Pahang Daily Online |
- Bersih: Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan Dan Seorang Pekerja Bank Di Denda RM6,000 Oleh Mahkamah !
- Perdana Menteri Lancar "Pasar Bergerak" 1Malaysia !
- 'Sultan Pahang' Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja
- Panas: Lagi "Video Lawak Artis" Kutuk PR Tersebar !!
- Panas: Video Kes Altantunya Bala Kembali Tersebar!
- Panas: 'Exco Wanita UMNO Pusat' Di Percayai Dalang Kes Ceroboh Tanah Secara Haram Di Maran Pahang !
Posted: 27 Feb 2013 04:56 AM PST KUALA LUMPUR 27 Feb - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dan pekerja sebuah bank Muhd. Harith Fatillah Shahabudin (foto) masing-masing didenda RM6,000 selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007. Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Gobalakrishnan, 53, dan Muhd. Harith, 30, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. "Muhd. Harith telah berada di sekitar tempat perhimpunan pada jangka masa yang lama sejak dia turun dari LRT Masjid Jamek sehingga dia ditangkap, manakala Gobalakrishnan hanya membuat penafian kosong semata-mata dan tidak ingat dengan jelas apa yang berlaku pada hari kejadian, walaupun video menunjukkan beliau terlibat," kata Jagjit Singh dalam penghakimannya. Beliau menjatuhi hukuman denda RM3,000 bagi pertuduhan utama dan RM3,000 bagi pertuduhan pilihan. Sementara itu, pada prosiding sama, mahkamah melepas dan membebaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan 11 yang lain selepas mendapati mereka tidak bersalah atas pertuduhan sama. Mereka didakwa menyertai perhimpunan haram dan mengingkari arahan polis untuk bersurai di beberapa tempat sekitar ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara 1 petang dan 4 petang, 10 November 2007. Turut didakwa melakukan kesalahan sama ialah Mohd. Zad Abdullah, Mohd. Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman, Razali Abdul, Mohd Harith Fathillah, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd. Shafie Ismail, Mohd. Nazreen Mohd. Nasir, Mohd. Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman. Bagi pertuduhan utama, mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pertuduhan pilihan pula mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM10,000. Dalam penghakimannya, Jagjit Singh berkata, mereka yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu berjaya timbulkan keraguan munasabah selepas dipanggil membela diri. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad manakala peguam Jason Tay, S. Vijayaretnam dan Nasar Khan mewakili pihak tertuduh. Bernama |
Perdana Menteri Lancar "Pasar Bergerak" 1Malaysia ! Posted: 27 Feb 2013 04:24 AM PST PUTRAJAYA, 27 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini melancarkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia, sebagai satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana. Ia melibatkan pergerakan sebuah bas dengan berat maksimum 16 tan yang diubahsuai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang. Bas itu akan diiringi dengan beberapa lagi lori kecil yang juga diubahsuai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih. Menurut kenyataan media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Perdana Menteri memperakukan peruntukan RM3 juta bagi menggerakkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia itu, dan buat permulaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk membangunkan konsep pasar bergerak itu di zon tengah, zon utara dan zon selatan. Majlis pelancarannya pada Rabu menyaksikan Najib menyempurnakan acara pelepasan konvoi pasar bergerak, dengan disaksikan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta menteri-menteri kabinet, di Dataran Perdana di perkarangan bangunan Perdana Putra di sini. Menurut kenyataan media, inisiatif berkonsepkan pasar mini bergerak itu menawarkan produk-produk barangan runcit, barang kawalan, produk IKS tempatan dan barangan segar, yang dijual pada harga yang kompetetif. Kumpulan sasar inisiatif ini adalah kalangan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Awam di bandar, masyarakat berpendapatan rendahdan sederhana, serta mangsa bencana alam. Sementara itu, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan FAMA Ab Razak Ab Majid ketika ditemui selepas acara pelepasan itu berkata, konvoi bergerak ke Kuala Pahang, untuk turut serta dalam pelancaran Pusat Transformasi Bandar oleh Perdana Menteri, Jumaat ini. Beliau berkata, bas itu kemudiannya akan mula beroperasi di kawasan sasaran terutama di semua pasar tani di Lembah Klang serta Selangor, dan menurutnya Perdana Menteri meminta supaya dua lagi inisiatif pasar bergerak itu mula beroperasi selewat-lewatnya April. Katanya, satu pasar bergerak itu dirancang untuk beroperasi di zon utara dengan Pulau Pinang menjadi stesennya, manakala satu lagi di zon selatan dengan Johor Bahru sebagai stesennya. Ab Razak berkata, dalam sehari bas berkenaan dapat memberi perkhidmatan ditiga lokasi, membawa muatan barang keperluan yang bernilai kira-kira RM20,000. Menurutnya, FAMA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menghasilkan satu jadual tetap pergerakan bas ke lokasi yang ditentukan. Bernama |
'Sultan Pahang' Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Posted: 27 Feb 2013 04:17 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Feb - Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-231 di Istana Negara dekat sini. Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah yang diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar SultanBadlishah dan Perak oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah. Pada mesyuarat itu, raja-raja Melayu diiringi menteri besar kecuali Sultan Kelantan yang diiringi wakil menteri besar. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing manakala Sarawak diiringi Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. |
Panas: Lagi "Video Lawak Artis" Kutuk PR Tersebar !! Posted: 26 Feb 2013 12:21 PM PST [Jika sebelum ini video artis kutuk Pakatan Rakyat lakonan Nabil dan Salleh Yaakob tersebar, kini sebuah lagi video sketsa lawan artis "Bangkang Dari Longkang" yang bertajuk "Parking Putrajaya" pula tersebar. Jika sebelum ini kempen boikot Sinar FM kerana kelibat Salleh Yaakob (SY) dalam rancangan Sinar Pagi semata-mata. Rupanya dalam video terbaru ini, Kang Engku (KE) juga turut melibatkan dirinya. Adengan ini sememangnya sungguh memualkan dan ternyata bertujuan untuk memperli Pakatan Rakyat semata-mata. Turut berlakon ialah Adlin Aman Ramli, Harith Iskandanr, Douglas Lim, Salleh Yaakob, Satiyah dan Adflin Sauki. Nampaknya trend menggunakan artis untuk berpolitik kini sudah semakin populardi negara kita. Ternyata,kini hanya rakyat yang boleh tentukan yang mana satukah bakal menjadi pilihan hati masing-masing. Selamat berjuang !]. |
Panas: Video Kes Altantunya Bala Kembali Tersebar! Posted: 26 Feb 2013 11:54 AM PST |
Panas: 'Exco Wanita UMNO Pusat' Di Percayai Dalang Kes Ceroboh Tanah Secara Haram Di Maran Pahang ! Posted: 26 Feb 2013 11:08 AM PST MARAN, 27 Feb - Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat isu pencerobohan tanah secara haram yang dipercayai melibatkan Ketua Wanita UMNO Pahang, Dato' Hajjah Rosni Zahari (foto). Difahamkan kini beratus-ratus hektar tanah yang terletak di kawasan Hutan Bukit Segumpal, dekat sini telah diterokai secara haram yang didalangi oleh pemimpin terbabit. Rosni yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Pusat itu kini dikatakan telah mengumpul kekayaan yang cukup luar biasa hasil keuntungan menjual tanah-tanah yang telah dicerobohi itu. "Bayangkan mereka jual tanah yang diceroboh itu antara RM50,000 hingga RM700,000 seekar. Saya melihat sendiri pencerobohan secara berleluasa yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah yang kini telah digondolkan. Mereka gunakan kuasa untuk menutup segalanya.. Semua sudah ditutup rapat-rapat... bahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah datang untuk menyiasat pun akhirnya balik begitu saja... Balaci mereka ada dimana-mana termasuk di Pejabat Tanah Dan Daerah Maran dan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang (PTG). Ini menyebabkan kerja jahat mereka dilindungi .... Pernah satu ketika pihak PTG datang untuk menyiasat.. tetapi ada balaci mereka yang hantar laporan supaya semua jentera untuk menggondolkan tanah-tanah berkenaan dikeluarkan dari lokasi", kata seorang saksi yang ditemui. Sementara itu, beberapa orang penduduk Felda Jengka 7 yang bersempadan dengan lokasi tanah terbabit berkata, sebelum ini anak-anak mereka pernah membayar antara RM200 hingga RM300 seorang kepada Pemuda UMNO di kampung terbabit untuk projek tanah kelompok di kawasan berkenaan. Setiap kali pilihanraya mereka dijanjikan tanah terbabit. "Tak silap pak cik hampir 200 orang memohon termasuk anak-anak peneroka di perantauan.. Namun, segala janji-janji tersebut palsu belaka .. malah ADUN Chenor (Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin) yang sepatutnya menguruskannya pun sudah meninggal dunia tahun lalu. Sangkaan kami, menjelang PRU-13 ia akan diberi kelulusan .. namun sungguh hampa apabila pemimpin wanita UMNO yang disanjung tinggi itu pula yang telah menceroboh dan menjual tanah terbabit", katanya. Bercakap hebat mahu membela nasib orang Melayu, tetapi rupanya dalang kes ceroboh tanah Kerja-kerja pembersihan sebahagian daripada hutan sedang dilakukan oleh pihak terbabit "Bayangkan, ada yang pembeli orang luar yang sanggup membayar sekitar RM70,000 untuk tanah seluar 10 ekar. Malah, kadar minima yang dihadkan untuk jualan ialah 3 ekar dengan harga antara RM10,000 hingga RM15,000. Mereka jual tanah haram tanpa geran dan tanah itu adalah tanah kerajaan. Tidak cukup dengan jual tanah, mereka makan lagi duit balak yang ditebang kerana itu hak mereka... pembeli hanya dapat tanah sahaja.. balak mereka sapu. Malah, kerja-kerja pembersihan termasuk membina longkang semua akan dicaj kepada pembeli termasuklah untuk tanaman semula dengan pokok-pokok sawit. Maknanya mereka untung berlipat kali ganda dari jual tanah, tebang hutan balak, pembersihan dan tanam sawit. Selepas tanah dibeli barulah mereka akan uruskan dengan Pejabat Daerah & Tanah Maran untuk diukur dan diberikan geran. Kami anak-anak peneroka yang mengharapkan tanah kelompok di situ hanya tengok saja tanpa boleh berbuat apa-apa.. Bila diajukan kepada pihak berkenaan mereka kata ada orang besar sudah cover line (pemimpin wanita UMNO terbabit)", kata seorang lagi peneroka yang cukup kecewa dengan senario tersebut. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat laporan ini demi keadilan untuk semua pihak. Bayangkan orang lain terpaksa memohon tanah berpuluh tahun lamanya tetapi dengan mudah seorang pemimpin UMNO seperti itu menggunakan kuasanya untuk menjual tanah terbabit secara haram. Sedangkan ramai lagi rakyat yang perlukan tanah sekarang. Isu Ini Pernah Di Dedahkan Bekas Pemimpin UMNO Sebelum ini, pada tahun 2009 yang lalu Allahyarham Dato' Tan Aminuddin Ishak (foto) yang ketika itu memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, pernah mendedahkan terdapat ada ahli politik tamak yang terbabit dalam pencerobohan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 5,500 hektar di Pahang. Beliau berkata, kegiatan individu berkenaan dikesan itu apabila pencerobohan tanah milik Kerajaan Negeri yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merampas semula tanah diceroboh itu. Menurut beliau ketika itu, secara purata, kira-kira 500 hektar tanah milik kerajaan di setiap daerah diceroboh bagi diusahakan dengan pelbagai tanaman kontan termasuk getah dan kelapa sawit secara haram. Ada pihak menggunakan pengaruh ahli politik tertentu untuk ceroboh kawasan terbabit, selain ahli politik itu sendiri menyalahgunakan kedudukan mereka untuk terlibat dalam kegiatan ini. Malah, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang walaupun ahli politik terbabit adalah penyokong kuat kerajaan. Katanya, mereka yang tamak itu bukan sahaja meneroka kawasan tanah kosong kerajaan malah sanggup menceroboh kawasan hutan tadahan air walaupun ada hukuman berat menanti. Mereka tetap tidak kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya masih berdegil menceroboh tanah kerajaan. Kerajaan Negeri arahkan pihak penguat kuasa di setiap daerah bertindak tegas membanteras gejala ini daripada terus berleluasa bagi mengelak lebih banyak tanah diceroboh kata beliau ketika itu. Maknanya disini, bekas Exco terbabit sudah menyedari perkara ini namun sayangnya beliau gagal berbuat apa-apa atas pengaruh politik. Kini, Allahyarham Dato' Tan sudah tiada, maka itulah mungkin menyebabkan pihak berkenaan begitu bersenang leang dengan aktiviti haram mereka ini. Namun, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Malah, Menteri Besar Pahang sendiri dalam satu kenyataan pernah menasihatkan rakyat agar tidak ceroboh tanah kerajaan. [Pendedahan ini diharap dapat menyedarkan rakyat Pahang betapa khianatnya pemimpin UMNO ini hingga sanggup membelakangkang undang-undang untuk mengumpul kekayaan peribadi masing-masing. Jika inilah keadaannya maka sudah menjadi kewajipan kepada rakyat Pahang membuat perubahan dengan menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang ini sebenarnya. Difahamkan, Rosni kemungkinan besar akan menjadi calon BN pada pilihanraya umum akan datang. Malah dia kini sibuk melobi untuk bertanding semula di kawasan yang pernah dimenanginya dulu iaitu DUN Kuala Sentul dalam Parlimen Maran yang kini diwakili oleh anak saudara Allahyarham Dato' Tan iaitu Dato' Shahaniza Shamsuddin. Persoalannya sekarang, apakah wajar Rosni menjadi calon BN jika ini sikap beliau dan aktiviti beliau selama ini?. Maka itu, rakyat perlulah menilai dan berfikir sebelum membuat apa jua keputusan. Rakyat Pahang masih ramai lagi yang tidak mempunyai tanah hatta satu lot rumah sekali pun. Tiba-tiba ada pemimpin UMNO yang tergamak merompak dan menceroboh tanah secara haram untuk kepentingan peribadinya sendiri. Malah terdapat laporan, menjelang pilihanraya umum ini mereka juga akan menceroboh tanah secara haram di kawasan Hutan Simpan Jengka yang terletak begitu hampir dengan tanah-tanah yang telah dicerobohi selama ini. Ubah sebelum parah pada PRU ini!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan