Addin |
- Gambar TGNA Di Hadiahkan Wallet Bagi Menggantikan Sampul Surat.. Saksikanlah!!
- Piere Andre Jual Nama Ustaz Azhar Idrus?
- Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Pendedahan Bapa Saiful Bukhari
- 94% Pembaca Sinar Harian Online Yakin Pendirian Bapa Saiful Bukhari
Gambar TGNA Di Hadiahkan Wallet Bagi Menggantikan Sampul Surat.. Saksikanlah!! Posted: 10 Mar 2013 04:00 PM PDT |
Piere Andre Jual Nama Ustaz Azhar Idrus? Posted: 10 Mar 2013 08:38 AM PDT Belum pun memasuki pawagam, pembikinan Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang arahan terbaru dari Pierre Andre mencetuskan sedikit kontroversi. Semuanya gara-gara pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus sebagai salah seorang pelakon filem terbabit. Bagaimanapun, yang menimbulkan isu apabila Azhar mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi untuk berlakon dalam filem berkenaan. Menjelaskan situasi yang berlaku, Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar Azhar untuk menjayakan watak ustaz dalam filem ini. Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari Azhar, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem ini. "Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. "Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini. "Bagaimanapun, jika ustaz tidak dapat menerima, kita akan ke plan B dan saya akan berbincang dengan Mejar David Teo terlebih dahulu mengenai perkara ini," katanya kepada Zass. Pierre berkata, penggambaran filem ini sudah berjalan dan ia hanya melibatkan Shiro selaku teraju utama. "Saya rasa tidak ada masalah untuk menjalani penggambaran biarpun ustaz masih belum memberi kata putus, kerana pelakon utamnya adalah Shiro. Jadi kita selesaikan dahulu babak yang melibatkan Shiro," katanya yang kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, Cerita Kita. Pilihan tidak bertudung? Sementara itu, menyentuh mengenai majlis pernikahannya yang berlangsung Jun ini, Pierre berkata, segala persiapan sedang dilakukan dia amat bertuah kerana tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim, begitu memahami. "Saya dan tunang hanya merancang dan ALLAH SWT yang menentukan. Jadi kami hanya buat seperti apa yang telah direncanakan oleh ALLAH SWT untuk kami juga," katanya. Ditanya mengenai pemilihan bulan Jun, Pierre berkata, tidak ada sebarang tarikh istimewa pada bulan Jun, sebaliknya dia mendapat nasihat dari orang alim untuk mengadakan pernikahan pada bulan Syaaban. "Saya difahamkan, bulan Syaaban banyak syafaat dan segala urusan akan dipermudahkan. Kebetulan bulan Syaaban jatuh pada bulan Jun, jadi sebab itulah pernikahan kami akan berlangsung pada Jun ini," katanya. Bagaimanapun, menyentuh persepsi orang ramai mengenai tunangnya yang tidak bertudung, walhal Pierre pula sudah berhijrah, Pierre berkata, dia tidak menyalahkan orang lain kerana mereka tidak mengenali Hidayah. "Saya mengenali dia sebelum saya berhijrah. Tidak adil untuk dia jika saya meninggalkan dia hanya kerana saya sudah berhijrah," ujarnya. Ditanya apakah dia akan menyuruh tunangnya mengenakan tudung sebaik bernikah, Pierre berkata : "Bagi saya, perkara paling penting, saya kena ubah diri sendiri sebelum ubah orang lain. "Lagipun kita tidak boleh nilai dia pada penampilannya sahaja. Bersangka baiklah pada orang," jelasnya. Karier dan dakwah Dalam pada itu, menyentuh mengenai hala tuju kariernya selepas ini, Pierre berkata, dakwah akan menjadi keutamaannya selepas ini. Namun dalam pada masa sama, dia akan aktif dalam bidang seni. Bagaimanapun, jika berlakon, dia lebih senang memilih cerita-cerita dakwah dan mengarahkan filem berunsur dakwah sahaja. "Bukan tidak sayang karier, tapi dakwah itu lagi penting. Bagaimanapun, saya akan membahagikan masa sebaik mungkin tanpa mengabaikan karier saya," ujarnya. ~sinar harian |
Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Pendedahan Bapa Saiful Bukhari Posted: 10 Mar 2013 06:51 AM PDT Anwar ketika menyampaikan ucapan pada sambutan ulang tahun ke-5 pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, malam kelmarin.GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari atas pendedahan yang dibuatnya semalam bahawa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendalangi kes liwat kedua melibatkannya.Anwar berkata, pendedahan yang dibuat Azlan itu menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah jahat yang dilakukan untuk memenjarakannya. Sementara itu di di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat yang dihadapi Anwar akan dapat diselesaikan tidak lama lagi."Pendustaan satu masa dulu akan terbongkar, menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar). Alhamdulillah, semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini, dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang, pagi semalam.Nik Aziz berkata, kini sudah jelas Anwar menerima kifarah di dunia lagi dan mengharapkan Ketua Pembangkang itu akan bebas daripada tuduhan serta menerima pembalasan yang baik di akhirat kelak. ~sinar harian |
94% Pembaca Sinar Harian Online Yakin Pendirian Bapa Saiful Bukhari Posted: 09 Mar 2013 08:48 PM PST KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian. "Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas. "Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi , bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu 'konspirasi politik jahat' untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu. Sementara itu, di SERI MANJUNG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Saiful dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar. "Saya terkejut bapa dia tuduh macam-macam kerana Saiful yang jadi mangsa. Rakyat kena adil kepada orang yang mendakwa menjadi mangsa, bukannya hanya nak bercakap, memfitnah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Pasar Komuniti dan Karavan Daerah Manjung hari ini. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu meminta pembangkang tidak mengambil kesempatan memperguna Azlan dalam isu tersebut kerana bapa Saiful mengaku tidak mengetahui apa yang berlaku. "Dia hanya mendengar daripada perbicaraan, dan dia pernah merungut dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak berjumpa dengannya," katanya. Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat Anwar, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya pertuduhan terhadap Anwar itu adalah satu fitnah. Saiful berkata beliau percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu 'pengkhianat negara' berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul pula berkata kenyataan Azlan secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang mengejutkan. "Saya yakin rakyat tertanya-tanya mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan. Adakah ini cubaan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih besar berlaku di negara ini, iaitu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah?," katanya. Beliau berkata beberapa pemimpin pembangkang turut mengeluarkan kenyataan tweet 'kantoi' kepada pihak kerajaan sebagai respons mereka untuk menyokong kenyataan Azlan. "Perlu diingat mungkin perkara ini akan berbalik kepada pembangkang juga apabila memainkan isu ini dengan niat untuk meraih sokongan rakyat," katanya. ~sinar harian Namun bancian dari pembaca sinar online menunjukkan sebaliknya.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan