ALHUSSEYN |
- Inilah baru betul ~ Pejuang Rakyat Sejati!
- Malaysia tolak genjatan senjata Kiram
- Gempar ! Harimau Bintang muncul di Lahad Datu ..
Inilah baru betul ~ Pejuang Rakyat Sejati! Posted: 07 Mar 2013 09:17 AM PST Presiden paling miskin dalam dunia ~ dermakan gajinya 90% untuk amal kebajikan. Lazimnya, ketua sesebuah negara tidak pernah dikaitkan dgn kemiskinan. Malah Perdana Menteri seperti Najib Tun Razak. dan isteringa, Rosmah Mansor, sering diberitakan terlibat dengan pembaziran yang sangat melampau. Cerita tentang cincin berlian, beg, kasut dan pakaian Rosmah sahaja dah menelan jutaan ringgit! Satu dunia dah tahu! Aku nak ceritakan di entri ini ialah berkenaan apa yang patut Rosmah dan Najib patut tahu supaya mereka dapat mencontohinya dan berjimat. Kalau mereka boleh berjimat, aku akan sokong depa.Tapi, jangan haraplah kalau depa mampu berjimat! PRU ini depa akan hamburkan wang sana , wang sini ~ macam bagi itik dan ayam makan....tengoklah nanti kalau korang tak caya apa yg aku cakap nih! Presiden Uruguay, José Mujica , mendapat jolokan gelaran sebagai 'Presiden Termiskin' dan 'Presiden Paling Dermawan' dalam dunia selepas pendedahan bahawa beliau mendermakan 90% gaji pendapatannya kepada amal kebajikan. Dalam satu temubual, Mujica memberitahu akhbar Sepanyaol, El Mundo , beliau mendapat gaji $12,500 sebulan tetapi Cuma mengambil $1,250 untuk dirinya, mendermakan yang lainnya untuk amal kebajikan. Cara hidup nya yang sangat sederhana dan merendah diri itu dapat dilihat apabila beliau enggan tinggal di Istana Presiden atau menggunakan kakitangan istana tersebut. Enggan menggunakan kereta resmi, tetapi hanya menggunakan Volkswagen Beetle , keretanya sendiri yang bernilai $1045 itu sebagai kegunaannya Beliau mengusahakan tanaman chrysanthemums sebagai aktiviti ekonomi di rumah ladang yang beliau diami kepunyaan isterinya, Lucía Topolansky, seorang senator, yang juga mendermakan sebahaginan dari gajinya. "Saya berasa cukup selesa dengan jumlah tersebut kerana ramai lagi rakyat Uruguay yang hidup lebih kurang dari itu" beliau memberitahu El Mundo. Mujica, 77 tahun, adalah bekas ketua pejuang gerila , yang menentang rejim tentera Uruguay dalam tahun 1970-an. Pernah dipenjarakan selama 13 tahun oleh rejim tentera negaranya dimana 2 tahun lebih, beliau merengkok di dalam satu perigi dengan hanya bertemankan semut... Beliau juga merupakan Menteri Penternakan, Pertanian dan Perikanan dari 2005 hingg 2008 dan kemudian berkhidmat sebagai seorang senator. Kemudian, sebagai calon presiden bagi pihak Broad Front, gabungan yang berhaluan kiri , Dengan slogan 'An honest government, a first-class country', Mujica berjaya memenangi pemilihan 2009 untuk menjadi Presiden Uruguay pada 1 Mac, 2010. Uruguay adalah sebuah negeri terkecil di Selatan Amerika dari segi kawasan, selepas Suriname. Bagaimana pun, ia adalah negeri yang paling maju dalam benua tersebut, dengan GDP per kapita $15,656. Itu adalah kurang dari separuh dari Amerika Syarikat yang GDP per kapitanya, tetapi tiadalah tiga kali ganda pendapatan di Honduras yang mempunyai GDP per kapita yang hanya $4,345. Di bawah Mujica, Uruguay telah dikenali sebagai negeri yang rendah tahap korupsinya.Negara Amerika Selatan menduduki tempat kedua paling kurang korupsi di negara Latin Amerika mengikut index Korupsi Global Transparency International. Tanpa mempunya akaun bank dan hanya dengan sedikit hutang, Mujica memberitahu El Mundo bahawa dia boleh tidur dengan nyenyak. Apabila tempohnya tamat, beliau bercadang untuk berehat dengan lebih aman lagi di rumah ladangnya itu bersama isteri dan anjing kesayangannya, Manuela. — dengan p-noy aquino. |
Malaysia tolak genjatan senjata Kiram Posted: 07 Mar 2013 02:23 AM PST FELDA SAHABAT, Malaysia -Menteri pertahanan Malaysia hari ini menolak tawaran gencatan senjata oleh Sultan Sulu melainkan pejuang yang melancarkan serangan maut "menyerah duri tanpa syarat". "Satu gencatan senjata sebelah pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali militan tersebut menyerah diri tanpa syarat," Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata Twitter nya. 'Sultan', Jamalul Kiram III, telah mengisytiharkan gencatan senjata unilateral 12:30 (0430 GMT). Jamalul mengisytihar gencatan senjata setelah Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menggesa resolusi damai . Ia juga bertepatan dengan lawatan mengejut ke kawasan itu oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memeriksa operasi keselamatan. |
Gempar ! Harimau Bintang muncul di Lahad Datu .. Posted: 06 Mar 2013 08:30 PM PST Operasi Daulat yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia pagi tadi bagi menggempur kedudukan pengikut Kesultanan Sulu di kampung Tandau, Lahad Datu, menyebabkan penduduk kampung berhampiran di situ terpaksa dipindah keluar sebagai langkah keselamatan. Khabarnya, para penduduk yang sedang dipindahkan itu turut digemparkan dengan kehadiran seekor Harimau Bintang kacukan yang muncul secara tiba-tiba ditengah-tengah kumpulan mereka.Cer lihat gambar bawah nih! Dan dikhabarkan lagi, bukan sahaja orang-orang kampung terpaksa dipindah keluar dari tempat yang akan di gempur pasukan keselamatan, malah beberapa haiwan lain juga terpaksa turut di pindahkan. Ha! ha! ambiklah korang! Aku dah jemu tulis pasal perang....sesekali kena coolkan sedikit dengan humour bodoh macam ini! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan