Jumaat, 15 Februari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Kedatangan Najib Ke Seri Iskandar Menyusahkan Rakyat...

Posted: 14 Feb 2013 11:19 PM PST



            Teman baru nak balik ke romah,bile teman disape oleh seorang abang.Beliau bertanye kepade teman"sape yang datang ramai ramai nie?.Najib, jawab teman.'Huh…betoi betoi nyusahkan rakyat le dia ni…balas abang tu dengan bersungguh sungguh.Aaaiik..macam mane pulak nyusahkan rakyat balas teman dengan agak keheranan (saje dibuat..nak nengok akal abang nie..)..Ate ..dia datang ni..bawak sekali orang asal..banyak beno bas nyer..ade dalam 100 bijik pengagak teman..sebijik bas sewa dalam 2000 ringgit..kena 100 bas dah berapa?...nak bagi orang yang datang tu 50 ringgit.100 kali 40 orang kali 50 dah berapa?



          Berapa ramai pasukan Polis yang digunakan..?Banyak lagi kes jenayah yang tak selesai di Bota ni…Berapa ramai kakitangan kerajaan yang tak berkojer hari ni ..sibuk uruskan kedatangan dia.Dia datang musti nak meraih undi dari orang asal,tu ler pasai dihangkutnye dari serata semenanjung.Dia datang bukan sebab Negara..dia datang pasai nakkan undi..jadi duit sape yang dibelanje untuk semue nie..duit umno ker?..berape ler sangat yuran ahli umno tu..Itu ler pasal teman kate dia datang ni menyusahkan rakyat yang rate..rate dah susah ni…kome orang mude ,berobah dan berhijrah ler…Keme memang dah hijrah bang…HIJRAH BOTE…Bagus..baguih..kate abang tu dengan banggenye.

Kumpulan bersenjata, versi berbeza M’sia-Filipina

Posted: 14 Feb 2013 06:31 PM PST

Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.
Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut.
Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri.
"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.
"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters.
Katanya, lelaki bersenjata itu disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.
Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.
Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.
"Kita tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang meminta namanya tidak disiarkan.
"Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah."
Bilangan pendatang haram Islam dari selatan Filipina yang miskin telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan ia menimbulkan ketegangan sosial dengan penduduk asal beragama Kristian di Sabah.
NONEKerajaan Filipina telah menandatangani perjanjian damai dengan
pemberontak Islam lewat tahun lepas untuk menamatkan konflik selama 40 tahun di selatan negara itu, tetapi sesetengah puak telah menyuarakan bangkangan.
Sejak perjanjian damai yang ditaja oleh Malaysia itu, pengikut puak serpihan kumpulan Misuari telah memutuskan untuk mencetuskan beberapa masalah dan mewujudkan ketengangan di Sabah, kata seorang pegawai kanan Malaysia yang merujuk kepada puak dalam kumpulan pemberontak MNLF.
Pada tahun 2000, sebuah kumpulan militan dari selatan Filipina telah menculik 21 pelancong dari Sabah yang menyelam di kawasan peranginan Sipadan.
Pada tahun 1985, sebelas orang terbunuh apabila lelaki bersenjata yang dipercayai dari selatan Filipina, memasuki Lahad Datu di Sabah, menembak secara rawak sebelum merompak cawangan Standard Chartered Bank tempatan.
- Reuters
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=66592

Kempen BN Gangnam gagal

Posted: 14 Feb 2013 12:16 PM PST



,
TBO udah berabo hari tu BN menjemput PSY Gangnam ke Jamuan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang adalah untuk kempen politik Barisan Nasional..nah kini terbukti...he he..siapalah tuan penasihat 25 persen..pening pening..gunakan PSY the Gangnam pun x jalan. Tahniah orang Pulau Pinang, ini kalilah kita ubah..ABCD.

Tiada ulasan: