RAKYAT MARHAEN |
- Gadis seksi demo kalimah Allah : Perkasa malukan umat Islam
- BR1M: Kenyataan Najib kontra dengan Muhyiddin
- PDRM sediakan 112,000 anggota dan pegawai hadapi PRU13
- PRU13 : 4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas
- Lawak Ahad : 'BN tak tipu rakyat' - Najib
- Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz
- Patuk dan belit BN macam ulaq sawa
- Mandarin Video on voter education. - 我不会投票──要怎么投票·Hisoing国庆特备·
- DOKUMEN MERAH : 5 GAGASAN ANAK MUDA
- Teori Khawarikul Ahdah Malaysia Kedua
- Nasib bekas tentera Malaysia lebih teruk dari askar Bangladesh
- Pengusiran Xenophon bukti PRU 13 bakal kotor, kata Anwar
- Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti Dan Cabaran
- Cameron : Kehidupan Terjejas, Orang Asli Serah Memorandum Ke TNB
- 〈〈Voters Rights Education Series 选民权益教育短片〉〉 Trailer 预告
- Politik Samseng : NGO Pengerang dapat ugutan bunuh
- Najib: Saya tunggu hingga letih hendak buat p'raya..!!!! ha..ha...bahasa orang penakut dan tak yakin pada diri sendiri....
- PRU13 : Kelantan bubar Dun serentak Parlimen
- Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis
- Bacul : Umno peralat anak yatim pasang bendera dacing?
- Najib ada sebab 'lewatkan' PRU13..??? Penakut.....
- Bijak Pandai Dalam PAS Berbanding UMNO - Raja Nazrin
- Wacana Perpaduan Ummah : Text Penuh Titah Dymm Raja Nazrin Shah
- Konvensyen PR : Menanti 'sajian' manifesto Pakatan Rakyat
- Flora Ong Nyaris Mengalami Nasib Yang Sama Seperti Altantuya
Gadis seksi demo kalimah Allah : Perkasa malukan umat Islam Posted: 24 Feb 2013 03:07 AM PST KOTA BHARU: Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan. Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model. Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam. "Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali. "Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya," katanya di sini. Read More / Baca Lagi >> | ||
BR1M: Kenyataan Najib kontra dengan Muhyiddin Posted: 24 Feb 2013 03:04 AM PST SHAH ALAM: Pemberian BR1M RM500 cukup untuk makan setahun sebagaimana ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai kenyataan yang melucukan. Read More / Baca Lagi >>Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, beliau tidak tahu macam mana Najib boleh mendapat angka RM500 cukup untuk makan setahun. "Ia melucukan, sama ada Najib tersalah sebut atau dia sebut dalam keadaan tidak sedar, ternyata memang dia sedar. Angka itu tidak masuk akal," katanya ketika ditemui. Tegasnya, kos kehidupan hari ini sangat tinggi dan rata-rata rakyat pada hari ini adalah miskin tegar walaupun pendapatan bawah RM700 sebulan. "Pendapatan RM 1200 pula sudak diklasifikasi sebagai miskin. Macam mana Najib boleh kira RM500 sudah cukup setahun?" soalnya. Semalam dalam Jelajah Janji Ditepati di Kuala Terengganu, Najib memberitahu, kerajaan BN telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan. | ||
PDRM sediakan 112,000 anggota dan pegawai hadapi PRU13 Posted: 24 Feb 2013 03:02 AM PST KUALA LUMPUR - Seramai 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim. Muhammad Fuad berkata, anggota ini terdiri dari pelbagai pangkat dari semua cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalani latihan termasuk latihan amal ex ballot III hari ini dan esok. Beliau berkata, mereka juga telah melalui beberapa siri latihan bermula awal tahun ini bagi mempersiap minda dan kesediaan fizikal. "Sebelum ini mereka telah melalui dua siri latihan, siri pertama berbentuk table talk iaitu perbincangan mengenai penugasan semasa PRU13. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : 4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas Posted: 24 Feb 2013 03:00 AM PST KOTA BHARU: Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi kenyataan. Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya. "Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Lawak Ahad : 'BN tak tipu rakyat' - Najib Posted: 24 Feb 2013 02:32 AM PST SEREMBAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan, menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan. Katanya beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya. "Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita...masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi. "Oleh itu, marilah kita kuatkan semangat, rapatkan barisan, tanam dalam hati bahawa kalau parti menang, masa depan dan hari esok masih ada," katanya pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini, hari ini. Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini sebelum itu mendengar taklimat BN negeri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz Posted: 24 Feb 2013 02:22 AM PST Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat. Read More / Baca Lagi >>Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau. | ||
Patuk dan belit BN macam ulaq sawa Posted: 24 Feb 2013 02:20 AM PST | ||
Mandarin Video on voter education. - 我不会投票──要怎么投票·Hisoing国庆特备· Posted: 24 Feb 2013 02:17 AM PST | ||
DOKUMEN MERAH : 5 GAGASAN ANAK MUDA Posted: 24 Feb 2013 02:15 AM PST | ||
Teori Khawarikul Ahdah Malaysia Kedua Posted: 24 Feb 2013 12:45 AM PST Bagi mereka yang pernah mengenali jemaah Darul Arqam (1969 - 1994) yang telah diharamkan, atau bekas anggotanya sangat faham dengan apa dinamakan teori "khawariul ahdah" yang satu masa dulu menjadi momokkan bekas kumpulan berkenan dan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran orang ramai.
Apakah teori khawariul ahdah itu? Bagi generasi baru atau mereka yang kurang jinak dengan istilah tasauf Islam agak asing dengan perkataan ini. Mungkin inilah pertama kali didengarinya. Namun bagi guru-guru tasauf dan ulamak tradisi - ahli kitab, arif mengenai perkataan ini. Saya sendiri yang mulanya sangsi atau pun pertama kali mendengar perkataan ini pernah bertanya kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perkataan ini satu masa. Apa yang saya tanya beliau, apakah ada perkataan khawarikul ahdah ini. Apa jawab tokguru, memang perkataan ini ada dalam kamus pengajian Islam lalu beliau memberi sedikit maksud dan difinasinya. Menurut tokguru, khawarikul ahdah ialah sesuatu kejadian yang berlaku atau menimpa kepada seseorang yang di luar pengetahuannya. Biasanya mengenai nasibnya dan juga kejadian-kejadian menggembirakan yang tidak pernah dimimpi atau difikir apa lagi direncanakan. Biasanya dia tidak dapat meramalkan apakah yang berlaku itu. Bagaimana pun kata tokguru, kalau seseorang sudah dapat mengagak apa-apa yang akan berlaku itu, dirancang waima diusahakan ia bukan lagi khawarikul ahdah. Tegasnya teori khawarikul ahdah atau kejadian di luar dugaan dan di luar pengetahuan manusia ini memang benar dan berlaku dalam kehidupan seseorang manuisa atas kehendak Allah. Mungkinkah menjawat jawatan MB itu salah satu khawarikul ahdah bagi Tokguru Nik Aziz?Read More / Baca Lagi >> | ||
Nasib bekas tentera Malaysia lebih teruk dari askar Bangladesh Posted: 24 Feb 2013 12:42 AM PST KUALA LUMPUR 24 FEB: Nasib bekas anggota tentera di Malaysia jauh lebih teruk berbanding tentera di negara yang lebih miskin, Bangladesh, kata Pengerusi Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan tentera (Kerabat) Sabah, Zulfakar. "Di Bangladesh, tentera selepas pencen dapat jaminan baik daripada kerajaan, dapat tanah dan banyak lagi. "Kita tidak harap ehsan semata-mata, cuma hak seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia (PMAT) yang dimeterai kerajaan sendiri," katanya Himpunan Agung Kerabat di Padang Awam AU2 Keramat di sini, 22 Februari lalu. PMAT 1973 antara lain menyatakan setiap anggota tentera dan isteri berhak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua unit tanah perumahan melalui Kementerian Pertahanan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pengusiran Xenophon bukti PRU 13 bakal kotor, kata Anwar Posted: 24 Feb 2013 12:32 AM PST KUALA LUMPUR, 24 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat awal kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pilihan Raya 2013 akan menjadi yang terkotor, menegaskan pengusiran Senator Australian Nick Xenophon sebagai bukti Barisan Nasional (BN) berhasrat mengekalkan kuasa menerusi penipuan pengundian. Read More / Baca Lagi >>Pemimpin utama PKR tersebut dipetik dalam sebuah artikel di media Australia berkata penahanan dan penghantaran semula Xenophon petanda Putrajaya tidak berminat mengadakan pilihan raya bebas dan adil disamping keengganan untuk bekerjasama dengan pemantau antarabangsa yang lantang mengkritik kerajaan supaya memperbaiki sistem pilihan raya Malaysia. Beliau berkata kempen pilihan raya bebas dan adil baru-baru ini yang menarik ribuan rakyat Malaysia ke jalanraya untuk menunjukkan bantahan adalah "usaha yang sia-sia" memandangkan insiden pengusiran Xenophon berbeza sama sekali dengan janji pentadbiran Najib untuk menghormati proses demokrasi. "Hak untuk proses tersebut diiktiraf dalam semua demokrasi. Tiga syarat mesti dipenuhi:. Audit bebas daftar pemilih, tempoh kempen minimum tempoh yang munasabah, dan membenarkan pemerhati antarabangsa di stesen mengundi. "Tindakan pentadbiran Najib minggu lepas menahan dan mengusir Senator Australia Nick Xenophon di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan saya dan juga pemimpin kerajaan bagi berbincang cara dan bertujuan memenuhi syarat-syarat yang telah diminta untuk pilihanraya yang bebas dan adil adalah usaha sia-sia," kata Anwar dalam tulisan pendapatnya. | ||
Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti Dan Cabaran Posted: 24 Feb 2013 12:28 AM PST
Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Read More / Baca Lagi >>Raja Nazrin Shah Di Majlis Wacana Perpaduan Ummah Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Tarikh: 19 Februari 2013 (Selasa); Jam: 10.00 Pagi Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata'ala. Salawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda; seterusnya ke atas para tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan sehingga hari kebangkitan. 2. Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah. Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak. Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan pilihan raya umum kali ketiga belas, diramal akan diadakan dalam masa terdekat. Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini, adalah satu langkah berani. Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalah ertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan jika resolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik. 3. Berasaskan premis, bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka berada di atas politik partisan kepartian, wacana yang dianjurkan ini, memperlihatkan pemikiran jauh penganjur, bersedia mengambil tanggung jawab untuk membincangkan agenda jangka panjang ummah. Sepanjang sejarah penubuhannya, Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan signifikan melaksanakan pelbagai kegiatan untuk menyatukan ummah melalui program-program keilmuan, kebudayaan, kesenian dan persuratan berteraskan Islam dan Melayu. Jika pun terkandung agenda politik, ia lebih berunsurkan wawasan politik yang lebih besar untuk memastikan kelangsungan bangsa, terutama dari segi mempertahankan hak, maruah dan martabat bangsa. Semoga setiap niat suci dan kerja murni mendapat keredaan dan lindungan ILAHI, Amin Ya Rabul Alamin. | ||
Cameron : Kehidupan Terjejas, Orang Asli Serah Memorandum Ke TNB Posted: 24 Feb 2013 12:20 AM PST | ||
〈〈Voters Rights Education Series 选民权益教育短片〉〉 Trailer 预告 Posted: 24 Feb 2013 12:10 AM PST | ||
Politik Samseng : NGO Pengerang dapat ugutan bunuh Posted: 23 Feb 2013 11:49 PM PST KOTA TINGGI: Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli (gambar) mendakwa berdepan ugutan bunuh apabila sebuah batu nisan digantung di pagar rumahnya di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Menurut Anis, beliau menyedari perkara itu ketika keluar dari rumah pagi tadi dan segera memberitahu ahli keluarganya. Sebelum itu katanya, beliau menerima panggilan daripada dua rakan dalam gabungan NGO berkenan memaklumkan mereka menerima batu nisan. "Saya keluar rumah, saya nampak batu nisan tergantung di pagar rumah. "Saya tak terkejut sangat sebab sudah terima panggilan dari dua orang rakan saya memberitahu hal yang sama," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Batu nisan tersebut lengkap bertulis nama Anis dan tarikh kematian pada 15 Februari 2013. Ekoran kejadian itu, Anis akan membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar bersama dua lagi rakannya itu. "Saya tak nak tuduh sesiapa, cuma saya dalam perjalanan ke balai polis untuk buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Ameerah Zon Selatan. | ||
Posted: 23 Feb 2013 11:47 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat. Beliau berkata idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara. "Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU-13 nanti kerana kerajaan BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Kelantan bubar Dun serentak Parlimen Posted: 23 Feb 2013 11:44 PM PST KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen dan tidak akan mengadakannya lebih awal seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setakat ini, senarai calon Pas untuk bertanding di negeri ini sebahagian besarnya sudah selesai. "Saya sudah lama mengikut pusat (Kerajaan Pusat). Tiada isu nak bubar Dun. Kalau saya bubar dulu, segala jin, iblis (gangguan) akan mari (datang) berhimpun di Kelantan. "Senarai calon nak kata tamat tu…tidak tetapi banyak (ramai) calon," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru Yayasan Islam Kelantan (Yik), di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, semalam. | ||
Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis Posted: 23 Feb 2013 11:42 PM PST Perkembangan terkini yang menyaksikan pertelingkahan terbuka di antara Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai pencalonan wakil BN di Parlimen Pandan mempunyai implikasi besar kepada senario politik negara. Walaupun awalnya saya tidak mahu memberikan sebarang reaksi, perkembangan itu bukan sahaja mempunyai kesan di Pandan sahaja. Ia menggambarkan bentuk kerjasama dan autonomi yang wujud di dalam BN dan sikap Umno (sebagai parti yang terbesar) terhadap parti komponennya yang lain seperti MCA. Sudah menjadi amalan di dalam mana-mana pakatan politik bahawa keputusan meletakkan calon itu adalah keputusan parti yang diberi tanggungjawab bertanding di parlimen itu. Sejak sekian lamanya, BN memberi hak dan autonomi kepada Umno, MCA atau mana-mana parti komponennya menilai calon terbaik untuk bertanding di kawasan yang diwakili. Kalau ada perselisihan faham pun mengenai pencalonan seseorang, keputusan dan pendapat parti komponen yang mewakili kerusi itu diberi keutamaan. Itu amalan dulu-dulu di dalam BN tetapi sekurang-kurangnya autonomi untuk menentukan calon dikekalkan di tangan presiden parti komponen di kerusi yang diwakili partinya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bacul : Umno peralat anak yatim pasang bendera dacing? Posted: 23 Feb 2013 11:38 PM PST SETIU: Umno didakwa memperalatkan anak-anak yatim penghuni asrama yang terletak di Kampung Pondok Paku, Jabi untuk memasang ribuan batang bendera biru berlambang dacing. Read More / Baca Lagi >>Naib Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, sebelum ini Umno didakwa menyalahgunakan peruntukan kebajikan anak-anak yatim yang khabarnya mencecah angka RM60,000 untuk tujuan lawatan ke Langkawi. Menurutnya, penduduk setempat mengakui bahawa memang tradisi memperalatkan anak-anak yatim ini adalah lumrah Umno setiap kali menjelang pilihanraya. "Lantaran ini adalah cara yang paling menguntungkan kerana khidmat anak-anak yatim ini boleh diperolehi secara percuma agar peruntukan pemasangan bendera yang dikhabarkan berjumlah RM5,000 setiap cawangan Umno boleh dibolot begitu sahaja oleh orang-orang tertentu," ujarnya kepada Harakahdaily. | ||
Najib ada sebab 'lewatkan' PRU13..??? Penakut..... Posted: 23 Feb 2013 11:37 PM PST SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat. Beliau berkata, idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara. "Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini, hari ini. Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU13 nanti kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat. | ||
Bijak Pandai Dalam PAS Berbanding UMNO - Raja Nazrin Posted: 23 Feb 2013 11:14 PM PST | ||
Wacana Perpaduan Ummah : Text Penuh Titah Dymm Raja Nazrin Shah Posted: 23 Feb 2013 11:05 PM PST | ||
Konvensyen PR : Menanti 'sajian' manifesto Pakatan Rakyat Posted: 23 Feb 2013 09:44 PM PST Sementara spekulasi terbaru parlimen akan dibubarkan Jumaat lalu meleset, Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Keempat esok, yang akan dihadiri sekitar 1,000 perwakilan, akan memfokus intipati manifesto menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Konvensyen ini dibahagikan kepada empat segmen. Menjelaskan perkara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya membentangkan awal susulan kemungkinan kekangan waktu apabila tarikh PRU13 ditetapkan. "Konvensyen ini kita hanya tekankan pembentangan manifesto kita. Kita bentang awal disebabkan kita khuatir waktu tak cukup bila bergantung penuh pada waktu kempen nanti," kata Rafizi kepada Sinar Harian Online. Konvensyen setengah hari ini akan berlangsung mulai jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Konvensyen tersebut dimulakan dengan segmen pertama iaitu laporan daripada ketua pilihan raya setiap parti, diwakili Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Hatta Mohd Ramli dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai. Ketiga-tiga mereka merupakan pengarah pilihan raya parti masing-masing. Manakala segmen kedua adalah pembentangan manifesto yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Flora Ong Nyaris Mengalami Nasib Yang Sama Seperti Altantuya Posted: 23 Feb 2013 09:29 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan