Khamis, 21 Februari 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PENCERAHAN - MENGENAL BANI MELAYU

Posted: 21 Feb 2013 07:23 PM PST


MACAM MANA
INI JADI
BANI MELAYU


 SIAPA BANI MELAYU
Biasalah tt.. menipu ni adalah kerja yg paling mulia untuk bani melayu islam.. malah berterusan menjadi bodoh dan dungu adalah mulia-mulia-semulia-mulianya kejadian melayu islam... 

kebodohan yg nyaman ini janganlah sesekali disedarkan akan gerakan2 agenda gerombolan terus berjalan lancar.. Islam adalah senjata ampuh untuk membodohkan bani melayu... tak percaya, suruhlah bersyukur...

 sekonyong2nya bani melayu akan menjadi bodoh bangang dengan segera.. jika membangkang pulak, dia takut jadi org x bersyukur dan jatuh kapir pulak doh... senang jer nak bodoh2kan begini.. bodoh mcm pelir... suker jer gua mencarut2 ni.. on PENCERAHAN DARI PEMBACA
Anonymous
on 2/21/13

PROJEK TIPU BANI MELAYU
tt, kerja buat kilang dan jual air jampi berjenama "tipu melayu" merupakan kerja paling senang nak dapatkan fulus dan pengaruh. Supaya lebih meyakinkan lagi umat melayu, gunakan Islam sebagai ayat pelaris dan pendinding.

 Pelaris kerana umat melayu bodoh dan mudah ditipu atas nama agama. Pendinding pula kerana umat melayu takut untuk menolak dan menentang kerja menipu ini. 

Kerja menipu ini lebih mudah bila guna lebel "perubatan Islam". Dengan nama "perubatan Islam", kerja menipu makin mudah dan lancar, kerana orang melayu akan berlumba-lumba menghabiskan fulus bila sesuatu dikaitkan dengan Islam. on KEMPEN ANTI HARUN DIN DITERUSKAN

KalbunUMNO
on 2/21/13


JEMPUTAN


--------

KES AL- LAHAD DATU MENJADI PELIK LAGI MELIK

Posted: 21 Feb 2013 06:05 PM PST



 NOTA
kes ini amat pelik
biasanya  khidmat polis dengan jenayah
ini pencerobohan?

ATM sedia bantu PDRM 

selesai kes ceroboh Lahad Datu

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelesaikan kes pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, sejak minggu lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, perkara itu akan dilakukan jika diperlukan atau mendapat permintaan daripada PDRM.

''Kita akan bantu PDRM dalam operasi apabila diperlukan. Saya difahamkan pihak yang menceroboh ini bukan militan.

''Dan PDRM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini secara aman,'' katanya.

APA YANG MEREKA MAHU?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI PELIK BIN MELIK... kah kah kah..

kah kah kah...APA JADI DENGAN KAPAL SELAM...kah kah kah..

kah kah kah...CAKAP KAPAL SELAM JAGA LAUT.... kah kah klah..

kah kah akh...KAPAL SELAM LETAK DI SABAH...kah kah kah..

woit...RADAR ROSAK KE...ATAU CERMIN PERCAH?... kah kah kah

kah kah kah...APA JADI DENGAN JET SUKHOI?.... kah kah kah..

kah kah kah... APA JADI DENGAN KERETA KEBAL POLAND?... kah kah kah..

kah kah kah... AKHIRNYA POLIS PULAK YANG CUBA SELESAIKAN...kah kah kah

kah kah kah.... TAK KAN NAK MINTA POLIS PAU PULAK?... kah kah kah

woit... MENCEROBOH NEGARA ORANG LAIN... BUKAN MILITAN KE?... kah kah kah..

kah kah kah...KAH KAH KAH.... kah kah kah

SIAPA MEREKA INI?

----------

MINAH CUN DARI RADIO BANGSAR MINTA DERMA DARAH

Posted: 21 Feb 2013 05:30 PM PST



MENDERMA 
UNTUK KEBAJIKAN UMUM
Ayuh Bersama Segmentasi Wanita Muda SAMM Derma Darah dan Organ


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui segmentasi terbarunya iaitu Wanita Muda SAMM sedia untuk menganjurkan sebuah aktiviti murni yang mampu menyelamatkan banyak nyawa, iaitu memperluas kempen derma darah dan organ.

Hasilnya, Segmentasi Wanita Muda SAMM telah menjalin kerjasama dengan Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber Transplan Nasional untuk satu program menderma darah pada hari ahad ini 24 Februari, bertempat di Pusat Darah Negara. Program yang dinamakan "Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ" bakal menyaksikan setiap peserta diberi penerangan khusus mengenai kempen derma organ dengan tujuan kesedaran umum.

Maklumat terperinci program adalah seperti di bawah;

Program: Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ
Tarikh: 24 Februari
Masa: 10pg - 3ptg
Lokasi: Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak (Sebelah Tasik Titiwangsa)
Pertanyaan: 013-5918017, 013-6437033 


Walaupun SAMM dikenali dengan sifat radikal anak muda, namun tanggungjawab kepada negara, nusa dan bangsa tidak dilepaskan. Wanita muda SAMM mencabar anak muda tidak kira apa jua gender untuk turut serta dalam aktiviti ini kerana sesungguhnya derma darah ini juga 'radikal' dalam maksud keberanian yang memberi manfaat kepada semua.

Wanita Muda SAMM menyifatkan kempen seperti derma darah dan organ ini wajar diperluas agar terus mendapat sambutan yang akhirnya mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa. Menderma darah dan organ bukan sahaja mampu menyelamatkan orang yang tidak dikenali, malah juga terdapat kebarangkalian orang yang diselamatkan itu adalah teman-teman dan saudara sendiri.

Justeru, ayuh bersama Wanita Muda SAMM menderma darah dan bersama memupuk kesedaran betapa keperluan menderma organ kepada yang memerlukan itu adalah satu usaha yang luhur lagi mulia.

MINAH CUN DARI 
RADIO BANGSAR
Young Syefura Othman
Penyelaras Wanita Muda SAMM




---------

MUKA MUKA YANG AKAN DICARI UNTUK MAKAN KENDURI

Posted: 21 Feb 2013 05:00 PM PST


INGATKAN MUKA MUKA INI
BILA PAKATAN AMBIL
ALIH KERAJAAN
KITA JEMPUT MEREKA
MAKAN KENDURI
BANTAHAN KEGANASAN SAMSENG UMNO TERHADAP MAHASISWA DI PARLIMEN PEKAN

Seperti yang dimaklumi, kumpulan mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) telah mengadakan program 'Mahasiswa Turun Pekan' pada 11-17 Febuari 2013. Program berbentuk kemasyarakatan ini tidak lain bertujuan memberi pendedahan mengenai informasi terbaru yang senario politik dan pentadbiran negara di samping membuka ruang pendidikan politik kepada mahasiswa serta rakyat amnya.

Namun, apa yang dikesalkan program yang sepatutnya berlangsung dengan lancar dan harmoni itu dicemari dengan beberapa insiden yang memalukan pentas demokrasi negara kita. Perbuatan ugutan dan serangan samseng terhadap mahasiswa di Pekan tempoh hari  boleh dikategorikan sebagai intimidasi politik. Kami di peringkat GM13 mengecam sepenuhnya perbuatan intimidasi politik dan keganasan terhadap mahasiswa yang berlaku di Pekan baru-baru ini.

Parlimen Pekan merupakan Parlimen yang ditandingi serta dimenangi oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia seharusnya menjadi tempat paling selamat, harmoni serta menjunjung nilai demokrasi dan mengamalkan politik matang. Namun sayangnya mahasiswa yang turun membawa harapan serta ingin berkongsi inspirasi bersama dengan rakyat setempat dihalang, diugut serta lebih parah dibelasah. Paling memilukan sehingga ada siswi yang dikasari dan ditarik tudung. Ini adalah perbuatan yang sangat tidak beretikan serta sangat jauh dengan nilai ketamadunan sesebuah negara.

Kami berpegang teguh kepada paksi Hak Kebebasan Bergerak rakyat telah termaktub dalam artikel ke-9 Perlembagaan Persekutuan iaitu semua rakyat berhak bergerak secara bebas di dalam persekutuan Malaysia dan tinggal di mana-mana bahagiannya. Lantas tanggungjawab pihak PDRM ialah untuk menjaga keselamatan rakyat dan mengambil tindakan terhadap pelanggar undang-undang.

Justeru, kami GM13 menerusi memorandum ini menggesa pihak PDRM menjalankan siasatan dengan segera, profesional, telus serta menjunjung nilai keadilan. Sekalipun kumpulan yang disyaki sebagai suspek itu adalah dari parti pemerintah dan melibatkan kawasan Perdana Menteri Malaysia, ia bukanlah alasan untuk pihak PDRM untuk mengabaikan laporan dan memorandum ini.

Bersama dengan ini kami sertakan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan untuk rujukan pihak PDRM menjalankan siasatan.

Akhirnya, besar harapan kami untuk kes ini dipandang serius, dibicarakan dan dengan adil serta mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan. ini semua demi melihat panji keadilan ditegakkan serta nilai demokrasi kembali dipelihara.

Yang Benar

Syis Abd Kadir,
Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13)


---------

SANDIWARA AL-LAHAD DATU MASIH BERJALAN

Posted: 21 Feb 2013 04:30 PM PST


MELANCUNG SAMBIL
MEROMPAK
 Kependudukan Warga Sulu di Sabah:
 Serius dan Kritikal

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah memandang serius kejadian yang berlaku di Lahad Datu apabila sekumpulan bersenjata dari Filipina telah menceroboh kedaulatan negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ia sangat kritikal dan SAMM menyifatkan ia berpunca dari kegagalan kerajaan Malaysia menyelesaikan isu antarabangsa dan persempadanan dengan serius.

Filipina sememangnya menuntut sabah sebagai tanah kedaulatanya. Antara asasnya ialah kesultanan sulu yang menguasai sebahagian besar sabah dan pusat kesultanan di tanah kedaulatan filipna. Isu tuntutan filipina ini sebenarnya masih tidak selesai di mana rakyat ditipu sehingga kini Malaysia masih membayar sejumlah kira-kira USD5000 setahun kepada Filipina yang dianggap oleh kebanyakan warga Filipina sebagai bayaran sewaan terhadap negeri Sabah.

Isu ini menjadi lebih parah apabila terlalu banyak rakyat Filipina khususnya keturunan sulu dihadiahkan kewarganegaraan segera kerana mahu mengekalkan kemenangan BN di sabah. Pada tahun 90an, ramai antara mereka dialu-alukan masuk ke Sabah malah diberi kad pengenalan dan hak mengundi demi memastikan kemenangan Bn. Di atas pengkhianatan Bn ini menjadikan lebih ramai warga sulu di merata pelusuk sabah bermastautin malah ada yang sudah berkampung.
Kehadiran 500 sentinal sulu ini adalah detik penyatuan kaum sulu dalam usaha mendapatkan Sabah menyebabkan kerajaan Malaysia tertekan hingga tidak mampu berbuat apa-apa menyedari kaum sulu sudah menduduki Sabah bukan sekadar berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu semata-mata. Atas sebab ini SAMM Sabah merasakan negara berada dalam kedudukan yang kritikal jika ia tidak diselesaikan segera, dan dengan bijaksana.
Lebih lama kaum sulu berkampung di Sabah, maka akan memberi lebih kesediaan untuk mereka terus menetap di Sabah dengan jumlah yang semakin ramai. Malah, sebarang langkah yang silap akan menyebabkan Malaysia, warga Sabah khususnya berdepan dengan kemungkinan perang gerila yang diperkuat 'anasir luar'. Akan lahir 'puak pemisah' yang merebut peluang memandangkan kerajaan Malaysia lemah berdepan isu ini dan faktor kedudukan warga sulu yang telah lama di Sabah memberikan kelebihan buat mereka.
Apakah akhirnya Malaysia akan kehilangan sebahagian dari Sabah di atas lewatnya kerajaan Malaysia bertindak? Jangan sesiapa lupa kegagalan pimpinan Bn menangani isu sebelum ini menyebabkan kita kehilangan Batu Putih dan Tanjung Pagar!
Penangkapan 3 orang wartawan Al-Jazira memburukkan lagi keadaan, memperlihat kedudukan kerajaan malaysia yang panik. Sudah menjadi resam dalam mana-mana konflik dunia pasti akan dikerumuni wartawan tetapi di Malaysia, wartawan tidak diberi ruang seolah-olah takut rahsia sebenar terbongkar.
Dalam masa yang sama, SAMM berpendapat tekanan lebih keras harus diberi kepada kerajaan Filipina agar tegas menyatakan pendiriannya dalam isu kependudukan warganya di Lahad Datu. SAMM akan berkunjung ke Kedutaan Filipina dan juga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa Malaysia, tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik yang berpanjangan.

Kegagalan menangani isu kependudukkan Sulu bukan sahaja akan menyebabkan kedaulatan negara tercemar, malah akan terus dicemar menjadi 'precedent case' kerana mungkin satu ketika nanti beberapa kawasan di Klang atau Banting atau Sabak Bernam, akan dituntut pula oleh Indonesia kerana kependudukan warga mereka yang ramai di sana (Selangor).

Sekian

Boby Lewat @ Ewat
Penyelaras SAMM Sabah




-------

LAGI BUKTI SPR MENIPU PILIHAN RAYA

Posted: 21 Feb 2013 06:00 AM PST



INI AMARAN 
BUKAN ANCAMAN
INI  SATU JANJI

KOMENTAR TUKAR TIUB
telah beberapa kali tukar tiub menimbulkan pekara ini
hilang nama  pengundi
adalah sebahagian dari rancangan spr

apa yang dilakuan oleh spr
ialah menghilang kan nama nama pengundi
di kawasan yang dimenangi oleh pakatan rakyat
senang saja caranya

charles santiago seorang india
ahli parlimen dap
maka hilangkan nama india dan nama china
dan beberapa nama melayu yang bermula dengan haji

tak perlu susah susah
seorang pekerja spr
hanya duduk depan pc
dan hilangkan nama nama

untuk meneyedap cerita
munculkan nama pengundi
itu di kawasan mengundi yang jauh
dari tempat yang selalu si pengundi mengundi

untuk sedapkan cerita
ada nama di dun
tapi tak ada nama di parlimen

ini bukan fitnah
ada bukti saheh

pada pru 2004
ini telah berlaku di gombak
ini berlaku ketika dr. hatta ramly calon parlimen
dan dr ismail kamus  dan azmin ali calon dun bertanding
tiga tiga kalah

ini perancangan spr
kerana pada  pru 1999
kawasan gombam dimenangi oleh barisan alternatif

NOTA
kalau united malays national oragnisation menang pru13
tapi dengan cara tipu
maka kita semua wajib turun ke jalan raya
MP mohon mahkamah perintah SPR jelas pemilih hilang
Ahli parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.

Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan 'kehilangan' 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang

HENTIKAN PENIPUAN INI

-------

PENCERAHAN DARI PEMBACA

Posted: 21 Feb 2013 05:00 AM PST





TAK SANGKA 
TOYOL PUN ADA JANTA BETINA
kah kah kah
 AJENDA TIPU MELAYU
tt, kerja buat kilang dan jual air jampi berjenama "tipu melayu" merupakan kerja paling senang nak dapatkan fulus dan pengaruh. Supaya lebih meyakinkan lagi umat melayu, gunakan Islam sebagai ayat pelaris dan pendinding. 

Pelaris kerana umat melayu bodoh dan mudah ditipu atas nama agama. Pendinding pula kerana umat melayu takut untuk menolak dan menentang kerja menipu ini. Kerja menipu ini lebih mudah bila guna lebel "perubatan Islam". 

Dengan nama "perubatan Islam", kerja menipu makin mudah dan lancar, kerana orang melayu akan berlumba-lumba menghabiskan fulus bila sesuatu dikaitkan dengan Islam. on KEMPEN ANTI HARUN DIN DITERUSKAN
Publish | Delete | Spam
KalbunUMNO
on 2/21/13

HANTU DATANG MENGUNDI
--------

KEDAH BEDRGOLAK LAGI - TUKAR TIUB TURUN MENGHASUT

Posted: 21 Feb 2013 02:43 AM PST





PENGUMUMAN 
UNTUK WARGA UTARA
23hb fen 2013 - sabtu
di pendang   kedah
ito, nik jidan,  akan bersama
mat sabu dan tukar tiub 
KENYATAAN MEDIA Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) 
MENYOKONG PENUH PENDEDAHAN NGO BONGKAR 403 TENTANG KEPINCANGAN PENTADBIRAN  BARISAN NASIONAL KEDAH.  


Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah NGO BONGKAR 403  tentang 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum 2008 ketika mentadbir negeri KEDAH. Ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Seluruh rakyat perlu diberi penerangan tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah dari zaman pentadbiran Menteri Besar  Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Bin Haji Aroff ,  Y.A.B Tan Sri Dato Seri Sanusi Bin Junid,  Y.A.B Dato Seri Haji Syed Razak Bin Haji Syed Zain dan yang terakhir Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid.

Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat. 

Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

  Jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. 

Jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.

Jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan

Bukan sahaja rakyat Kedah malahan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu  tentang perjalanan projek- projek "sakit" ini :-
  • Projek Udang Kerpan, 
  • Projek UbahSuai Sri Mentaloon, 
  • Projek Feedlot Pendang, 
  • Projek Balak Laluan Tekih, 
  • Projek 99 East Langkawi, 
  • Jerai International Park, 
  • Projek Taliworks Langkawi dan 
  • Projek Loji Air Padang Sanai dan Lubuk Buntar 
Sebelum ini Pengerusi Bongkar 403 juta, YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN ini  mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. 

Sehubungan dengan itu kami menjemput bukan sahaja anak- anak Kedah diperantauan tetapi seluruh warga Lembah Kelang dan rakyat Malaysia untuk menilai sendiri  pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 . Jam 9.00 malam di Dewan Dato Haji Fadzil Mohd Noor , KUIZM, Taman Melawar Kuala Lumpur.

Ceramah pada malam itu akan menampilkan YB Dato Mahfuz Omar  / Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' amiruddin / exco kerajaan negeri Kedah , YB Dato' Ahmad B  Kasim / Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ustaz Firdaus Jaafar / Pengerusi Bongkar 403 , Saudara Sanusi Mohd Noor  / Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Saudara Zulkifli Yahya / Pegawai penerangan Kerajaan Negeri Kedah , Ustaz Riduan Abu Bakar  dan Wakil dari parti DAP Kedah. 

Persatuan Anak Kedah di Perantauan amat menyokong penuh pendedahan yang telah dicetuskan oleh BONGKAR 403 ini dan kami juga menuntut agar pihak UMNO dan Barisan Nasional Kedah tampil untuk menjelaskan kepincangan ini tanpa mereka perlu  memusing fakta dengan merangka serangan yang  bersifat keanak-anakan umpama "menutup tahi gajah dengan sebatang lidi".

Sekian, wassalamualaikum . 

Yang Benar , 
 
Mohd Amin Othman.
Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar)




---

SOALAN KURUN INI UNTUK RAIS YATIM

Posted: 20 Feb 2013 09:37 PM PST



MALAON KAKI BISING
KENAPA SEKARANG
SENYAP
KOMENTAR TUKAR TIUB
biasanya rais yatim akan sibuk
pekara yang tak sangkut paut pun
malaon rais yatim ini akan bersuara
akan beri komen
akan ke hulu ke hilir
akan bodek san
akan bodek sini

TETAPI
kes najib letak jawatan
rais yatim menikus
rais senyap sunyi
rais yatim tak buat komen

sudah 4 hari berita najib letak jawatan muncul
berita ini 
bukan  muncul dalam laman fitnah
bukan  lamam pakatan
berita in i muncul
 dalam laman resmi: KEMENTERIAN RAIS YATIM

apa maknanya?

maknanya ini kerja orang dalam
ada arahan untuk beri tekanan pada najib

kalau tidak MENGAPA rais yatim tak bersuara
adakah malaon ini tahu
adakah malaon ini perancang
adakah malaon ini akan digugurkan
maka malaon ini buat kerja sabotaj dari dalam

NOTA
jangan tuduh hacker
kalau hacker punya kerja
pasti ada tanda tangan
dalam budaya hacker 
meninggalkan tanda tangan
ialah tanda kejayaan
kah kah kah
Jabatan Penerangan nafi keluar kenyataan Najib letak jawatan
Februari 2013

KUALA LUMPUR -  Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri  Najib Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan,  Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata, penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.'


MUHYIDDIN 
MENANGIS GUMBIRA


-------

KEMPEN ANTI HARUN DIN DITERUSKAN

Posted: 20 Feb 2013 09:11 PM PST



KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

Kuala Lumpur: Penjualan terbuka air jampi atau 'ruqyah' secara berleluasa dikhuatiri boleh menjejaskan akidah umat Islam apabila mereka percaya penyakit boleh sembuh menggunakan air itu. »

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata sewajarnya air jampi tidak dikomersialkan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam sendiri selain boleh dianggap eksploitasi oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan dengan mudah. 
"Contohnya, penjual mendakwa air berkenaan boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan seseorang itu bijak, memelihara rumahtangga dan sebagainya. Sebenarnya jampi hanya dibacakan oleh orang yang selayaknya, mengikut kaifiat serta syarat tertentu. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...TOLONG ...TOLONG ... kah kah kah...

woit...JANGAN TUDUH TT YANG ANTI HARUN DIN.... kah kah kah..


kah kah kah... YANG ANTI HARUN DIN IALAH JAKIM... kah kah kah...

kah kah kah...YANG PRO HARUN DIN IALAH SYABAS... kah kah kah...


JEMPUTAN UNTUK
MENONTON
FILEM MENGHASUT

------

PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI - MAJALAH CARI GADUH

Posted: 20 Feb 2013 08:53 PM PST





SENI MENGHASUT
SENI MELAWAN
SENI LAWAN KERAJAAN

pameran kerja seni tukar tiub
di map publika
jangan jadi seniman bodek
jadi seniman melawan



FILEM DI UBU
filem untuk meghasut
benci kerajaan
anak muda semua 
di jemput datang
terutama yang cool
yang cute
yang slim



MAJALAH COOL
majalash cari gaduh

Foto muka depan POSTO!#1 oleh Amrul ini punya falsafah tersendiri yang cuba disampaikan. Ia turut diceritakan di dalam majalah ini. Bakal di pasaran hujung minggu. Boleh pesan sekarang. Cetakan terhad! RM12 + RM4.50 untuk pos ekspres. Bayar di akaun Maybank 162021363678- Raja Rohaisham dan email bukti pembayaran ke kutubkhanah112@com

Penulis-penulis hebat tanahair berhimpun di dalamnya-
HishamuddinRais-HasniAbas-MatSamanKati-Ronasina-AdamAdli-NajwanHalimi-LimHongSiang-HafizZainuddin-WahyudiYunus-WakDogol-FaizalRiduan-WanJiAtTaadudi-PuspawatiRosman-AfiqMNoor-NashitaMNoor-AthinaMarzuki-KakSham

Komik bertajuk KUASA penulis-Ronasina pelukis-OOTS

Dua koresponden - Mohd Faizal (Quebec, Kanada)
- Sandy Indra Pramata (Jakarta,
Indonesia)

Gila woi kalau tak beli!



PROGRAM BUAT HURU
PROGRAM BUAT HARA

-----

Tiada ulasan: