Telok Bakong Online |
Posted: 10 Feb 2013 09:26 AM PST |
HKR 112 Adalah Pencetus "Malaysia Spring" Posted: 10 Feb 2013 06:46 AM PST 1. Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah diadakan pada 12.1.2013 yang lalu adalah "Malaysian Spring" yang boleh mencetus era baru bagi negara ini. Sentuhan bersemangat dari pimpinan rakyat bakal telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat di Malaysia.2. Sebenarnya kebangkitan dalam bentuk lain harus dijalankan serentak seperti kebangkitan sosial-budaya, kebangkitan rohani, kebangkitan pemikiran dan kebangkitan intelektual, namun perhimpunan yang disemangati oleh keinginan menganjakkan negara dari era kronisme, salahguna kuasa dan rasuah kepada negara yang bersih dari kepincangan uruskelola harta negara adalah suatu yang sangat penting. 3. Pasca HKR 112 akan menjadi lebih mencabar kerana jika ia tidak dituruti menggerakkan kebangkitan yang menyeluruh maka ia tidak akan membawa sebarang makna dan tidak boleh bertahan lama. 4.Kita percaya dengan kehadiran jutaan rakyat yang datang sendiri tanpa sebarang sogokan dan bayaran pasti akan menjadikan kebangkitan rakyat di negara ini sebagai "Malaysian Spring" yang unik seperti yang ditunjukkan oleh Arab Spring. Rakyat Malaysia telah pun menunjukkan kesungguhan untuk bersama dalam HKR. 5. Kehadhiran dan penyertaan penuh semangat dari rakyat adalah penting untuk mencetuskan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap masa depan negara. RAKYAT BANGKIT, BOTA BERUBAH RAKYAT BANGKIT, PERAK BERUBAH RAKYAT BANGKIT, MALAYSIA BERUBAH |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan