Roslan SMS Corner |
Apabila Roslan SMS dicabar (27/2/13) Posted: 26 Feb 2013 07:35 PM PST Saya tak sangka posting saya bertajuk : "MB Selangor nanti bukan dari BN tapi PR" telah menarik minat seorang pengikut, yang bukan sebenarnya mengulas secara langsung kandungan posting berkenaan tetapi membawa isu baru. Beliau fokus pada isu : rumah urut di Selangor dan posting yang buat pada bulan Febuari 2007 (ketika itu belum ada Pakatan Rakyat) http://n32.blogspot.be/2007/02/jangan-belai-iblis-tetapi-belailahlah.html Terbaru beliau mengulas: Salam Bro Roslan, Jadi, bolehkah ayat dibawah ini dilontarkan kepada MB Khalid pula? "Soalnya mengapa MB tidak memiliki kekuatan untuk mengharamkan sahaja rumah-rumah urut yang beroperasi seperti ini. Haramkan terus kegiatan urut lelaki oleh wanita, susahkah?" Jika Bro Roslan betul2 mempunyai kekuatan nak menghapuskan rumah2 urut di Selangor, saya cabar bro Roslan membuat satu entry khas untuk MB Khalid sepertimana yg bro buat utk Khir TOyo dulu ... if and only if you have the guts! Saya menghargai pandangan beliau dan berterima kasih kerana beliau mengambil masa mengunjungi blog saya. Pengalaman saya lebih 9 tahun dalam dunia blog ini mengajar saya memang aka nada sentiasa mereka yang tidak sehaluan dengan kita, tak guna berbalah dan bertelagah. Terbaik kita menghormati sahaja pandangannya sebagaimana kita mengharapkan orang lain juga menghormati pandangan kita walaupun mungkin tidak setuju. Ada blogger yang ringan mulut, kadang-kadang dikalangan kawan-kawan juga, apabila berhadapan dengan situasi sebegini akan mudah melenting, memaki hamun, merendah-rendahkan pandangan orang lain. Kita biarlah beradab. Berbalik kepada komen sahabat kita di atas. Bagi saya rumah urut yang mengamalkan urutan yang melanggar syarak sewajarnya ditentang oleh orang Islam lebih-lebih lagi pemimpin Islam, tak kiralah Umno kah dia, PAS, PKR siapa pun. Itu pendirian saya. Kuasa perlesenan aktiviti seumpama ini adalah kuasa kerajaan negeri lebih tepat lagi di bawah PBT yang dikuasai negeri. Alhamdulillah MB-MB PAS, samada di Kelantan, Terengganu mahupun Kedah tidak pernah menghalalkan industri ini kerana ia jelas bertentangan dengan syarak. Dalam pada itu kita juga berhadapan situasi masyarakat berbilang kaum. Ada negeri-negeri yang punya perwakilan dan masyarakat berbilang kaum yang tinggi tidak seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu. Bagi masyarakat bukan Islam sebagaimana minuman keras adalah merupakan sesuatu yang lazim bagi mereka. Di sini situasinya berbeza. Apa pun kuasa negeri adalah pada MB. Dan bagi MB dalam negeri-negeri yang didominasi umat Islam saya tidak dapat helah mengapa aktiviti yang haram tidak boleh diharamkan, tiada sebab. Dalam kes Khir Toyo ketika beliau MB beliau menyebut sebagaimana saya sebut dalam posting saya itu: Semalam dalam ruangan METRO akhbar THE STAR dilaporkan: Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo said at present most premises offered massage services in cubicles or rooms. This is against the law. I dont see why massage services must be conducted in rooms or compartments when the law says the premises must be open, he said, adding that the government was intent on issuing closure orders against centres that continued to provide services in rooms or cubicles. We have come across outlets that claim to offer foot reflexology services but the service is conducted in rooms. I dont know why this is so, he said. Dr Khir said he had made several spot checks on massage parlours during the ongoing state-wide operation against massage parlours. He said he was shocked to find out that most of the premises did not comply with regulations. One centre even hands out condoms to all their customers who go there for a massage. What massage are they offering? I dont want massage parlours to be turned into vice dens. Khir ketika itu seakan bersungguh mahu mnegawal dan mengahramkan aktiviti ini, tetapi sehinggalah tamat penggal beliau sebagai MB apabila tewas dalam PRU 12 aktiviti ini tetap di lesenkan. Sahabat kita mempertikaikan adakah saya berani membuat teguran yang sama terhadap MB Tan Sri Khalid kini, saya jawab INSYALLAH bukan hanya saya malah semua umat Islam di Selangor termasuk sudah pasti ahli-ahli PAS dan pemimpinnya akan berani malah telah pun dalam beberapa peristiwa membuat teguran. Dalam kes Selangor kini pengawalannya lebih ketat, warisan lesen dari zaman Khir kini melalui proses tapisan kerana dalam PBT di Selangor kini sudah ada wakil-wakil PAS dan atas mereka ini wajib memncetuskan idea bagaimana mengawal aktiviti ini, mungkin bagi masyarakat bukan Islam kita tidak boleh wajibkan pengharamannya tetapi ke atas masyarakat Islam tidak ada sebab. Tak perlu cabar saya, tetapi cabar semua kita yang Muslim apabila dipinjamkan Allah kuasa, gunakan kuasa itu untuk Islam, itu sebenarnya lebih mulia. Ini dah dekat pilihanraya ini, jadi tanggungjawab kita menaikkan pemimpin yang seumpama ini, ayuh. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan