Anak Sungai Derhaka |
Tengok video "The Silent Riot' ni.. dan bandingkan dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.. Posted: 10 Mar 2013 09:53 AM PDT Ini adalah catatan perjalanan sebuah sejarah di Sabah yang memaparkan apa yang berlaku dinegeri tersebut apabila percaturan untuk kekal berkuasa menemui kegagalan. Ianya berlaku pada tahun 1986 setelah sebuah parti yang baru ditubuhkan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bergabung dengan USNO menewaskan parti BERJAYA yang merupakan komponen Barisan Nasional.. Dalam pergelutan untuk mengekalkan kuasa ini 5 rakyat Sabah telah terbunuh, Masjid diconteng dengan lambang Salib dan dibakar oleh pendatang yang di bawa masuk dari Pulau Gaya. Mereka merupakan rakyat Islam Filipina yang ingin menyelamatkan diri dari kezaliman kerajaan mereka.. Mereka juga telah dipergunakan oleh pemimpin yang gila untuk mengekalkan kuasa.. sebagaimana yang diamalkan Njib..'U help me, I help you'.. Dalam hal ini You ikut arahan I, I bagi you IC.. Rusuhan selama 48 hari ini telah menyebabkan Sabah dikenakan perintah berkurung selama 30 hari.. Lihat betul-betul dan bandingkan dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah hari ini.. Dan fikir dengan hati yang terbuka kerana Sejarah tidak pernah berbohong, kecuali buku sejarah yang ditulis oleh macai UMNO/BN.. Lihatlah!! Itulah puncanya IC diberikan kepada pendatang Filipina yang kebanyakkannnya dari kaum Sulu secara besar-besaran.. Siapakah yang menjadi barua dalam menggadaikan negara demi mengekalkan kuasa itu??.. video di bawah memberikan jawapannya.. |
Pendirian Bapa Saiful diyakini lebih 90% pembaca Sinar.. Posted: 09 Mar 2013 05:00 PM PST Jumaat lalu negara dikejutkan dengan satu lagi bala yang menimpa Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan sudah expired tempohnya bilamana Bapa kepada Saiful Bukhari mendakwa tuduhan liwat kedua adalah satu konspirasi politik. Dalam dakwaannya itu Bapa Saiful telah menamakan seorang individu yang merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri sebagai dalang konspirasi ala yahudi ini.. Rentetan dari itu .. tanpa sebarang laporan Polis dibuat, pihak Polis dilaporkan oleh Bernama akan memanggil Bapa Saiful bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian. Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian. "Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas. "Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi Jenayah' di Kuchai Lama hari ini. Sementara itu, di SERI MANJUNG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Saiful dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar ~ Laporan penuh sila baca di Sinar Harian. Ini adalah surat pengakuannya.. Dipercayai untuk mencari dan mengetahui apakah penilaian rakyat terhadap pengakuan Bapa Saiful itu Sinar On-Line telah mengadakan satu pengundian. Pendirian siapakah yang lebih diyakini oleh pembacanya.. Dari 1117 yang mengundi.. hasilnya.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan