Rabu, 6 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


MALAYSIA - UMNO/BN = SEJAHTERA

Posted: 06 Mar 2013 05:45 AM PST


Kesian ibu pertiwiku... Negara lain banyak yang dah maju ke depan. Banyak aspek yang dah semakin bertambah baik, bertambah maju dan semakin canggih.

Malaysia apa macam..??

Hahahaha.... semakin terkebelakang dan semakin buruk dan teruk. Ada Piem... piem terkutuk. Ada menteri... menteri goblok. Ada kerajaan, kerajaan teruk dan terburuk. Ada pasukan tentera.... guna peralatan cabok, sampaikan nak bawak tentera ke Sabah pon terpaksa guna khidmat penerbangan milik kroni. Carok betoi...!!

Dan... ada unversiti.... corot-corot belaka jika dibandingkan dengan universiti negara-negara lain di dunia. Langsung tak termasuk dalam ranking... wa cakap lu. Ciittt....!! Bikin malu betoi!!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini membuktikan agenda transformasi Najib gagal memulihkan perpaduan, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saing antarabangsa menerusi pelbagai usaha seperti program "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, dalam laporan terbaru keluaran Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, tidak ada satu pun universiti dari Malaysia untuk dua tahun berturut-turut termasuk dalam senarai 400 universiti teratas dunia. [Seterusnyer di
sini]

Semua ini terjadi kerana kerajaan 1Malaysia yang teruk ini, tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnyer. Semua.... mereka nak kontrol dengan meletakkan menteri-menteri goblok untuk menerajui setiap kementerian. Sebab itu, serba serbi hancus di tangan suey mereka. Serba serbi kita corot beb!!

Tapi... yang paling celaka ialah mereka suka menuding jari kepada pihak lain jika perkara buruk berlaku. Pada hal.... mereka yang bangang. Kerana terlalu tamak dan giler kuasa, mereka sanggup lakukan apa saja asalkan mereka boleh kekal berkuasa tanpa ada sedikit pun rasa insaf akan nasib masa depan negara dan rakyatnya.

Lihat saja apa yang berlaku di Lahad Datu Sabah. Gara-gara nak berkuasa... beri IC kepada orang luar. Tabur janji demi mendapat undi tanpa memikir akibat jangka panjang pada kedaulatan negara.. Apabila janji tak ditepati... inilah akibatnya.

Itu yang berlaku di Sabah. Kini, perkara yang sama mereka lakukan di serata Malaysia, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Beri IC sesuka hati tak kira kepada bangsa apa sekali pun. Celaka betoi!!

Haishh.... ngeri aku apabila mengenangkan perbuatan terkutuk mereka. Apakah mungkin satu hari nanti, negara kita akan menjadi milik orang luar, gara-gara kerakusan kuasa para pemimpin durjana ini. Apakah anak cucu kita nanti akan merempat di negara sendiri?? Na'uzubillah...

Enough is enough. Cukup-cukuplah. Jangan biarkan mereka terus memperjudikan masa depan bumi bertuah ini. Bertuah tapi malang kerana diperintah oleh tangan-tangan celaka. Bahaya puak-puak ni wa cakap lu...

Lantas... jangan kita teragak-agak lagi untuk menumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Malaysia lebih sejahtera tanpa mereka. Rakyat lebih terbela tanpa mereka.

Ayuk.... Ini kalilah!!

Malang buat UMNO...

Posted: 05 Mar 2013 06:25 PM PST


Orang kata... malang tak berbau. Kalau dah nak malang, tak kira masa dan tak kira di mana. Tapi dalam waktu pilihan raya dah nak dekat ni... kekadang sesuatu malang tu boleh mempengaruhi sentimen. Maklum ler perasaan. Lebih-lebih lagi persaan marah dan sedih. Kekadang boleh terbawak-bawak...

Begitulah keadaan tragedi yang menimpa keluarga Cina seperti dalam gambar di atas. Maut dalam kemalangan yang membabitkan kenderaan milik UMNO. Ini bukan nak mempolitikkan kejadian tersebut, apa tah lagi nak menimbulkan sentimen perkauman. No...no... Tidak sesekali.

Para pendokong Pakatan Rakyat bukan macam tu. Kita suka hidup dalam keadaan harmoni dan sensitif akan perasaan kaum-kaum yang dok ada dalam Malaysia. Kita bukan macam puak sebelah sana. Tapi.... tidak mustahil berita yang tersebar tentang kemalangan tersebut akan merugikan UMNO... lebih-lebih lagi dekat PRU 13.

Takziah kepada keluarga mangsa. Dan... takziah juga kepada UMNO kerana bakal menerima tempias daripada kejadian tersebut. Bagaimana...???

Lu orang pikir ler sendiri...

Kerajaan Dari Rakyat Untuk Rakyat

Posted: 05 Mar 2013 04:25 PM PST


Ini baru dikatakan 'Kerajaan Dari Rakyat untuk Rakyat'. Kerajaan yang prihatin akan nasib malang yang menimpa rakyat.

Begitulah tindakan pro-aktif kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui oleh Khalid Ibrahim. RM10 juta diperuntukkan untuk wira-wira kita yang terkorban di Sabah. Semoga Allah SWT merahmati kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

PRU13.... ayuh kita kekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor!!

KUALA LUMPUR 5 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan nageri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.

Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.

"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," katanya, dipetik Bernama.

Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.
Beliau berkata, melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.

"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perludiberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.

Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.

Manakala dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).- Keadilan Daily

Tiada ulasan: