Selasa, 5 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


10,000 rakyat Sulu belayar ke Sabah untuk menyertai pertempuran?

Posted: 05 Mar 2013 07:46 AM PST


Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.

Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.

"Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan," kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.

Namun Inquirer turut melaporkan penafian berkenaan pergerakan tersebut daripada Ketua Angkatan Tentera Mindanao Barat Lt. Gen, Rey Ardo, dan juga pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Mujib Hataman.

Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka tidak pasti berkenaan perkara itu.

Jelas Mudjahab, bagaimanapun, 10,000 Tausug daripada Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah meninggalkan Filipina sejak malam tadi dalam menggunakan bot pancung melalui "pintu belakang selatan." - laluan yang menjadi laluan pelayar.

Pegawai rasmi MNLF berkata halangan tentera laut juga tidak akan berkesan kerana mereka tidak biasa dengan perairan tersebut dan boleh melepasinya tanpa rasa curiga.

"Ia soal maruah dan harga diri, dan orang-orang kami sedia untuk berkorban," tambahnya.

Awal hari ini, pemimpin MNLF, Nur Misuari menafikan penglibatan dalam ketegangan di Sabah dalam satu sidang media, yang masih berterusan ~ The Malaysian Insider

Laporan oleh The Philippine Inquirer itu sila baca di SINI

Nenekku dirempuh 4WD milik UMNO hingga mati..

Posted: 05 Mar 2013 04:52 AM PST


Aku kehilangan nenekku kerana seseorang merasakan dirinya berada diluar jangkauan (dikecualikan) dari undang-undang…

Pada 3 March 2013, Ahad lalu, kedua-dua Datuk dan juga Nenekku dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah dengan menunggang motorsikal secara berasingan.

Datukku mengekori motorsikal yang ditunggang oleh nenekku dalam jarak 20 kaki, tiba-tiba sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux yang dipenuhi dengan logo UMNO dan BN memotongnya dengan sangat laju dan merempuh belakang motorsikal nenekku.


Nenekku tercampak dan terjatuh dan kepalanya telah terhantuk kejalan tar. Setelah melihat keadaan nenekku yang terbaring berlumuran darah pemandunya terus melarikan diri.

Pada masa yang sama dua orang penumpang dalam kenderaan tersebut telah turun dan mengoyak bendera 1Malaysia dan turut melarikan diri.

Datukku yang menyaksikan seluruh kejadian telah berlari mendapatkan nenekku tetapi malang beliau tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu kerana nenekku kehilangan banyak darah.

Nenekku telah meninggal dunia di tempat kejadian…


Itu adalah apa yang telah di tulis oleh Joanne Li yang telah kehilangan neneknya akibat dirempuh oleh 4WD BN hingga mati oleh 4WD milik UMNO di wall FaceBooknya…

Menurutnya lagi tiada bantuan yang dihulurkan oleh macai-macai UMNO/BN yang berada di dalam kenderaan tersebut..

Apa yang mereka cuba lakukan hanyalah menanggalkan bendera 1Malaysia yang dipasang pada kenderaan tersebut dan melarikan diri.. seolah-olah imej 1Malaysia lebih berharga dari nyawa seorang insan..

Oleh itu bendera 1Malaysia perlu diselamatkan bukannya insan yang telah dilanggar mereka..

Ini apa yang ditulisnya..

I lost my grandmother because someone decided he is above law

On the 3rd of March 2013 (Sunday), my grandparents were on their way back from the rubber plantation on separate motorbikes.

My grandfather was trailing my grandmother about 20 feet when suddenly a Hilux truck (there were BN & UMNO logos all over the vehicle) passed by him at a very high speed and rammed into the back of my grandmother's motorbike.

She was thrown off her motorbike and fell head first onto the tar road. The car only could stop after a distance of 2 lamp posts.

The skid marks were a distance of MORE than 4 lamp posts. After seeing the condition of my grandmother, the driver of the truck just ran off.

The 2 other passengers got down and tore of the 1Malaysia flag before running off too.

My grandfather who saw the whole accident went to my grandmother's aid but could not do anything to save her because she lost a lot of blood.

She died on the spot. A split second's difference and I would have loss my grandfather too.The truck was towed to the police station.

We have lodged a police report but the inspector mentioned that they would just investigate.

The press has published a write up of the accident but no mention of the driver running away. The family hopes for JUSTICE to be served

By: Joanne Li 

Berita mengenai kemalangan ini turut disiarkan oleh FreeMalaysiaKini di (SINI)

China Press  pula telah menyiarkannya dalam edisi cetaknya...


Penggunaan Jet Pejuang Satu Pembaziran/Kekejaman Melampau - Suara Pakatan Rakyat

Posted: 05 Mar 2013 01:00 AM PST


Sekali lagi Blog yang tak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat tetapi menggunakan nama Suara Pakatan Rakyat ini cuba menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

Dalam artikel yang disiarkan hari ini Admin Blog Suara Pakatan Rakyat telah mempertikaikan akan serangan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia terhadap penceroboh dari Filipina yang mengelarkan diri mereka sebagai Askar Kesultanan Sulu.

Bagi penulis yang juga dipercayai sebagai Admin blog tersebut tindakan atau pendekatan yang diambil oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang itu adalah satu pembaziran.

Malah ianya juga adalah satu kekejaman melampau menurut Admin yang hanya berani baling batu sembunyi tangan itu (Tak ada telor orang kata).

Diakhir penulisannya yang di 'copy n paste' di bawah ini, Admin yang tak ada telor itu juga mencadangkan ATM menggunakan pelancar roket berganda jenis Astros II yang berkemampuan melancarkan serangan dari jarak jauh kalau ATM takut sangat tenteranya mati.

Dan entah siapa yang mewakilkan kepada pengecut itu sebagai wakil kepada Pakatan Rakyat untuk menuntut penjelasan dari Perdana Menteri akan tindakan ATM itu..

"Pakatan Rakyat dengan ini menuntut penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah kewajaran membenarkan penggunaan senjata berkuasa tinggi ini oleh angkatan tentera kita dalam menghapuskan musuh yang berada dalam skala yang begitu kecil?".. tulis manusia bacul itu..

Yang ariff dalam hal ketenteraan tolong jangan ketawa bila membaca artikel manusia bacul ini..


Penggunaan Jet Pejuang Satu Pembaziran/Kekejaman Melampau


ENTAH dari mana pemikir angkatan tentera kita mendapat idea, untuk menumpaskan sekumpulan kecil pasukan gerila seumpama pasukan tentera diraja Sulu ini perlu menggunakan pesawat pejuang?

Itulah yang memeranjatkan laman ini bila dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan 3 buah pesawat pejuang F/A18D Hornet dan 5 buah pesawat Hawk MK 108/208 untuk menyerang kedudukan tentera diraja Sulu di Kampung Tandao.

Bukankah itu satu pembaziran? Serang sebuah kampung dengan menggunakan jet pejuang?

Setiap pesawat F/A18D Hornet dan Hawk MK 108/208 mampu membawa sekurang-kurangnya 2 buah bom jatuhan bebas (free fall) seberat 500 lbs atau 250 lbs setiap satu.

Setiap sebiji bom ini berharga sekitar RM 2 juta dan dengan 16 biji yang digunakan, ia bermaksud kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 16 juta untuk bom (belum termasuk operasi pesawat) – dan itu hanya untuk operasi di udara sahaja.

Kita masih ada lagi operasi moping dan tempur di darat oleh pasukan Gerak Khas Komando, tentera dan polis, menggunakan pelbagai jenis kenderaan dan senjata yang turut menggunakan kos yang tinggi.

Selain itu, penggunaan bom berkuasa tinggi seperti itu turut menjadi persoalan dari segi kewajaran, memandangkan tentera diraja Sulu berkenaan hanya menggunakan senjata pegangan tangan (hand held weapon) seperti rifle M-16, RPG, mortar dan pelancar grenad.

Wajarkah kuasa tembakan sebesar itu digunakan untuk menghapuskan ancaman kecil seperti ini?

Malah ada berita yang tidak disahkan menyebut, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), turut melancarkan peluru berpandu bawah air ke permukaan jenis Exocet SM-39 dari kapal selam jenis Scorpene untuk memusnahkan ancaman tentera diraja Sulu ini!!

Semua ini membuktikan dengan begitu ketara sekali bahawa kerajaan BN hanya berminat untuk menghapuskan tentera diraja Sulu tersebut. Permohonan bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari supaya rundingan digerakkan semula, nampaknya tidak dilayan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya permintaan itu dibalas dengan serangan besar-besaran yang lebih kepada mahu menunjukkan kekuatan, berbanding menumpaskan tentera diraja Sulu itu.

Dari segi kemanusian pula, apakah nasib tentera diraja Sulu itu setelah kekuatan seperti ini digunakan? Ketepikan dulu penggunaan peluru berpandu dari kapal selam Scorpene itu, kita cerita soal penggunaan bom itu sahajalah.

Adakah ia wajar? Inikah yang dinamakan 'jantan'?

Laman ini melihat, penggunaan semua persenjataan berkuasa tinggi ini sekadar membuktikan kerajaan Malaysia ini pengecut kerana menggunakan kekuatan udara yang tidak dimiliki tentera diraja Sulu untuk menghapuskan mereka.

Suarapakatanrakyat.com boleh menerima kalau tentera nak menggunakan pesawat Hawk MK 108/208 kerana pesawat-pesawat itu memang dikhususkan untuk serangan aras rendah sahaja. Tapi Hornet? Itukan pesawat canggih yang dikhususkan untuk pertempuran udara-udara (dogfight) dan serangan pada waktu malam!!

Lagipun laman ini berpandangan, aset-aset sedia ada di darat seperti kereta kebal utama (MBT) PT91M Pendekar yang dimiliki tentera darat, sudah cukup untuk menghapuskan semua ancaman tersebut.

Atau paling tidak, pelancar roket berganda jenis Astros II yang turut berkemampuan melancarkan serangan dari jarak jauh kalau ATM takut sangat tenteranya mati.

Pakatan Rakyat dengan ini menuntut penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah kewajaran membenarkan penggunaan senjata berkuasa tinggi ini oleh angkatan tentera kita dalam menghapuskan musuh yang berada dalam skala yang begitu kecil?

Selain wang yang dibazirkan, ia juga menunjukkan hilangnya kemanusian kita kerana laman ini yakin dengan bom sebesar itu, hancur berkecailah mayat tentera diraja Sulu tersebut dan ini adalah merupakan satu bentuk kekejaman yang amat dahsyat!!

Sekali lagi aku siarkan disini.. Pakatan Rakyat (PR) pada 12 September tahun lalu telah memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman http://suarapakatanrakyat.com

Dalam satu kenyataan media bersama hari itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

Dan ini Kenyataan DS Anwar Ibrahim mengenai Blog Suara Pakatan Rakyat..


Serangan capai Objektif.. dan rakyat Filipina bakar gambar Najib di depan Kedutaan Malaysia..

Posted: 04 Mar 2013 09:17 PM PST


Dalam hal ini meskipun Najib merupakan antara pemimpin negara yang paling aku tak suka sekali, aku sokong sepenuhnya tidakan yang diambilnya untuk mengerahkan anggota Tentera supaya bertindak terhadap penceroboh dari Filipina itu..

Biarpun mereka terdiri dari orang-orang Islam dan negara kita pula adalah sebuah negara Islam.. mereka tidak berhak menggunakan kesempatan itu untuk sewenang-wenangnya menceroboh dan membunuh anggota keselamatan negara kita yang juga berugama Islam..

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.. ini kata Najib.

Dan tindakan yang diambil oleh rakyat Filipina dengan membakar gambar Najib sewajarnya tidak dilakukan oleh rakyat Filipina kerana yang menceroboh itu adalah rakyat Filipina keturunan Sulu.

Yang sepatutnya lebih marah ialah kita rakyat Malaysia kerana kedaulatan negara kita telah diceroboh oleh penceroboh dari Filipina..

Berikutan dengan tunjuk perasaan ini Kedutaan Malaysia di Filipina telah ditutup buat sementara waktu..



Ini adalah kenyataan akhbar Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Februari 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Dan hasilnya BERNAMA melaporkan serangan mencapai objektif..

Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini.

Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo.

Beliau berkata tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.

Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.

Ismail berkata sejak serangan ofensif dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan tentera.

Awal pagi ini, wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa letupan yang menggegarkan perkampungan itu.

Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan operasi.

Ismail berkata pada masa ini pasukan keselamatan menggerakkan anggota komando, tentera dan Pasukan Gerakan Am (polis) untuk menjalankan tindakan susulan dan penggeledahan di beberapa rumah di kawasan itu.

Ketua Polis Negara turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah kematian atau mereka yang cedera.

"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedang berjalan," katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangan ofensif dalam 'Ops Sulu' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo.

Beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama dan jangan cuba memasuki kawasan operasi itu serta mematuhi arahan pasukan keselamatan.

"Kawasan operasi lebih kurang 10 kilometer persegi...selamat...kawasan khusus lebih kurang empat kilometer persegi...jangan masuk dalam kawasan ini," katanya

Ismail berkata serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalam mempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman di Sabah tidak tergugat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan pagi ini berkata kerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh. Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," kata Najib.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera berkata pasukan tentera menggunakan bahan letupan tertentu dalam serangan ofensif itu untuk menentukan agar keselamatan anggota polis dan tentera terjamin apabila mereka memasuki kawasan berkenaan untuk tindakan susulan dan penggeledahan.

"Memandangkan operasi masih berjalan, saya tidak boleh dedahkan sistem apa yang kami guna," katanya. - Bernama

Doakanlah agar seluruh anggota Keselamatan negara kita yang sedang bertugas disana senantiasa dalam lindungan Allah....

Kesultanan Sulu NAFI Ada Hubungan Dengan Pemimpin Pakatan Rakyat

Posted: 04 Mar 2013 04:50 PM PST

Laporan dari media portal berita on-line dari Filipina ini diyakini akan cuba digelapkan oleh media-media tunggangan UMNO samada Utusan mahupun TV3...

Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.

"Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka," kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III (gambar atas) dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada 'dalang' membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu melaporkan berita fitnah dengan tajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?'

manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad Datu.

Anwar kemudian memfailkan saman RM200 juta kepada kedua-dua media kawalan rejim Umno itu untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil 'KKB' – singkatan pada 'kaniya-kaniyang bayad' yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan ~ Jalan Pulang

ABN News

Baca juga laporan ini..

Sabah journey was 'KKB' - Sulu sultanate
By: InterAksyon.com

The online news portal of TV5

MANILA, Philippines -- The sultanate of Sulu brushed off President Benigno Aquino III's allegations "conspirators" funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory.

The voyage was "KKB," short for "kaniya-kaniyang bayad," meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon.

The sultanate's briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino.

Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, slammed Aquino's briefing, calling it full of "hypothetical analogy" and "speculative statements" to which they could not respond and dared Aquino to "name the conspirators" he claimed had abetted their follower's voyage to Sabah.

She also denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis.

"We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them," she said ~ interaksyon

Siapa arahkan Manila Bulletin padam laporan janji Najib kepada Tentera Sultan Sulu?

Posted: 04 Mar 2013 09:19 AM PST


Laporan yang disiarkan oleh portal berita on-line iaitu Manila Bulletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyiarkan janji Najib kepada Tentera Sultan Sulu yang kini menceroboh Sabah didapati telah dipadam.

Laporan tersebut dengan tajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia" telah disiarkan pada 21 Febuari lalu.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Malaysia.


Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.

Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar untuk menuntut janji itu dan beliau meminta perkara ini diselesaikan secara aman.

Dan kini jika hanya paparan di bawah terpapar apabila kita cuba mengakses berita tersebut.

Manila Bulletin

Walaupun sudah dipadam, paparan berita itu kini sudah tersebar secara meluas di blog dan di media sosial antaranya sila lihat di ( SINI )

Persoalannya sekarang.. siapakah yang telah mengeluarkan arahan supaya laporan tersebut ditarik penyiarannya?




Tiada ulasan: