Ahad, 10 Februari 2013

Addin

Addin


Gempar!! Ceramah Panglima Ludah Umno Di Hadiri 25 Ribu Orang.. Saksikanlah!!

Posted: 10 Feb 2013 08:04 AM PST


Tak cukup dengan ceramah, disertakan juga hiburan "live band" dari kumpulan ntah apa ntah, aku pun tak taw namanya. 

Nampak yg menyanyi tu Yabang, vokalis Jinbara. Ada awek cun jugak nyanyi kat pentas... Ni nak ceramah ke buat konsert?!UMNO & BN telah menganjurkan siri ceramah "Kembara Anak Muda Sayangi Selangor" bertempat di seksyen 24 Shah Alam malam tadi.

Oooohh, ceramah rupanya, ingatkan konsert.. Ceramah politik yg memperbodohkan rakyat + elemen hiburan maksiat lagi melalaikan, sambutan amatlah menggalakkan..

Lebih dari 25 orang hadir termasuk kanak kanak bawah 12 tahun (bukti gambar dibawah sekali budak lelaki pakai baju kaler oren bertopi hitam).. Tak percaya tanya Panglima Ludah kerana beliau salah seorang penceramah yg dijemput.

Ceramah UMNO versi baru ini turut menyediakan meehun goreng dan air botol secara percuma dan flyers yang gila bodoh tahap bertingkat tingkat diagih-agihkan oleh mereka sendiri. Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!! Ada hati pulak tu nak RAMPAS Selangor masa PRU13 ni?! ~erapasca




Iklan C (ii)








Ali Rustam Peralat Masjid Jadi Bilik Gerakan Umno

Posted: 10 Feb 2013 12:44 AM PST


UMNO Melaka tanpa rasa berdosa menggunakan masjid sebagai tempat untuk membuka bilik gerakan sebagai menghadapi PRU-13 yang akan diadakan pada tahun ini. 

UMNO Melaka diketuai oleh Ketua Menteri, Ali Rustam dengan rasa tidak bersalah telah mengotorkan masjid dengan memebawa najis (UMNO) ke dalam masjid.UMNO Melaka semakin terdesak sehinggakan masjid yang mulia dan suci telah dijadikan tempat maksiat (bilik gerakan). Ini buktinya melayu pengkhianat agama.

Bukan setakat agama dan negara malahan bangsa sendiri pun mereka rosakkan. Tindakan terdesak ini menunjukkan UMNO akan tinggal keris mati di tanah gersang.Masjid yang menjadi mangsa Yahudi UMNO ini terletak berdekatan Hospital Melaka iaitu Masjid al-Azim. 

Gambar ini dihantar oleh orang kuat UMNO yang menyampah dengan Ali Rustam kepada admin. Mereka berpolitik tidak mengapa tetapi kalau pembangkang belum sebut politik dan panas punggung. ~kijang 59



Iklan C (ii)








Ustaz Nasha Jadi Calon BN PRU13?

Posted: 09 Feb 2013 05:01 PM PST

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi.

Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12)."Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri.

Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam.

Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat."Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. 

Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno.

"Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya.Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim. ~sinar harian




Iklan C (ii)








Di Tempat Najib, Pencacainya Cabut Dan Buang Bendera PAS Dalam Longkang

Posted: 09 Feb 2013 04:20 PM PST


Sebanyak dua puluh batang bendera PAS dikhianati oleh pihak tidak bertanggung jawab dengan mencabut dan membuang kedalam longkang besar di Perumahan Sepekan Jaya. 

Kejadian pertama berlaku pada Selasa 5 Februari 2013 dimana 20 batang Bendera PAS dicabut dan sebahagiannya dibuang kedalam longkang besar di perumahan tersebut. Ahli PAS telah memasang kembali bendera yang ada dan sebahagian bendera tersebut telah rosak.

Selang dua hari kemudian, sekali lagi bendera PAS dikhianati dan kali ini bendera itu terus lesap dan hilang dari lokasi ia dipasang. Tidak kurang dari lima belas batang  bendera telah dicabut dan dicuri pada kejadian kedua tersebut. 

Pihak AJK UPU Peramu Jaya dan Shahbandar yakin ia dilakukan oleh mereka yang sangat sakit hati kepada PAS dan golongan ini sangat rendah fahaman politik dan cuba mewujudkan provokasi. 

Untuk itu, AJK UPU dan ahli bersetuju untuk mengadakan solat hajat untuk mendoakan kepada Allah S.W.T agar memberi balasan setimpal diatas pengkianatan mereka kepada PAS. 

Semoga pengundi Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya dapat menilai dengan baik untuk memilih Parti yang paling sesuai pada PRU 13 nanti. Kejadian ini sepatut tidak wajar berlaku jika semua pihak faham apa itu negara demokrasi. 

Namun, inilah jadinya apabila demokrasi itu terus dikhianati oleh pihak-pihak yang kebal dari undang-undang itu sebenarnya. Lakukan perubahan pada PRU akan datang. ~pahangdaily online





Iklan C (ii)








Tiada ulasan: