Addin |
- Husam Musa Tarik Balik Kes Saman Terhadap Papagomo
- Sah!! Najib Jadi PM Paling Pengecut Tengah Malam Rabu Ni
- Panas!! Risikan Terbaru, BN Hanya Mampu Menang 2 Kerusi Di Penang
- Bekas Isteri Papagomo Jadi Saksi Husam Musa
- Papagomo Bacul, Tak Berani Hadir Bicara Di Mahkamah
- Parlimen Bubar 29 Mac.. Ini Buktinya
- Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sertai KEADILAN
Husam Musa Tarik Balik Kes Saman Terhadap Papagomo Posted: 25 Mar 2013 09:05 AM PDT KOTA BHARU: Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula. Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik. Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi. Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina. Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan. Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo. "Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien," kata Husam. Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua. Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan. Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru. Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini. "Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene. "Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini," katanya. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini. ~harakahdaily |
Sah!! Najib Jadi PM Paling Pengecut Tengah Malam Rabu Ni Posted: 25 Mar 2013 07:34 AM PDT SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Khamis ini jika tidak dibubarkan dan bukannya esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan petang ini.Beliau berkata, terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan Dun yang menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan di bawah Fasal 56(3) menyebut Dewan akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama."Jadi secara automatik ia akan dibubarkan selepas itu kecuali dibubarkan terlebih dahulu. "Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu bermula atau telah tamat dan dalam dalam hal ini, kita guna Akta Interpretasi 1984 dan 1967," kata beliau pada sidang media diadakan di kediamannya di sini. Menurutnya, dalam akta itu dinyatakan, di bawah Seksyen 54(1) "in computing time for the purposes of any written law (a) a period of days from the happening of any event or the doing of any act or thing shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens or the act or thing is done. "Mohamad berkata, ia bermaksud bahawa apabila mengira waktu atau tarikh bermulanya bila dalam akta itu, hari kejadian tidak dikira sebagai hari bermula, sebaliknya hari esoknya. "Jadi dalam hal pembubaran Dun secara automatik hari kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008 tidak dikira sebagai hari pertama Dun berjalan."Ia dikira pada hari keesokannya iaitu pada 28 Mac 2008. Merujuk perkara itu, umur Dun kita akan sampai 27 Mac 2013 pada 12 tengah malamnya dan genaplah lima tahun serta terbubar pada 28 Mac 2013," katanya. Beliau berkata, selepas itu kerajaan sementara akan ditubuhkan dan jika Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu membubarkan Dun berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(2), maka tarikh akhirnya ialah 27 Mac ini. ~sinar harian Addin: Belum berlaku dalam sejarah negara kita dun bubar secara otomotik. Bermakna najib menjadi pm paling pengecut untuk berhadapan pilihanraya...najib pengecut untuk berhadapan suara rakyat yang mahu menumbangkan rejim zalim umno bn. |
Panas!! Risikan Terbaru, BN Hanya Mampu Menang 2 Kerusi Di Penang Posted: 25 Mar 2013 05:50 AM PDT Dengan angin bayu berpuput, tetiba satu berita panas nun di utara masuk. Apa lagi, satu lagi peincian tentang perkembangan politik semasa di Pulau Pinang. Nampaknya, Umno negeri kini serba tak kena dibuatnya kerana menurut risikan terbaru, hanya dua kerusi parlimen selamat di negeri itu. Kedua-dua kerusi tersebut adalah Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang mewakili Kepala Batas sejak pilihanraya tahun 1978 diramal tidak mahu dicalonkan semula, walaupun beberapa pemimpin Umno di Kuala Lumpur merayu supaya dia terus bertanding. Manakala kerusi Tasik Gelugor yang diwakili menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamaed Yakcop boleh dianggap selamat walaupun analisis terbaru menunjukkan majoriti yang diperolehinya pada 2008 akan terus menurun. Pak Lah dan Nor Mohamed hanya mempunyi kira-kira 20 hari lagi untuk membuat keputusan sama ada bertanding atau menyerahkan kerusi mereka kepada muka baru. Di Kepala Batas, sekiranya Pak Lah tidak mahu bertanding, nama panas seperti Exco Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican akan dicalonkan. Bagaimanapun Reezal (gambar bawah) tidak disenangi penduduk Kepala Batas kerana tabiat berpoya-poya dan jarang turun ke masjid atau surau sebaliknya banyak masanya dihabiskan di Kuala Lumpur. Pengundi Kepala Batas mahukan seorang pemimpin yang beragama dan merendah diri dan ini merupakan masalah besar buar Reezal yang langsung tiada ciri-ciri sedemikian. Pemimpin Umno bahagian pun kurang senang sekiranya Reezal dicalonkan kerana PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menurunkan calon berlatar belakangkan agama dan mesra dengan pengundi parlimen itu. Itulah sebabnya pemimpin Umno bahagian mahu mencalonkan seorang ustaz dari kawasan itu dan secara senyap-senyap menolak Reezal yang bukannya Melayu tulen pun. Berbanding Kepala Batas, di Tasek Gelugor agak tenang dengan perkembangan bahawa Nor Mohamed akan mempertahankan kerusinya buat penggal ketiga berturut-turut setelah menewaskan calon PAS, Ismail Salleh dengan majoriti sederhana, 4,547 undi. Walaupun kedua-kedua kerusi tersebut dianggap boleh menang, malangnya kerusi lain yang ditandingi Umno nampaknya tidak berubah nasib. Namakan saja, Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau atau Permatang Pauh, kesemuanya masih kerusi kelabu tanpa menunjukkan sebarang perubahan. Contohnya di Nibong Tebal, kerusi yang bakal ditandingi pengerusi perhubungan Umno negeri, Zainal Abidin Osman, setakat ini masih dalam kedudukan 45 peratus sahaja untuk menang. Jika KEADILAN meletakkan calon pilihan rakyat, Chegu Bard atau nama penuhnya Badrul Hisham Shahrin, kerusi tersebut pasti akan terus dikuasai Pakatan Rakyat berdasarkan cakap-cakap di akar umbi. Manakala di Bayan Baru pula, walaupun penyandangnya, Yusmadi Yusoff masih belum disahkan sebagai calon, namun pergolakan dalaman Umno sendiri yang menyebabkan peluang untuk menang cuma 43 peratus berbanding calon KEADILAN itu sekitar 55 peratus. Mesejnya di sini, jika hanya dua kerusi sahaja yang tinggal untuk Umno, bagaimana mahu mempertahankan Putrajaya di saat parti sehajatan lain seperti MCA dan Gerakan masih belum bangun dari tidur panjang? Dalam tempoh 20 hari lagi sebelum pembubaran parlimen, apa sahaja boleh berlaku dan Umno negeri sudah tidak banyak masa untuk bertelingkah sesama sendiri kerana Pakatan Rakyat tidak mampu menoleh ke belakang lagi selepas ini. ~jalan pulang |
Bekas Isteri Papagomo Jadi Saksi Husam Musa Posted: 25 Mar 2013 03:04 AM PDT KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya. Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang. Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur. Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa. Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China. "Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina. "Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh. "Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja," katanya. Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut. Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll'. Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah. Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay. Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti. Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos. Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan. Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog "parpukari.blogspot.com". Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012. ~harakahdaily |
Papagomo Bacul, Tak Berani Hadir Bicara Di Mahkamah Posted: 25 Mar 2013 01:58 AM PDT Blogger lucah Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun beliau selaku defendan sepatutnya hadir setelah disaman oleh Datuk Husam Musa. Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya."Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ...rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya. Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni. "Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. ~greenboc |
Parlimen Bubar 29 Mac.. Ini Buktinya Posted: 24 Mar 2013 09:52 PM PDT InsyaAllah, jika Rosmah Mansor tidak melakukan sebarang campurtangan maka tarikh pembubaran Parlimen untuk PRU13 ini ialah pada 29 Mac 2013. Demikian menurut satu sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri.Asas yang kuat terhadap dakwaan tersebut itu PM telah menyelesaikan semua sasaran kempen politiknya yang meliputi segemen sasaran dan lokasi; semua kalangan rakyat seperti nelayan, peneroka, guru, polis, tentera, remaja, veteran dll sudah ditemui serta seluruh negeri telah dilawati pada tarikh tersebut. Ia dikuatkan lagi dengan tarikh beliau selesai menandatangani beberapa perjanjian yang berkaitan dengan LIMA di Langkawi. Tarikh PRU tidak boleh dilewatkan lagi kerana BN rakyat Malaysia yang menerima BR1M 2.0 akan 'mudah lupa' apabila semakin lama masa berlalu di samping isu Lahad Datu yang masih panas yang dianggap menguntungkan BN kerana pameran sandiwara seolah2 BNlah penjaga kedaulatan negara. Sebab yang paling kuat PRU tidak boleh diliwatkan lagi opss silap.. dilewatkan lagi ialah kerana BN sendiri sudah keletihan. Mereka di arah buka bilik gerakan dan penaik bendera sejak 1 Februari lalu, sekarang bendera pun dah nak reput, semangat juang ahli-ahli UMNO BN dah merosot.Untuk PRU 13 ini BN dijangka akan tewas di Pusat. |
Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sertai KEADILAN Posted: 24 Mar 2013 05:40 PM PDT KOTA KINABALU 25 MAC: Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin menyertai KEADILAN bersama-sama 318 orang lagi.Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Himpunan Harapan Rakyat di Star City Convention Hall di sini, malam tadi.Lebih 5,000 ahli KEADILAN menyaksikan penyertaan Dr Muhiddin yang terkenal kerana berani menegur Kementerian Pelajaran berkaitan masalah sistem pendidikan di negeri itu. Beliau juga tidak puas hati dengan layanan Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno BN terhadap Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berikutan tidak diberi dana secukupnya. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan