SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 22 Feb 2013 02:02 AM PST Apabila Pas mencadangkan Ku Li sebagai PM, sudah pasti Pas sedar bahwa PKR dan DAP tidak akan bersetuju. Tetapi mengapa Pas yakin dengan cadangan ini. Sudah tentu Pas yakin Umno akan menyokong agenda ini. Umno akan menyokong agenda ini kerana orang Umno sendiri akan tetap jadi PM. Najib atau Muhyiddin bersedia terlepas sebagai PM tetapi BN tetap memerintah, walau pun berkongsi dengan Pas. Umno hanya tak boleh bekerja sama dengan PKR dan DAP sahaja. Sebenarnya usaha mengajak Pas telah dibuat sejak selepas PRU 2008. Sebahagian pimpinan Pas telah bersedia tetapi terhalang tetapi kini ada hujah baru, iaitu tidak mahu Anwar sebagai PM!!!! Tak sangka Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden Pas gagal menghalang idea UG ini pada pecutan terakhir menjelang PRU 13. Hebat sekali jampi Dr Harun Din, sehingga TG NIk Aziz pun terpesona dengan idea ini. Manakala itu sudah pasti Ku Li akan melantik MP Umno dan Pas sebagai anggota kabinet. Takkan MP PKR dan DAP mahu join sama. DAP dan PKR bukan macam Pas yang sanggup berpeluk dengan Umno. Wooo. Tapi itulah realitinya nanti. Mengenal orang Pas, saya yakin pimpinan biasa Pas, termasuk Mohamad Sabu akan tunduk kepada ulama UG yang yang fasih dengan nas Al Quran dan Hadis untuk membolehkan Pas berpeluk dengan Umno yang kini ditentang siang dan malam Mengapa ini terjadi? Ada orang kata pimpinan Pas bangang berpolitik Ada orang kata pimpinan Pas tamak dengan habuan politik Tetapi saya lebih cenderung mengatakan pimpinan Pas "berhasad" dengan Anwar. Cerita lanjut kena minum teh bersama. Rakan rakan saya di Taman Melewar terlalu kecewa kerana Pas sudah sanggup menikam Anwar secara berhadapan. Hakikatnya Pas sudah tidak bersama PKR dan DAP untuk menjatuhkan BN. Kini hanya BERLAKON SAHAJA. Kecuali dalam sehari dua ini, pimpinan Pas menyatakan dengan tegas bahwa Anwar sebagai PM, maka saya tetap dengan kenyataan ini. Kesian dengan ahli Pas, tidak percaya dengan kesediaan pemimpinnya akan berpeluk dengan Umno. Bagi mereka ini semua fitnah. Bila dah terjadi nanti, pakat menangislah. Kesian..... |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan