Addin |
- Nabil Kutuk Pakatan Rakyat Lagi.. Saksikanlah Video Ni
- Kisah Sebenar Di Sebalik Projek IC Sabah
- Terbaru!! Jambatan Di Putrajaya Runtuh..
- Pemimpin BN Mengakui Pakatan Rakyat Mendahului Perang Media Sosial
- BN Melaka Dalam Bahaya.. Ini Buktinya
- Akibat Teruk Di Hentam Penyokong PR, Salleh Yaakob Bakal Bersara
- Gempar!! PI Bala Dedah Najib Dalang Pembunuhan Altantuya
- Rupanya Sudah Ada Pengganti Saifuddin Nasution Di Machang
- Akibat Takut.. Rosmah Cabut Lari Dari Mahasiswi
Nabil Kutuk Pakatan Rakyat Lagi.. Saksikanlah Video Ni Posted: 28 Feb 2013 08:00 AM PST Nabil beraksi lagi dan semakin berani.. Kali ni pasal "PTPTN". Nabil belajar dari U mana yek? Apapun, video ini baru diuploadkan oleh "Bangkang Dari Longkang" sebagai kempen terbaru mereka menghentam Pakatan Rakyat!!!... Nabil mungkin berdepan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat selepas ni. Salleh Yaakob telah terima akibatnya. Jom kita boikot Nabil pulak.. Saksikalah video ni di bawah..tambahan 1 lagi pelakon extra, Yasmin Hani.. |
Kisah Sebenar Di Sebalik Projek IC Sabah Posted: 28 Feb 2013 05:29 AM PST Pendedahan oleh Puan Siti Aminah Binti Mahmud hari ini membuktikan bahawa pemimpinn UMNO – BN adalah pengkhianat negara yang sebenarnya.Di bawah projek IC inilah kerakyatan diberikan sewenang – wenangnya terhadap warga Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, malah status bangsa sebagai 'Melayu' dan agama sebagai 'Islam' dikurniakan atas arahan pemimpin yang terlibat sekitar tahun 1990 sehingga 1994 iaitu Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin. Puan Siti Aminah yang terlibat dalam usaha kempen dan mempengaruhi penduduk Sabah untuk menyokong UMNO – BN ketika itu menyaksikan bahawa petugas – petugas UMNO – BN dikerahkan untuk mengedar borang pendaftaran kad pengenalan (borang dari Jabatan Pendaftaran Negara), mendapatkan butiran penduduk, mengambil gambar passport dan cap jari. Maklumat yang diperoleh ini akan diserahkan kepada pegawai – pegawai di JPN di merata Sabah. Kad pengenalan dengan kod 03 ( projek IC ketika era Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Bin Mohd Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah), 04 dan 05 ( projek IC era Tun Mahathir ) akan siap dalam tempoh yang singkat dan dihantar kepada ketua kampong sesebuah kawasan. Pun begitu, beliau yang hanya berurusan dengan Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, ditangkap pada 20 September 1995 di Johor Bahru dan ditahan di IPD Johor Bahru kemudian di hantar ke Bukit Aman dan ditahan selama 60 hari sebelum diheret ke ISA selama dua tahun.Ibarat Ikan jerung dilepaskan, ikan bilis yang ditangkap. Kesemua petugas yang terlibat seramai 127 orang dimasukkan ke ISA kecuali Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu, hanya ditukarkan ke Negeri Kelantan. Bagaimana pula dengan pemimpin UMNO – BN yang memberi arahan ini?Bagaimana lagi pemimpin UMNO – BN ingin menafikan penglibatan Tun Mahathir dalam memalsukan dokumen pengenalan rakyat asing? Ini merupakan isu serius yang melibatkan keselamatan Negara, malah menggadai kesucian agama dan kehormatan bangsa.Saya mendesak agar Tun Mahathir dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin disiasat segera dan dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan khianat serta mencabuli kedaulatan Negara dan menafikan hak rakyat Sabah yang tulen. Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang |
Terbaru!! Jambatan Di Putrajaya Runtuh.. Posted: 28 Feb 2013 02:39 AM PST Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya. Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan. ~ondscene |
Pemimpin BN Mengakui Pakatan Rakyat Mendahului Perang Media Sosial Posted: 28 Feb 2013 01:24 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Feb—Barisan Nasional hari ini mengakui lawan mereka mendahului dalam perang media sosial tetapi menolak perkara tersebut boleh diterjemahkan bagi menggambarkan sokongan pengundi. "Pengundi mungkin tidak mengikut kami di laman media sosial kerana kami adalah kerajaan dan mungkin mereka berfikir kami memiliki media arus perdana. "Pihak satu lagi mungkin mempunyai kelebihan tapi tidak bermakna mereka (pengundi) akan memilih undi mereka," kata setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kepada wartawan semasa perasmian kempen "Skuad BN". Semalam, pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pilihan Raya 2013 akan menjadi "pilihan raya sosial media" pertama di Malaysia sambil memberi contoh laman seperti Facebook dan Twitter akan menjadi kunci utama kepada perang untuk mempertahankan Putrajaya. Pada bulan lalu juga, Najib memberitahu Fareed Zakaria, wartawan kanan CNN dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland, pengundi semakin terdidik dan berfikiran kritikal. serta mengakui media sosial memberi kesan baik dan buruk bagi Umno. BN kehilangan dua per tiga majoriti tradisi dalam Parlimen pada pilihan raya 2008, menyaksikan empat buat negeri — Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor jatuh ke tangan PAS, PKR dan DAP, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR). Najib menegaskan pengundi pada pilihan raya akan datang menekankan apa yang kerajaan mahu lakukan pada masa hadapan. Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com. Duapuluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun. Najib mempunyai 1.3 juta 'peminat' dalam laman Facebooknya, berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu 428,371 'peminat'. Dalam masa laporan ini ditulis, Najib mempunyai 1.2 juta 'pengikut' Twitter, berbanding Anwar 234,607. Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan. Pada pilihan raya ke-13 yang akan dilangsungkan selewat-lewatnya April, akan menyaksikan pertarungan sengit, dengan kajian dari Universiti Malaya menyaksikan pengundi muda mewakili majoriti dalam pengundi atas pagar. ~the malaysian insider |
BN Melaka Dalam Bahaya.. Ini Buktinya Posted: 28 Feb 2013 01:07 AM PST Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui bahawa 4 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun di Melaka berada dalam keadaan bahaya bagi BN. "Kalau Dato Ali menyatakan 4 kerusi Parlimen dan 14 Kerusi Dun bahaya kepada BN maka kita kena menang sedikit lagi untuk memerintah Melaka" "Ali berkata begitu dalam akhbar Cina hari ini" ujar Shamsul. Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS MTD Bukit Baru di Kg Bukit Katil malam tadi. Ceramah menarik minat ramai kerana ia diadakan betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali dan Rumah Melaka. Ramai pemerhati berpendapat 4 kerusi Parlimen tersebut ialah Kota Melaka, Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Manakala 14 kerusi Dun pula ialah Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Klebang, Bemban, Duyong, Paya Rumput, Rim, Machap, Bukit Baru, Telok Mas dan Durian Tunggal. Kawasan-kawasan dikategorikan sebagai kawasan hitam. Malah pemerhati politik juga melihat kerusi-kerusi seperti Lendu, Asahan, Serkam, Taboh Naning , Sungai Rambai dan Ayer Molek juga dilabelkan sebagai kelabu oleh BN. ~mutaligat |
Akibat Teruk Di Hentam Penyokong PR, Salleh Yaakob Bakal Bersara Posted: 27 Feb 2013 11:24 PM PST Terlibat dengan agenda politik memang boleh membunuh karier seseorang artis itu jika tersilap langkah, terbaru Salih Yaacob telah nekad untuk terus bersara dari dunia hiburan. Keputusan itu di ambil beliau kerana timbulnya sebuah video dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat," ujar Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia baru baru ini. "Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan" Sinar FM tempat di mana Salih Yaacob bertugas sebagai penyampai radio juga menerima tempias apabila di ugut boikot oleh peminat yang kecewa dengan penampilan penyampai mereka dalam video tersebut. |
Gempar!! PI Bala Dedah Najib Dalang Pembunuhan Altantuya Posted: 27 Feb 2013 10:22 PM PST KUALA LUMPUR 28 FEB: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, 'VVIP' yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda. Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari. Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka. "Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama 'Tan' yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang 'wanita' itu," kata Bala, merujuk Altantuya. "Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport," kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH). Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia. Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak. "Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya). Kemudian Razak kata 'lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai'," kata Bala. "20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta," jelas Bala. "Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: 'inikah perempuan itu', menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata 'ya'. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut. Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan," kata Bala. Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu. Sah Najib terlibat Menurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006. "Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puvanendran, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – "Meeting IGP at 11am, be cool". (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat," kata Bala disambut sorakan hadirin. Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama. "Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua," jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu. Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath. Panelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator. Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu. Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan. Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu. Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan. ~keadilandaily |
Rupanya Sudah Ada Pengganti Saifuddin Nasution Di Machang Posted: 27 Feb 2013 08:37 PM PST Teka-teka mengenai kedudukan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sudah terjawab malam tadi apabila Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengumumkan ahli parlimen Machang itu akan bertanding di kerusi Kulim - Bandar Baru di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bermakna Saifuddin sah meninggalkan Kelantan dan akan berpindah kerusi ke negeri asalnya Kedah. Menjelaskan perpindahan itu di Machang malam tadi Anwar mengatakan ia atas permintaan rakyat bukannya kerana apa-apa masalah di sebaliknya. Pemilihan Saifuddin bertanding di Kulim - Baru Baru juga sebagai mengembalikan keyakinan rakyat kepada PKR. Saifuddiin adalah antara empat orang bukan anak Kelantan yang bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum lalu. Tiga dari mereka ialah bekas timbalan presiden PAS alias "orang itu" di Bachok, Dr Mohad Hatta Ramli di Kuala Krai dan Salahudin Ayub di Kubang Kerian. Pengumuman mengenai kedudukan Saifuddin itu juga menjawab siapakah yang bakal bertanding di kerusi parlimen Machang. Sebelum ini terdengar desas desus mengatakan kerusi Machang yang diperuntukan kepada PKR akan ditukar dengan kerusi Bachok yang diberikan kepada PAS. Alasan pertukaran ialah kerana PKR tidak ada calon berwibawa di Machang manakala PAS pula bermasalah untuk mencari calon yang boleh berdepan dengan Awang Adek Hussein, seorang timbalan menteri. Bekas ketua pemuda Umno Kelantan, Zaiyadi Awang Noh disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk berhadapan dengan Awang Adek memandangkan dia mempunyai keluarga besar. Bagaimana pun Zaiyadi dilihat masih sayangkan Umno untuk menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat dan dia juga tidak terdesak untuk menjadi calon. Kalau Machang diserahkan kepada PAS, Adun Pulai Chondong Zulkefli Mamat dikatakan akan menerusi tugas dan tanggungjawab Saifuddin bagi mempertahankan kerusi Machang. Zulkefli disebut-sebut akan meninggalkan kerusi Pulai Chondong yang sudah dipegang selama dua penggal setengah. Tampaknya 'projek pertukaran' itu tidak menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak mengumumkan calon sesuai untuk diletak di Machang, tetapi saya difahamkan sudah ada seorang tokoh pendidik asal anak Labok Machang dikatakan sudah dikenal pasti akan diletak bertanding di situ menggantikan Saifuddin. Kerusi Bachok pula diserahkan kepada PAS bagi menentukan calon untuk mengganti "orang itu" yang sudah dijelaskan Mursyidul Am Pas sudah tidak ada dalam senarai calon PAS. Kemungkinan ini bakal menjadi kenyataan apabila malam tadi Zaiyadi Awang Noh yang disebut-sebut akan mengumumkan diri keluar Umno semasa ceramah Anwar Ibrahim di Ketereh tidak menjadi kenyataan. Dalam perkembangan lain Zaiyadi dikatakan sudah mengisi borang keahlian PKR tetapi sengaja tidak diumumkan? Calon yang akan diletakkan di Machang khabarnya sudah mendapat restu Anwar Ibrahim. Calon berkenaan juga mendapat 'lambaian' dan sokongan padu dari PAS Machang. Manakala calon PAS di Bachok pula nama Ariffin Mahmod terus disebut-sebut bagi berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Nama Ariffin lebih popular dari nama Zaiyadi Awang Noh. Nama Ariffin disebut bersama dua nama lain, bekas MP Bachok Wan Nik Wan Yusuf dan Adun Tawang Hasan Mahmod. Omar Mohamad walaupun dikatakan juga layak tetapi beliau tidak akan dicalonkan lagi kerana sudah terlalu usang. ~mso |
Akibat Takut.. Rosmah Cabut Lari Dari Mahasiswi Posted: 27 Feb 2013 04:50 PM PST Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu. Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau. Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang. Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu. Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah 'ketakutan' Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut. Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan tersebut secara sembunyi. "Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami. "Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami," tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan