Jumaat, 15 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Mimpi buruk TPM Expired

Posted: 15 Mar 2013 05:38 AM PDT


Dia dakwa pembangkang akan bikin porak peranda masa PRU13 nanti... Astaqfirullaalazim...

Dia dakwa dia ada dokumen maklumat tentang apa yang dia dakwa... Maakkk dasatnyer!!

Dia kata belum tiba masanyer untuk tunjuk bukti tersebut. Tunggu masa yang sesuai dulu...  Ek eleh...

TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak-peranda'

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.

Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat-Mkini

Komer percaya ke dengan 'kononan'  TPM Expired ini???

Weh.... usah komer caya ler. Torak dan borak dia jer tu. Tak mandang bukti nyer. Itu semua propaganda dia jer nak menakut-nakutkan rakyat dan nak tarnish reputasi Pakatan Rakyat.

Kalor ada bukti, komer ingat dia nak simpan lama-lama. Kalau betoi dia ada bukti, sepintas kilat dia akan dedahkan agar Pakatan Rakyat terima akibatnya. Ini tidak.... Tunggu masa yang sesuai.... Pooaraahh..!!

Aku rasa... dia ni terlalu takut kalah dan takut hilang kuasa hingga dalam mimpi dia kot, yang dia nampak keadaan huru-hara dan porak-peranda masa pilihan raya. Dalam keadaam mamai-mamai... dia kompius.

Hahahaha... sebenarnya, bukan Pakatan Rakyat yang bikin huru-hara tetapi puak-puak mereka yang dalam keadaan huru-hara.... lari lintang-pukang untuk mengelakkan diri daripada diseret ke dalam kubor.

Rupanyer... Pakatan Rakyat kini, menjadi igauan buruk mereka. Kah kah kah kah kah....

Pssstt... 'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?'

Posted: 14 Mar 2013 09:14 PM PDT


'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?'

Ya lah... Semua orang nak tau. Dia sultan tak berdaulat tapi boleh beli senjata baru lagi canggih....  Mana dia dapat duit ek??

Tu la.... Sebab derang punyer pasal ler RCI yang siasat pemberian IC di Sabah ditunda. Ini semacan nak delay telor tembelang daripada terpecah jer. Kalau telor tembelang terpecah... penghor 1Malaysia. Orang tentu akan tanya... Sapa punya telor tembelang ni??

Kalau rakyat tahu citer sebenar pasal telor tembelang dan siapa tuan punya nyer.... pasti dengan tuan-tuannyer sekali kena kambus dalam tanah. Mampppuuss..!! PRU13 kan ke dah dekat... Anytime jer Parlimen boleh bubar. Kalau rakyat tau... mampos depa kena kambus dalam tanah. Boleh mati tau.... Kalau dah mati... jangan harap ler nak bangkit semula. Itu sebab, ada orang takut sesangat tu... Banyak implikasinyer kalau puak-puak ni tumpor. Implikasi pulak tu.... negatif belaka.

Lantaran itulah... banyak benor pihak sebelah sana yang bukak mulut. Biasanyer orang yang banyak keluarkan statement itu ini... nak tutup kelemahan diri. Mulut pok pek pok pek.... jari pulak tunjuk orang tu dan orang ni. Eeee... tak mengasi betoi!!

Eleh... ini semua taktik nak cover diri agar citer pasal telor tembelang. tak terbarai. Mana demer tak penin kalau telor tembelang udah nak terbarai.... Pembangkang pulak tu, semakin mendapat sokongan. Kalau tak buat sesuatu... sure terkambus masuk kubor punyer..

Haisshh... Malas ler nak layan drama sandiwira ni... buang masa je. Baik kita concentrate perkukuhkan jentera pilihan raya kita.. agar mantop dan melotop-lotop.

Berbalik kepada soalan mukadimah di atas....

'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?'

Jawapannyer apa lagi.... Ini semua Anwar punyer pasal. Ini mesti Anwar yang sponsor depa tu. Kalau tak Anwar sapa lagi, kan...?? Fuuhh.... hebat manusia Anwar Ibrahim ni!! Patutler depa takut..

Kah kah kah kah kah kah....

Tiada ulasan: