Selasa, 5 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sekuel drama dulu. Lebih HOT!! Lebih SENSASI!!

Posted: 05 Mar 2013 07:10 AM PST


Eh... eh... drama la. Yang tak syoknyer..... derang main drama tetapi rakyat tak berdosa jadi korban. Kesian anak bini yang ditinggalkan.Mungkin drama  terkini ini, bermula dengan MOU di bawah ini..

Kita kasik kamu IC.... Kamu kasik kita undi. 
 Kita kasik kamu undi.... Kamu kasik kita janji.

Malangnyer janji yang sekian lama diberi, tidak ditepati. Ia cuma janji dicapati. Janji... janji.... di man kau janji?? 

Pohcik yeilek!! Lantas... Lahad Datu dan yang sewaktu dengannya dicerobohi.

Kini, PRU sudah dekat... RCI pasal IC di Sabah sedang menghantui si pemberi IC. Tup.. tup... Lahad Datu dicerobohi. Alamat terbarai dan terburailah tembelang si pemberi IC dan janji. Mampoos kamu!!

Citer pasal drama ini disahkan pulak oleh balu si penerima IC yang janji kepada mereka telah dicapati. Baca di bawah ini. 

Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama

5 Mac 2013

Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star
MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
"Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai," ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.-Sinar Harian

Termakan fitnah... Meroyan menggila babi beb!!

Posted: 04 Mar 2013 05:46 PM PST


Gara-gara termakan fitnah buatan sendiri maka segerobolan manusia yang kebanyakannyer berpakain merah serta membawa bendera keris telanjang telah meyerbu ke Pejabat YB Tian Chua.

Terselah kesan daripada racun fitnah yang mereka makan. Ada yang terjerit-jerit dan ada yang terpekik terlolong. Lebih kronik lagi, ada yang bertindak membakar bendera keadilan. Dasat kan...??

Racun fitnah yang mereka termakan atau sengaja makan.... telah mengakibatkan fius dalam kepala hotak mereka melotop dan ada sesetengahnya wire dalam otak mereka terputus. Sebab tu.... mereka bertindak menggila babi. Ada jugak dalam kalangan mereka yang dah macam orang bodoh...Haah, macam zombie dalam citer 'Walking Dead'. Brain dead semuanya...

Dasat... Dasat... Dahsyat sungguh racun fitnah buatan sendiri ni.

Gambar kat atas tu.... mukadimah jer. Nak lebih percaya dan lihat kesan daripada racun fitnah tersebut klik sini.

Tiada ulasan: