Addin |
- LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Bersama Jeneral Bersara Dan DSAI Di Setiawangsa
- Pelik Tapi Benar, Di Mana Pasukan Keselamatan Ketika Ini?
- Ketua Cawangan Umno Yang Masih Aktif Sertai KEADILAN
- Lakonan Hebat Pencacai Umno Terbongkar.. Saksikanlah!!
- Bas Angkut Peserta Program Najib Terhumban Dalam Parit
- Gambar Bukti Remaja Di Bayar Untuk Sertai Himpunan Umno Kelantan?
LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Bersama Jeneral Bersara Dan DSAI Di Setiawangsa Posted: 16 Feb 2013 09:03 AM PST |
Pelik Tapi Benar, Di Mana Pasukan Keselamatan Ketika Ini? Posted: 16 Feb 2013 05:57 AM PST BATU 16 April: Berita kemasukan 100 ahli kumpulan bersenjata di pesisir pantai Lahad Datu Sabah adalah cerita sama yang diulang untuk menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. "Setiap kali pilihan raya, tiba-tiba kumpulan pengganas seperti ini muncul."Dulu Al-Maunah, lepas tu ada pula kumpulan militan Malaysia yang ditangkap bersama reformis. Kemudian kata kita (Pakatan Rakyat) guna keganasan untuk rampas kuasa," katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat di Bandar Baru Sentul, semalam. Ahli Parlimen Batu itu mengulas isu kumpulan bersenjata di Lahad Datu sejak 14 Februari lalu yang didakwa pewaris 'Sultan Sulu' dari selatan Filipina dan mahu 'merampas' semula Sabah. "Kita rasa cerita ini pelik, 100 lelaki datang mahu mengambil Sabah? Umno macam-macam boleh reka, yang peliknya, bukan Jeneral tentera yang mengarahkan tentera mengepung lelaki-lelaki itu, tetapi Menteri Pertahanan," kata Tian. "Kita tidak hairan jika isu itu digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara sedang huru-hara," katanya. Menurutnya lagi, isu 'serangan' itu juga diguna untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah yang didalangi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. "Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat isu ini, yang seperti kita tahu didalangi pemimpin yang paling lama memerintah, Mahathir," kata Tian disambut tepukan 500 penyokong. ~keadilandaily |
Ketua Cawangan Umno Yang Masih Aktif Sertai KEADILAN Posted: 16 Feb 2013 01:00 AM PST BATU 16 FEB: Ketua Cawangan Umno Bandar Baru Sentul, Badaruddin Ismail mengisytihar penyertaannya ke KEADILAN pada program ceramah Pakatan Rakyat, malam tadi. Badaruddin Ismail berbuat demikian depan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Saya masih lagi Ketua Cawangan. Selepas ini saya tunggu apa tindakan Umno terhadap saya," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Batu. Sementara itu, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip pula berkata, penyertaan Badaruddin berikutan muak dengan penipuan dan sikap pura-pura pemimpin Umno. Katanya, pelbagai tekanan dan sabotaj dilakukan Umno menjelang hari ceramah bagi memberi tekanan kepada Badaruddin dari meneruskan niatnya untuk menyertai KEADILAN. "Dua kali kami terpaksa pindah lokasi. Walaupun pengerusi persatuan di tapak ceramah sudah terima deposit dan kita sudah maklumkan polis, tiba-tiba kata tiada kebenaran untuk ceramah," katanya. Ceramah dijadual di Dataran Menara Orkid terpaksa dipindah ke tanah lapang berdekatan Dewan Desa 8/9 Bandar Baru Sentul ekoran bantahan wakil Menara Orkid, yang kononnya menurut mereka tiada permit. "Mereka sudah terima deposit. Kenapa timbulkan soal permit yang patutnya urusan kami dan polis? Polis pun sudah beri kebenaran berceramah dan tiada bantahan. "Kita yakin, sabotaj itu sebenarnya bertujuan menekan Badaruddin berikutan pemimpin Umno bahagian goyah dengan penyertaan beliau ke KEADILAN," kata Rozan. ~keadilandaily |
Lakonan Hebat Pencacai Umno Terbongkar.. Saksikanlah!! Posted: 15 Feb 2013 11:14 PM PST Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di masjid Selat adalah lawak yang hebat. Sudahlah gaya pun takde macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Di hadiri tak sampai sedozen penyokong. Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam. Buat pencacai-pencacai.. lain kali nak buat demo biarlah nampak real baru lah orang percaya. Untuk makluman pencacai, dari maklumat Addin terima.. tiada arahan demo oleh pimpinan PAS Melaka kepada ahli-ahlinya untuk buat demo. So.. confirmlah!! yang buat demo ni adalah pencacai Umno.. Satu lagi yang pelik, pencacai-pencacai ni tutup muka? Takut penyokong PR dapat kesan identiti-identiti pencacai tegar ni ke.. |
Bas Angkut Peserta Program Najib Terhumban Dalam Parit Posted: 15 Feb 2013 08:44 PM PST SIMPANG PULAI - "Saya sempat bergayut di palang berhampiran kerusi sebelum melihat penumpang lain terhumban dan terhimpit ke sebelah kiri bas," ujar Urusetia Persatuan Orang Asli Kelantan, Jabbar Salleh, 53. Jabbar adalah seorang daripada 36 Orang Asli yang menaiki bas persiaran dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dekat sini. Bas tersebut adalah salah satu daripada 25 bas yang membawa kira-kira 1,000 Orang Asli dari Kelantan bagi menghadiri Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Padang A, petang semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, bas yang dinaiki kumpulan Orang Asli terbabit dipercayai terbabas lalu melanggar bahagian kanan sebuah lagi bas yang turut mengikuti konvoi tersebut sebelum masuk ke dalam parit berhampiran. Kejadian yang berlaku di Kilometer 15, Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Pos Slim itu turut mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi cedera parah manakala 10 yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar dan mereka semua dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Jabbar berkata, bas tersebut dalam keadaan tidak stabil ketika melalui selekoh dan dipercayai mengalami kerosakan gear ketika menuruni bukit sebelum melanggar bas di hadapan sehingga mengakibatkan bas terbabas masuk ke dalam longkang. "Selepas bas terhumban masuk ke dalam parit, kesemua penumpang yang duduk di sebelah kanan terjatuh ke sebelah kiri sehingga mengakibatkan ramai daripada penumpang cedera akibat kejadian itu. "Saya dan beberapa penumpang keluar mengikut pintu pemandu bas manakala selebihnya mengikut pintu belakang," katanya. Seorang lagi penumpang bas yang terselamat, Kemboh Dollah, 22, berkata, dia yang duduk bersama kakaknya di barisan ketiga belakang tempat duduk pemandu hanya mendengar jeritan penumpang lain sebelum bas terbabas memasuki longkang di sebelah kiri jalan. "Kami berdua terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya berharap sesuatu yang buruk tidak berlaku," katanya yang serik untuk menaiki bas selepas terbabit dalam kemalangan itu. Bergesel dengan bas lain Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila bas tersebut bergesel dengan bas persiaran yang lain sebelum dihimpit ke tepi sehingga mengakibatkan ia masuk ke dalam longkang berhampiran. Menurutnya, bas yang bertolak dari Pos Hendrop, Gua Musang itu dalam perjalanan ke UiTM Seri Iskandar untuk menghadiri program bersama perdana menteri. "Bagaimanapun, setibanya mereka di Kilometer 15 Cameron Highlands-Simpang Pulai bas tersebut mengalami kemalangan mengakibatkan 36 penumpang bas terhimpit ke sebelah kiri bas. "Polis, bomba dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) bekerjasama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. "Akibat kemalangan itu, seorang maut setengah jam selepas mendapat rawatan di hospital, lima daripadanya separuh kritikal manakala 18 lagi mendapat rawatan pesakit luar, " katanya. Katanya, mangsa maut dikenali sebagai Mali Along, 21, pelajar Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP), Kuantan. "Mangsa yang maut dipercayai akibat kecederaan dalaman dan kes tersebut disiasat di bawah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Shalimin Ahmad Shaffie berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan membantu menguruskan jenazah mangsa serta membantu mangsa lain yang cedera dalam kemalangan itu. PM lawat mangsa nahas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut meluangkan masa selama 15 minit melawat mangsa di Wad Kecemasan HRPB.~sinar harian |
Gambar Bukti Remaja Di Bayar Untuk Sertai Himpunan Umno Kelantan? Posted: 15 Feb 2013 08:20 PM PST Ni adalah bukti SAHEH puak puak umno menbayar upah untuk kerja kerja mencacai bagi memenuhkan hadapan Bangunan Umno Kelantan selepas Jumaat 15/2/13 siang tadi. Lihat,, berapa panjang barisan untuk berbaris demi mengambil upah?Korang tengok dan senyumjerlah ek.. kah kah kah..Tak ada upah jangan haraplah majlis anjuran umno ni orang datang!! ~king of goblok |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan