Sabtu, 16 Februari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


APCO,BN Dan Najib Dah Kepupusan Idea, Asyik Tiru Pakatan Rakyat Sahaja..Tak Der Idea Sendiri Ker???.

Posted: 15 Feb 2013 06:42 PM PST


tiru..tiru..tiru..APCO dah tak de idea ..rugi jer bayar mahal mahal oooi...sekarang BN dah jadi pengikut..mengikut sahaja apa yang Pakatan Rakyat buat..Baru baru ini semasa kedatangan Najib ke Uitm Seri Iskandar untuk perjumpaan dengan orang asal,satu elemen baru sudah mula kelihatan.3 buah bas baru yang bermotifkan ala ala Bas Jelajah Merdeka Rakyat.Bas ini gamaknya diberi nama Bas Jelajah I Mesia.Dekorasinya jugu meniru bas jelajah merdeka rakyat iaitu diletakkan gambar najib dan muhyidin di sisi bas.Bezanya bas bas ini akan diiringi oleh beberapa kereta peronda Polis disepanjang perjalanannya.Jadi konvoi bas ini kelihatan semacam elit dan gempak.Pagi tadi kelihatan 3 buah bas ini menyusuri jalan Bota - Kg Gajah ke destinasi yang tidak diketahui.Dengan siren peronda Polis yang membingitkan telinga,serta deretan kereta pengiring begitu menampakkan keangkuhan Barisan Nasional di kaca mata rakyat marhaen.

Msinc-Dalam kempen pilihanraya,untuk menang kita mestilah mendahului lawan dalam bertindak..jikalau kita hanya jadi follower atau pengikut sahaja..bermakna kita akan tewas kerana strategi lawan akan lebih kuat dan dikenali.Perkara ini memberi tanda tanda yang jelas..tanda apa ???..tak perlu le diperjelaskan..faham faham seendree...

Pakatan Rakyat Akan Bela Nasib Penduduk Parit 11,12 Dan 13.

Posted: 15 Feb 2013 04:58 PM PST

Ustaz Zulkifly Bersama Saudara Saiful Serta Keluarga
                       Penduduk Parit 11,12,13 yang dibelenggu permasalahan ketiadaan geran tanah, jalan tar dan ketua kampung yang mewakili mereka akan dibela nasib nya oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 13 sekiranya rakyat memberikan kuasa pemerintahan termasuk DUN Bota kepada Pakatan Rakyat.Perkara itu ditegaskan oleh  Ustaz Zulkifly Ibrahim didalam ceramahnya kepada penduduk di Parit 13 Titi Gantung semalam.Beliau akan mengusahakan dan memberi cadangan kepada kerajaan PR yang baru dilantik setelah memenangi PRU 13 untuk menyelesaikan masalah yang sudah berlangsungan sejak dari 30 tahun yang dulu.Baru baru ini penduduk dikawasan berkenaan telah menaikkan banner bantahan kepada kepimpinan Zambry Abd Kadir.

                      Beliau menyatakan kehairanannya mengapa UMNO melakukan serangan dan menjadikan isu tentang pemberian geran tanah oleh Kerajaan PR Perak semasa memerintah Perak 11 dulu.Pemberian tanah itu sebenarnya adalah untuk rakyat yang miskin dan yang tidak mempunyai tanah untuk didirikan rumah kediaman.Isu ini telah di mainkan oleh UMNO kononnya Dato Seri Nizar Jamaludin telah memberi banyak tanah kepada kaum Cina akibat pengaruh daripada DAP.Umno telah menyembunyikan fakta dimana pemberian tanah itu juga melibatkan penganugerahan tanah sebanyak 1000 ekar kepada Sekolah Agama dan penduduk Melayu yang miskin.Umno juga menutup pekung mereka sendiri yang selama ini banyak mengambil tanah rezab melayu untuk dijual kepada taukeh taukeh Cina.Tanah Rezab ini diambil atas nama pembangunan,tetapi digunakan untuk kepentingan diri sendiri.


Bacaan Doa

                   Turut sama memberi ucapan pada majlis berkenaan ialah Ustaz Wan Ji dan Ustaz Ismi (Yang Dipertua PAS Parit.Setelah selesai majlis ,semua hadirin telah dijemput untuk makan kenduri dirumah Encik Saiful iaitu Setiausaha AMK Parit yang terletak berhampiran.Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Zulkifli dan Ustaz Wan Ji.Terima Kasih kepada tuan rumah keatas hidangan mee sup tulang lembu, roti jala,kuah durian dan rendang ayam kampung yang begitu menawan hati.

Msinc- Kalau tak percaye akan kesedapan hidangan jamuan ini..lihat gambor dibawah,tengok deme ngonyen pun..dah tau sedap ke..ijak..hi..hi..

Aii..Berdue Aje..??Ate Mun Tak Di Pelawe..Hi..hi..


Tiada ulasan: