Isnin, 25 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Husam tarik balik kes terhadap Papagomo..

Posted: 25 Mar 2013 07:20 AM PDT


Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.


Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.

"Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien," kata Husam.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.

Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

"Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.

"Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini," katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini ~ Harakahdaily 

Baca juga apa autanya untuk mengelak dari hadir ke mahkamah hari ini di SINI

Patutlah depa demo.. yang dapat projek Terowong RM6.3 Billion tu bukan kroni depa..

Posted: 25 Mar 2013 04:54 AM PDT


Petang Jumaat lalu buat yang ke entah berapa puluh kali akupun tak pasti, satu lagi demonstrasi telah diadakan di Komtar, Pulau Pinang.

Seperti biasa demo yang kelihatan sudah menjadi rutin kepada macai-macai UMNO/BN Pulau Pinang ianya diadakan setelah berakhirnya solat Jumaat..

Demo kali ini melibatkan beberapa buah NGOk yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri Pulau Pinang ini..

Ianya diadakan bertujuan Projek Mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu terowong bawah dasar laut di antara Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar yang bernilai RM6.3 Bilion..

Ianya melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Yakin bahawa kebanyakkan yang menyertai demo tersebut gagal memahami apaa tujuan sebenar projek tersebut Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog mengenai projek ini.

Dan ianya telah diadakan pada 24 Mac 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada jam 10.00 pagi. Dialog ini akan diadakan dalam Bahasa Malaysia.

Tujuan utama penganjuran dialog ini adalah untuk memberi penjelasan yang sebenar berkaitan dengan cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menaiktaraf jalan-jalan utama di Pulau Pinang dan juga membina terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam, Butterworth kepada masyarakat di Seberang Perai Utara (SPU) khususnya dan masyarakat Seberang Perai amnya.

Kira-kira 20 hingga 30 orang ahli PERKASA telah dilihat hadir dalam sesi dialog ini dan ini menimbulkan kesangsian.. huru hara apa yang akan mereka cetuskan pula kali ini..

Bagaimanapun kehadiran mereka kali ini tidak mencetuskan huru hara kerana mereka benar-benar hadir untuk mendengar apa penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai projek ini.

Mungkin mereka terkedu agaknya bila mengetahui bahawa Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur tersebut adalah seorang Melayu yang bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly..

Antara ucapan Zarul dalam sesi dialog itu..

"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.

"Salahkah saya (dari Zenith), seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat dari China (BUCG) menawarkan harga paling murah untuk rakyat Pulau Pinang, mereka (pemimpin Barisan Nasional) memberi tohmahan kepada saya," soal beliau di depan hampir 300 warga tempatan, rata-rata Melayu.

Ucapan penuh beliau sila lihat video di bawah ini..



Sesi dialog berakhir dengan aman dan kumpulan ahli PERKASA tersebut dilihat bersalaman dengan orang ramai termasuk Zarul dan juga Guan Eng..

Macam tu kan elok...faham betul-betul baru lah pertikaikan kalau tak betul.. jangan mudah percaya cerita dari pemimpin UMNO (terutama yang berada di kerusi baris belakang sekali) yang tak puashati kerana bukan kroni mereka yang dapat projek ni..

err.. gambar tak ada.. sebab tak kecoh.. he..he..


Pengerusi BN Pulau Pinang menyesal berhimpun bersama PERKASA..

Posted: 25 Mar 2013 01:05 AM PDT


Bagi mengelakkan Barisan Nasional Pulau Pinang terus ditolak oleh masyarakat bukan Melayu Pulau Pinang kerana dilihat bersekongkol dengan PERKASA semalam, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mengatakan beliau kesal bersama PERKASA.

Semalam Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, kelihatan gembira dengan kehadiran lebih dari 5,000 orang dalam himpunan 'Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang' bagaimanapun tindakan kurang bijak beliau telah menerima kritikan.

Teng memberitahu wartawan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan itu sekiranya mengetahui mengenai penglibatkan PERKASA.

"Jika mereka mahu dakwa mereka anjur perhinpunan ini, apa saya boleh buat? Saya sudahpun sampai di sini," kata Teng ketika ditanya mengenai sebab beliau menghadiri acara tersebut.

"Jika mereka mahu menyelinap masuk, apa saya boleh buat? Saya tidak akan berada di sini jika saya tahu PERKASA adalah sebahagian daripadannya, kata Teng yang juga ketua parti GERAKAN Pulau Pinang.

Barisan Nasional leaders are lending credibility to Perkasa by joining a demonstration in Esplanade organised by the Malay supremacist group yesterday.

Baljit Singh, who heads the state Gerakan legal and human rights bureau, said participation of BN leaders would give a wrong perception that the coalition was collaborating with Perkasa.

Among those present were state BN chairman Teng Chang Yeow, state Umno's deputy chairman Musa Sheikh Fadzir and secretary Azhar Ibrahim, state MIC deputy chief L Krishnan and Teluk Bahang assemblyman Dr Hilmi Yahaya. Baljit said BN leaders should have realised that they cannot be seen standing side-by-side with leaders and members of an organisation that espoused racial supremacy.

He said Perkasa's Malay agenda contradicted BN concept of 1Malaysia, recalling that BN leadership had on countless occasions denied links with the Ibrahim Ali-led NGO.

Moreover, he told FMT that Perkasa was despised by non Malays. "Public perception is important in politics. By joining a protest that included Perkasa, BN leaders are lending support to the group. "BN may just lose more non-Malay votes," warned Baljit, who boycotted the event as a protest against Perkasa participation ~ Free Malaysia Today

Kah..kah..kah... Kesian kat macai-macai PERKASA.. langsung tak dihargai rupanya mereka itu.. inilah yang dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...

Tapi alasan yang Teng berikan itu iaitu  "Jika mereka mahu dakwa mereka anjur perhinpunan ini, apa saya boleh buat? Saya sudahpun sampai di sini,".. adalah satu lagi cubaan memperbodohkan rakyat Pulau Pinang..

Dia bercakap seolah-olah beliau telah terbang dari Washington semata-mata untuk ke Padang Kota, walhal beliau datang dengan kereta.. kalau tidak bersetuju dengan PERKASA beliau boleh segera berdedar dari Padang Kota..

Dulu nak cover malu sebab Psy tak hingin gaul Yee Sang dengan Najib dan dia punya pasal Pengerusi BN Pulau Pinang ni cuba memperbodohkan rakyat, kononnya nyawa Psy diancam baca di ( SINI )

Cerita dibelasah rupanya hanya auta Papa Gomo untuk tidak ke Mahkamah?

Posted: 24 Mar 2013 08:44 PM PDT


Terbongkar lagi auta si Papa Gomo ini.. rupa-rupanya insiden beliau dibelasah dikepala yang di hebohkan oleh kebanyakkan blog Pro UMNO minggu lalu hanyalah sebagai menyediakan alasan untuk tidak ke Mahkamah hari ini.

Kononnya pada minggu lalu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan video lucah dan fitnah telah mendakwa dirinya dibelasah oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi di Segambut.

Ekoran dari kecederaan itu beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Insiden tersebut menyebabkan kebanyakkan Blogger Pro UMNO mempersalahkan Utusan kerana telah menyiarkan gambar Papa Gomo di muka hadapan terbitannya.. sila baca di ( SINI )

Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan melalui akaun Twitternya memaklumkan beliau kini bersama Husam Musa di Mahkamah Kota Bharu.

Dato Husam Musa dan saksi-saksi telah bersedia bagi meneruskan saman RM10Juta Husam terhadap Papa Gomo, malangnya kelibat Papa Gomo langsung tidak kelihatan..

Hanya para peguamnya yang hadir, selaku yang tertuduh Papa Gomo sepatutnya hadir ke Mahkamah biarpun Peguamnya berhujah memohon penangguhan.. tulis Saifuddin.

Tambah Saifuddin lagi... "Rupanya PENAKUT bila disaman!"


Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Laporan mengenai kes saman ini sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: