum beredar.

Akhbar China Press juga melaporkan bahawa pemberitanya sendiri menyaksikan beberapa lelaki mengoyak logo parti dari kenderaan itu sebelum melarikan diri dari tempat kejadian tanpa memberi sebarang bantuan kepada mangsa.

Shahril bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan pemandu itu mencabut logo serta bendera dari kenderaan itu.

Menurutnya, beliau turut mempunyai saksi lain ketika kejadian memandangkan terdapat jawatankuasa Pemuda di belakang kenderaan Hilux semasa kejadian.

Katanya lagi, pemandu tersebut serta jawatankuasa Pemuda dari Lekir menuju ke rumahnya untuk ke sebuah program BN di Kampar.

"Logo ada je pada Hilux. Tak ada pun dicabut. Kita ada saksi sebab belakang kereta Hilux tu ada jawatankuasa Pemuda yang ikut dari belakang. Dia pandu seorang.

"Kereta sekarang ada di balai. Lepas kejadian saya datang ke tempat pemandu itu dan buat laporan polis di IPD Manjong," katanya lagi ~ Malaysiakini


Oooo.. Takut melihat ramai orang yang bertatu rupanya... dan dia bukan lari.. tapi cuma beredar rupanya..

Tapi Polis tahan atau tidak pemandu itu?..

Biasanya kalau kemalangan yang melibatkan kematian pemandu akan ditahan untuk membantu siasatan... atau sebab dia Ahli UMNO yang memandu 4WD milik UMNO dia dikecualikan dari undang-undang?

Mahathir punca keganasan di Sabah?

Posted: 05 Mar 2013 05:12 PM PST


SAYA menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.

Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.

Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.

Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya, di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.

Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam.

Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.

Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.

Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.

Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan.

Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu.

Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya.



DATUK SERI WILFRED BUMBURING

Tiada ulasan: