A Mum Of Three Mohd |
- Satu keputusan yang tepat
- Penjilat tegar mohon maaf akhirnyer..
- Kalau banyak masalah... Not good for the country lah.
- Hello Pak Din.. Bukan setakat 25 jam, tetapi all out sepanjang masa
- Tak lut.. Kerat tak putus. Cincang tak lumat...
Posted: 18 Mar 2013 07:15 AM PDT Respek keputusan yang dibuat oleh Dr Maza. Stay nuetral. Sana buat salah... hantam. Sini buat salah... hantam. Demi kebenaran... hantamlah!! Asri mahu kekal neutral, tidak tanding pilihan rayaKUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menamatkan spekulasi beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 apabila beliau berkata hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada. "Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang," kata beliau dipetik laporan Sinar Harian Online Bekas mufti Perlis itu sebelum ini diwar-warkan akan menyertai politik sekaligus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga sebelum ini pernah mengakui ditemui pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu. Asri sebaliknya berkata beliau hanya mahun memainka peranan sebagai pemikir yang hanya akan "menegur" pemimpin kerajaan yang memerintah. "Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis," katanya lagi. Asri sejak 2010 dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya, namun desas-desus itu masih tidak jelas parti politik mana yang akan menjadi pilihannya. Selain Asri, tokoh agama lain yang turut disebut akan bertanding pilihan raya adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Kedua-dua tokoh agama ini mula menjadi rebutan parti politik kerajaan dan pembangkang untuk bertanding di bawah lambang bendera mereka bagi menarik sokongan pengundi. Juanda juga bagaimanapun masih lagi belum menamakan mana-mana parti yang menjadi pilihan untuk beliau wakili dalam pilihan raya akan datang. |
Penjilat tegar mohon maaf akhirnyer.. Posted: 18 Mar 2013 05:17 AM PDT Iniler padahnyer jika relakan diri diperlembu. Bodoh wa cakap lu... Last-last terpaksa mintak maaf. Padan muka... Fitnah orang lagi!! Oleh sebab sanggup jadi lembu... punah integriti. Tu sebab orang tak caya dengan SPRM. Lembu belaan syaitan yang dikenali.... Ya... Itulah persepsi rakyat terhadap SPRM.. Bekas KP SPRM akan mohon maaf kepada MB Selangor 18 Mac 2013 KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kes saman berkaitan dakwaan salah guna kuasa menteri besar itu, empat tahun lalu. Permohonan maaf itu dijangka direkod di Mahkamah Tinggi di sini esok di hadapan Hakim Lau Bee Lan. Abdul Khalid semalam berkata kepada media, pihaknya bersyukur ekoran persetujuan pihak berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataan yang dikeluarkan mereka berkaitan penyelenggaraan kereta peribadinya, dan pembelian 46 ekor lembu untuk sambutan Hari Raya Korban bagi kawasan Bandar Tun Razak pada tahun 2009. Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka itu sekali gus menamatkan kes saman terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia. Menteri besar berkata, tuduhan salah guna kuasa itu tidak berasas dan mencemarkan nama baiknya sebagai seorang Muslim dan menteri besar. "SPRM dan pihak polis perlu jalankan tugas secara profesional kerana sebagai menteri besar saya amat menitikberatkan integriti dan ketelusan," katanya. Menurutnya, sepanjang lima tahun pentadbiran pemimpin Pakatan Rakyat, tiada seorang pun pegawai kanan kerajaan dan Exco Selangor dikaitkan dalam kes rasuah. "Saya percaya ia akan menjadi elemen pertama kepada rakyat dalam pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya. [Teruskan di sini ] |
Kalau banyak masalah... Not good for the country lah. Posted: 17 Mar 2013 10:00 PM PDT Pak Din Pagoh.... bla bla bla bla lagi... Dia terus-terusan meracau, merayu dan meminta rakyat jangan percaya pada Pakatan Rakyat. Kononnyer hanya UMNO/BN jer yang mampu majukan negara.... Whheeeekk...!! Termuntah aku..!! Sesapa yang tahan tak termuntah, baca sini. Kat sini satu jek yang aku nak komen sikit. Tak banyak.. Sikit jek. Haa... aku copy and paste kenyataan Pak Din Pagoh. "Kita nak tebus kekalahan, kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah baru. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar" "Jangan buat masalah baru" katanyer.. Masalah baru..?? Weh... kalau macam tu tentu masalah lama berlambak-lambak. Nak tanya sikit, agaknyer selama ini UMNO ini serta calon-calonnyer banyak masalah. yek?? Ater... kalor udah terpalit dengan banyak masalah, macam mana nak selesaikan masalah rakyat dan masalah negara?? Macam mana rakyat nak beri kepercyaan kalau calon ada banyak masalah.... pemimpin pun terbeban dengan pelbagai masalah dan parti jugak diselaputi macam-macam masalah. Sebab tu, orang kata... UMNO ini parti haru-biru. Oleh itu, bijak ke kita rakyat.... kalau terus memilih parti yang bermasalah macam UMNO/BN ni...?? 55 tahun memerintah... tak habis-habis dengan masalah dan yang tak syiuknyer mereka beri masalah pulak kepada rakyat dan negara. Hmmm.... mengkalor macam tu, lebih afdal ler kalau rakyat pilih kerajaan yang baru selari dengan hak demokrasi mereka. Sapa parti lawan kepada UMNO/BN..?? Aha.... Pakatan Rakyat!! Ater ini kali... jom kita pakat-pakat pangkah Pakatan Rakyat pulak. Bior UMNO/BN settle-kan masalah demer dulu. Dalam masa tuu, kita try yang baru... What say you people..?? |
Hello Pak Din.. Bukan setakat 25 jam, tetapi all out sepanjang masa Posted: 17 Mar 2013 07:15 PM PDT Muhyiddin kata... 'Kilang' Pakatan kerja 25 jam sehari burukkan BN. La... ya ke?? Tapi... aku paham ngape Kilang Pakatan Rakyat terpaksa kerja overtime. Bukan pasal duit... Mereka terpaksa kerja extra time sebab bukan senang nak bukak mata rakyat agar dapat tengok kecacatan yang UMNO/BN telah buat ke atas negara yang kita cintai ini. Kecacatan serius, wa cakap lu... Tiang demokrasi dah rebeh... kantung negara bocor... pentadbiran tonggang terbalik... ekonomi semakin lembab... Macam-macam lagi ler kerosakan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selama 55 tahun mereka memerintah. Negara dah hampir hancur beb. Jadi... atas rasa tanggung jawab dan cintakan negara, maka 'Kilang' Pakatan Rakyat dengan rela hati bekerja lebih masa untuk berusaha memperbaiki kecacatan-kecatatan tersebut. Nak repair kecacatan-kecacatan tersebut... Pakatan Rakyat perlukan tenaga kerja iaitu rakyat untuk sama-sama membantu mereka. Ini bukan kerja 'Lone Ranger'. Ini tanggung jawab bersama. Negara kita tanggung jawab kita!! Sebab tu... Pakatan Rakyat kena highlight-kan dulu kepada rakyat segala keburukan yang telah dilakukan olen UMNO/BN hingga negara jadi parah keadaannyer. Biar mereka dapat lihat dengan jelas dan paham apa yang patut dan wajib dilakukan. Syabas kepada Pakatn Rakyat yang telah mengambil langkah 'work smart' untuk memudahkan mereka mendapat bantuan rakyat bagi memurnikan semula negara kita dengan membuang kotoran-kotoran degil serta najis mughalazah yang mahu terus bertempek. Kotoran degil ini ialah puak-puak yang merosakkan negara kita ni... Maklumlah selama 55 tahu mereka memerintah... ego semakin melangit. Mereka bikin negara kita, macam mak bapak mereka punyer!! Kini... banyak mata rakyat dah nampak dan tak buta lagi... Jadi, berdoyon-doyon mereka bersama Pakatan Rakyat, berkerja 25 jam sehari untuk menghapuskan kotoran-kotoran degil serta najis mughalazah yang telah mendatangkan kesan buruk,... mencemar serta membahayakan keadaan negara. Demi rakyat dan negara... kini, rakyat bersama Pakatan Rakyat bukan setakat 25 jam sehari tetapi sepanjang masa akan bekerja keras untuk selamatkan negara. Hello... tanpa upah ya?? Free of charge... asalkan UMNO/BN tumbang!! Hidup Malaysia..!! |
Tak lut.. Kerat tak putus. Cincang tak lumat... Posted: 17 Mar 2013 05:00 PM PDT Cobaan demi cobaan demi cobaan dilakukan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tapi... Terkantoi demi terkantoi demi terkantoi para penfitnah ni. Begitulah hebatnyer hamba Allah bernama Anwar Bin Ibrahim. Tak lut wa cakap lu. Komer kerat ler... tak lut. Komer cincang ler... tak lumat. Sebaliknyer, dia tetap berdiri teguh dan semakin teguh hinggakan puak-puak setan yang dkenali sasau dibuatnyer. Kesian mereka... Udah-udah ler tu. Ingat... komer merancang tapi Allah juga ada perncanganNYA dan sesungguhnyer perancangan Allah SWT lagi baik dan adil. In Shaa Allah... senjata jijik ini pasti akan makan tuan seperti apa yang berlaku dedulu... Aha... Orang hebat macam ni la yang layak memimpin negara... Berani berhadapan dan menghadapi sebarang cabaran dan rintangan, bukan yang 'tak bertelor'. Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan ketua pembangkang itu. "Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya. "Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka. "Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata ADUN Taman Medan itu seperti dipetik Sinar Harian. Sementara itu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam laporan sama berkata beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menjelang pilihan raya umum ke-13. "Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita Pakatan tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang. "Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau antaranya isu Liwat I dan Liwat II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya. Anwar semalam menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam gambar yang diolah sebagai video tersebut. "Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya.-MKini |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan