Addin |
- (Video) Penjelasan Nabil Berkenaan Video Bangkang Dari Longkang
- LIVE!! Kisah Dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’
- (Video) Kenyataan Dr. Asri, Tamparan Buat Najib Dan Umno
- Peguam Kes Scorpene Di Temui Mati
- Membongkar Rahsia Dr. Asri Zainal Abidin
- Punca Dr. Asri Tak Jadi Bertanding Tersebar
- Panas!! Zul Kulim Terkucil Di Kepung Penyokong Pakatan Rakyat?
(Video) Penjelasan Nabil Berkenaan Video Bangkang Dari Longkang Posted: 18 Mar 2013 10:13 AM PDT Nabil.. Ko Rapat dan berkerjasama dengan Afdlin Sauki. Afdlin Sauki dan Harun Salim Bachik asalnya pro PR.. dalam maharaja lawak.. banyak imej2 mempersenda Rosmah Mansor. Tiba2 apabila menang anugerah Maharajalawak.. dia masuk umno. Nabil.. Gua kenal Siapa Harun Salim Bachik,,,Sapa Afdlin... so dia terpaksa masuk umno sebab periuk nasinya hanya ada dalam umno.. umno kawal RTM.. TV3... ASTRO.. itulah FAKTOR ketakutan mereka berdua. Nabil...Paling tidak tidak pun ko juga pro PR.. sebab ko rapat dengan mereka..ko berkata kata dalam video di bawah ni sebab apa? jika ko kata ko sokong PR..maka HITAMlah masa depan karya seni ko nanti.. Nabil.. ko paham? ~king of goblok | ||||||
LIVE!! Kisah Dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ Posted: 18 Mar 2013 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR 19 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung Forum 'Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini melalui rangkaian radio internet. Dua saksi hidup tragedi berkenaan, Siti Aminah dan Mat Swadi antara ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS). Ahli panel ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin; Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid. Turut sama ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol; bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah; Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin. Untuk ikuti forum, KLIK INI (Radio Bangsar Utama) atau KLIK INI (Suara Rakyat FM) LIVE Video streaming sila lihat di SelangorKu | ||||||
(Video) Kenyataan Dr. Asri, Tamparan Buat Najib Dan Umno Posted: 18 Mar 2013 07:14 AM PDT KOTA BHARU: "Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak," kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang. "Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan," katanya pada Wacana Perdana bertajuk 'Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?' di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin. Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir. Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan. Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah. Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab. Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan. Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008. "Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam," ujarnya. Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008. Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu. "Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula," tambahnya. ~harakahdaily | ||||||
Peguam Kes Scorpene Di Temui Mati Posted: 18 Mar 2013 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR 18 MAC: Peguam Perancis, Oliview Metzner, yang mewakili firma pertahanan DCNS dalam inkuiri kehakiman kes Scorpene, ditemui mati didakwa sebagai kes bunuh diri.Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).Mengikut BBC News Europe, mayat Metzner (gambar) ditemui terapung di lautan berhampiran pulau peribadinya di Brittany, barat laut Perancis. Dilaporkan, polis menemui satu nota bunuh diri.Metzner mewakili kepentingan dalam DCNS – syarikat menjual dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia sedekad lalu.Suaram memfailkan siasatan kehakiman kepada mahkamah Perancis pada 2009 berhubung kemungkinan wujudnya rasuah dalam perjanjian Scorpene. Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh secara kejam mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006. Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin. Balasubramaniam bagaimanapun meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung.Siasatan mendapati Gifen – sebuah subsyarikat kepada DCNS berpangkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. ~keadilandaily | ||||||
Membongkar Rahsia Dr. Asri Zainal Abidin Posted: 18 Mar 2013 02:09 AM PDT Kota Bharu 16 Mac pagi, sementara menunggu untuk berangkat ke airport saya mengambil sedikit makanan di cafeteria hotel. Alas perut untuk makan ubat. Sambil makan dan berbual dengan YB Limbongan Drs Zainduddin Awang Hamad, tiba-tiba melalau kelibat Dr Mohd Asri Zainal Abidin alias Dr Maza. Terserempak dengan Asri di Kota Bharu. Begitu tertenguk kelibatnya saya teringat kepada satu twit beliau kepada saya beberapa minggu lalu. "Sayuti call saya" begitulah tulisnya rengkas agak penting. Saya terlepas pandang mesej itu menyebabkan hampir enam jam baru saya membalas. Saya tidak memiliki nombor telefonnya. Lalu saya hantar PM menerusi Facebook. Tidak dijawab. Kebetulan satu hari terjumpa dengan seorang rakan di Utara yang baik dan kenal dengan Dr Maza. Saya minta nombor telefon kemudian menghantar mesej. Tidak jawab juga. Apa lagi saya abaikan, bahawa tidak ada apa-apa hendak cakap ataupun tempoh penting itu sudah berakhir. Dalam kepala terus tertanya-tanya kenapa dia twit saya, kemudian kenapa tidak balas SMS saya? Mungkin dia sibuk atau dia juga sudah ada diabetis seperti saya, mudah lupa. Kekadang spek yang sudah terletak di dahi pun masih mencari cari sampai ditegur bini. Al nyanyuk dah tetapi tidak seterus Mahathir Mohamad. Cis.. Jadi pertembumgan di cafeteria hari itu sungguh merujakan. Saya lantas fleshback akan apa yang berlaku, dia tidak menunjukkan respons, dan berlalu sambil memgatakan akan menghubungi saya. Sedikit kecewa dengan telatah itu. Ertinya masej saya dia terima dan saja tidak mahu menjawabnya. Dia seakan mencari seseorang. Tidak sampai tujuh minit dia masuk balik ke ruang cafeteria, ambil segelas jus berwarna merah dan duduk semeja dengan saya. Begitulah takmaniah dan sopannya seorang ustaz, bernama Asri tenang dan menyakinkan. Tidak gelojoh seperti Fatul Bari atau berbolot macam ustaz muda PAS. Percakapan bermula dengan dia memberi sedikit maklumat mengenai wacana yang dihadirinya malam itu, di Padang Perdana. Dia berwacana bersama beberapa ahli panel lain termasuk dari rahang Umno, rahim ISMA. Khabarnya ramai orang tetapi sayang dewan sempit. Lain kali hendak buat wacana melibatkan Asri pastikan tempatnya besar. Saya maklum majlis itu tetapi tidak pergi kerana hadir satu majlis di hotel berkenaan yang berjalan serentak. "Wakil Umno tidak datang," katanya tanpa saya mengajukan persoalan mengenai itu. Saya sudah maklum yang wakil Umno (Ustaz Najmi) begitulah lebih kurang namanya. Kenapa? Mungkin kecut perut atau rasa tidak padan berdepan dengan Asri atau pun phobia berdepan dengan penonton yang sesetengahnya kurang asam jawa. Penonton wacana politik di Kelantan agak fanatik macam bola sepak juga. Mereka akan menyorak-nyorak dan mengejek ahli panel yang tidak sebulu dengan jiwa dan ideologi politiknya. Inilah antara sebab kenapa ahli panel dijemput berdikir enam kali untuk hadir. "Macam mana dengan ISMA?" tanya saya. Dia jawab wakil NGO itu ada. "Siapa wakilnya?" tanya saya lagi sambil meneka, Abu Zaik presidenya. "Tidak," jawab Asri ringkas. "Setiuasahanya bernama Amin tu...?" teka saya. Hairan sepatutnya Abu Zaik yang datang ke Kota Bharu sambil mengenal beberapa kawasan untuk meletakkan calonnya dalam pilhan raya nanti. Lagi banyak kawasan bertanding lagi kembung dan gemuk poket seluar. Hatta kena bawa guni, boleh jadi juga. 'Iya..." balas Asri mengangguk. "Kuat dia kena semalam." sungut Asri lagi. Maksudnya ISMA. ISMA pertubuhan yang lahir dari tulang rusuk JIM beranak di Khaerah didokong oleh ulama' al Azhar dan juga Mesir. Mereka berpegang kemas kepada prinsip mendaulatkan bangsa (kaum) lebih utama dari agama. Antara bacaan mereka ialah kitab Muqadimah karangan Ibnu Khaldum. ISMA akhit juga mengadakan program keagamaan NGO ini mendapat peruntukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Wow.... "Apa pandangan Usaz mengenai ISMA?" Tanya saya jujur ingin mengetahui pandangan bekas Mufti Perlis ini. "Mereka nak cuba menjadi kuas apolitik baru...," itu saja jawabnya. Saya sambung, "Nak jadi kusa politik baru macam mana, orang tidak kenal. Orang tidak tahu siapa tokoh-tokoh mereka. Dia berpegang kepada pandangan lama yang menyempitkan minda politik bangsa?" "Cara mereka tidak tepat, mereka bawa stail politik lama, 80-an," ujar Asri. [wm.kl.9:30 am 18/03/13] Bersambung esok atau lusa. Cerita Najib panggil Maza? ~mso | ||||||
Punca Dr. Asri Tak Jadi Bertanding Tersebar Posted: 17 Mar 2013 09:37 PM PDT Tokoh agama terkenal, Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket KEADILAN, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut. Sumber-sumber KEADILAN memberitahu, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Altantuya dua minggu lepas. Menurut sumber lagi, parti itu juga mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka akan diumumkan penghujung bulan ini. Difahamkan KEADILAN ingin melantik tokoh agama itu sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri. Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya. Surat-menyurat pertemuan Menurut sumber KEADILAN lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib Altantuya sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan. Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin KEADILAN. Antaranya, surat pihak Najib Altantuya itu menyebutkan pertemuan itu diatur di pejabat perdana menteri pada petang 28 Februari lalu (Khamis) oleh seorang pegawai pemimpin tersebut. Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi. Muncul melalui kegiatan PAS era mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum Shahidan digugurkan selepas pilihanraya umum 2008. Selain mengekalkan hubungan dengan tokoh Umno itu, Dr Asri juga dikatakan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP. Kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini berminat mencalonkan beliau. Difahamkan, DAP berminat menyerahkan satu kerusi selamat di DUN di Pulau Pinang. Sementara KEADILAN pula ingin meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu di kerusi Penanti, bawah parlimen Permatang Pauh. Dr Asri tolak jadi calon, kerusi TKM Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi malam tadi enggan mengulas berhubung perkara itu. Bagaimanapun, sumber-sumber yang dekat dengannya berkata, Dr Asri sendiri sebenarnya telah menolak tawaran KEADILAN itu, termasuk tawaran kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang, yang ditawarkan sendiri oleh Anwar. Difahamkan tindakan itu diambil kerana Dr Asri merasakan langkah itu "tidak sesuai" dan beliau masih boleh menyumbang sesuatu walaupun selepas pilihanraya dan tidak menjadi calon. "Tunggulah era politik baru pasca-PRU13 nanti," kata sumber dalaman itu sambil menambah "Dr Asri akan ada dalam siri berikutnya". Keputusan muktamad itu dibuat setelah berbulan-bulan KEADILAN memujuk Dr Asri, termasuk menghantar pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bagi bertemunya. Malah, menurut sumber juga, setakat minggu lepas, Dr Asri masih dihubungi oleh seorang naib presiden PKR yang memintanya menimbang bertanding atas tiket KEADILAN. Selain Dr Asri, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik juga antara dua tokoh ulama muda yang sedang direkrut menyertai Pakatan Rakyat dalam kempen menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Berbeza dengan Dr Asri, kedua-dua mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad walaupun pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. ~mkini | ||||||
Panas!! Zul Kulim Terkucil Di Kepung Penyokong Pakatan Rakyat? Posted: 17 Mar 2013 06:54 PM PDT Keghairahan Zul Kulim menunjukkan keangkuhannya dengan menggunakan sekolah (Dewan Besar SMK Guar Perahu) sebagai tempat ceramah dan berpolitik telah membangkitkan kemarahan penduduk setempat. Para penduduk keluar beramai-ramai dan mengepung sekolah tersebut sehingga puak-puak perkasa dan tibai tidak berani keluar dari perkarangan sekolah terbabit. Seorang anggota AMK dikhabarkan telah menendang speaker yang digunakan dalam ceramah tersebut ketika Zul Kulim sedang berapi-api menghina dan mencaci Anwar Ibrahim. Mereka turut dikhabarkan mengedarkan risalah fitnah diiringi dengan ucapan Zul Kulim. "Modalnya seperti biasa tak lain tak bukan memburuk-burukkan DSAI. Tapi kali ini dia silap tempat. Katak kurap sepertinya cuba masuk ke kandang harimau. Setiap patah perkataan yang diucapkannya disahut dengan laungan "Takbir" dan "Reformasi" oleh penduduk yang rata-ratanya penyokong kuat PR. Tak sempat habis dia berucap penduduk yang hilang sabar mendesak dia berhenti...Kepungan dan pekikan orang ramai mengiringi berambusnya sang katak UMNGOK ini." dipetik daripada SINI
Nak tahu apa kata utusan baca SINI... Agak-agak terkucil air kencing si Zul Kulim tak? ~gendang perang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan