WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- LAGI ARTIS "BANGKANG DARI LONGKANG" KUTUK PAKATAN
- Aqidah Harun Din dan Mustafa Ali Adalah Assabiyyah Melayu-Tulang Besi
- HURU HARA DAN UBI KAYU FANTASI Umno
- DUA ARTIS BUAT LAWAK BODO
LAGI ARTIS "BANGKANG DARI LONGKANG" KUTUK PAKATAN Posted: 26 Feb 2013 03:33 PM PST |
Aqidah Harun Din dan Mustafa Ali Adalah Assabiyyah Melayu-Tulang Besi Posted: 26 Feb 2013 03:22 PM PST Penolakan Ketua Dewan Ulama PAS terhadap projek lantik Ku LI sebagai Perdana Menteri membuat TUlang Besi berfikir panjang. Mengapa dalam hal ini, tiba2 Ustaz Harun Taib berubah arah dan tidak bersama2 dengan puak perpaduang yang lain? Kepada yang mengenali Ustaz Harun Taib ini, beliau seorang yang suka menampilkan diri sebagai pejuang Islam ataupun pengamal Islam. Beliau juga berimej seorang yang iltizam dengan Islam. Dengan kata lain, apa sahaja yang beliau lakukan adalah di atas nama Islam. Walaupun acuan Islam yang diikuti oleh Harun Taib ini lebih kepada realiti beliau di Terengganu dan secara khas nya di DUN Manir. Apabila ada realiti lain dari apa yang beliau biasa, maka terus itu dianggap tidak islamik. Maka, Ustaz Harun Taib menolak Anwar Ibrahim kerana beliau anggap Anwar tidak cukup Islam nya seperti acuan yang beliau fahami. Adapun orang-orang seperti Ustaz Harun Din serta Mustafa Ali ini hati mereka masih tebal dengan aqidah assabiyyah Melayu. Walaupun Islam lekat di mulut Ustaz Harun Din sepanjang masa, tapi ia hanya setakat kerongkong beliau sahaja. Di dalam hati Ustaz Harun Din hanya ada ruang untuk assabiyyah atau kebangsaan Melayu. Ini kerana sepanjang perbincangan beliau menolak Anwar Ibrahim tidak sekali pun Islam itu dijadikan rujukan atau asas. Mana mungkin Islam boleh dijadikan asas. Kalau dibandingkan amal islami Anwar Ibrahim berbanding Ku LI adalah ibarat langit dengan bumi. Kalau dibuka apa sahaja kitab pun pasti Anwar Ibrahim itu lebih baik dari Ku Li. Maka, pencalonan Ku Li sebagai PM itu tidak lain berasaskan sebab musabbab berkaitan dengan assabiyyah Melayu semata-mata. Amat malang nasib ahli2 PAS yang mempunyai kepimpinan yang tidak beraqidah kepada Islam tetapi kepada kebangsaan Melayu. Isu Kalimah Allah tu pun mendedahkan sikap Ustaz Harun Din yang menebal fahaman beliau kepada assabiyyah Melayu. Ini kerana Islam sendiri tidak pernah mengharamkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah. Hanya orang2 dan kepimpinan UMNO sahaja yang tidak suka dan mengajak rakyat jelatan ikut sama. Tempat yang paling layak bagi setiap pejuang kebangsaan Melayu adalah dalam UMNO dan bukannya dalam PAS. Seeloknya Mustafa Ali dan Ustaz Harun Din isytihar masuk UMNO terus. Syukur alhamdulillah majoriti rakyat Melayu sudah boleh menilai dengan baik. Mereka tidak sanggup dipimpin oleh perompak atau penyamun walaupun perompak atau penyamun itu berbangsa Melayu tulin. Mereka mahu MElayu yang memimpin mereka itu Melayu yang amanah lagi fathanah. |
HURU HARA DAN UBI KAYU FANTASI Umno Posted: 26 Feb 2013 03:15 PM PST "Huru-hara dan makan ubi kayu" cuma fantasi liar BN Oleh Hafiz Zainuddin Bagi Barisan Nasional (BN), negara akan huru-hara dan ekonomi akan tersembam jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Sehingga ada yang masih percaya, kita akan makan ubi kayu seperti zaman penjajahan Jepun di bawah kerajaan PR. Maka oleh itu, tidak kira samada pemimpin BN itu korup dan jahat sekalipun, parti itu perlu dikekalkan pemerintahannya sehingga kiamat. Sama seperti tahun kegemilangan BN yang lampau, mitos sebegini terus dizikir saban hari biarpun tidak masuk akal waras. Maka, tidak hairanlah jika ada segelintir masyarakat kita yang lebih gemar membaca berita hantu penanggal tersangkut di tiang elektrik daripada membaca berita derita kemiskinan golongan terpinggir di Sabah dan Perak. Akan tetapi, lain pula halnya dengan PR. Dengan pengalaman panjang melayan karenah birokrasi dan dizalimi pemerintah BN, ia tidak menjadikan gabungan oposisi ini lupa diri. PR berpegang kepada prinsip meraikan kepelbagaian pendapat, gabungan oposisi ini percaya dan mahu masyarakat Malaysia dan negara dibebaskan daripada belenggu pembodohan, hegemoni kaum dan agama, rasuah dan salah guna kuasa yang dibudaya kerajaan BN selama ini. PR mahu dasar ekonomi, kebajikan rakyat, kesihatan, keselamatan dan demokrasi diperbaiki. Maka, untuk itu, rakyat harus diyakinkan untuk melakukan tsunami kedua. Merubah pentadbiran Kerajaan Persekutuan BN kepada Kerajaan Persekutuan PR. Jauh panggang daripada api: huru hara sekadar fantasi Mahu atau tidak, mitos huru-hara dan makan ubi kayu yang diiya-iyakan BN itu memaksa kita untuk berfikir sejauh mana kebenaran dakwaan itu berdasarkan fakta. Pertama, apabila PR berjaya membentuk kerajaan di lima negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, negeri itu terus ditadbir seperti biasa, tidak ada kakitangan kerajaan yang dipecat semata-mata kerana perbezaan fahaman politik. Orang yang sama juga sebagai kerani dan pegawai itulah sebagai PTD. Kedua, negeri PR mencipta rekod pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan serta diperakui Jabatan Audit Negara sendiri. Pertumbuhan ekonomi negeri PR jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ketika ditadbir kerajaan BN. Paling penting, negeri semakin makmur malah hutang negeri semakin berkurang. Ketiga, rakyat di negeri PR menerima lebih banyak manfaat seperti air percuma, peluang pekerjaan bertambah, bantuan masuk ke universiti, skim usia emas, khairat kematian, skim mikro kredit untuk peniaga kecil dan pelbagai lagi sehingga ia memaksa BN sendiri meniru dasar kebajikan negeri PR. Langsung, ia memaksa kerajaan Persekutuan BN 'mengorek tabung' dan menambah lagi hutang negara untuk memberi insentif ekspress kepada rakyat seperti BR1M, tayar teksi, kedai murah, baucher buku dan lain-lain. Hanya bersandarkan tiga fakta itu tanpa perlu dipanjanglebarkan lagi, kita tidak dapat melihat bagaimana mungkin huru-hara akan tercetus jika PR memerintah? Atau, sememangnya BN dikejar dosa silam yang mereka lakukan sehingga tercetusnya fantasi liar ini. PR setia pada Malaysia, daulatkan Perlembagaan Persekutuan Himpunan Mansuh ISA, Himpunan Hijau, Himpunan Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan sebagainya bukanlah huru-hara seperti yang dimomok media kawalan BN. Ini adalah hak yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada rakyat Malaysia. Himpunan aman cuma menjadi kacau bilau apabila pihak keselamatan digunakan untuk kepentingan BN. Lihatlah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 baru-baru ini, semuanya berjalan lancar jika tiada kanister yang berterbangan. Melihat kembali sejarah negara, tukang buat kecoh, budaya samseng dan huru-hara dikepalai BN sendiri. Sebagai contoh mudah, lihatlah bagaimana BN meyalahguna kuasa melancarkan kudeta (rampasan kuasa) menggunakan Akta Darurat terhadap Kerajaan Kelantan yang baru dimenangi PAS pada 1978 dan kita juga takkan lupa dengan apa yang berlaku di Perak pada 2009. Mujurlah di sini bukan Afghanistan. Rakyat Perak masih mampu bersabar dan tidak melancarkan 'jihad' ke atas BN. Bagaimanapun, kita juga percaya, ahli biasa BN sendiri (UMNO-MCA-MIC dan lain-lain) dan seluruh rakyat Malaysia amnya mahu negara ini terus berada dalam keadaan aman dan damai, mengamalkan prinsip rukunegara, menjunjung Demokrasi Berperlembagaan dan menumpahkan taat setia ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Jadi, persoalan mudah telahpun dijawab, kalau bukan PR, gerangan siapa pula yang mahu mencetuskan huru-hara? Hantu susu? – Roketkini.com |
Posted: 25 Feb 2013 11:16 PM PST Dua pelawak ini mempermainkan menifesto politik.Kita tidak tuduh manifesto sesiapa, tetapi rasa-rasanya cuba mengutuk manifesto Pakatan kot...kalau macam itu, jika ada sesiapa yang terasa elok juga kita menghantar mesej jelas kerana yang menentukan siapa pelawak sekarang ini adalah atas sokongan rakyat tanpa fahaman kepartian.hiburan tetap hiburan, tetapi kalau lawak bodo cam ni rasanya tak lawak tu....fikir-fikirkan lah wahai rakyat.... |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan