WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar Ibrahim: Mahathir, You Are Wrong, Don't Insult The Rakyat
- Mengapa pemimpin PAS dan kencing kawan berpisah tiada? – Penarik Beca
- KEPULANGAN PI BALA DAN TARIKH BUBAR PARLIMEN
- Harussani: PAS lebih teruk drp kafir! (LM)
Anwar Ibrahim: Mahathir, You Are Wrong, Don't Insult The Rakyat Posted: 24 Feb 2013 03:20 PM PST |
Mengapa pemimpin PAS dan kencing kawan berpisah tiada? – Penarik Beca Posted: 24 Feb 2013 03:13 PM PST Mengapa pemimpin PAS dan kencing kawan berpisah tiada? – Penarik BecaFEB 23 – Kena balik Taiping. Suami kakak saya masuk ICU. Allahummashfi kulla maridh, ya Allah, ya Shafi.Bagi yang rajin jenguk blog ni, tak ada update la sehari dua ni. Memang anak saya ada bawa balik iPad. Tapi, aku tak mesra dengan iPad dan iPad pun tak mesra dengan aku. Saya nak cerita sikit ja hari ni. Apabila seseorang itu hanya sekali sekala ja terkencing kawan dia, kita dengan baik sangka bolehlah anggap itu silap. Tetapi bila dengan dengan istiqamahnya dia kira nak kencing kawan dia ja, itu bukan silap. Itulah yang dilakukan dengan begitu konsisten dan komited oleh beberapa pemimpin PAS sejak selepas pilihan raya 2008. Semakin hari, semakin nampak sangat pemimpin-pemimpin PAS berkenaan dan kencing kawan berpisah tiada. Mereka juga dengan begitu konsisten dan komited membikin onar dan mengkhianati rakyat yang lawan Umno sekaligus tak habis-habis menghadiahkan untung besar kepada Umno. Orang Umno tak payahlah susah payah berkempen. Mereka boleh relax dan tidur di rumah dan mereka boleh menang dalam pilihan raya akan datang. Pemimpin-pemimpin PAS berkenaan dengan penuh istiqamah dan lazat memberikan perkhidmatan terbaik mereka untuk memenangkan Umno Barisan Nasional (BN). Bila tulis posting ni, saya teringat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din, Datuk Mustafa Ali, Datuk Harun Taib dan ramai lagi yang majoriti besarnya dilihat sebagai ulama. * This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider. INI CONTOH KERJASAMA GELAP-BAIK MASUK TERUS UMNO.... Balasungkawa - Selamat berhijrah kulaan !TERKINI berita yang baru disampaikan oleh sahabat dari Puchong, Selangor. 80% ahli PAS Cawangan Taman Equine, Puchong, Selangor akan bekerjasama dengan BN dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam menawan semula Selangor dalam PRU-13 akan datang ini. Malam tadi telah berlangsungnya satu majlis kecil yang menyaksikan kepimpinan PAS Cawangan Taman Equine akan menyokong dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional pada PRU akan datang ini demi untuk perpaduan ummah antara saudara Islam mereka dalam UMNO. Walaupun tidak akan membubarkan cawangan tersebut namun yang pasti, mereka semua telah berikrar dan berjanji akan menyokong Barisan Nasional kerana PAS kini sudah terlalu terikut dengan rentak DAP yang semakin kurang ajar dengan orang Islam. Bergegar lagi la kepimpinan PAS Pusat hendak mengekalkan kerajaan pakatan di Selangor. Semakin hari, ahli-ahli PAS sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan yang sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan parti. - " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, " nota albanjari - masih ada masa untuk kamu kembali bersama kami..! |
KEPULANGAN PI BALA DAN TARIKH BUBAR PARLIMEN Posted: 24 Feb 2013 07:41 AM PST HOT ! JANJI BALA " SAYA AKAN DEDAHKAN SEMUANYA "sumber KedahkiniSkandal Altantuya: PI Bala pulang, sedia bekerjasama dengan Deepak KUALA LUMPUR 24 FEB: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan diri sejak 2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan bagi merungkai misteri pembunuhan Altantuya Shariibuu walaupun mengakui keberatan untuk berbuat demikian. "Saya tak bercadang kerjasama dengan orang lain. Tapi jika dia (Deepak) datang kepada saya dan mahu bekerjasama, saya okay. Tapi, saya tak akan pergi kepadanya. "Kerana SD (akuan bersumpah) pertama adalah benar. Saya ada semua maklumat, saya tahu semua," katanya pada sidang media selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi, apabila ditanya pemberita mengenai kemungkinan itu. Beliau yang dikenali sebagai PI Bala tiba di KLIA kira-kira jam 6.30 petang tadi dari Chennai, India, selepas menghilangkan diri sejurus selepas membuat akuan bersumpah kedua pada 4 Julai 2009. Pada sidang media itu, Bala turut bersumpah atas nama kitab suci Hindu, Bhagavad Gita bahawa kandungan dalam akuan bersumpah pertama benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu. "Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka," katanya sambil menjulang kitab itu, sambil memohon maaf kepada semua pihak berkaitan kerana membuat akuan bersumpah kedua hingga menimbulkan masalah kepada banyak pihak. "Minta maaf kerana buat akuan bersumpah kedua. Minta maaf atas segala masalah yang timbul. Ia tidak benar," katanya. Ditanya mengenai Flora Ong, wanita yang dinamakan Deepak sebagai memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan membolot kontrak lumayan serta hampir mengalami 'nasib sama' dengan Altantuya, ia tidak dijawab Bala, sebaliknya R Sivarasa mencelah. Ahli Parlimen Subang itu berkata: "Lebih baik ditanya kepada Deepak. Tak perlu tanya Bala. Flora adalah urusan Deepak." Bala kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menanti kepulangannya kerana tidak menjangka menerima sambutan demikian di KLIA. "Terima kasih semua. Saya tidak sangka terima sambutan sebegini. Saya sangat gembira," katanya yang kelihatan sedikit sebak. Ketibaannya disambut lebih 60 orang, antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan peguam, Americk Sidhu. Sementara itu, Badrul Hisham berkata, SAMM akan mengadakan sidang media bersama Bala pada jam 8 malam pada 27 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. "Ia pentas pertama penampilan Bala untuk bercakap di hadapan rakyat Malaysia," katanya. TERKINI DARI KLIA: Penyiasat Persendirian Yang Mendedahkan Kes Pembunuhan Altantuya Melibatkan Pemimpin Negara, P. Balasubramaniam Kini Selamat Tiba Ke KLIA & Disambut Meriah Oleh Orangramai... Makin Meroyanlah Puak-Puak Tue... Maka Politik Malaysia Akan Menjadi Lebih "PANAS" Mulai Sekarang... Janji Bala "SAYA AKAN DEDAHKAN SEMUANYA". Sementara itu dalam satu ceramah di Taiping YB Nga Kor Meng telah memberitahu dalam satu majlis bahawa tarikh baru pembubaran parlimen dijangka pertengahan Mac , iaitu 16 Mac dan pengundian pula pada 14 April. |
Harussani: PAS lebih teruk drp kafir! (LM) Posted: 24 Feb 2013 05:46 AM PST Nik Aziz kecewa kenyataan Mufti Perak AGAK kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap Pas lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan