Isnin, 25 Februari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Hebat..Ceramah Ustaz Azhar Idrus Diserbu 30,000 Hadirin..Himpunan Terbesar Di Kg Gajah.

Posted: 25 Feb 2013 12:12 AM PST

Hujan Melanda Dengan Lebat..Hadirin Tidak Berganjak.


Msinc-Teman bagi gambor dulu,ulasan dan gambor gambor lain akan menyusul.

14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

Posted: 24 Feb 2013 08:45 PM PST



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.
-HD

Perasmian Bilik Gerakan Telok Bakong Berlangsung Dengan Jayanya

Posted: 24 Feb 2013 04:46 PM PST

Ustaz Zulkifly Membaca Doa
Semalam telah diadakan satu upacara perasmian Bilik Gerakan Ranting Telok Bakong pada 9.00 malam.Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim selaku Calon Dun Bota dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Ramli Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Bota.


Antara yang memberikan ceramah ialah Tuan Haji Usailli selaku Ketua Cabang,Ustaz Ismi Yang Dipertua PAS Parit,Anuar Zakaria Setiausaha Keadilan Negeri Perak dan Tetamu Khas Mustapa Kamil Ayob yang seterusnya melakukan upacara perasmian Bilik Gerakan Ranting Telok Bakong.

Anuar Zakaria SU Keadilan Perak

Mustapa Kamil Ayob Turut Berucap Dan Melakukan Upacara Perasmian
Pengerusi Majlis Tuan Haji Ramli


Tiada ulasan: