Rabu, 27 Mac 2013

Addin

Addin


Dalam Diam.. Rupanya Ini Kerja MB Pahang Selama Ini..

Posted: 27 Mar 2013 10:45 AM PDT

KUANTAN, 27 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob  baru-baru ini ada menegaskan betapa ketetapan dibuatnya agar apa-apa rancangan pembangunan tanah yang hendak diluluskan di negeri ini, mesti tidak membabitkan kawasan-kawasan rizab seperti tadahan air dan tanah Orang Asli.

Ia agar negeri ini menurutnya, dapat terus memelihara alam sekitar lalu menjamin kemapanan (sustainability) hutan, serta menjagai kebajikan dan hak-hak masyarakat minoriti Orang Asli yang telah diwartakan kawasan tanah mereka.

"Kalau kita (luluskan) rancangan pembangunan (tanah) satu tempat, pastikan tak terlibat tadahan air, tak terlibat rizab Orang Asli, tak terlibat sebarang rizab yang lain, hidupan liar sebagainya," tegasnya. Sungguhpun dengan ketetapan tegas begitu, Adnan akui, ia masih dilanggari yang puncanya ialah sifat tamak pihak-pihak tertentu termasuklah mereka yang dilesenkan untuk melaksanakan kerja-kerja melibatkan tanah dan perhutanan.

"Tapi kadang-kadang manusia ni, susahlah kita nak cakap. Yang tamak tu, tamak jugalah," katanya dalam nada kesal. "Katalah kita meluluskan (rancangan pembangunan) tanah itu satu (1) hektar untuk cucuk-tanam.

Kadang-kadang orang yang dapat tu 'bengkok', dia akan buat sesetengah tempat, 10 hektar. Yang ada lesen (untuk) satu hektar, yang tak ada lesen 10 hektar. "(Yang melibatkan pula) penebangan hutan. Ia ada syarat-syarat tertentu; pokok (yang hendak ditebang) ni (mestilah ukuran) lilitan sekian-sekian, cara tebang macam mana, tepi sungai jangan usik, ada 'buffer zone'nya," tambah Adnan lagi. ~pahangdaily



Iklan C (ii)




Akhbar Berpengaruh Financial Times Ramal Najib Tempuh Laluan Sukar PRU13

Posted: 27 Mar 2013 03:04 AM PDT


Dilihat sebagai petanda bahawa penguasaan rejim pemerintah Barisan Nasional (BN) akan terus longgar, akhbar perniagaan berpengaruh Financial Times sebentar tadi mengeluarkan satu artikel yang dianggap memberi kredit kepada Pakatan Rakyat.

Dengan tajuk 'Malaysian PM Faces Big Test As Poll Looms' (PM Malaysia Hadapi Ujian Getir Saat Pilihanraya Hampir), akhbar itu menjawab pelbagai persoalan penting yang menyebabkan Najib Altantuya tidak mendapat sepenuhnya sokongan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum.

Ditulis oleh wartawannya Jeremy Grant, beliau merumuskan bahawa pentadbiran Najib Altantuya diselubungi rasuah dan salah guna kuasa di sebalik pelan transformasinya yang dianggap perlahan dalam usaha mendapat kembali pengundi BN.

Pakatan Rakyat katanya menganggap kali ini merupakan peluang terbaik rakyat untuk menggantikan BN dengan kemenangan 82 kerusi yang menafikan pemguasaan majoriti dua pertiga BN sejak merdeka 55 tahun lalu.

Bagaimanapun disebabkan keengganan Najib Altantuya mengadakan pilihanraya umum dalam kadar segera, pasaran saham Malaysia mengalami kelembapan dan menjadi bahan ketawa jiran serantau seperti Singapura dan Indonesia.

Tambahnya nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang kini mencecah 53 peratus turut melemahkan asas kewangan negara dan ia antara tertinggi di Asia, mengatasi Singapura 37 peratus dan Hong Kong 33 peratus.

Selain itu indeks rasuah yang meletakkan Malaysia di tangga ke-54 dari 176 negara juga memburukkan imej BN seperti yang dinyatakan Transparency International-Malaysia (TI-M).

Malah isu terbaru membabitkan ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud atas pendedahan yang dilakukan NGO antarabangsa, Global Watch, juga sukar untuk diatasi walaupun Najib Altantuya berjanji akan membanteras rasuah dalam salah satu indeks KPI nya.

Amaran turut diberikan kepada Najib Altantuya bahawa jika dia tidak mampu mempertahankan kuasa BN, sudah hampir pasti kedudukannya tergugat dan bakal disingkirkan pemimpin Umno sendiri.

Keengganan Najib Altantuya menjawab dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mencabarnya untuk berdebat menurunkan lagi tahap sokongan terhadap BN yang menyaksikan Pakatan Rakyat mendapat modal baru untuk membuktikan Najib Altantuya tidak layak menjadi perdana menteri.



Walaupun insiden pencerobohan di Sabah bakal memberi impak positif terhadap popularitinya, namun ia hanyalah tertumpu kepada puak nasionalis Umno yang kecil berbanding dengan tuduhan ke atas skandal yang membelit dirinya.

Dengan tidak mahu mengambil risiko meramal siapa yang akan berkuasa selepas pilihanraya umum, akhbar tersebut hanya membuat kesimpulan bahawa pihak yang menang akan menggalas beban berat menyatukan rakyat di samping memacu kembali ekonomi yang terencat akibat penangguhan berkali-kali Najib Altantuya sendiri.

Menariknya, Grant langsung tidak menyertakan pengaruh bekas perdana menteri, Mahathir yang membayangi Najib Altantuya hampir dalam semua keputusan politik walaupun Najib Altantuya menafikannya.

Ekonomi Malaysia diunjur pada 5.6 peratus tahun ini tetapi akibat ketakutan Najib Altantuya memanggil pilihanraya umum, sasaran tersebut dianggap mustahil menurut beberapa pakar ekonomi. ~jalan pulang

 

Iklan C (ii)




Akibat Ketakutan Najib, DUN N. Sembilan Bubar Otomotik Tengah Malam Ini

Posted: 27 Mar 2013 01:47 AM PDT

NEGERI SEMBILAN 27 MAC: Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi DUN pertama terbubar secara automatik bermula tengah malam ini, ketika Parlimen masih belum dibubarkan.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri kerana tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff menyifatkan pembubaran automatik ini ekoran ketakutan Perdana Menteri membubarkan Parlimen awal untuk berhadapan PRU 13.

"Bukan saja dalam sejarah Negeri Sembilan, malah di Malaysia, tak pernah terjadi DUN terbubar dengan sendiri. Ini kerana Datuk Seri Najib Razak tidak yakin untuk memenangi pilihan raya.

"Mungkin tempoh lima tahun sejak 2008 masih tidak cukup untuk menunjukkan prestasi pemerintahan beliau (Najib)," sinis Rashid mengulas perkara itu.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN. Pada 2004, Pakatan Rakyat hanya menguasai dua daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan iaitu Lobak dan Bahau.

Namun, pada PRU 2008, Pakatan menguasai tambahan 13 kerusi, sekaligus menafikan majoriti dua pertiga BN.

Kini pecahan kerusi DUN adalah – 21 milik BN dan 15 kerusi milik Pakatan Rakyat yang terbahagi kepada 10 kerusi milik DAP, 4 dikuasai KEADILAN dan satu dimenangi PAS.

Mengulas lanjut, Rashid berkata, sebagai kerajaan sementara, BN diingatkan supaya tidak menyalahguna kuasa dengan membuat keputusan serta dasar baru.

"Kerajaan sementara harus bersikap 'gentleman', urus mengikut had perlembagaan, bukan berlagak seolah-olah baru mendapat mandat dan buat keputusan besar. Sedarlah bahawa kamu (BN) hanya kerajaan menumpang bermula tengah malam ini," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Rashid memaklumkan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan cukup bersedia menghadapi pilihan raya.

"Jentera dan kerjasama antara parti dalam Pakatan cukup kuat dan erat. Saya yakin kita akan menempuh jalan mudah untuk menawan Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, T Kumar yang senada menyatakan pembubaran DUN Negeri Sembilan akibat ketakutan Najib yakin Pakatan Rakyat boleh menawan negeri itu pada PRU nanti.

"Ini tandanya BN tak yakin menang. Mereka takut sokongan rakyat luar bandar dan bandar yang semakin baik kepada Pakatan.

"Kejayaan Pakatan tembus kubu kuat Umno di kawasan Felda menambah cemas Umno BN. Kita yakin dengan sokongan masyarakat yang ketara faktor penentu kejayaan Pakatan," katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Video Polis Halang Treler Negara Berkebajikan PAS Di Kemunting Tersebar..

Posted: 27 Mar 2013 12:36 AM PDT


Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting malam tadi.

Pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.

Kamunting merupakan lokasi ketiga bagi program jelajah treler negara berkebajikan PAS di Perak.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kamunting, Mohd Saad Ismail yang ditemui memberitahu beliau mendaqpat maklumat bahawa kunci treler dan juga kenderaan pacuan empat roda yang mengirinta akan dirampas kunci jika memasuki kawasan tersebut.

"Dari sumber dalam yang saya perolehi sebentar tadi ada pihak yang akan merampas kunci treler dan juga kenderaan jika ia memasuki kawasan berhampiran ceramah.

"Terdapat lebih kurang lima puluh anggota polis yang berada di kawasan tersebut dan tiga sekatan jalan dilakukan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman juga ada memaklumkan agar tidak meneruskan program di Kamunting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Konvoi jelajah berhenti di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana sebelum berpatah balik ke Changkat Jering.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang juga turut berada di lokasi tersebut berasa kesal dengan halangan tersebut.

Malah menurut beliau, program malam ini hanya berbentuk santai yang dipenuhi dengan persembahan dikir barat dan juga ucapan oleh penggiat seni.

"Saya kesal dengan tindakan tidak profesional menghalang konvoi jelajah ini. "Kenapa perlu mereka takut, program kita malam ini hanya berbentuk hiburan bukannya program ceramah sepertimana sebelum ini," jelasnya.

Ekoran halangan itu treler jelajah meneruskan perjalanan ke Changkat Jering dengan diiringi pasukan keselamatan dari Unit Amal. ~anak sungai derhaka

Lihat video di SINI.




Iklan C (ii)




Ini Alasan Pakatan Rakyat Tolak Kerjasama SAPP Dan STAR

Posted: 26 Mar 2013 11:10 PM PDT


Selepas ini tiada lagi perbincangan akan dibuat Pakatan Rakyat bersama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Sabah (STAR).

Keputusan tegas itu dibuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan semua jentera Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KEADILAN bersama-sama dengan dua lagi sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dipengerusikan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Walaupun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan rasa 'berat hati', Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat sudah banyak kali mengadakan pertemuan dengan mereka tetapi mereka bertegas dengan formula 'kerusi parlimen Pakatan boleh bertanding tetapi kerusi DUN biar kami yang menentang Barisan Nasional (BN)'.

Sumber dalaman memberitahu, SAPP yang ketuanya Yong Teck Lee dan STAR yang dipimpin Jeffrey Kitingan tidak mahu formula Pakatan Rakyat dilaksanakan, iaitu majoriti kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti dalam pakatan itu manakala bagi kerusi DUN, pembahagian mengikut kekuatan parti akan digunakan untuk memilih kawasan bertanding.

Jika formula Pakatan Rakyat ini dibuat, ini bermakna SAPP dan STAR cuma mampu bertanding kira-kira 10 kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mereka di kerusi selebihnya, 15 di parlimen dan 40 di DUN.

Alasan Pakatan jelas, ia realistik sesuai dengan kekuatan jentera Pakatan Rakyat yang lebih tersusun selain dana mencukupi untuk menghadapi pilihanraya berbanding dua parti negeri itu yang kurang mendapat sambutan walaupun pada awalnya dikatakan 180,000 rakyat negeri ini sudah menyertai STAR.

Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari bagi STAR apabila sedikit demi sedikit ahli yang baru menyertai parti itu sudah keluar dan bersama Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN di Tenom, Sipitang dan Kudat.

Terbaru seramai 79 ahli STAR keluar di Tenom, salah satu kubu kuat mereka.

Manakala di Pensiangan, lebih 277 ahli PBS keluar dan mengisytiharkan diri mereka bersama Pakatan Rakyat dan menyertai KEADILAN.

Bagaimanapun tegas Anwar, walaupun mereka tidak bekerjasama dengan SAPP dan STAR dalam soal pembahagian kerusi, Pakatan Rakyat tidak akan menyerang mereka kerana fokus untuk menumbangkan BN kekal menjadi sasaran utama.

Kemungkinan untuk pertandingan satu-lawan-satu sudah dianggap tipis namun Pakatan Rakyat akan cuba untuk mengelak perkara tersebut semaksimum mungkin.

Tuduh-menuduh sudah tidak berguna lagi dan sekarang masanya untuk bekerja menumbangkan BN yang juga bermasalah terutamanya krisis antara ketua menteri, Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal.

Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru selaras dengan keputusan perdana menteri, Najib Altantuya mengarahkan supaya 10 daerah merangkumi 15 kerusi parlimen menjadi zon selamat akan menyukarkan Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan.

Mengapa tidak, kerana Najib Altantuya akan memastikan 15 kerusi tersebut kekal di tangan BN sekaligus mengelak tsunami politik kedua dalam sejarah megeri itu setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) melakukannya era 90-an dulu.

Peluang untuk membuat kejutam tetap ada namun tindakan licik Najib Altantuya dijangka akan menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi Anwar optimis Pakatan Rakyat sudah diterima di negeri ini dan biarlah Najib Altantuya menipu dalam pilihanraya, yang pasti rakyat Sabah akan membuat pilihan dan BN akan tahu nasib sebenarnya nanti. ~mpr



Iklan C (ii)




Rupanya Sebab Ni Daim Meroyan..

Posted: 26 Mar 2013 09:06 PM PDT

Daim Zainuddin didakwa takut dengan kemungkinan Pakatan Rakyat akan mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya ke-13 kerana bekas Menteri Kewangan itu adalah antara kroni terbesar Umno yang akan hilang kekayaan yang mereka. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Daim telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri apabila mengaut keuntungan dan kekayaan saham Bumiputera bernilai ratusan juta ringgit untuk diagihkan kepada kroni dan keluarganya.

Anwar mendakwa, beliau mempunyai rekod yang membuktikan salah guna kuasa Daim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991.

"Daim itu bimbang dengan kekayaan yang diambil secara haram daripada negara. Apa yang saya tidak setuju ialah ekonomi negara itu digunakan untuk memperkayakan keluarga dan kroni. "Daim sendiri tahu ratusan juta wang Bumiputera miskin diagihkan kepada kroni beliau.

"Saya tahu dan faham rekod yang ada kerana saya menggantikan tempatnya sebagai Menteri Kewangan selepas itu," katanya dalam satu sesi temuramah bersama radio dalam talian yang dipancarkan dari London, Radio Free Malaysia (RFM) malam tadi.

Dalam wawancara dengan akhbar kawalan rejim Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar kononnya bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar menegaskan, semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, ekonomi negara membangun pesat antara 9 hingga 10 peratus setahun di samping hutang dan defisit negara dikurangkan.

Anwar berkata beliau yakin ekonomi negara akan bertambah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang.

"Soal ekonomi negara saya yakin ia dapat ditambah baik seperti yang dilakukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang yang jauh lebih baik pengurusannya.

"Jadi bagaimana kita katakan pengurusan ekonomi Pakatan Rakyat itu lemah berbanding Umno-BN sebelum ini?" soalnya. ~jalan pulang



Iklan C (ii)




Gambar Papagomo Bersama Pemimpin Tertinggi Umno Dan Peguam Negara Tersebar..

Posted: 26 Mar 2013 06:57 PM PDT



Wan Moh Azri nak nafikan lagi beliau ialah Papagomo. Blogger yang mendapat layanan istimewa daripada pemimpin Umno.. Saksikanlah gambar-gambar yang menjadi bukti kukuh buat tuntutan pemimpin pakatan Rakyat ke atas blogger pemfitnah no. 1 ni..












~bloglist




Iklan C (ii)




Tiada ulasan: