Telok Bakong Online |
- Tarif elektrik lebih rendah di bawah Pakatan Rakyat
- Jemputan Ke Majlis Maulidur Rasul Oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim
- Merdeka Centre: Populariti PM kian merosot
Tarif elektrik lebih rendah di bawah Pakatan Rakyat Posted: 27 Feb 2013 11:25 PM PST KUALA LUMPUR 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat apabila sistem monopoli dihapuskan. Penawaran ini disebut dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancar semalam. Ia terkandung di bawah paksi kesejahteraan rakyat pada muka surat 23 dokumen manifesto itu. Dokumen itu menyatakan, setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri. "Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) pada harga tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, tetapi caj elektrik naik," kata dokumen itu. "Kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," dokumen itu dipetik. Manifesto yang diumum di Pusat Konvensyen Shah Alam itu memfokus empat paksi utama, iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46016 | ||
Jemputan Ke Majlis Maulidur Rasul Oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim Posted: 27 Feb 2013 08:42 PM PST
Di Sebelah Masjid Bota Kanan(Rumah HjAhmad) Mertua Ustaz Zulkifly Ibrahim) Pada 9.00 malam 28hb Feb 2013. Penceramah Undangan Terkenal:Ustaz Radhi Kamarul Hailan Sila Hadir Beramai Ramai.Kehadiran Tuan Puan amat dinanti nantikan oleh Tuan Rumah seisi keluarga. | ||
Merdeka Centre: Populariti PM kian merosot Posted: 27 Feb 2013 04:19 PM PST Satu kajian oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin merosot di waktu pilihan raya umum semakin dekat. Seramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu. Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu. Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus. Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajaya Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.-MK |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan