RAKYAT MARHAEN |
- Ringkasan Kes Altantuya 2008 - 2013 (Bala Kembali)
- Vell Paari tetap dengan pendirian mengenai isu Ridhuan Tee, Ibrahim Ali
- Guna Melayu untuk kayakan anak beranak akan dihentikan
- Pembangunan Datum Jelatek Lonjak Pemilikan Hartanah Bumiputera RM500 juta
- Three possible outcomes to GE13
- UMNO Khianat Melayu (3/3)
- DSAI PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR....SANGGUP MENERIMA KRITIKAN JIKA MEMBAWA KEBAIKAN RAKYAT...
- MB : Umno-BN Selangor Ketandusan Pemimpin Berkaliber
- Lahad Datu vs Amalilio's RM900mil: Anwar slams Najib, Musa for malicious 'state craft'
- Bala Buat Pendedahan "Siapa Arah Bunuh Altantuya" Malam Ini
- Sidang Tergempar Lembu-lembu Di Bilik Gerakan BN
- Calon PRU: Orang muda perlu diberi keutamaan
- Anwar Anjur Persidangan Pilihan Raya Antarabangsa Di Parlimen
- LANGKAWI: APAKAH IA MENJADI SEJARAH MALAYSIA..???
- Who will be Malaysia's prime minister after GE13?
- Malaysians should not fear voting for PR even if I am not PM - Anwar
- Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga
- Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar media arus perdana
- Manifesto PR peluang rakyat buat perubahan PRU13
- Polis: 'Kita akan tamatkan stand-off Lahad Datu sekarang'
- PRU13 : Seorang lagi pencacai baru Najib menyeru sokong BN
- DAP lapor polis, Perdana Menteri cetus api kebencian kaum
- Manifesto Rakyat tepat pada sasaran reformasi- Khai Loon
- Rafizi Minta Selangor Keluar Notis Pengambilan Tanah Kepada Raja Ropiaah
- PRU13 : Najib tunggu Pakatan silap
Ringkasan Kes Altantuya 2008 - 2013 (Bala Kembali) Posted: 26 Feb 2013 05:46 PM PST |
Vell Paari tetap dengan pendirian mengenai isu Ridhuan Tee, Ibrahim Ali Posted: 26 Feb 2013 05:43 PM PST Namun Pengarah Strategi MIC itu berkata kepada The Malaysian Insider ia hanya bergantung kepada hasil mesyuarat Kabinet hari ini, yang mana katanya Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, bersetuju untuk menyuarakan pendapatnya itu. "Saya telah berbincang dengan presiden dan beliau berjanji akan membangkitkannya di Kabinet," kata Vell Paari ketika dihubungi semalam. Anak kepada pemimpin MIC paling lama berkhidmat, Datuk Seri S. Samy Vellu, mewujudkan gelombang dalam partinya minggu lalu apabila menghantar surat terbuka kepada Palanivel mendesak agar Kabinet mengambil tindakan terhadap tokoh akademik Muslim Dr Ridhuan Tee Abdullah dan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. Vell Paari yang lebih fokus terhadap Ridhuan Tee berkata, kenyataan media yang dibuat oleh ahli akademik tersebut mengenai komuniti Hindu merupakan satu perkara yang serius, kerana ia membentuk majoriti masyarakat India di negara ini. "Presiden parti juga turut menyuarakan kebimbangan beliau berkenaan sisu terbabit dan akan membincangkannya di dalam mesyuarat Kabinet, dan saya akan menunggu keputusan dari Kabinet," katanya. Sekiranya masih tiada sebarang maklum balasa daripada Kabinet mahupun kepimpinan tertinggi partinya, Vell Paari mengulangi ugutannya supaya masyarakat India mengundi mengundi pembangkang. Read More / Baca Lagi >> |
Guna Melayu untuk kayakan anak beranak akan dihentikan Posted: 26 Feb 2013 05:41 PM PST KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat akan memastikan pemegang jawatannya nanti tidak menjadikan anak beranaknya kaya raya sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan BN sekarang. Read More / Baca Lagi >>"Kita akan pastikan monopoli kepada industri gas, petroleum dan arak mesti dihentikan," kata Anwar menyindir anak Tun Dr Mahathir yang kini menjadi antara orang terkaya di Malaysia. Menurut Anwar, tindakan kerajaan BN menggunakan perjuangan untuk orang Melayu untuk mengangkat anak beranak sendiri menjadi kaya raya juga tidak akan dipertahankan. "Memberi bilion kontrak kepada anak bekas PM kerana dia sendiri penasihat Petronas...No..ia tidak akan berlaku lagi," kata Anwar. Anwar mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir kononnya jika Pakatan Rakyat berkuasa, kronisme akan berleluasa. |
Pembangunan Datum Jelatek Lonjak Pemilikan Hartanah Bumiputera RM500 juta Posted: 26 Feb 2013 05:39 PM PST KELANA JAYA 27 FEB : Pembangunan Projek Datum Jelatek di Keramat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melonjakkan pemilikan nilai hartanah masyarakat Bumiputera melebihi RM500 juta. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebelum ini nilai pemilikan masyarakat Bumiputera di kawasan itu hanya sekitar RM20 juta. "Apa yang dilakukan oleh PKNS ialah membelinya dengan 15 kali ganda daripada harga asal iaitu berjumlah RM300,000. "Jadi masyarakat Bumiputera yang memiliki hartanah tersebut sudah memiliki nilai hartanah yang meningkat sebanyak 15 kali ganda. "Ini tidak tergambar jika kita tidak membuat pembaharuan dalam pembangunan tersebut," kata Abdul Khalid Read More / Baca Lagi >> |
Three possible outcomes to GE13 Posted: 26 Feb 2013 05:36 PM PST THE general election date has been the subject of speculation for almost a year and it is now expected to be held on April 14 or 21. There are three possible outcomes for the election: Scenario 1: The status quo remains; Scenario 2: A reduced majority for the BN; and Scenario 3: BN regains two-thirds majority in Parliament. Read More / Baca Lagi >>There are 222 parliamentary seats in the country, of which, about 150 are Malay/bumiputra seats, 30 mixed and 42 Chinese majority. In the 2008 election, the BN won 140 seats and the Opposition 82 seats. Umno won 79 seats, MCA 15 seats, MIC 3 and Gerakan 2. PKR won 31 seats, DAP 28 and PAS 23. From our analysis, it is clear that the rural population has largely returned to BN, in particular the rural Malays. Umno is expected to win more seats than in 2008. It is likely that it may win 85 to 90 parliamentary seats. There is also a clear trend that Indian voters in rural and semi-urban areas have shifted back to BN. However, the urban voters are largely still with the Opposition. Even if more urban Malays were to support Pakatan, it will not increase Pakatan's seats as these urban seats are already held by DAP. The urban Chinese support for DAP is strong, and as high as 85% of urban Chinese may vote for it. This will increase DAP's seats from between 35 and 40, up from the 28 it won in 2008. The prime minister's hope is that his outreach programmes to the Chinese community can win over some of the undecided Chinese voters but that is still a difficult challenge. Most Chinese voters seem to have made up their minds. Some older Chinese and the Chinese business community may want to give Najib a chance. They value peace, stability and prosperity. In a study on the main concerns of the Chinese community organised by ASLI's Centre for Public Policy Studies, it was determined that the main issues were those of crime and corruption, education, cost of living, fairness and justice, religious issues, lack of civil service participation and lack of meritocracy. These have caused frustrations among the Chinese voters. However if the Malay and Indian voters swing back to BN is strong, it will help MCA and Gerakan in the mixed seats where Malay voters account for more than 40% of constituents and Indian voters between 10% and 15%. |
Posted: 26 Feb 2013 05:33 PM PST Orang Melayu mesti sedar perkara ini. Bila Najib kata kalau PKR menang, DAP akan perintah negara- dia DUSTA. Bila dia kata Nik Aziz anggap penerima BR1M adalah haiwan- dia DUSTA lagi!. Yang Nik Aziz kata ialah UMNO memperlakukan penerima BR1M seperti ayam yang diberi makan denak. Najib PENDUSTA. Dan semua orang tahu bila Najib kata dia tak kenal Ziana Zain dan Altantuya- dia DUSTA lagi. Tuhan tak beri kita dekat dengan Pendusta. Dia beri BR1M kepada rakyat kerana hendak beli kesetiaan rakyat dan lembutkan hati rakyat. Maka dia berlakun cakap lembut macam pondan kerana hendakkan orang lembut kepada dia. Dia rasuah orang sana sini, sebab rupa2 nya , dia laki bini balun duit rakyat. Najib guna Islam untuk sumpah sana sini dan menghina orang lain.dia sebut maqasid shar-iyah, wasathiyah dan lain2 tapi nak beri contoh najis mughallazah, dia tak tahu. Orang kata Allah swt- dia kata Allah saw. Orang kata Muhamad saw , dia kata Muhammad swt. Read More / Baca Lagi >> |
DSAI PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR....SANGGUP MENERIMA KRITIKAN JIKA MEMBAWA KEBAIKAN RAKYAT... Posted: 26 Feb 2013 05:29 PM PST SETUJU UNTUK PINDA MANIFESTO PR DENGAN MEMASUKKAN PENINGKATAN ROYALTI 5% KEPADA 20% KEPADA NEGERI-NEGERI PENGELUAR MINYAK DAN GAS.R telah menyerahkan surat kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, agar Pakatan Rakyat ubah Manifesto Pakatan Rakyat dengan memasukkan peningkatan Royalti daripada 5% kepada 20% untuk Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak serta negeri negeri lain yang mengeluarkan minyak di Malaysia pada masa akan datang. Kumpulan NGO R meminta jasa baik YB Dato Seri Anwar Ibrahim buat pindaan dan tandatangan atas buku Manifesto Pakatan Rakyat di majlis 1 Jam Dato Seri Anwar Bersama Rakyat Pasir Puteh pada jam 5.30 petang tadi, di Restoran Bonda, Sebelah Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. R mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana responsif terhadap suara rakyat di Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas. Dalam sesi singkat bersama DSAI NGP R menyatakan bahawa mereka komited dalam perjuangan rakyat ini, dan akan meneruskan perjuangan ini hingga rakyat di Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dapat menikmati hasil bumi. |
MB : Umno-BN Selangor Ketandusan Pemimpin Berkaliber Posted: 26 Feb 2013 05:25 PM PST KELANA JAYA 27 FEB : Perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor menyerlahkan Umno-BN Selangor ketandusan untuk menengahkan pemimpin berkaliber bagi menerajui Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan Umno-BN Selangor sehinggakan Najib Razak sendiri terpaksa memikul tanggungjawab itu. "Carilah orang-orang Selangor yang lebih berkaliber, jika Datuk Seri Noh Omar tidak dapat melaksanakan tugas itu Najib perlu menyatakan kepadanya," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Kediaman Pekerja Industri di SS 8/6 di sini. Ujar Abdul Khalid lagi, pelantikan itu juga merendahkan taraf Najib Razak sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa menggalas bebanan itu. "Saya lebih senang hati sebab Najib Razak menjadi Pengarah sebab menunjukkan tiada pemimpin yang lebih baik oleh Umno-BN Selangor," katanya. Sebelum ini, Najib Razak dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dengan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai timbalannya yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor. |
Lahad Datu vs Amalilio's RM900mil: Anwar slams Najib, Musa for malicious 'state craft' Posted: 26 Feb 2013 05:25 PM PST Opposition Leader Anwar Ibrahim slammed Prime Minister Najib Razak's government for deliberately playing up and prolonging a security lapse issue in Sabah state, where scores of armed Filipinos had landed by boats earlier this month, claiming a "homecoming" and that they were from the Royal Army of the Sulu Sultanate. Read More / Baca Lagi >>"This is a classic case of (malicious) statecraft," Anwar told a press conference on Monday. "When leaders are under siege they will create this sort of fear of unrest or threat against security. It has been going on far too long and the (Malaysian) government has been far too soft in handling the issue. Sabah joined Malaysia with a clear guarantee that the sovereignty of their nation will be protected." Najib, Musa pressed to make public the findings of Amalilio's bank accounts Malaysia is expected to hold its 13th general election within weeks and Sabah is a key state that Najib's BN coalition must defend if they are to stave off a strong challenge for the federal government from Anwar and his Pakatan Rakyat opposition front. In recent months, many top leaders in Sabah have fled the BN for the PR, citing endemic corruption and disenchantment. The state government, currently led by unpopular Umno chief minister Musa Aman, has also been swamped by recent controversies that have triggered public outcry and anger. These include a Royal Commission of Inquiry into illegal migrants allegedly granted citizenship in exchange for voting for the BN at elections as well as a shocking RM900mil Ponzi scheme involving Manuel Amalilio, who is a nephew of Musa's. "It is very clear. The problem of the group of so-called Royal Sulu Army is being intentionally prolonged. It is not a difficult to solve at all but there is no political will to do so. It is obvious the objective is to create resentment against the Philippines government which has been hounding Musa Aman and Najib over the Amalilio case," PKR Tian Chua told Malaysia Chronicle. He was referring to calls made by Philippine officials including from Manila's Attorney-General to Najib and the Malaysian Attorney-General Gani Patail to make public their findings about Manuel's bank accounts. Incidentally, Gani is also related to Musa Aman. "We are talking about almost RM1bil in funds. The Philippine authorities have already confirmed they could find no trace of it in the Philippines. So where can it be but in Sabah. The (Malaysian) Attorney General said he would "check" and "freeze". This doesn't equate to him having already frozen the accounts," PKR MP for Suabng Sivarasa Rasiah had told a press conference last week. The Philippines want Manuel to be deported back to Manila to face charges of cheating at least 15,000 families, mostly poor Muslims from the South, of some 12 bil pesos. Speculation is also rife that Manuel had created the pyramid scheme, which many top Sabah leaders such as Jeffrey Kitingan had also invested in, to raise money for Musa's election campaign. |
Bala Buat Pendedahan "Siapa Arah Bunuh Altantuya" Malam Ini Posted: 26 Feb 2013 05:20 PM PST Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India. Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar. "SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa. "PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan. SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.Read More / Baca Lagi >> |
Sidang Tergempar Lembu-lembu Di Bilik Gerakan BN Posted: 26 Feb 2013 05:18 PM PST Ada sidang tergempar agaknya di Bilik Gerakan UPU padang Landak Terengganu beberapa hari lepas. Sungguh pandai lembu-lembu itu memilh tempat untuk buat persidangan. Tetapi menurut caption gambar yang dimuat naik ke laman sosial facebook, lebih menarik lagi, ia dikatakan sekumpulan Ahli-ahli umno/BN (NFC) sedang tekun bermusyuarat di markas UPU Padang Landak tersebut... hehehe dan dengar khabar ada "resolusi" dari sidang tergempar tersebut: klik untuk lebih jelas |
Calon PRU: Orang muda perlu diberi keutamaan Posted: 26 Feb 2013 05:18 PM PST SHAH ALAM - Golongan muda perlu diberi peranan lebih penting terutamanya menjadi calon muka baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan. Beliau berkata, ini kerana golongan muda terutamanya mahasiswa dilihat mempunyai perjuangan idealisme tinggi berbeza veteran politik yang sudah lama berkhidmat. "Saya berpendapat adalah wajar sekurang-kurangnya 30 peratus calon mana-mana parti yang bakal bertanding pada PRU-13 nanti adalah golongan muda. "Pengundi di luar sana melihat golongan muda sebagai mereka yang mempunyai idealisme tinggi yang dapat memperjuangkan dasar parti dan dasar kepentingan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel Wacana Sinar ke-17: Kuasa Politik Mahasiswa, semalam. Mengulas lanjut, Azmi berkata golongan muda perlu diberi keutamaan menjadi calon pilihan raya untuk meyakinkan pengundi bahawa sesebuah parti politik itu sedang membuat pembaharuan. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Anjur Persidangan Pilihan Raya Antarabangsa Di Parlimen Posted: 26 Feb 2013 05:17 PM PST PETALING JAYA, 27 FEB: Satu persidangan antarabangsa mengenai Pilihan Raya Umum Ke 13 akan diadakan pada 4 dan 5 Mac nanti di Dewan Parlimen dengan tujuan mengembeling sokongan untuk pilihan raya yang bebas, adil dan reformasi demokratik. Antara tujuh isu utama yang akan dibincangkan dalam persidangan dua hari itu nanti termasuklah menilai demokrasi pilihan raya di Malaysia dan menilai cadangan Jawatankuasa Pilihan Raya Malaysia dalam mereformasikan pilihan raya. Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini, persidangan tersebut dijangka turut membincangkan lapan tuntutan gerakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
LANGKAWI: APAKAH IA MENJADI SEJARAH MALAYSIA..??? Posted: 26 Feb 2013 07:58 AM PST |
Who will be Malaysia's prime minister after GE13? Posted: 26 Feb 2013 07:53 AM PST During an English lesson, students in a Malaysian school were asked to write an essay on "What I would do if I am the prime minister?" While most students went about their task, a particular student opted not to write the essay. His reasoning was that "I can never become the prime minister of Malaysia because I am an Indian." While this stumped the teacher, it was really a thought-provoking reaction and response to the assigned task by the student. In reality, why should only Malays of the Islamic belief allowed to helm the country if there are better suited Malaysian candidates from the other races and religions? Even pre-dominantly white America is able to accept a half white-half black man in the form of Barack Obama as their president signifying a major shift in the values of people in America towards putting an end to racism. Are we Malaysians as a people prepared to show respect and take instructions and obey a person who is non-Malay and non-Islamic as the prime minister of this country? Paranoia The answer most unfortunately is a resounding no. Malaysia and the people of this country have yet to reach a state of political maturity to be able to accept the non-Malay, non-Islamic prime minister. This is because of deep-rooted but unfounded paranoia by the Malays in this country who foster feelings of fear and insecurity that they have much to lose by having to share political power on an equal footing with the other races. This effectively translates into meaning that Malaysia does not practice democracy in a pure form but only a semblance of it and is really trying to pass off and convince the rest of the world that it is conforming to the full tenets and obligations of democracy. Perhaps a more vigorous "Malaysian Spring" will be needed before the nation decides to go fully the way of democracy in its purest, unadulterated form to free the people from the shackles of prejudice and racism. The need to practice meritocracy |
Malaysians should not fear voting for PR even if I am not PM - Anwar Posted: 26 Feb 2013 07:52 AM PST Opposition Leader Anwar Ibrahim denied there was any power tussle going on within the top leadership in the Pakatan Rakyat coalition, saying the people should not hesitate to vote for the opposition regardless of whom was chosen to be the prime minister. Read More / Baca Lagi >>"Not true. (Who becomes prime minister) was never raised as an issue. In 2008, was there any announcement that Anwar would be PM? We work on consensus," Anwar told a press conference on Tuesday. "I don't why the people should feel this way," he added, when asked if it was true the PR could lose some of its attraction for voters if he was not selected to be the PM. Glue that binds the PR parties The 64-year-old Anwar is widely accepted to be the glue that binds the 3 PR parties of PKR, PAS and DAP. A former deputy prime minister and high-flying finance minister, he has the most experience in government. More than that, Anwar is also famous for his special charisma and ability to connect to the ordinary folk. The media storm over a purported dispute between Anwar, who is also the PKR adviser, and Hadi Awang, the PAS president, over who should lead the government if PR won the 13th general election hit a crescendo on Monday, when the PR unveiled a multi-pronged people-friendly manifesto. NamedThe People's Hope, the manifesto has drawn praise for its broad-based programs, and marks the first time the Opposition in the country has beaten the government in the race to unveil plans and promises to voters. |
Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga Posted: 26 Feb 2013 07:38 AM PST Leman Raja Lawak Original Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO.. Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia. Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat. Yang benar Sulaiman ibrahim (leman raja lawak) Presiden PANGLIMA Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama IKON ANAK MUDA PAS |
Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar media arus perdana Posted: 26 Feb 2013 07:37 AM PST |
Manifesto PR peluang rakyat buat perubahan PRU13 Posted: 26 Feb 2013 07:29 AM PST SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan semalam merupakan satu tawaran berharga untuk rakyat. Katanya, dengan tawaran yang dikemukakan itu, rakyat kini boleh membuat jangkaan terhadap masa depan mereka jika memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. "Manifesto ini menjadi satu hadiah yang paling berharga untuk rakyat dari Pakatan Rakyat. "Ia juga menunjukkan satu dimensi terbaik untuk rakyat lakukan perubahan pada pilihanraya nanti," jelasnya kepada Harakahdaily. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berharap rakyat Malaysia dapat membaca serta mengkajinya untuk mendapat kefahaman lebih mendalam mengenainya. Read More / Baca Lagi >> |
Polis: 'Kita akan tamatkan stand-off Lahad Datu sekarang' Posted: 26 Feb 2013 07:23 AM PST LAHAD DATU - Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin. Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, episod yang bermula sejak 12 Februari lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang. Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: "Tunggu dan lihat". Katanya, tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo. |
PRU13 : Seorang lagi pencacai baru Najib menyeru sokong BN Posted: 26 Feb 2013 06:43 AM PST Dengan berjawatan sebagai Presiden kesatuan pekerja,, dapat pingat Datuk,, nak kata hebat atau cerdiakawan tak pulak,, kalau bercakap pun tergagap-gagap...maka tak hairanlah sanggup jadi pencacai .... ini Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman buat kenyataan kata hati penjawat-penjawat awam 'sudah sejuk', hari ini secara terbuka beliau minta penjawat awam termasuk pesara kerajaan sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. |
DAP lapor polis, Perdana Menteri cetus api kebencian kaum Posted: 26 Feb 2013 06:41 AM PST GEORGE TOWN, 26 FEB: Cubaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencetuskan api perkauman dengan menggunakan agama untuk menakut-nakutkan rakyat menjadi penghinaan kepada slogan 1Malaysia dan wasatiyyah yang cuba dibawanya. Terbaru, akhbar The Star melaporkan Presiden UMNO itu berkata bahawa, "Undi untuk PKR akan merosakkan akidah sementara undi untuk PAS akan memecahbelahkan umat Islam; manakala undi DAP akan mengakibatkan penindasan Islam." Kenyataan politik sempit Najib itu disambut dengan kekecewaan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang telah membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri kerana memfitnah DAP, hari ini. "Ke mana perginya sifat wasatiyyah atau kesederhanaan yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib sendiri? Ini membuktikan slogan yang dilaungkan seperti Wasatiyyah dan 1Malaysia hanya slogan kosong dan tidak dituruti beliau sendiri, apabila mendakwa dengan begitu jahat dan tidak berasas tanpa mengemukakan sebarang bukti," ujar beliau dalam kenyataan medianya hari ini. Tuduhan Perdana Menteri ternyata tidak berasas dan tidak disokong dengan fakta, sedangkan menurut Zairil, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuktikan agama Islam bukan sahaja tidak ditindas malah lebih dimartabatkan. |
Manifesto Rakyat tepat pada sasaran reformasi- Khai Loon Posted: 26 Feb 2013 06:39 AM PST Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik Manifesto Rakyat yang telah dilancar oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat semalam. Manifesto tersebut tepat pada sasaran reformasi sistem khasnya dalam mengemukakan dasar penyelesaian atas pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia. Sekiranya Manifesto tersebut diberi mandate oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang, maka kesan reformasi sistem tersebut akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Manifesto Rakyat merupakan hasil perkembangan demokrasi serta sistem dua-parti yang sihat. Usaha Pakatan Rakyat untuk menwujudkan politik baru yang menggalakkan persaingan sihat di kalangan parti-parti politik dan menolak politik lama yang kotor, fitnah serta maki-hamun. Pergabungan tiga parti di dalam Pakatan Rakyat semakin mantap dan kuat dengan mendokong dasar bersama yang dikeluarkan dalam enam bahasa. Walaupun Perdana Menteri Najib Razak masih tidak berani membubarkan parlimen, tetapi Pakatan Rakyat telah bersedia dari segi software dan hardware. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan, maka pelbagai agenda reformasi termasuk perubahan sistem akan dilaksanakan bagi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin. Read More / Baca Lagi >> |
Rafizi Minta Selangor Keluar Notis Pengambilan Tanah Kepada Raja Ropiaah Posted: 26 Feb 2013 06:39 AM PST PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan notis Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang kini dimiliki Kerajaan Persekutuan. Tindakan tersebut harus diambil bagi mengelakkan tanah seluas 223 ekar itu diserahkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah melalui sebuah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jendela Hikmat Sdn Bhd. Menurut Rafizi, Perkara 3.2 perjanjian di antara syarikat milik Raja Ropiaah, Awan Megah dengan Bakti Wira Sdn Bhd, Awan Megah akan menandatangani satu perjanjian perkongsian tanah dengan Jendela Hikmat. "Saya sudah tulis surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Jika notis ini dikeluarkan, secara automatik Perkara 8.2 di dalam perjanjian berkuatkuasa dan wajarlah keseluruhan urusniaga ini dibatalkan seperti diperuntukkan di dalam perjanjian," kata Rafizi di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square di Tropicana hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Najib tunggu Pakatan silap Posted: 26 Feb 2013 06:38 AM PST JIKA ketika rencana ini tersiar Parlimen belum dibubarkan, maka Pakatan Rakyat mesti berjaga-jaga jangan melakukan sebarang kesilapan. Najib menunggu saja sebarang kesilapan dan dia selalu mengintai apa jua kelemahan barang sedikit dan sekecil sekarang. Pakatan mesti melihat semula sejarah lama Pilihan Raya Umum yang PAS alami dalam tahun 1986 ketika masyarakat Cina mula didedahkan tentang perjuangan PAS. Umumnya masyrakat Cina begitu terangsang pandangan PAS tentang layanan yang perlu diberi kepada semua dan pendekatan Islam tentang penyelesaian masyarakat majmuk. Hingga DAP dikatakan cuak dengan perhatian masyarakat Cina yang mungkin melarikan pengundinya. Hatta mendiang Dr. Tan Chee Khoon, pembangkang yang tersohor ketika itu upaya mencelah hujah PAS lalu berkata, 'Takut ia manis mulut saja.' PAS tidak ada upaya untuk menukar hati manusia seperti Rasulullah SAW tidak diberi kuasa memberi hidayat kepada seseorang kerana ia hak Allah saja. Pokoknya PAS mula perhatian masyarakat bukan Melayu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan