Addin |
- Sebab Ustaz Fathul Bari Tarik Diri Dari Forum..
- LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Jasin, Melaka
- Kaum India Akan 'Khianat' Pada Najib
- Awie Di Kecam Hebat
- Gambar Umno Desperate.. Saksikanlah!!
- (Gambar) Walaupun Hujan, 100K Tidak Berganjak Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Stadium Darul Makmur
Sebab Ustaz Fathul Bari Tarik Diri Dari Forum.. Posted: 03 Feb 2013 03:00 PM PST Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian beliau yang bersetuju sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini. Meskipun begitu beliau menegaskan, ia hanya boleh direalisasikan saat negara berada dalam keadaan kondusif yang bila mana penggubalan undang-undang itu dilakukan, ia menampakkan sisi indahnya Islam itu. "Saya setuju (laksana hudud) tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksanaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," katanya dalam forum Implimentasi Syariah Dalam Negara Bersifat Sekular: Adakah Malaysia Menepati Syariah Islam?" di ibu negara malam bukan hanya terletak pada istilah semata-mata, namun ia perlu dizahirkan dalam konteks yang menyeluruh. "Kalau saudara tanya sekarang, adakah negara-negara sekarang negara Islam, ya, mereka wilayah Islam. Saya baru bercakap tentang istilah belum lagi nilai budi. "Kita mengatakan negara-negara yang ada Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab, wilayah Islam, dalam erti kata lain, kalau negara-negara ini diserang, wajib bagi umat Islam bangun mempertahankannya. Tetapi dengan istilah itu tidak bererti saya boleh mendiamkan diri kalau berlaku apa-apa kesalahan atau penyelewengan hanya atas dasar ia negara Islam. "Sepertimana saya tak boleh untuk mendiamkan diri apabila orang Islam buat sesuatu, hanya kerana dia orang Islam, kalau dia merasuah, merompak dan sebagainya, 'eh tak apalah dia orang Islam'," tegas Asri. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, bila bercakap tentang negara Islam, ia mestilah menyeluruh dan tidak ketinggalan dalam mana-mana aspek sepertimana di negara ini. "Islam bukan hanya slogan, Islam itu melibatkan teks, konteks, bentuk, isu, mesti semuanya Islam. "Negara ini Islam atau tidak. Sebab itu jika kita lihat balik, dari segi teks dan konteksnya, ia tidak ada kaitan dengan tulis atau tak tulis (Perlembagaan), soalnya pelaksanaan bagaimana? "Dirikan solat, masjid kita macam mana? Apakah dirikan solat bermakna kita harus membina masjid besar-besar tetapi jemaah tidak ada. Ada orang hendak berceramah, kena tangkap. Tunaikan zakat, negara kita kutip berapa zakat? RM1 bilion. Apakah orang tidak bayar? Orang bayar, tetapi di mana duit itu pergi?" soal beliau. ~sinar harian Addin: Mungkin sebab ketajaman hujah Dr. Asri ini membuatkan Ustaz Fathul Bari tarik diri.. mungkin.. |
LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Jasin, Melaka Posted: 03 Feb 2013 07:18 AM PST LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Rim, Jasin, Melaka. Jikalau anda semua ingat di Kampung Rim, Jasin inilah samseng-samseng Umno mengganas. Baling cat dan jahanamkan bas Jelajah Merdeka Rakyat. Adakah kali ini samseng-samseng Umno ini buat mengganas? Sama-sama kita tengok.. selamat menonton semua.. |
Kaum India Akan 'Khianat' Pada Najib Posted: 03 Feb 2013 05:30 AM PST KUALA LUMPUR 3 Feb: Masyarakat India tidak akan memberi 'nambikei' atau kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang, tegas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.Menyifatkan rayuan itu tindakan terdesak meraih undi, beliau yakin kaum India tidak akan terpengaruh dengan janji perdana menteri itu. "Dalam sehari dia pergi lebih tiga Pesta Ponggal, kemudian tabur janji nak bela nasib orang India."Selama Umno BN perintah, nasib orang India tidak pernah terbela, bila pilihan raya baru janji macam-macam untuk orang India. Ini menggambarkan politik terdesak Najib," katanya ketika dihubungi. Najib ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dataran Merdeka, malam tadi berjanji tidak akan mengecewakan harapan masyarakat India, malah merayu supaya diberi kepercayaan (nambikei) dan sokongan pada PRU nanti.Manikavasagam berkata, BN sanggup berbelanja besar untuk meraikan sambutan seperti Pesta Ponggal, namun mengenepikan perkara asas seperti kemudahan pendidikan kepada masyarakat Tamil. "Najib pernah janji mahu bina sekolah Methodist Tamil di Kapar, tapi sampai hari ini janji langsung tidak ditepati sedangkan sekolah dan pendidikan adalah asas kepada semua manusia."Masyarakat India bukan gilakan hiburan, tetapi mahu hak yang seimbang dan baik untuk terus hidup," ujar Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat KEADILAN itu. Beliau menambah, isu kematian dalam tahanan polis dan hak kewarganegaraan kaum India merupakan antara masalah yang belum diselesaikan hingga kini. Sementara itu, Adun Bukit Selambau, S. Manikumar berkata, kehadiran Najib ke sambutan Pesta Ponggal tidak seharusnya dijadikan menjadi medan bagi meraih undi kaum India. Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi perhatian khusus terhadap masalah komuniti itu dan bukan sekadar menabur janji ketika PRU."Contohnya, bilangan orang India yang memiliki kad pengenalan (IC) merah masih ramai dan ini menyebabkan banyak masalah lain hingga menyukarkan mereka menikmati kemudahan seperti rakyat lain. "Mereka bukannya rakyat asing tetapi lahir dan membesar di Malaysia tetapi kenapa perkara ini masih berlaku?" soal Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN itu. ~keadilandaily |
Posted: 03 Feb 2013 03:24 AM PST Tindakan penyanyi rock terkenal tanah air, Awie, menubuhkan perniagaan kelab malam yang beroperasi di Ipoh, Perak, mendapat reaksi negatif dalam kalangan peminatnya. Ramai yang mempersoalkan penglibatan Awie dalam bidang tersebut kerana bertentangan dengan hukum agama. Tampil membela diri, Awie berkata, masyarakat harus bersikap lebih terbuka dengan perniagaannya itu sementelah dia melabur wang yang banyak untuk bisnes tersebut. Kritikan itu juga tidak menghalang vokalis kumpulan Wings itu mengembangkan lagi kelab malamnya itu, Malai Rock Station, di Kuala Lumpur, Pahang dan Johor. Menurut Awie, perniagaan tersebut bukanlah perkara baru dan ramai orang Melayu sudah berkecimpung. ~sinar harian |
Gambar Umno Desperate.. Saksikanlah!! Posted: 02 Feb 2013 08:02 PM PST Lihat dengan mata kepala sendiri betapa UMNO/BN telah menyalahgunakan harta rakyat untuk menjalankan kerja-kerja parti. Lori Majlis Daerah Tampin yang tertera tulis MDT bersama-sama dengan pekerjanya telah dirakam sedang memasang bendera UMNO/BN disepanjang Jalan Tampin. Nampak gayanya harta awam digunakan untuk turunkan bendera PR dan dalam masa yang sama digunakan untuk memasang bendera UMNO/BN. Inilah dinamakan Undang-undang rimba...negara yang tidak mengamalkan negara hukum...negara yang tidak mendaulatkan undang-undang dan meluhurkan perlembagaan sepertimana kehendak dan semangat Rukun negara. Umno sudah tidak tahu membezakan perkara asas yang begitu mudah. Tidak tahu kerja kerajaan dan kerja parti. Sebab itu pentadbiran negara/negeri perlu diubah pada PRU 13 nanti tanpa rakyat tidak diberi pilihan lain. |
(Gambar) Walaupun Hujan, 100K Tidak Berganjak Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Stadium Darul Makmur Posted: 02 Feb 2013 04:23 PM PST UAI Telah membuat kejutan di Stadium Darul Makmur ..Kehadiran anggaran 100 ribu orang yang hadir ke Stadium Darul Makmur Kuantan ini malam tadi. Yang lagi hebatnya... Walau pun hujan mereka tetap tidak berganjak, balik dsb. Subhanallah... Allahuakbar.. Hebat sungguh orang Kuantan. Takbir!! Konvoi bermotosikal mengiringi UAI dan ustaz haslin bollywood Kelihatan Puluhan Ribu membanjiriri stadium Darul Makmur..malam Ni Kelihatan anak muda yang dahagakan Ilmu ..bukan konsert mega Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin (Bollywood) malam tadi. Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di salam stadium berkenaan sebenarnya. Addin : Terkilan, tidak dapat balik kampung halaman untuk saksikan detik bersejarah ini.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan