Ahad, 3 Februari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Persembahan Mengegarkan,Sketsa Mengancam,Ucapan Memberangsangkan..

Posted: 03 Feb 2013 08:20 AM PST


Mantap Dan Bertenaga..Gimme Some Blues ..
                               Persembahan oleh Ito Mohamad semalam di Bandar Sidec Seri Iskandar semalam telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk semalam.Nyanyian lagu lagu  polular dari tahun 80an dari kumpulan Blues Gang telah menjadi senarai dalam persembahan Ito yang begitu santai itu.Antara lagu yang dipersembahkan secara  "minus one" bersama seorang gitaris itu ialah Apo Nak Dikato,Ubah Sekarang,Ibu dan sebagainya.Ito sebagai seorang penyanyi yang berpengalaman dengan begitu mudah dapat menghiburkan penonton dan mengajak mereka menyanyi dengan beliau.Gitaris mengiringi persembahan beliau ialah anak bongsu beliau sendiri iaitu Mohd Kid Afero telah menunjukkan skill permainan blues yang mantap pada usia yang muda.Berbekalkan tone suara yang menarik,Ito telah berjaya membuatkan para penonton terpaku dan kagum dengan persembahan yang santai itu.
Ala..ala SRV..Lepas nih Kena Cari Fender...

Ustaz Zulkifli Ibrahim Bakal Calon DUN BOTA
                               Sebelumnya,pemimpin pemimpin Parti Keadilan Rakyat telah mengisi slot ceramah dimulai oleh Tuan Haji Usalli Alias sebagai Ketua Cabang Keadilan Parit.beliau banyak membongkar dan mengupas isu isu dan permasalahan yang berlaku di sekitar Perak Tengah.Seterusnya Ustaz Zulkifli Ibrahim sebagai calon DUN Bota mengambil tempat sebagai penceramah.Ustaz Zul dalam ucapannya menyeru semua penduduk didalam DUN Bota melakukan penghijrahan kearah kebaikan dan melakukan perubahan perubahan supaya ianya dapat membela kepentingan rakyat.Seri Iskandar dirasakan suatu kawasan yang amat penting kerana ianya mempunyai jumlah pengundi yang ramai jika disbanding dengan kawasan lain.Berlaku penghijrahan di Seri Iskandar,bermakna Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah untuk menang di Bota.

                              Pemimpin utama yang turut memberikan ucapan ialah Shamsul Iskandar Akin Ketua AMK Malaysia.Beliau juga telah turut merasmi dan melancarkan Bilik Gerakan Ranting Seri Iskandar.Beliau berharap Angkatan Muda Keadilan akan bersungguh sungguh mengerakkan jentera parti untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.Beliau merasakan AMK adalah nadi dan tenaga parti.Kekuatan AMK akan menjana kekuatan parti dan orang muda adalah pemangkin perubahan.Sebagai sebuah kerajaan yang bakal akan tumbang,tanda tanda untuk menunjukkan kejatuhannya telah mula dirasakan.Menurut Shamsul Iskandar,sikap baik yang ditunjjukan oleh pihak Polis dan Peguam Negara semasa Himpunan Rakyat KL baru baru ini adalah 'signal' kepada pertanda awal akan berlakunya perubahan kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
Lucu Sekali Sketsanya..
Nasyid Dari Wakil Rakyat Palestin

                                Selain persembahan dari Ito,satu sketsa dari ahli ranting Seri Iskandar juga turut dipersembahkan.Sketsa yang sungguh melucukan itu juga turut disertai oleh sebuah band unplugged dari anak muda Seri Iskandar.Sketsa ini menceritakan tentang gelagat seorang wakil rakyat yang berhijrah masuk ke dalam PKR dan kemudiannya melompat balik masuk kedalam UMNO.Persembahan sketsa yang dipimpin oleh Saudara Zubir ini diakhiri oleh persembahan nasyid bergitar oleh salah seorang rakyat Palestin yang menetap disini.Antara maksud nasyid berbahasa Arab ini ialah mengisahkan perjuangan Islam di bumi Gaza.

                               Namun disebalik kegemilangan dan keberjayaan program yang dirancangkan tersebut,adalah amat diharapkan ianya juga dapat disertai oleh kumpulan kumpulan musik anak tempatan supaya kesan atau gelombang ini dapat meresap jauh kedalam akar umbi.Diharap pihak yang berkenaan dapat mengadakan suatu program yang dapat memberi ruang kepada anak muda untuk mengeluarkan aspirasi seni mereka dengan lebih bebas dan ruang waktu yang lebih tidak membataskan.
Bergambar Kenangan Bersama Mohd Kid Afero..selamat maju jaya dengan bluesnya
Kumpulan Sketsa Norodin Haat..Cemm


Msinc-Terdengar ada sungutan dan rintihan dari anak muda yang ingin turut serta tetapi mungkin kerana bugjet yang terhad,hasrat ini tidak dapat ditunaikan.

Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR

Posted: 02 Feb 2013 10:02 PM PST

MB Selangor: Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.

"Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.

"... graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.

"Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha Umnor Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi Umno Selangr) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus.

Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus," katanya ketika berucap meraikan lebih 400 sukarelawan dan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok di kediaman rasminya di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dakwa Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), yang diumumkan Rabu lalu, mendapati sokongan rakyat terhadap PR semakin tinggi.

Tambah beliau, hal ini dikuatkan lagi apabila keputusan yang sama diperolehi hasil kaji selidik oleh pihak polis dan tentera baru-baru ini.

"Mereka (unit khas polis dan tentera) telah bocorkan maklumat ini sendiri, membuktikan rakyat semakin menolak Umno-BN ".... hasil survei ini, rakyat dah setuju untuk tukar kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak menggadaikan mandat mereka hanya semata-mata gelap mata dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan BN menjelang pembubaran Parlimen bulan depan.

Bagaimanapun Abdul Khalid tidak melarang rakyat untuk menerima sambil menyifatkan bantuan kewangan itu bukannya milik ahli politik atau parti, sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakannya sejak 50 tahun lalu.

"Duit (BR1M) boleh ambil, undi jangan, tanggungjawab saudara jangan jual, jangan jual keluarga.

".... bukan duit bapak dia, itu duit rakyat," tegas Abdul Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberi jaminan kepada rakyat bahawa seandainya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, pihaknya akan mengekalkan kedaulatan undang-undang negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Semua pimpinan tertinggi PR telah bersetuju untuk tidak merungkai setiap artikel dalam Perlembagaan Malaysia.

".... Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Hadir sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Exco Pertanian Selangor merangkap Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
- SH

Populariti: Anwar makin hampiri Najib


Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar sebagai calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka
-mk

Tiada ulasan: