Anak Sungai Derhaka |
- Terdesak nak kekal berkuasa, "Projek Pembodohan Mahasiswa" oleh UMNO kini berleluasa...
- Demo lagi didepan Pejabat PKR hari ini.. (Video Inside)
- Video Samseng upahan UMNO/BN lari lintang pukang dikejar Ahli PKR..
- Video Polis halang Treler jelajah PAS ke program di Kamunting tersebar!!..
- Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan bubar DUN 22 April ini..
Terdesak nak kekal berkuasa, "Projek Pembodohan Mahasiswa" oleh UMNO kini berleluasa... Posted: 27 Mar 2013 08:51 AM PDT Satu lagi projek membodohkan rakyat, kali ini mahasiswa jadi mangsa ketakutan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN). Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah disalahgunakan sebagai tempat indoktrinisasi yang berunsur politik kepartian. Merujuk kepada laman sosial Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), pengisian yang berbentuk ceramah yang disampaikan kepada mahasiswa antaranya menyentuh berkenaan pendirian Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang disebut kononnya mengancam agama Islam serta hak keistimewaan orang Melayu. Mohamed Razali Bin Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong selaku penceramah jemputan bagi program tersebut dipercayai turut memberi ceramah berbaur hasutan ini di beberapa kampus lain. Antara inti pati kandungan propaganda yang disebar adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap minggu terbang ke Singapura bertemu bekas perdana menteri republik itu, Lee Kuan Yew tanpa menjelaskan sebab dia berbuat demikian. Berikut sedutan daripada propaganda dan fitnah yang disebarkan: Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam. "Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian." Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya supaya laporan tersebut ditarik balik. Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta beliau menarik balik laporan polis tersebut. Usaha demi usaha dilakukan sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis tersebut. Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik laporan tersebut. Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut: 1. Kristian sebagai Agama Rasmi. 2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN. 3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina. 4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun. 5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan. 6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan. 7. NGO Melayu akan dihapuskan. Contohnya PEKIDA dan PERKASA. 8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu). 9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin. 10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan. 11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun. 12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan. Banyak sangat fitnahnya.. keseluruhan fitnah sil abac di ( SINI ) Sementara itu di USIM juga dilaporkan telah berlangsung agenda pembodohan Mahasiswa oleh talibarut UMNO.. Mahasiswa USIM telah dijemput kononnya bagi mendengar taklimat mengenai isu Lahad Datu, tetapi sebaliknya mereka ditayangkan dengan video BERSIH, gambar-gambar himpunan, mengutuk pembangkang serta perjuangan gerakan-gerakan mahasiswa. Taklimat disampaikan oleh ' PEGAWAI BESAR' dari IPD Bukit Aman.Taklimat juga dihadiri Naib Canselor dan Timb Naib Canselor. Dalam sesi yang pertama diceritakan tentang keburukan student movement seperti KAMI, SMM dan lain-lain. disertakan juga apa yang berlaku semasa Bersih 3.0 tempohari dan seperti biasa, wajah Safwan Anang, Ahmad Syukri Abd Razab dan Khalid Mohd Ismath turut dipaparkan. Semuanya dipaparkan saat ketika Bersih 3.0 yang katanya 'kotor' sehabis kotor. Manakala dalam sesi ke dua pula menambah lagi kebobrokan perangai pegawai di HEP dengan menceritakan tentang YB Tian Chua dan YB Nurul Izzah dalam hal dan isu di Lahad Datu. Sumber: We Are All Safwan Anang |
Demo lagi didepan Pejabat PKR hari ini.. (Video Inside) Posted: 27 Mar 2013 05:58 AM PDT Kalau korang perhatikan video diakhir laporan ini korang akan melihat majoriti yang turut serta demo ini ialah remaja yang dipercayai masih bersekolah.. Mungkin mereka mengisi masa lapang sempena cuti Sekolah ini dengan mengambil upah menyertai demo ini agaknya... Ini laporan berkaitan dipetik dari Malaysiakini.. Sekumpulan anggota beberapa NGO pro-Umno hari ini berhimpun secara aman di hadapan ibu pejabat PKR menuntut supaya Naib Presidennya Tian Chua memohon maaf susulan dakwaan beliau menyatakan insiden di Lahad Datu adalah "sandiwara Umno".Dan ini adalah video demo tersebut dari Malaysia Chronicle.. |
Video Samseng upahan UMNO/BN lari lintang pukang dikejar Ahli PKR.. Posted: 27 Mar 2013 03:25 AM PDT Dalam insiden yang berlaku hari Ahad lalu di Pusat Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, Sabah ini sekumpulan kira-kira 20 Samseng UMNO cuba menyerang sebuah bas dan sebuah van yang diletakkan di hadapan bangunan tersebut. Bagaimanapun tujuan mereka telah dihalang anggota polis yang bertugas mengawal keadaan setelah mendapat mak1umat samseng berkenaan cuba melakukan khianat terhadap harta persendirian. Dan enam daripada mereka telah ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal-siasat. Menurut beberapa saksi kejadian yang ditemui menyatakan samseng berkenaan mula membuat bising di perkarangan pusat konvensyen itu selain membunyikan hon untuk mengganggu majlis yang diadakan di dalam. Malangnya macai-macai UMNO/BN cuba memutar belitkan cerita, kononnya ahli PKR yang ada disitu pada ketika itu telah menyerang remaja-remaja tersebut menggunakan Parang dan Besi.. Lihat video di bawah ini yang memaparkan aksi samseng upahan UMNI/BN itu yang datang dengan besi dan parang yang dibungkus dengan surat khabar dan sebagainya.. Tetapi mereka telah lari lintang pukang setelah dikejar Ahli-ahli PKR yang berada ditempat kejadian.. |
Video Polis halang Treler jelajah PAS ke program di Kamunting tersebar!!.. Posted: 26 Mar 2013 10:24 PM PDT Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting malam tadi. Pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi. Kamunting merupakan lokasi ketiga bagi program jelajah treler negara berkebajikan PAS di Perak. Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kamunting, Mohd Saad Ismail yang ditemui memberitahu beliau mendaqpat maklumat bahawa kunci treler dan juga kenderaan pacuan empat roda yang mengirinta akan dirampas kunci jika memasuki kawasan tersebut. "Dari sumber dalam yang saya perolehi sebentar tadi ada pihak yang akan merampas kunci treler dan juga kenderaan jika ia memasuki kawasan berhampiran ceramah. "Terdapat lebih kurang lima puluh anggota polis yang berada di kawasan tersebut dan tiga sekatan jalan dilakukan," jelas beliau kepada Harakahdaily. Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman juga ada memaklumkan agar tidak meneruskan program di Kamunting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Konvoi jelajah berhenti di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana sebelum berpatah balik ke Changkat Jering. Sementara itu, Yang Dipertua PAS Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang juga turut berada di lokasi tersebut berasa kesal dengan halangan tersebut. Malah menurut beliau, program malam ini hanya berbentuk santai yang dipenuhi dengan persembahan dikir barat dan juga ucapan oleh penggiat seni. "Saya kesal dengan tindakan tidak profesional menghalang konvoi jelajah ini. "Kenapa perlu mereka takut, program kita malam ini hanya berbentuk hiburan bukannya program ceramah sepertimana sebelum ini," jelasnya. Ekoran halangan itu treler jelajah meneruskan perjalanan ke Changkat Jering dengan diiringi pasukan keselamatan dari Unit Amal. |
Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan bubar DUN 22 April ini.. Posted: 26 Mar 2013 08:47 PM PDT Meskipun ada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat perlukan gerakkerja yang lebih aktif untuk dikekalkan penguasaannya, namun tindakan ini membuktikan pemimpin Pakatan Rakyat tidak takut untuk kehilangan kuasa sepertimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Dan ianya juga membuktikan mereka bukanlah gila untuk kekal berkuasa malah amat takut kehilangannya seperti Najib dan lain-lain pemimpin UMNO yang ada.. Kenapa mereka tidak takut kehilangan kuasa?.. sebabnya mereka bukanlah menggunakan kuasa untuk membina harta... Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan