Selasa, 19 Februari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Tidak mustahil PR menang di kawasan Felda

Posted: 19 Feb 2013 09:27 PM PST


KUALA LUMPUR: Tidak mustahil kebanyakan kawasan Felda jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin (gambar kiri).

Beliau berkata, jika melihat sejarah PRU Ke-10 pada tahun 1999, peneroka Felda, petani dan pesawah pernah memilih Barisan Alternatif (BA) menunjukkan mereka bukan pengundi tegar BN.

"Kalau lihat sejarah, Jengka pernah kalah. Mungkin isu pada ketika itu berbeza, isu harga kelapa sawit terlalu rendah dan sebagainya.

"Tapi sekarang isu itu masih ada, isu penyenaraian saham, harga kelapa sawit rendah dan sebagainya. Jadi semua isu itu memberikan kesan walaupun pelbagai kaedah dilakukan untuk pertahankan institusi tersebut.

"Tapi saya yakin kalau ianya pernah berlaku tak ada masalah untuk ianya berlaku sekali lagi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kewangan Sabah kukuh tapi masuk poket pemimpin Umno

Posted: 19 Feb 2013 09:26 PM PST

Tian-Chua1KUALA LUMPUR 20 FEB: Kewangan dan sumber negeri Sabah kukuh tetapi tiada kebajikan dan usaha menaik taraf kehidupan rakyat, malah semua hasil 'masuk poket' pemimpin negeri, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
"Isu paling relevan sekarang menjaga keperluan rakyat. Ketika pemimpin Umno bersenang lenang, rakyat bawahan terhimpit kesusahan. Apa yang dilakukan Ketua Menteri dan pimpinannya melalui sumber kekayaan begitu banyak di Sabah untuk rakyatnya?" soal Tian.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kononnya Pakatan Rakyat iri hati dengan kemampuan kerajaan Barisan Nasional mengukuhkan kewangan negeri.
"Jika benar BN mengukuhkan kewangan negeri, mengapa setelah berdekad-dekad di bawah BN taraf hidup rakyat Sabah sampai sekarang termiskin, sedangkan hasil buminya banyak. Ini turut berlaku di beberapa negeri di Semenanjung," kata Tian kepada Keadilan Daily.
Musa berkata, Pakatan 'tergila-gila' mahu memenangi Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan tidak mentadbir negeri di bawah mereka dengan baik.
"Kenapa kita 'tergila-gila' mahu merampas Sabah dari BN? Sebab kita yakin pentadbiran Pakatan Rakyat yang terbukti lebih telus dan mementingkan kebajikan rakyat, jauh lebih baik dari BN yang tamak," kata Ahli Parlimen Batu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ribuan sambut kepulangan Tok Guru Nik Aziz dari Makkah

Posted: 19 Feb 2013 09:23 PM PST



KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan pelbagai kaum menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Makkah tengah hari ini.

Ribuan lagi menyambut ketibaan Menteri Besar dari menunaikan ibadat umrah itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Mereka berarak dengan kereta dan motosikal ke dataran Stadium Sultan Mohamad IV.

Biarpun terik matahari namun orang semakin ramai d dataran stadium. Ada kaum Cina, India, Siam dan masyarakat Siam.

Pengarah program, Datuk Takiyudin Hassan berkata, himpunan diadakan bagi menunjukkan kasih sayang kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Katanya, rakyat kelantan dari pelbagai tempat menunjukkan sokongan padu kpd menteri besar yang tidak berbelah bagi.

Pelbagai sepanduk dinaikkan antaranya Tok Guru Nik Aziz Kami Tunggu Kepulanganmu, Tok Guru Nik Aziz Pejuang Islam Sejati dan lain-lain lagi.

Program dimulakan dengan tazkirah oleh Pegawai Urusetia Penerangan, Ustaz Hamid Derani, kemudian wakil R, Abu Saamah, Wak Yik, Mansor Daud.

Rafizi beli 100 unit saham untuk siasat perjanjian tanah Boustead LTAT

Posted: 19 Feb 2013 09:21 PM PST

Rafizi telah membeli 100 unit saham Boustead pada harga RM4.86 seunit. – Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 20 Feb – Rafizi Ramli dibenarkan untuk menyiasat rancangan kerajaan dalam pembelian lot tanah di Bukit Raja selepas memiliki pegangan saham dalam Boustead Holdings Bhd. Pada 31 Disember lalu, Rafizi telah mengetuai pesara tentera untuk menyemak pegangan saham dan dokumen perjanjian jual beli yang boleh disemak orang awam, namun dihalang oleh pengawal keselamatan dan kakitangan kerana beliau pada masa itu bukan pemilik saham.
"(Saya gunakan) duit saya sendiri. Ini adalah kali pertama saya beli saham," kata Rafizi sambil ketawa di hadapan Menara Boustead di sini hari ini.
Pengarah Strategik PKR itu membeli 100 unit saham Boustead pada harga RM4.86 seunit.
10 pesara tentera juga turut berkumpul menyokong beliau, namun hanya Rafizi yang dibenarkan untuk naik ke tingkat 28 bagi menyemak dokumen tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : PR temui bukti penipuan dalam daftar pemilih

Posted: 19 Feb 2013 08:37 PM PST


Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh PETALING JAYA – Pembangkang mendakwa menemui bukti berlaku penipuan dalam daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), penggal ini.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan di sebalik peningkatan pemilih baru begitu mendadak yang dikatakan SPR sebelum ini, sebenarnya melibatkan kesalahan jenayah yang termaktub di bawah  Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5).

Dakwanya, penolong pendaftar dipercayai membuat daftar pemilih tanpa pengetahuan penama itu sendiri atau dalam erti kata lain membuat kenyataan permohonan pendaftaran pemilih secara palsu.

"Kami terima beratus-ratus aduan berhubung perkara ini. Ia melibatkan pelajar di luar negara, pemilih cukup umur tetapi didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, kumpulan dewasa yang tidak pernah mendaftar dan beberapa ahli Puteri Umno yang juga didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

"Paling ramai melibatkan penuntut universiti manakala kira–kira 10 kes melibatkan ahli Puteri Umno".
Read More / Baca Lagi >>

PRU : SPR dan SPRM digesa pantau PDM BN yang guna permis awam

Posted: 19 Feb 2013 08:16 PM PST



Salman Saleh IPOH - Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Perak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau kesemua 7,531 bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) seluruh negara.

Koordinatornya, Salman Saleh berkata, pemantauan itu dilihat perlu bagi memastikan tiada percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai raya.

Menurutnya, beberapa dewan orang ramai atau balai raya kini penuh dengan Bendera BN, malah ada yang dijadikan PDM bagi parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ia jelas bercanggah dengan peraturan baru SPR yang melarang semua premis awam digunakan bagi tujuan tertentu sahaja.

"Dan kami juga berasa kesal terhadap penggunaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Salman berkata, pihaknya berharap pihak keselamatan melakukan pencegahan terhadap penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik.

Beliau juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut.

" Tindakan berkenaan jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk kegunaan umum bukannya atas tujuan politik," katanya.

Sebelum ini, Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan sejumlah 7,531 bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN dibuka di seluruh negara.

Pakatan jamin salur bantuan penuh semua sekolah jenis kebangsaan

Posted: 19 Feb 2013 08:12 PM PST

Anwar 1BANTING 20 FEB: Pakatan Rakyat jamin akan salurkan bantuan penuh untuk sekolah Tamil dan semua jenis sekolah kebangsaan bertujuan memartabatkan pendidikan dan bahasa kebangsaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sudah 50 tahun negara tak ada duit untuk sekolah Tamil. Sekali-sekala dekat pilihan raya (BN) bagi RM30,000, bagi dana untuk sekolah, bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), tetapi di Selangor, bukan sebelum pilihan raya, malah selepas pilihan raya kita beri peruntukan RM4 juta setahun untuk sekolah Tamil," katanya pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, dekat sini, malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN berkata, bantuan pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan hak itu tidak patut dinafi kepada negeri ditadbir Pakatan.
"Setiap tahun kita (negeri Pakatan) beri peruntukan, ini negeri yang bagi, padahal peruntukan sekolah adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, mereka yang patut beri," kata Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu.
Anwar berkata, semua jenis sekolah kebangsaan layak menerima bantuan penuh dari kerajaan memerintah.
Katanya, ini memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke mana-mana jenis sekolah hasil dari keseragaman pendidikan.
Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN terima aduan Puteri Umno didaftar pemilih tanpa pengetahuan

Posted: 19 Feb 2013 08:09 PM PST

FuziahKUALA LUMPUR 20 FEB: Penipuan isu daftar pemilih yang selama ini diketengah Pakatan Rakyat banyak melibatkan orang awam, kini terdedah pula mangsa di kalangan orang Umno BN.
Perkara ini diketahui menerusi aduan Puteri Umno kepada KEADILAN apabila mendapati mereka didaftar sebagai pemilih tanpa pengetahuan.
Naib Presiden, Fuziah Salleh berkata, KEADILAN juga menerima aduan sama dari pelbagai lapisan pemilih.
Golongan itu turut membabitkan pelajar luar negara, pemilih cukup umur dan orang dewasa yang tidak pernah mendaftar.
"Aduan itu melibatkan 100 kes di seluruh negara dan kira-kira 10 kes melibatkan Puteri Umno," kata Fuziah.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor jumpa Sultan bincang pembubaran DUN

Posted: 19 Feb 2013 08:09 PM PST

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata tarikh pembubaran DUN akan diumumkan selepas perayaan Chap Goh Mei. – Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 20 Feb - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjumpa dengan Sultan Selangor pagi ini bagi membincangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Menurut Faekah Husin, walaupun menjadi kebiasaan bagi Abdul Khalid untuk bertemu dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada setiap hari Rabu, agenda perbincangan pada hari ini termasuk berkenaan dengan pilihan raya DUN bagi negeri tersebut.
"Memang Rabu hari MB mengadap Tuanku. Rasanya salah satu agenda ialah pembubaran DUN," kata Faekah apabila dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas  oleh The Malaysian Insider.
Apabila ditanya tentang maklumat lanjut, setiausaha politik kepada menteri besar itu mengatakan sukar untuk beliau berbuat demikian kerana tidak terlibat dalam pertemuan tersebut.
Sebelum ini, Abdul Khalid berkata tarikh pembubaran DUN akan diumumkan selepas perayaan Chap Goh Mei selepas mengadakan pertemuan dengan ADUN Pakatan Rakyat (PR).
Read More / Baca Lagi >>

Bijak Urus : Jangan risau, hutang negara oleh BN sebelum bubar parlimen RM547.79 bilion?

Posted: 19 Feb 2013 08:07 PM PST

Hutang Kerajaan 2013 Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..

Hutang negara Malaysia 2013 : Cakap-cakap yang mengatakan hari Jumaat ini Datuk Seri Najib bakal bubar parlimen (KLIK SINI) semakin kuat kedengaran bagi mengelak ketidaktentuan pasaran saham BSKL.

Dan baru-baru ini Tun Mahathir sekali lagi tampil di media mengingatkan rakyat Malaysia tidak perlulah risau dengan hutang negara Malaysia ketika ini. Kerajaan boleh membayarnya. Benarkah?

Hutang Negara Malaysia 2013 : Mahathir Kata Jangan Risau Sebab…


  1. Zaman beliau (Mahathir), Maybank untung sekitar RM300 juta sahaja. Sekarang? RM6 billion
  2. Malaysia juga mempunyai simpanan yang besar di institusi seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan juga melalui Skim Felda.
  3. Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa (US$140.2 bilion), berjumlah US$158 bilion.
  4. Dengan ekonomi Eropah agak lembap ketika ini, pelaburan Malaysia sekarang dikatakan lebih banyak datang dari Timur.
  5. Eksport Malaysia terus meningkat, surplus (lebihan dagangan) masih meningkat

Kami tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mangatakan simpanan yang kita ada ketika ini ada sekitar US$140 bilion. Kira-kira bersamaan sekitar RM431 bilion.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Ramai calon Pas digugurkan

Posted: 19 Feb 2013 08:04 PM PST


Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

"Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Umno kena bertanggungjawap hapus tulisan jawi

Posted: 19 Feb 2013 08:02 PM PST


hadi awang KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersalahkan Umno sebagai bertanggungjawab merosakkan tulisan jawi yang sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini suatu ketika dahulu.

Beliau yang turut kesal dengan sikap Umno seolah-olah juara rakyat kononnya dalam isu kalimah ALLAH berkata, kesalahan Umno itu menyebabkan masyarakat masa kini semakin jauh dengan Islam sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Jelasnya, dengan tulisan yang jawi yang diubah kepada sistem rumi telah menyebabkan beberapa perkataan berubah maksud sebenar dan boleh dipersoalkan seperti 'nikmat' dalam tulisan rumi yang difahami sebagai perkara  yang baik dan menyeronokkan membawa maksud celaka.

"Ketika baru-baru lepas merdeka, tulisan jawi ada lagi. Surat Perjanjian Pangkor digunakan tulisan jawi, orang putih buat perjanjian Singapura guna tulisan jawi, tiba-tiba Umno hapus tulisan jawi, masa Umno (memerintah). Kita orang Melayu kena sedar kesilapan Umno ini.

Read More / Baca Lagi >>

Indians should know NOTHING WILL CHANGE if BN wins

Posted: 19 Feb 2013 08:00 PM PST

When UMNO and Barisan Nasional have failed the marginalised Indians for the past 56 years, Pakatan Rakyat has made some significant impact in helping them in the states under their control. Even with a tight rein on resources – Pakatan does not control the federal kitty – the state governments under Pakatan have tried their level best to help the marginalised Indians.
Indians should know NOTHING WILL CHANGE if BN winsHindraf or Hindu Rights Action Force began as a coalition of 30 Hindu non-governmental organisations committed to the preservation of Hindu community rights and heritage in a multi-racial Malaysia. .Hindraf no doubt had made a major impact to the political landscape of Malaysia in staging the 2007 HINDRAF rally.
The group has now developed a far-reaching political programme to preserve and to push for equal rights and opportunities for the minority Tamils. It has been efficacious in enduring to focus attention on the racist aspects of the present government policies.
Nevertheless, today Hindraf as an NGO may not be a force as strong as how they were before the 2008 general election. Hindraf did play a major role in that election to see Indian votes tilt towards Pakatan. During that time Hindraf had a sizeable Indian support.
Hindraf should not make unreasonable demands
As after the 2008 general election, this role to assist the penurious and mistreated Indians was taken over by many zealous Indian leaders in Pakatan – PKR and DAP. These are the leaders seen by those 'relegated' Indians to have helped them more.
For this reason, Indians in general are still supportive of Pakatan Rakyat with or without Hindraf.
However, Hindraf can still play a role to amalgamate Indian support for Pakatan by working diligently with the present federal opposition. Hindraf should not make unreasonable demands that no coalition – Pakatan or Barisan – could copiously accept them.
Hindraf leaders should grasp the fact that the problems faced by the marginalised Indians are also faced by other ethnic groups, especially the poor Malays and the Orang Asal of this country.
Wisdom should prevail among Hindraf leaders. Instead of making some stroppy demands for now, Hindraf should amicably co-operate with Pakatan leaders to wrest control of Putrajaya. It's not a matter of 'number of election seats' that should be given to Hindraf that will make them relevant. It's the empowerment in politics at the end of the day that will make the difference.
It would therefore be more sensible if Hindraf could work with all races in the country to help lighten the problems of the marginalised Indians. Hindraf is wide of the mark if they feel that only the Indians could help the Indians in the Malaysian context.
Left to fend for themselves
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan wira untuk Nurul Izzah di forum UM

Posted: 19 Feb 2013 07:30 PM PST

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberi sambutan wira di forum Universiti Malaya semalam selepas beliau digugurkan daripada bercakap di majlis itu ekoran tekanan daripada kerajaan.

NONEMenghadiri forum itu petang semalam sebagai penonton, Nurul Izzah melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan disambut  dengan tepukan gemuruh hadirin sewaktu mengambil tempat duduk di barisan hadapan.

Dewan penuh sesak dengan orang ramai yang turut memenuhi laluan masuk di bahagian belakang dewan.

Sesi petang forum itu pada asalnya dijadualkan menampilkan Nurul Izzah, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.

Selepas Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi menyuarakan rasa tidak senang dengan penganjuran forum tersebut, penganjurnya - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), telah menggantikan ahli panel tersebut dengan ahli akademik.

Para penceramahnya terdiri daripada penyelidik Umcedel Shaharuddin Badaruddin dan Thock Ker Pong serta Profesor Datuk Mohammad Abu Bakar dari UM, dengan pengarah Umcedel,  Mohammad Redzuan Othman bertindak sebagai pemudahcara.
Read More / Baca Lagi >>

JANGAN TERMAKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT UMNO@BN

Posted: 19 Feb 2013 07:07 PM PST


PRU13 : Bangsa UMNO@BN Yang Mewarisi Kepimpinan Terdahulu.....

Posted: 19 Feb 2013 07:00 PM PST



Suatu Hari Di Hari Raya......

Posted: 19 Feb 2013 06:49 PM PST



Lahad Datu: 'Polis sudah belajar dari Sauk, Memali' - Fauzi

Posted: 19 Feb 2013 05:56 PM PST



Polis mungkin mengambil strategi berunding dengan kumpulan bersenjata dari Sulu di Lahad Datu kerana pasukan keselamatan itu sudah belajar daripada peristiwa berdarah di Bukit Jenalik, Sauk dan peristiwa Memali, kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Fauzi Shaari.

Beliau percaya ia adalah 'pendekatan berdasarkan situasi' yang turut mengambil kira hubungan diplomatik Malaysia dan Filipina.

"Saya percaya ada sebab munasabah yang menyebabkan mereka (polis) membuat pertimbangan ini.

"Melalui pendekatan ini, saya percaya mereka tidak mahu berlebih-lebih kerana dahulu sudah ada peristiwa Memali dan Sauk," katanya yang bertugas sebagai pengarah JSJ dari awal 2005 sehingga September 2006.
Read More / Baca Lagi >>

Mustika Hadis vs pimpinan Umno

Posted: 19 Feb 2013 05:49 PM PST



WAJIB MENJAGA DAN MEMELIHARA JANGAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM
(Daripada kitab Mustika Hadith Terbitan Jabatan Perdana Menteri - Jilid yang pertama)
PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian Pertama - Iktikad
Bahagian Kedua - Perkataan
Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya.
Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama' mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.
Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:
1. "Hukum apa ini ?"
2. "Hukum ini sudah lapuk"
3. "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalang kemajuan"
4. "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus" (Menutup aurat)
5. "Berzina kalau suka sama suka apa haramnya ?"
6. "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya ?"
7. "Berjudi kalau masing-masing sudah menerima untuk untung ruginya apa salahnya ?"
8. "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju."
9. Berkata: " Perbuatan yang demikian tidak beradab". Apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. selepas makan menjilat sisa makanan di jarinya.
10. Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" – Apabila diberitahu bahawa memotong kuku itu adalah sunat.
11. Berkata: "Si anu dah mulai menyalak". – semasa ia mendengar azannya.
12. Membaca ayat-ayat suci, hadith nabi dan nama-nama tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya suatu yang menjadikannya kafir, sebagaimana diterangkan oleh hadith Ibni Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.
KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMPERSENDA SYARIAT
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.  Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)

" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang  bukan  Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan  keadaan masa kini."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam  dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)

Read More / Baca Lagi >>

Egyptians protesters unite against brutal attacks on women

Posted: 19 Feb 2013 05:36 PM PST

Rapist terrorism in Egypt

Posted: 19 Feb 2013 05:36 PM PST

UN: Four million Syrians internally displaced

Posted: 19 Feb 2013 05:33 PM PST

Syrian activists blame government for deadly rocket attack in Aleppo

Posted: 19 Feb 2013 05:32 PM PST

PRU13 : Pengundi pertama kali dan fakta nombor

Posted: 19 Feb 2013 05:28 PM PST

Pilihan raya Umum Malaysia kali ke- 13 pada tahun ini bakal menjadi sebuah pilihan raya penting yang pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai pihak.
Sejak tahun 2008, kempen oleh kedua-dua kubu politik semakin hari semakin rancak dan sengit. Pelbagai taktik digunakan untuk menambat hati dan membina keyakinan pengundi terhadap parti masing-masing.
Apa yang menarik kali ini adalah jumlah pengundi baru. Data menunjukkan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, jumlah pengundi telah bertambah dengan pesat. Pada tahun 1955, jumlah pengundi ialah seramai 1.3 juta dan pada tahun 2008 sudah terdapat hampir 11 juta pengundi di Malaysia. Dalam tempoh 53 tahun, peningkatan jumlah pengundi mencecah 10 kali ganda.
Jumlah kenaikan tertinggi ialah pada tahun 1959 dimana pada ketika itu terdapat pemberian kerakyatan secara berperingkat melalui prinsip jus soli. Taraf kerakyatan telah memberi kelayakan mengundi secara sah kepada golongan tersebut yang akhirnya membentuk 62.69 peratus pengundi baru berjumlah 891,097 orang.
Jumlah terendah pula dicatatkan antara tahun 1995 dan 1998 dimana hanya 551,898 orang pengundi baru yang mendaftar, mencakupi hanya 6.12 peratus dari jumlah pengundi. Peristiwa ini dikaitkan dengan kegagalan mengazetkan nama pengundi baru dalam daftar pemilih induk oleh SPR.
Namun, sejak tahun 2008 hingga 2013, terdapat sekitar 2.5 juta pengundi baru, mencakupi peningkatan hampir 25 peratus dari jumlah pengundi Malaysia yang telahpun didaftarkan oleh SPR. Kehangatan pilihan raya yang lalu dan lumba politik yang terjadi antara tahun 2008 hingga 2013 dikirakan menjadi pendorong utama bagi ramai orang yang layak mengundi untuk keluar mendaftar dan kelak melibatkan diri mereka dalam proses pemilihan pemimpin.
Parti politik yang bertanding dalam pilihan raya perlulah berwaspada terhadap fakta nombor ini. Hakikatnya trend sokongan 2.5 juta pengundi baru sudah pasti memberi pengaruh besar terhadap keputusan pilihan raya apatah lagi sukar dijangka golongan tersebut bakal lebih memihak kepada siapa. Daripada jumlah 2.5 juta ini, 80 peratus daripadanya iaitu sekitar 2 juta pengundi terdiri dari mereka yang berumuran 40 tahun ke bawah.
Anak muda di media Internet
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azizan halang BN kempen anti Pakatan

Posted: 19 Feb 2013 05:25 PM PST



BEBERAPA orang awam dan pegawai kanan kerajaan pusat memuji kebijaksanaan dan kepintaran diplomasi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak  mengendali musuh politiknya di Kedah, UMNO dan Barisan Nasional.

Kerajaan pusat menjelang pilihanraya ini melancar kempen kebersihan Beutiful Malaysia.

Apakah kempen termasuk dalam program pilihanraya? Entahlah! Tetapi kerana ia diadakan dekat dengan PRU13, maka tentulah ia bermotif politik. Macam pemberian BRIM 1.0 dan 2.0. Acara menyampaikan duit RM500 itu dipenuhi dengan kempen BN dan memburukkan Pakatan Rakyat.

Apabila pelancaran peringakat negeri Kedah diadakan dengan menteri perumahan sendiri merasmikannya, maka Menteri Besar menyatakan dia hendak hadir. Bila Menteri Besar hadir, kerana dia adalah ketua kerajaan, tidak manislah dia datang  saja dan tidak membuat ucapan.

Maka terpaksalah penganjur memberi layanan yang sewajarnya. Menteri terpaksa bersetuju memberi peluangnya berucap.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: