Selasa, 19 Februari 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Manifesto PR: “Pakatan Harapan Rakyat” fokus empat teras utama

Posted: 19 Feb 2013 04:13 PM PST

Manifesto PR: "Pakatan Harapan Rakyat" fokus empat teras utama
19 February 2013



PETALING JAYA, 19 FEB: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sudah meluluskan manifesto bersama untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinamakan Manifesto Rakyat dan bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" yang akan dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam, 25 Februari ini.


Manifesto itu mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat adalah rangkuman holistik semua dasar berlandaskan dasar Bersama Pakatan Rakyat 2009, Buku Jingga pada 2010 dan program khusus yang diumumkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pelancaran manifesto pilihan raya itu antara lain membuktikan komitmen PR terhadap tanggungjawab mengangkat permasalahan rakyat dan dasar untuk menentang politik perkauman dan fitnah yang dibawa Barisan Nasional (BN).

"Ia adalah dasar yang matang. Sebelum ini PR sering dituduh tidak mempunyai dasar yang kukuh. Kini, kami mempunyai satu dasar yang progresif berbanding BN.
"Kami mengambil masa yang lama untuk merangka manifesto ini dan saya rasa inilah pertama kali oposisi memulakan kempen mereka," katanya pada sidang media bersama di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, PR mengambil inisiatif politik dengan mengangkat pandangan dan suara rakyat.

"Manifesto kali ini mudah untuk difahami rakyat dan ia bukan dasar 'politik longkang'. Tawaran PR kali ini adalah atas kejayaan pencapaian kita sejak lima tahun memerintah," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching pula menyeru pengundi agar tidak mengundi PR kerana benci kepada BN, sebaliknya mereka mengundi sebab menyokong dasar yang ditawarkan PR," ujar Ahli Parlimen Serdang itu.

Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat dianggotai Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Dr Dzulkefly Ahmad (AJK Kerja PAS Pusat), Dr Hatta Ramli (Ketua Pengarah Pilihanraya PAS), Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP), Dr Ong Kian Ming (Pakar Strategi Pilihanraya DAP), Teo Nie Ching (Penolong Setiausaha Publisiti DAP), Charles Santiago (Naib Pengerusi DAP Selangor), Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Rafizi Ramli, Wong Chen (Pengerusi Biro Pelaburan PKR), Sivarasa Rasiah (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR), Baru Bian (Pengerusi Pimpinan PKR Sarawak) dan Ahmad Thamrin Jaini (Pengerusi Pimpinan PKR Sabah).

APA KEJUTAN MENJELANG HARI PEMBUBARAN

Posted: 19 Feb 2013 02:08 AM PST

 

Ada Projek Sekat Perjalanan Ke Putrajaya Dari Kalangan Pakatan Sendiri?

  PROMO                                                                                                                           

Inilah intri yang dimaksudkan itu.
Kurang 73 jam lalu saya ada melepaskan satu intri dalam laman diri (Fb) saya memberi ingatan atau signal kepada orang ramai khas rakan laman diri saya (Fb) agar bersiap sedia untuk menerima sesuatu perkhabaran mengejutkan menjelang pembubaran parlimen.

Saya memberi peringatan itu agar tidak ada yang menangis atau pengsan nanti apabila perkara itu sudah terbuka dan terbakar di dunia luas. Tujuan juga supaya anda tidak akan terkejut beruk setelah ia sampai ke telinga atau anda melihat sendiri peristiwa atau kejadian itu. 

Ekoran intri itu ramai yang menghubungi saya dan menyatakan kebimbangan. Ramai mendesak saya menceritakan kepada mereka kalau pun secara umum tetapi secara personal, sulit. Mungkin ramai juga yang waswas dan beranggapan saya bergurau dan memberi satu gimik baru politik sebaik kembali dari tanah suci untuk hilangkan mengantuk sementara menanti pembubaran parlimen yang sudah beberapa kali tertangguh.

Nampaknya saya tidak perlu membiarkan persoalan itu lama berputar di dalam kepala anda sehinggakan ada yang sudah pening dan tidak lalu makan. Malam ini atau pagi esok saya akan lepas sebuah catatan merupakan spekulasi mengenai perkara itu.  Ianya bersangkutan dengan misi rahsia pihak tertentu untuk mengagalkan perjalanan ke Putrajaya,

Saya kini sedang menanti beberapa dokumen, ataupun 'alibi' dan juga gambar berkenaan. Sebaik semua itu sudah saya terima saya akan lepaskan di blog ini. Cuma saya hendak mengingatkan jangan ada menuduh saya mengkhianti mana-mana pihak dengan apa yang didedahkan itu. Sebaiknya orang yang terlibat dalam 'projek' ini mengakui dan angkat tangan sebelum saya melepaskan peluru.

Menyerahlah sebelum anda diserang! [wm.kl. 2:56 pm 19/02/13]

 

 

 

 

Siapa PIMPINAN SYURA PAS Bersama SOI LEK?


Gambar pimpinan Majlis Syura, tidak tahu mengapa mengambil gambar dengan membuat isyarat 1 Malaysia bersama-sama Soi Lek.

Masih ingatkah kita dengan Semangat 46 ? Ketika itu Regim warisan penjajah ini (baca : Ubn) sudah begitu nazak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya membawa keluar hampir setengah dari kabinet Dr. Mahathir bagi bersama denganya. Cuma kelemahan ketara beliau gagal menyatukan PAS dan DAP yang masih termakan propaganda hasutan maka terpaksa berlawan dengan dua gabungan iaitu S46 bersama PAS membentuk APU dan S46, DAP & PBS membentuk Gagasan.

Kerugian pada ketika itu rakyat sudah mula ada riak perubahan cuma masalahnya masing - masing pada ketika itu (pemimpin yang melawan BN) ego sempit pertahan idea yang masing - masing kata betul. Percayalah jika pada ketika itu masing - masiong membuang ego membentuk satu pakatan keputusan mungkin berbeza. Maka kerana kegagalan penyatuan te

KITA BINA NEGARA YANG LEBIH BAIK-ANWAR(VIDEO)

Posted: 19 Feb 2013 12:57 AM PST


Tiada ulasan: