Isnin, 25 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nampak sangat Ali Rustam ni tak tahu apa yang dia cakap..

Posted: 25 Feb 2013 08:49 AM PST


Mula-mula kita baca dulu apa kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam twntang Manifesto PAKATAN untuk PRU13 ini..


Ali Rustam kata janji-janji dalam manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi.

"Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya beliau berkata pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN.

"Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali yakin pembangkang juga tidak mampu melaksanakan segala janji yang dibuat berdasarkan rekod mereka memerintah beberapa negeri.

 "Warga emas RM1,000 dijanjikan pada pilihan raya dulu dan pelajar tadika dapat elaun tetapi tidak ditunaikan," katanya ~ The Malaysian Insider

Nampak sangat Ali Rustam ni main cakap saja tanpa mengetahui apa yang terkandung dalam Manifesto PAKATAN itu..

Korang klik pada imej di bawah dan lihat benarkah apa yang Ali Rustam kata bahawa Pakatan Rakyat tidak mempedulikan hal yang melibatkan kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...

Gambar Muhyiddin disambut meriah oleh penduduk Sabah yang tak disiarkan BERNAMA..

Posted: 25 Feb 2013 03:45 AM PST

Mula-mula korang baca dulu apa yang dilaporkan oleh BERNAMA ini tentang lawatan Muhyiddin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, Jumaat, untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Ketibaan beliau, yang diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dengan pesawat khas, di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan-timbalan Ketua Menteri, anggota Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Sejurus tiba, Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menaiki helikopter ke Ranau yang terletak di kaki Gunung Kinabalu bagi menghadiri program bersama rakyat dan perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.

Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis bersama pesara guru dan bakal pesara di Grand Ballroom 1Borneo, Likas, dekat sini sebelum menghadiri makan malam bersama pemimpin dewan-dewan perniagaan negeri Sabah di Magellan Sutera.

Pagi esok, Muhyiddin akan melakukan tinjauan mesra di pekan Kota Belud dan seterusnya menghadiri majlis bersama rakyat di SMK Narinang, Kota Belud.

Beliau kemudian akan menyempurnakan majlis penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada sebelah petang sebelum berlepas pulang ke ibu negara ~ Bernama

Bernama tidak melaporkan kemeriahan sambutan terhadap Muhyiddin oleh rakyat Sabah di DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah seperti dalam gambar di bawah..

Dimana sekumpulan penduduk telah menyambut kedatangan Muhyiddin dengan membawa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Panas!! Misteri disebalik pembunuhan Altantuya akan terbongkar!

Posted: 24 Feb 2013 11:40 PM PST


Setelah empat tahun menghilangkan diri, akhirnya P.Balasubramaniam (PI Bala) kembali ke Malaysia dengan selamat.

PI Bala muncul di ketibaan antarabangsa KLIA pada lewat petang semalam dan terus disambut oleh ratusan orang dari pelbagai pihak termasuklah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Bagi SAMM, kepulangan PI Bala ke tanahair tepat pada waktunya malah ia adalah satu simbol keberanian dalam usaha menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pasangan 'penjenayah' bebas.

SAMM yang menyambut PI Bala hari ini tidak terkejut apabila tindakkan pertama beliau setelah sampai ke Malaysia ialah dengan tegas menyatakan akuan bersumpahnya yang pertama yang terpalit nama Najib Razak adalah benar. Ini menunjukkan betapa seriusnya PI Bala untuk merungkai segala simpulan misteri di sebalik pembunuhan Altantuya.

PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Ini adalah kerana PI Bala antara susuk yang terakhir bertemu dengan Altantuya ketika masih bernyawa. PI Bala juga dikatakan telah dibawa bertemu adik kepada Najib sebelum akuan bersumpah kedua dibuat susulan pertemuan tersebut.

Justeru itu, SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan gerup mahasiswa. Berikut adalah informasi bagi pentas yang pertama;

Talkshow: Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya
Tarikh: 27 Februari (Rabu)
Masa: 8.30mlm
Venue: Dewan KLSCAH (Berhampiran Monorail Maharajalela)
Panel: PI Bala, Chegubard (SAMM), Cynthia (SUARAM) dan Khalid Ismath (KAMI) dan Zunar (Kartunis)

SAMM menjemput kehadiran semua termasuk pengamal media dan diminta juga agar program penting ini dapat dihebahkan dengan maksima.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda@gmail.com
@edyesdotcom
010-2675872

Ini adalah Manifesto PAKATAN untuk PRU13.. Sila download dan sebarkan..

Posted: 24 Feb 2013 09:06 PM PST


Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan kandungan manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan beban rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dokumen berkenaan dibentangkan bersama oleh tiga pemimpin utama Pakatan - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.


Rafizi dalam pembentangannya berkata, Pakatan berjanji untuk mengenakan cukai pendapatan untuk paras RM4,000 dan bukannya RM2,500 seperti pada masa sekarang.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerinta, gabungan parti pembangkang itu juga akan meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000 bagi mengurangkan kesenjangan ekonomi.

Selain itu, katanya, Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan serta merta operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan jika berjaya menang dan menawan Putrajaya.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan RAPID di Pengerang.

Pakatan Rakyat akan turut mereformasikan semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan, katanya.

"Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitik beratkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan. "Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik diperingkat negeri dan persekutuan," manifesto itu dipetik.

Selain itu, Pakatan akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan tentera dari 15 peratus kepada 20 peratus untuk menjamin masa depan perajurit.

Pakatan juga akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi, tambahnya ~ Malaysiakini


Sila download dan sebarkan keseluruhan buku manifesto PAKATAN itu..

Versi Bahasa Malaysia di ( SINI )
English Version ( HERE )

Akhirnya tembelang PapaGomo terdedah...

Posted: 24 Feb 2013 07:30 PM PST


Hairan juga aku bila tiba-tiba e mail dari IntenseDebate Notification menunjukkan terdapat satu komen dalam artikel tentang PapaGomo yang aku siarkan pada 26 September tahun lalu.

Kandungan e-mailnya ialah apa yang terpapar dalam image di atas..

Antara apa yang aku tulis dalam artikel bertajuk 'APA?? PapaGomo dah nak mampus?' di ( SINI )itu ialah..

Antara apa yang dinyatakan di laman Tweeter milik Papagomo ialah beliau memaklumkan kepada semua dalam masa sebulan dua ini beliau perlu menyelesaikan menyelesaikan beberapa urusan penting.

Selain itu faktor kesihatan juga mempengaruhinya untuk mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga semuanya selesai dan kembali berbicara isu politik bila sampai waktunya.

Kemudian dalam laman FaceBook aku pula muncul pesanan di bawah ini..


Video yang dimaksudkan korang sila lihat di ( Casandra Fan Club )..

Bagi aku.. walaupun aku tak suka dengan si PapaGomo tapi aku tak tahu apa cerita sebenarnya yang menyebabkan mereka bercerai dan berebut hak penjagaan anak itu..

Oleh itu aku tak berhak untuk memberikan sebarang komen, cuma aku mendoakan agar kehidupan mereka kembali bahagia seperti sediakala..

Tapi kalau korang nak baca dan tahu serba sedikit kisah rumahtangga mereka itu bacalah dalam pertempuran terbuka mereka di ( SINI )

Bala pulang membawa bala untuk Najib..

Posted: 24 Feb 2013 04:30 PM PST


P Balasubramaniam berkata kepulangannya ke tanahair adalah kerana mahu bersama-sama rakyat Malaysia lakukan perubahan untuk menukar kerajaan yang dianggapnya sebagai korup pada Pilihanraya 2013 yang dijangka tidak lama lagi.

Balasubramaniam merupakan salah seorang saksi dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantunyaa Shaariibuu pada 2008 dan mencetus kontroversi selepas menukar Pengakuan Bersumpah (SD) sehari selepas membuat pengakuan yang pertama.

"Saya pulang kerana mahu bersama rakyat Malaysia.

"Kita perlu menukar kerajaan yang korup ini, kita perlu tukar. Jika kita biarkan berlanjutan 50 tahun lagi, negara kita akan teruk," kata Subramaniam yang baru tiba dari India hari ini.

Dalam laporan media awal minggu lalu, Balasubramanian telah menyatakan hasratnya secara terbuka untuk pulang ke Malaysia dan menetap secara tetap serta pada masa membantu Pakatan Rakyat (PR) berkempen dalam pilihan raya nanti.

Apabila ditanya mengapa sekarang baru pulang ke Malaysia, Balasubramaniam berkata beliau mendapati sokongan dan kebangkitan rakyat Malaysia untuk menentang kerajaan sebagai salah satu keyakinan buat dirinya untuk pulang ke Malaysia.

"Sepanjang saya di luar negara, saya ada memantau tentang perkembangan politik di Malaysia.

"Saya lihat rakyat Malaysia telah bangkit dan berani melawan kerajaan," tambah beliau lagi.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini, penyiasat persendirian itu bersumpah secara terbuka mengatakan SD pertamanya adalah tulen dihadapan kira-kira 50 penyokong PKR yang menanti kepulangannya selepas beberapa tahun menghilangkan diri diluar negara.

"Di hadapan kitab suci agama Hindu (Bhagaravad Gita) ini, saya bersumpah bahawa Pengakuan Bersumpah yang kedua adalah tidak benar tetapi yang pertama tersebut adalah benar," ujar Balasubramaniam.

Beliau juga sekali lagi menegaskan kepada wartawan bahawa SD kedua yang ditandatanganinya ketika itu adalah secara paksaan dan bukan sukarela.

"Semasa insiden yang berlaku pada malam itu, saya terpaksa menukarnya kerana bimbang tentang keselamatan keluarga dan diri saya.

"Saya minta maaf dengan masalah selepas SD kedua itu, tapi ingin saya ulangi disini SD kedua adalah bukan pengakuan yang sebenarnya," kata Balasubramaniam lagi.

Balasubramaniam yang tiba seorang diri tanpa ditemani ahli keluarganya yang masih berada di India kelihatan tenang dan mengulangi pendiriannya untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya 2013.

Selain itu, Balasubramaniam juga berkata kekesalannya meninggalkan negara secara tergesa-gesa sebaik menandatangani SD kedua memandangkan situasi ketika itu memaksa dirinya untuk melakukan demikian.

"Selepas kejadian dan ugutan yang saya dan keluarga, tiada jalan lain selain keluar dari Malaysia," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang pendedahan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan yang mengatakan membantunya dalam mendrafkan SD kedua, Balasubramaniam mengatakan perkara tersebut adalah benar dan tidak perlu disembunyikan lagi.

Bekas penyiasat peribadi itu mula mendapat perhatian pada 2008 selepas dakwaan beliau terhadap beberapa personaliti tertinggi kerajaan persekutuan dalam akuan bersumpah (SD) terhadap pembunuhan Altantuya.

Tetapi apabila beliau menarik semula SD keesokan harinya dan menandatanganinya di mana nama-nama yang disebut dibuang, dan beliau di dalam konflik menyebabkan beliau terpaksa keluar dari negara ini.

Setahun kemudian, beliau muncul dan mendakwa SD kedua ditandatangani dalam keadaan dipaksa dan tanpa pengetahuan beliau tentang isi kandungnya.

Nama Balasubramaniam sekali lagi disebut apabila Deepak mengakui tentang perubahan SD kedua.

Deepak telah muncul di khalayak ramai dan mendedahkan peranan beliau serta mengakui terlibat dalam mencari dua orang peguam untuk menulis SD kedua.

Beliau menamakan peguam yang didakwa sebagai Tan Sri Cecil Abraham, semasa temubual bersama akhbar parti PAS, Harakah, menyebabkan Majlis Peguam menjalankan penyiasatan samada peguam tersebut terlibat dalam menulis SD kedua itu.


~ The Malaysian Insider

Video Penerima BR1M dipaksa bersumpah mengundi BN tersebar!!.. Saksikan!!

Posted: 24 Feb 2013 08:59 AM PST


Sebelum ini pencacai UMNO tidak percaya apabila aku mendedahkan satu gambar kenyataan ikrar sumpah penerima BR1M yang dipaksa bersumpah untuk mengundi BN...

Antara komen yang ditinggalkan dalam ruangan komen Blog ini ialah..

membohong lagi tu. ada ke AKUR JANJI? ini mesti kerja pecacai pkr yg buat cerita. AKUR JANJI. hahahahh.

pegawai bank tu org umno ke? bukan korang pecacai dah percaya 100 org kelantan tu penyokong pas ke?

kalo setakat kertas A4, pinajm kopiah kasi pakai, dah buleh percaya ke itu kerja org umno bn? tapi biasa la, ecacai pkr senang dihiburkan. jiwa dah kacau, dapat pulak gambau barua pkr bagi, apa lagi. melolong2 la mereka.

memang kena buat macam tu. korang pun boleh ke pergi bank suka2 hati cakap nak keluar wang bapak punya? pecacai ni memang naif la. asal tak elok je bn, umno. padahal pkr pun berapa kerat sgt yg buat benda elok.

Ada pulak yang kata..

setakat kertas print spa pun boleh buat.bagi bukti suara sumpah ke,baru la orang pecaya.orang lain terima xpenah sumpah pun.ampa saja buat lawak la woi cari la modal lain sama.hari 2 video sah2 muka anuar hampa ka bohong ni kertas sapa pun bloleh tulis.

Ada juga yang kata aku sebar fitnah..

Jangan lah nak buat fitnah. Korang yg buat korang kata DSN buat. aku gi ambik tak de sain pun. Kopiah atas kepala lilit serban berjela jela. Jubah meleret menyamu jalanraya tapi suka buat fitnah. Org tunjuk video kata fitnah, sebenarnya korang dengan tok guru korang sama je kaki fitnah. Mintak dijauhi ALLAH lah korang nak jadi pemimpin, memang tak layak, tak, tak berkarisma langsung.

A.B.U = ALLAH BERSAMA UMNO, INSYALLAH!

Apa lagi komen mereka sila lihat di ( SINI )

Berikut adalah video rakaman majlis angkat sumpah yang terpaksa dilakukan oleh penerima-penerima BR1M itu...



Sumber Video: LiangLahad

Tiada ulasan: