Anak Sungai Derhaka |
- Panas!! Video Ribut melanda sebaik Najib selesai bercakap mengenai tujuh dosa besar .. Saksikan!!
- Demo ‘Anwar dalang Lahad Datu’ depan Masjid Negara..
- PI Bala meninggal dunia... dan ini apa yang ditinggalkan buat kita..
- Bekas Ketua Polis Lahad Datu dakwa sifat bodoh sombong pemimpin Barisan Nasional punca wira negara terkorban?
- Lahad Datu: Ini adalah laporan yang tak akan disiarkan oleh Utusan dan TV3..
Panas!! Video Ribut melanda sebaik Najib selesai bercakap mengenai tujuh dosa besar .. Saksikan!! Posted: 15 Mar 2013 08:44 AM PDT Ini apa yang Bernama laporkan..Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini. Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri. "Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. "Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut... kononnya... Berikut pula adalah apa yang Bernama tidak laporkan.. Sejurus Najib selesai menghabiskan ucapannya, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain. Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Khemah berkenaan agak jauh dari khemah utama yang menempatkan Najib dan barisan pemimpin Umno dan BN negeri dan nasib baiklah serpihan khemah terbang tidak masuk ke dalam khemahnya. Apakah ia satu peringatan buat Najib supaya jangan mencabar kekuasan Allah SWT dengan menyuruh rakyat Kelantan menukar kerajaan yang mahukan Islam diletakkan di tangga teratas? ~ Jalan Pulang Atau mungkin juga ini peringatan dari Allah buat Najib agar jangan jadi MUNAFIK!! Kalau tak silap aku.. ini adalah kali ketiga program Najib dilanda ribut... di Teluk Chempedak dulu ketika Najib mula berucap untuk melancarkan My Beautiful Malaysia ribut melanda juga.. lihat videonya di SINI | ||
Demo ‘Anwar dalang Lahad Datu’ depan Masjid Negara.. Posted: 15 Mar 2013 03:55 AM PDT Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara tengahari tadi. Siri jelajah 'Anwar Dalang Lahad Datu' anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan 'Sultan Sulu' di Lahad Datu. Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh. "Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang," laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat. Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu 'Negaraku' serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu. Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan. `Wujudkan kertas putih' "Kita mesti desak wujudkan kertas putih untk hilang keraguan siapa dalang di sebalik insiden Lahad Datu. "Kalau tak berbagai tuduhan akan terus berlaku dan takkan selesaikan masalah," katanya. Beliau turut mendakwa suasana politik Malaysia yang mengalami pelbagai masalah dalaman antara punca penceroboh 'Sultan Sulu' berani masuk ke Sabah. "Bukan saja kumpulan kecil Sulu itu, malah penjenayah lain juga akan berani menangguk di air keruh kerana masalah dalaman yang timbul di negara ini," katanya. Himpunan itu berakhir sejam kemudian selepas Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali mengetuai doa memohon keselamatan rakyat di Lahad Datu serta buat wira negara yang gugur mempertahankan negara. Orang ramai juga dilihat meninggalkan perkarangan masjid tanpa sebarang provokasi sambil diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang mengawal keadaan termasuk lalu lintas ~ Free Malaysia Today.. Kesimpulannya.. himpunan ini adalah himpunan sekumpulan manusia yang cuba menangguk di air keruh.. sedangkan punca pencerobohan di Lahad Datu itu ialah IC yang telah diberikan kepada PATI dari Filipina oleh pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa suatu masa dulu... Video yang mendedahkan tentang puak mana yang telah membawa masuk PATI dari Sulu ke Sabah suatu masa dulu untuk mengekalkan kuasa sila lihat di SINI.. | ||
PI Bala meninggal dunia... dan ini apa yang ditinggalkan buat kita.. Posted: 15 Mar 2013 01:21 AM PDT Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini. Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm. Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba. "Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital. Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby ~ Malaysiakini Dan ini apa yang ditinggalkan buat kita... | ||
Posted: 14 Mar 2013 09:04 PM PDT Bekas Ketua Polis Lahad Datu mempersalahkan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang memandang remeh isu keselamatan di Lahad Datu berikutan terbunuhnya sembilan orang Anggota Keselamatan negara dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. Menurut Kamis Daming, Putrajaya tidak pernah melayan sebarang cadangan dan juga permintaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di daerah tersebut. Seterusnya sila baca di bawah.. Ex-Lahad Datu OCPD: If only KL had listened Kenapa kerajaan memandang remeh tahap keselamatan di Lahad Datu?.. video ini mungkin ada jawapannya.. sila lihat di SINI | ||
Lahad Datu: Ini adalah laporan yang tak akan disiarkan oleh Utusan dan TV3.. Posted: 14 Mar 2013 05:30 PM PDT LAPORAN media Filipina terutamanya Inquirer.net yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia terutamanya polis bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah adalah satu tuduhan yang amat berat dan menjejaskan imej negara. Dalam laporan itu, beberapa individu ditemubual wartawan Inquirer.net mendakwa pasukan polis ketika melakukan operasi mengesan militan Sulu di kawasan perkampungan di Sandakan bertindak ganas dengan mengarahkan lelaki Filipina berlari sebelum menembak mati mereka. Malah laporan bertarikh 10 Mac dengan tajuk We're treated like animals (Kami dilayan seperti binatang) itu jelas berniat jahat kerana hanya mengambil testimoni dari beberapa individu, tanpa kenyataan rasmi pejabat kedutaan Malaysia di Manila. Laporan itu menyebut seorang wanita, Amira Taradji, 32, Jumaat lalu, melalui detik-detik hitam dalam hidupnya kerana mendakwa adiknya, Jumadil ditembak mati oleh polis. Inquirer.net turut memuatkan Amira menyebut sebahagian lelaki yang ditahan, walaupun sudah menunjukkan dokumen imigresen, tetap ditembak mati. Lebih teruk lagi, wanita ini turut mendakwa warga Filipina di pusat tahanan tidak diberikan makanan dan ada antara mereka mati kebuluran. Memberi respons kepada laporan media Filipina ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu tidak benar, dan menegaskan ia boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua negara. Katanya, tiada laporan daripada mana-mana pihak di Sabah mengadu pasukan keselamatan bertindak kejam kepada pendatang Filipina. Laporan di atas telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 13 Mac 2013 di ( SINI ) dan laporan oleh Inquirer.net itu sila baca di ( SINI ) Lantaran dari laporannya yang dikatakan berat sebelah itu koresponden dari Inquirer.net dan juga lain-lain media dari Filipina telah tidak di benarkan memasuki Sabah bagi melaporkan situasi terkini di Lahad Datu. Pengumuman mengenai larangan tersebut telah dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.. Bagaimanapun insiden yang sama telah dilaporkan pula oleh sebuah portal berita yang beroperasi di Malaysia iaitu Daily Express. Laporan portal berita Daily Express menyebut Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu. Harris juga dilaporkan telah mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.
Dan ianya telah dipetik oleh Malaysiakini.. Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu. Jika benar apa yang dilaporkan itu.. Najib bakal dituduh melanggar hak asasi manusia sepertimana yang dinyatakan oleh Pakar Undang-undang Antarabangsa Harry Roque di ( SINI ) Sekarang laporan mana satu kita nak percaya?? Apa yang dilaporkan oleh media Filipina itu dikatakan berat sebelah tetapi ianya juga telah dilaporkan oleh media Malaysia.. Bagi merungkai segala kekusutan dalam tercari-cari apa yang sebenarnya sedang berlaku di Lahad Datu, apa kata kita beramai-ramai hadir untuk mendengar kenyataan dari seorang saksi dari Lahad Datu yang dibawa khas oleh SAMM dengan kerjasama APS, 18 Mac di Dewan KL SCAH akan datang ini... Kalau nak tahu siapa yang telah mengeluarkan IC kepada pendatang Sulu dari Filipina itu sila lihat pengakuan mengenainya oleh seorang bekas Ahli UMNO di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan